Selamat Pengantin Baru
Ok, ni nak update setelah masalah teknikal diatasi. Majlis-majlis ini berlaku pada hari Ahad, 20 Aug iaitu sehari sebelum Siti diijabkabulkan. Majlis pada siangnya adalah majlis persandingan Raihan dan pasangan nya Azmir yg telah bernikah pada 2 minggu lepas. Ini adalah majlis pihak pengantin lelaki di Kg. Sementa, Klang.
SELAMAT PENGANTIN BARU RAIHAN & AZMIR
Pada sebelah malamnya pula, satu majlis resepsi yg diadakan di cyberjaya bersempena perkahwinan Normy & Nazree dimana pernikahannya dan majlis persandingannya telah diadakan pada hari Sabtu. Normy adalah jiran depan rumah tu ha yg sama2 telah membesar dgn kami dan kini sedangmenjawat jawatan sebagai pensyarah UNITEN.
SELAMAT PENGANTIN BARU NORMY & NAZREE
Di sini disertakan kisah2 majlis mereka yg telah berlangsung pada hari yg sama di mana raihan pada sebelah siangnya dan Normy adalah disebelah malamnya...
Sebaik saja sampai Kg. Sementa, terus serbu meja pengantin sebab masa tu pengantin tgh makan. Raihan adalah rakan baik sewaktu kat UTM dulu yg telah bertemu jodoh dgn abg azmir yg juga dari UTM dulu. [Senior dari fakulti lain]
Wokeh.. control.. control...
Abg Azmir : *psstt.. adeh.. terpaksa la layan kerenah Zurai ni pulak..*
Raihan : *Layan kan aje bang, nanti kang ntah apa-apa kang lagi dia kene kan kita lagi.*
Syifa : Korangggggggggggg... Lepas ni siler hantar kita sampai kereta~! Eskot kita sampai ke kereta kuda ok! hehehehe ;p
Raihan & Azmir : *sigh*
Bersama pengantin perempuan, Raihan @ A'an.
Raihan : Terima kasih la datang yer.
Syifa : Eh, mesti lah dtg, kenduri awk kat pahang tu saya dah miss.
Raihan : Zurai biler lagi? Pengapit abg azmir tadi solo lagi. Zurai nak?
Syifa : Huh? apa? tak dengar~!
Raihan : Adoiii.... sakit~! sakit~! [lambang kene cubit]
Bersama pengantin lelaki, Abg Azmir.
Azmir : Terima kasih la Zurai sebab tolong saya dgn a'an dulu.
Syifa : No hal lar Abg Azmir,asal abg azmir jaga kawan saya elok2.
Azmir : Ni pengapit saya td solo lagi ni, saya kenalkan dia dgn awk pulak ok?
Syifa : Abg Azmir jgn nak mula merepek boley tak? Dok diam2 tangkap gambar lah! ;p
Dah penat nak balik tapi ni saje testing ni.. siapa nak duduk sebelah? [Ajak duduk jer tau.. ;p ] hehehehe..
Malam tuh, i'm ready off to majlis resepi Normy & Nazree di Cyberview Lodge & Spa Resort, Cyberjaya.
Pengantin in action sebelum di arak ke pelamin singgahsana.
Berada di singgahsana kayangan menanti utk upacara menepung tawar... The very sweet pengantin~!
Sepasang pengantin sejoli yang turun dari singgahsana setelah selesai adat merinjis pilis..
Lauk pauk yang mewah.. Malam tu kami menikmati menu chinese food. *Alhamdulillah..*
Pengantin di meja makan bersama dif-dif kehormat yangmemeriahkan majlis.
Upacara memotong kek...
Selamat Pengantin Baru Normy & Nazree~*
[Kami dah nak balik dah..]
Ni adalah hakimi dan hazimi [boboi] yg merupakan teman sepermainan kami masa kecik2 dulu. Adik kepada pengantin perempuan merangkap jiran kami masa kecik2 dulu teman permainan galah panjang dan main getah! haihh..Kimi dah jadik giant~!
Akhir kata, terima kasih kerana sudi mencemar duli ke blog ku.. hehehehe..
<< Home