Tuesday, July 07, 2009

Macam2~*

Semalam dah update, hari ni update lagi. Kalau tak sempat update, sampai sebulan lah bersawang blog ni. Tapi punya lah kerja tak ada, sedap jek main blog sambil boss ada kat belakang. Haha. Selamba. Bukan dia paham bahasa melayu pun.

Lately aku tak berapa nak amik tahu hal ehwal negara. Dah muak. Berapa kes H1N1 pun aku tak tahu berapa. Sekolah apa and berapa lama dia tutup pun tak tahu. Ke sekolah2 tu dah bukak? Then pasal maid Indonesia yang gaji nak bayar ikut bank lah pulak. Pelik pulak. Habis tu selama ni bagi by hand ke? Tak pernah pulak mak aku bayar by hand, mesti masuk ikut bank. Bukan apa, sebab rumah mak aku tak pernah bergajikan orang Indonesia. So bab2 ni kami jahil lah sikit. Hehe. Mak aku cerewet. Orang gaji mesti sembahyang tak tinggal. Tu yang utama. Last time dulu pernah gak mak sedara aku offer orang gaji dari Indon ni. Katanya pakai tudung. Haah. Memang pakai tudung but then, jeans ketat and baju pendek sendat. Muka pun jenis yang terror buat ubat santau je. Terus mak aku ngeri. Rejek on the spot.

Then paper hari ni sebut pulak kes Khir Toyo beli rumah berjuta-juta. Eh? Pelik pulak. Bukan dia tengah buat rumah kat Bangi gak ke? Diorg cakap rumah kat Shah Alam tu harga puluh juta tapi Khir cakap dia buat pinjaman 3.5 juta. Siapa betul siapa salah pun aku tak tahu. Tapi elok gak berita pasal rumah Khir Toyo ni keluar sebab masa menteri Penang pindah masuk rumah banglo baru sebab rumah lama dia ada anai-anai & musang, kecoh satu Malaysia. Rumah banglo tu tak lah sebesar rumah Khir Toyo pun, tapi paper dok perli dia berbakul2. Kesian. Rumah Khir Toyo pulak, kena siasat. Padan!

Ah.. paper boleh cerita macam2!
(tiba-tiba pulak kerja datang.. Ok. back to work !)

Monday, July 06, 2009

ESQ temukan kebahagiaan sejati~*

Pergh. Hari ni tak larat. Letih. Lesu. Tunggu kerja tak sampai2. Kena tunggu job habis running dulu baru boleh start buat QC. Sementara tu, aku terseksa nak tunggu 5.30ptg. Nak balik!

Lama weh tak update. Alasan macam biasa lah-sibuk! Haha. Ni je masa tak sibuk then teringat blog tak update2. Nak update dah last week tapi tak jadi nak tulis. Ada je kerja nak buat. So tak jadi. Tapi kali ni, jadi! Hehe.

Nak citer ni. Last week pergi kursus leadership seminar ESQ Training. Stands for Emotional Spiritual Equo.. apa menda ntah tak reti eja word last sekali tu. Tapi training ni untuk memantapkan spiritual kita dalam kehidupan seharian. But since training ni untuk eksektif, so dia relate kan how to boost up our spiritual energy dalam alam pekerjaan kita. But for me, its more than that. Nak cerita banyak pun, the experience is speechless. Senang citer, aku rumuskan je lah.

Training ni universal. Semua muslim or non-muslim boleh masuk. Kursus ni buat kita terbuka mata hati kita yang selama ni buta. Buta tak nampak Tuhan kat merata-rata tempat. Ni lah kali pertama aku tengok non-muslim menangis bila azan berkumandang. Menangis bila selawat nabi dilagukan. Menangis bila sama2 baca surah Al-Fatihah. Tak tipu. Apatah lagi yang muslim. Semua mengakui kebesaran ALLAH. Allah Maha Besar. Memang semua orang tahu tapi ramai yang tak feel. Tapi kursus ni takde pulak pergi suruh yang non-muslim tu masuk Islam. Sebab Islam tu kan universal. Jadi kursus ni menggunakan intipati yang ada dalam ajaran Islam untuk disesuaikan dengan konsep spiritual yang universal untuk semua.

Asma-ul Husna yang selama ni kita dok lagu-lagukan tu. Tak ramai yang sedar kuasa spiritual yang ada dalam Asma-ul Husna. Asma-ul Husna itu adalah sifat-sifat Allah. Kursus ni lebih bersifat universal bila diorg ketengahkan kajian2 saintifik dan ekonomi dari seluruh dunia. Kajian saintis Amerika, saintis Jepun, saintis Korea semua dipaparkan. Senang sikit untuk yang non-muslim memahami konsep spiritual ni. Dan betapa ALLAh itu Maha Besar, tanpa kita sedar (dek kerana mata hati yang buta) semua kajian mereka itu sangat related dengan sifat2 ALLAH. Especially yang berkait dengan kajian Human Resource. Lehman Brothers, Albert Einstein, Mahatma Ghandi punya cerita semua dia sebut lah. And how their stories berkait dengan Asma-ul Husna. Kalau kajian saintifik tu, memang kait kan terus dengan ayat Al-Quran. Kemudian kaitkan dengan sejarah. Bukan sejarah nabi je,tapi kait terus dengan sejarah dunia. Pun ada dikaitkan dengan Asma-ul Husna. Boleh kata 90% menitis airmata bila kisah nabi diulang cerita balik. Bukan kita tak tahu kisah2 nabi dan para sahabat ni tapi feel tu takde. Dengan terbuka nya mata hati ni, kita boleh feel. Feel marah bila teringat nabi dicerca dan dihina. Feel bangga bila nabi berani dan tabah nak tegakkan agama. Feel terharu bila sebelum meninggal, nabi menyebut “Ummati.. ummati.. Ummati..” betapa besar kasih nabi tu, kita dapat feel. Bukan nak cakap apa, tapi dengan kursus ni memang kali pertama aku menangis bila azan dilaungkan, menangis bila selawat nabi dibacakan dan menangis bila Al-Fatihah dibacakan. Segala yang baik tu datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari mansia tu sendiri. Ramai yang pandai cakap tapi tak ramai yang dapat feel.

Kursus ni pun bukan pasal Islam tapi nilai2 universal yang ada dalam konsep Islam tu yang cuba diketengahkan. Pengasas kursus ni pun asalnya Kristian. Dia mengembara mencari erti “Siapa diriku yang sebenar” sehinggalah dia terjumpa nilai2 tu dalam Islam. Dia kagum bila terjumpa apa yang dicari selama ni ada dalam Islam (kliche untuk para mualaf eh) tapi aku respek dia ni sebab berjaya jumpa cara untuk mencungkil konsep spiritual (iaitu yang dikaitkan dengan matahati kita) yang ada dalam ajaran agama kita. Kata orang, kalau nak berjaya, intelektual & emotional saja tak cukup. Perlu ada spiritual. Perlu ada mata hati yang tak buta. Sebab ini lah akar jatidiri kita. Dan paling kagum bila semua konsep tu dah ada dalam ajaran agama ALLAh. Cuma kita je yang tak nampak atau mungkin tak tahu. Melalui kursus ni jugak baru aku faham kenapa sahabat nabi boleh menangis bila Al-Quran dibaca, gerun bila nama ALLAh disebut dan kenapa solat mereka lama. Kerana spiritual values mereka yang kuat.

Kursus 3 hari ni, penuh dengan titisan airmata. Teriak meraung semua ada. Tak tipu. Dah tak ada malu dengan orang keliling. Yang ada is malu dengan Allah. Menangis mintak ampun sungguh2. Oh ya, peserta kursus ni ada 450 orang. Datuk Datin Tan Sri Puan Sri semua join. Rasa macam tak ada siapa lah yang tak menangis. Membuka matahati bermakna kita dapat spiritual feel dalam ibadah kita. Rantai-rantai belenggu selama ni yang mengikat kita terlerai. Mungkin tidak semua tapi sekurang-kurangnya mampu melonggarkan. Katanya trainer tu, letakkan lah dunia di tangan kita tapi ALLAH di hati kita. Menda kat tangan boleh hilang tapi bila hati kita di isi dengan ALLAH, maka takkan ada rasa sakit sebab ALLAh itu abadi. ALLAh takkan hilang. Dan itu lah kebahagiaan sejati… Niatkan lah segala kerja kita kerana ALLAh, rasa bahagia tu akan terjah masuk ke dalam hati kita. Dan jangan lah menangis bila harta, anak, isteri, suami, duit, rumah, boyfriend, girlfriend, Micheal Jackson tu hilang sebab kita tahu semua2 tu memang takkan kekal. Konfirm hilang punya. Bukan milik kita pun. Even diri kita ni pun milik Tuhan dan kepada-Nya jua lah kita akan kembali.

Oh panjang nya rumusan ni. Nak cerita banyak pun, korang kena join & rasa sendiri. Maybe explaination aku carca marba sebab menda2 spiritual ni aku tak reti cerita tanpa gaya-gaya tangan kan. Ni tulisan je. So lain orang, lain feeling membacanya. Tapi sapa2 minat nak tahu, just kontek me.

Wednesday, June 17, 2009

Meeting~*

I love my work because
1- Meeting tak banyak. Paling banyak pun sebulan sekali (kalau ada) and tak pernah lebih dari setengah jam. Selama kerja sini pun baru 2 kali meeting.


Ha.. satu je sebab yang best setakat ni. Banyak lagi sebab lain yang best tapi buat masa ni, ini reason yang paling dominen. Dah la kerja sempoi walaupun projek besar, client dari obersea tapi sebab takde meeting meleret2, maka I love my job. Kerja environment sini memang pro. Aku suka. Paling best sekali, takde kena bambu dengan boss. Haha. My boss masa kerja tempat dolu2 tu tak best. Asal meeting je, I mesti kecut perut sebab takut kena bamboo. Meeting pulak mesti seminggu sekali. Ah malas cerita panjang, kang mengumpat pulak.


Memang bab ni meeting aku dah jadi fobia. Macam trauma pun ada. Kecut perut jadiknye kalau sebut pasal meeting ni. Memang aku menyampah. Semua ni gara2 masa aku kerja tempat dolu-dolu yang suka bamboo oang masa meeting. Aku paling benci orang yang rasa diri dia bagus sangat sambil kondem orang lain yang bodoh. Memang lah orang tu tak berapa pandai (aku lah tu) tapi jangan lah nak kondem orang lain macam dia lah orang paling bodoh sekali kat dunia ni (again, aku lah tu). Ayat2 seperti “Awak ni, itu pun tak tahu, budak sekolah darjah satu pun tahu berapa nilai pai” (giler tipu, budak darjah satu baru nak belajar rupa bentuk bulatan). Oh ye, time dia tanya ni sebab dia nak aku bagitahu nilai pai sampai ke 7 titik perpuluhan. Giler. Albert Einstein je kot yang ingat.

Dulu masa jadi cikgu, rasanye meeting berkali2 seminggu. Lagi banyak meeting guru dari meeting masa aku jadi researcher dulu. Tapi tak pernah sekali pun aku fobia dengan meeting ni. Dengar je ada meeting, relak je aku pergi. Tapi masa jadi researcher dulu (tempat kerja dolu-dolu lah ni), sebut je ada meeting, perut aku otomatik butterfly datang. Then butterfly tu naik ke hati. Then naik ke kepala. Pastu berpeluh. Then aku jadi benci. Nak kena prepare apa menda nak cakap lebih2 lagi kalau ada presentation. Pergh. Giler menyampah! Aku bukan jenis tak berani present atau jenis tak reti cakap kat depan (cikgu shifa cakap tak berhenti macam bertih jagung) tapi aku paling2 menyampah biler bos tempat lama aku dulu tu soal aku tu gaya lagak macam aku kena tahu semua benda. Memang lah tapi aku baru kerja, banyak menda lah aku kena belajar lagi kan? Then biler aku cakap tak ingat, dia boleh perli cakap tak ingat ke tak tahu? Pastu gelak2 satu bilik. Terpacak lah aku sekor2 macam orang bodoh kat depan. Aku memang benci manusia spesis ni. Kalau nak ajar tu ajar lah, tak yah lah nak buat orang lain macam orang bodoh. Tang bos tempat lama berlagak tu jangan cerita lah. Aku buat pekak je sambil senyum2 tak ikhlas nak ambik hati. Bunyi aku macam orang sensitive je tapi memang pun. Bukan semua orang boleh terima style ngajar macam tu. Bujet boleh kondem orang pastu orang tu naik semangat lah nak jadi lebih baik sebab pantang dicabar? Sorry lah… banyak lagi cara lain nak buat. Kalau nak buat kat laki tu boleh lah tapi jangan buat kat perempuan. Sensitif woo. Cara bos lama aku tu tak berkesan kat orang2 macam aku. Dan sebab style dia yang macam tu lah buat aku jadi fobia dengan istilah meeting ni. And thanks to him, aku berhenti kerja tempat lama, carik kerja baru. Doa mintak2 dapat kerja yang meeting tak meleret panjang. Alhamdulillah dapat.

Opss.. termengumpat pulak.

So, kat tempat kerja baru ni aku tak banyak merungut. Aku rasa best jek. Ada orang lain siap buat resume baru sebab nak pindah kerja tapi aku rasa bahagia je kat sini. Semuanye gara2 meeting tak banyak, shopping mall Suria KLCC kat bawah tapak kaki plus gym & tempat parking company tolong bayarkan separuh. Tak ke bahagia? Just being grateful for what i already have. Jadi, bila disuruh buat kerja picking velocity banyak2 ni, aku buat je tanpa banyak songeh. Heh.

Alamak, dah pukul 5 lebih. Time for gym. Chow!

Thursday, June 11, 2009

Velocity Picking~*

Fuhh.. bersawang sungguh blog ni. Lama tak update. Bukan apa. First week sampai mesia memang tak online langsung. Menikmati hidup tanpa internet. Second week masuk kerja termangu2 tak tahu nak buat apa. Last2 diorg bagi kerja pilih halaju(picking velocity). Sampai sekarang dok buat menda alah ni. Nak naik muntah pun ada tapi pikir aku masih lagi budak hingusan kat sini, telan je lah balik. 3 kali je run job pastu dah. Back to velocity picking. Bunyi bosan kan? Memang.

Hidup ni bertambah bosan biler orang dok tegur dah makin tembam dan gemuk (ayat tak bertapis) sejak balik Houston. Malas betol nak jawab soalan ni. Duduk sana hati senang, memang lah naik. Duduk sini hati susah. Haha. Takde lah. Sana makanan they all fattening. Sana, coklat, cheese & icecream diorg sedap. So blame on that. Bukan salah perut aku. Bukan salah mulut aku.

Disebabkan itu, aku daftar masuk gym. Dengan harga korporat plus company willing nak bayar separuh, rugi lah kalau tak masuk. Sekarang ni dah 2 minggu la. Turun 3kg oredi babe! Haha. Penurunan sangat berangsang. Gemuk angin & air. Apa lagi, gym 3 kali seminggu tarak boleh miss. Jadi itu lah yang sedang ku nikmati sekarang. Gym! Jangan hangat2 tahi ayam sudah…. Kalau terhangat jugak, just pikir pasal duit melayang, sure masuk gym balik. haha.

Lain dari tu… pick velocity, velocity picking, picking the velocity dan velocity picked. Hasil yang sama dengan ramuan yang berbeza. Haha. Takde lah. Sama je. Saje kasi nama sedap sikit. Kerja senang tapi sangat time consuming. Tu sebab tak hapdate sangat. Blog bersawang. Teringin nak hapdate ni biler ada satu blog that I follow regularly tu tiba2 kena mintak permisi kalau nak mask blog dia. Cheh. Kurang hasam. Macam blog menteri yang ada rahsia rasuah orang je. Dah la aku ni silent reader blog dia, dia pi bubuh2 password, macam mana nak masuk baca? Boring ah macam ni… pastu baru lah tersedar entah2 blog aku ni pun orang rasa menda yang sama. Aku tak hapdate, orang pun cakap what a very kurang hasam minah ni tak hapdate. (cheh.. macam lah ramai yang baca) So itu lah tergerak hati nak hapdate.

Teringat masa buat field assignment dulu. (Eh ni dah cerita ke belom? Kalau belom boleh baca, kalau dah, buat2 lah macam aku tak pernah cerita lagi eh) masa mula2 sampai Louisiana, aku diperkenalkan dengan coordinator yang handle tempat tu. Nama dia Havier.Yang datang utk field assignment tu ada 3 orang. Malaysia (me), Nigeria & China. Obviously orang Nigeria & China tu mudah orang nak kenal tapi dengan minah macam aku ni, diorg pelik lah aku datang dari celah mana. So masa introduce, I mentioned that I am from Malaysia. Masa Havier angguk2 tu, aku ingatkan dia faham lah tempat tu. After that datang lagi sorg member Havier yang bertugas shift lain. Nama dia Johnny. Havier perkenalkan kami. Masa dia kenalkan member aku dari Nigeria & China tu dah betol dah tapi sampai tang aku, elok je dia sebut aku dari Mongolia! Hahaha. Aku gelak tak hengat. Member aku dari China pun sama gelak kuat. Punya lah jauhnye beza Malaysia dengan Mongolia tu tapi Havier ni orang America yang fail bab Asia ni. Kata Havier, sebab bunyi lebih kurang je-Malaysia & Mongolia. Aku gelak lagi. Yang sama hanya lah huruf M & L. Havier ni memang kaki lawak. Tak kesah kalau satu kampong nak gelakkan dia. So aku iyekan je lah, siap cakap aku ni anak keturunan Genghis Khan. Dia pulak gelak sebab tak percaya. Ah sudah… dia jugak yang cakap aku dari Mongolia. Pastu baru lah dia kelam kabut google map peta Malaysia. Hahaha. Terindu pulak zaman2 tu.

Ok lah. Hujan dah berhenti kat luar. Nak balik dah. Esok datang sambung kerja lagi...
Owh velocity picking, aku (terpaksa) cinta pada mu..

Saturday, May 16, 2009

Wish to come back~*

Its my last day today yet I feel so lazy to pack. (yeah right… tipu betol. already packed almost half of my luggage) Hari tu dtg Texas with 2 luggage and now going back with 3 luggage. Of course lah kan…

What do I feel now? Hmmm.. mixed! Excited yet sedeyyy..

Happy nak balik sebab dah lama weh tak makan daging ayam halal. Sini ada memang lah ada tapi masakan tak sama mcm Mesia. Makan Pakistan and Arab punyer dishes, muak gak. Nak masak sendiri everyday, tak berapa rajin. (though I do cook every 2-3 days. Sekali masak ,tahan 2 hari punyer meal) Owh yeah.. miss my family oso. Going back to my annoying bro & sist and loving parents.

Yet, sedih cause leaving this place. Living here for more than 3 months makes me attach to my surrounding. Surrounding means my friends, the culture here and mostly my apartment! Apartment ni sangat best. Rasa nak bungkus masuk luggage bawak balik rumah. Mana tak bestnye, semua ada. Vakum, dryer, towels, periuk mangkuk, selipar pun dia kasik. Dah la besar, terlebih2 lengkap. Sebelum datang sini, browse this apartment and selalunye iklan punyer lebih indah khabar dari rupa kan. Tapi apartment ni memang lebih indah rupa dari khabar. Seorang sebijik lak tu dia kasi. Individual. Tak ke indah? heh.

Every morning, first thing I did was switching on my TV and watch Charmed. Yes, I’m a big fan of it. Like the way those girls take things easily especially deminish the demons. Most demons are guys. Haha. As I bersiap2, sambil kejap2 tengok TV, I prepare my breakfast. Then checking my laptop to see who have been saying hai when I was asleep. Kemas2 my bag for class and heating up my lunch that I prepare the night before.

Drive to class (merasa bawak kereta left hand drive) and start the whole day doing processing and running jobs. Messing around with the codes, trying to figure out all those mistakes made and learn from it. Get pretty excited when the job is in normal completion (which is always in error of execution, pre-analysis or analysis) sampai petang. Then balik apartment, tengok pulak NCIS every day at 6.00-8.00 back to back series sambil prepare dinner. Tapi every petang is different where almost most Mondays will do groceries in Walmart. (Giant versi America)

Malam2 will be online, doing homework and stuffs. Different week, different pressure, different stress. But the fun part is, do exciting activities on weekends! Well, the list would be long, so let’s just say, I had so much great fun! Went to places I never imagine before. I wish I have more time here to spend and screw myself more with fun & excitement. Just like the guy in Disneyland said, “if you’re not having fun in Disneyland, It’s your fault..” So true right. Heh.

So now I’m leaving, not sure when to come back. Just now, Lukasz and Omon came by to say goodbye. I hate goodbyes. Not sure when I’m going to meet them again but Lukasz have plans to come to Malaysia. I hope I will have plans to visit them. I may want to go to Hanoi to visit Melanie one day, whenever she is there and probably Singapore to visit Wenting. I want to visit Magda in Polland but maybe in another few years cause she is in UK now. Nak gi Paris gak jumpa Hannah & Cecile (and yeah.. wont forget to visit you lah Hanot~). Nak jumpa semua2 lah. Aaaaa… banyaknye plan travelling. Semuanya nak jumpa member balik. Apesal lah jauh bebenor tempat2 diorg duduk nih. Adeh.

Called my sister just now. Kecoh lah pulak pasal swine flu. Sampai epot nanti nak kena beli mask. Its where the disease travel too. By people from here and there. I’m not gonna say anything on this sebab menda tak jadi kat diri sendiri lagi kan. Kang kalau cakap lebih2 bunyi berlagak pulak. Dan selalunye org berlagak ni cepat dapat balasan kan. Heh.

Ok lah. Nak sambung packing barang. Alvin ajak shopping tadi tapi malas nak bazir duit lagi. Nak dekat kering dah ni. Huhu. Then nak masak lunch plus bekalan atas kapal nanti. Last time on my 23 hours flight, I had burger McD that I bought from KLIA. Tu je lah daging halal yang berani makan. Lain tu tak shedap. Owh.. Baju dalam mesin baru habis settle. Ish.. will definitely miss this apartment! Serve me so well…

Well Houston, there’s no goodbye between us. Who knows I might be coming back.
Take care. =)

Tuesday, May 05, 2009

Teringat lah pulak~*

Tadi ada iklan kat tv. Iklan tu terus buat aku teringat zaman kecik2 dulu.

Masa tu ada kenduri apa ntah kat rumah. Pastu air oren dah habis. Seingatnye aku umur 8-9 tahun lah gitu. Masa tu aku sangat suka minum oren sunquick. So biler air oren dah habis, nak tunjuk pandai buat air punyer pasal, aku pun bukak peti ais dengan tangan basah. Owh ada botol sunquick penuh satu botol lagi.Dengan penuh innocentnya, aku pun capai lah botol sunquick tu. Tiba-tiba…. PRAAAAAANNNGGGG~!!! (sound effect kaca pecah)

Ok, ummi terkenal dengan sangat lah garangnya. Jangan cerita lah kalau dia mengamuk. Memang sedap lah bahasa Kelantan dia keluar. (biasanya dia cakap omputih dengan aku kan. Ehem) So bayangkan lah kecuakan aku menanti pandangan singa ummi tatkala melihat sebotol sunquick yang penuh tu pecah berderai ke lantai. Pergh, sampai sekarang takkan lupa muka dia. Dia pandang aku penuh cuak (tapi still nmpk mcm garang) seraya menjerit.. “KakLong! Tepi2… jangan sampai kaki tu terpijak kaca! Ummi tak risaukan botol tu tapi takut kaki awk berdarah terpijak kaca.” Owh terkejut aku. Biasanye confirm kena marah tapi hari tu, ummi lebih risaukan kaki aku dari perpecahan sebotol sunquick besar yang masih penuh. Hehehe. Adik aku tunjuk muka tak puas hati sebab aku tak kena marah. Aku pulak siap buat muka gaya orang menang sebab tak kena marah. Hehehe.

Tu masa umur 8 ke 9 thn ntah. Pastu rewind belakang lagi masa umur 4 tahun kot. Zaman2 baru nak belajar motivasi kan orang. Sebab masa ni lah pertama kali terasa aku memotivasikan orang. Chewah. Kecik2 dah pandai kan. Haha.

Masa tu nak balik Kelantan sambut raya haji. Nape ntah bapak aku tak leh ikut. Owh, dia kat obersea masa tu. So ummi aku lah drive dari Bangi sampai Kelantan. Pakat ramai2 konvoi dengan family belah ummi. So ada sekali tu masa lalu kawasan yang banyak pokok, ummi nampak letih semacam. Aku duduk depan masa tu. Adik2 aku tidur kat belakang lepas gaduh-gaduh. Aku tak sampai hati tido sebab kesian tengok ummi drive seorang2. So kononnya aku masih berjaga sebab nak temankan ummi aku drive lah. (ingat ye.. aku umur 4 tahun masa tu) Aku dok jeling2 tengok ummi drive sampai lah terkantoi dengan aku ummi menguap masa drive. Aku apa lagi, cuak ler. Otak kecik aku berfikir mana ada orang boleh drive sambil tidur kan. So aku pun guna kuasa sentuhan kasih seorang anak. Aku yang masih kenit masa tu terpaksa angkat tangan tinggi nak sentuh bahu ummi seraya berkata “takpe.. ummi kan kuat. Ummi boleh bawak kereta sampai Kelantan” sejak hari tu, tercipta lah cita-cita aku untuk memandu kereta dan tak nak bagi ummi drive lagi. Heh. Tapi sampai kampong kecoh betapa aku menguatkan semangat ummi dalam kereta. Habis makcik pakcik atuk nenek usap2 kepala aku kononnya aku ni hero ummi. Cheh. Nyampah aku masa tu. Sebab semua usap2 kepala aku macam lah aku ni budak kecik. Hahaha. Tak sedar diri betol.

Semua kesah2 ni aku teringat masa tengok iklan hari ibu la tadi.

Ummi, Happy Mother’s Day. =)

Thursday, April 30, 2009

Women sacrifice the most~*

Tengah2 merayau tengok fesbuk orang, terjumpa satu note sorang minah Singapore ni buat. I like the writing and i like the way she pointed out her view. I kinda agree with her.
So aku pun malas nak tulis banyak, and her opinion ni direct aku copy paste kat sini je and it is very long, its worth it to spend few minutes reading it through...
It’s raining again out there with outrageous thunders. With my head feeling zoned out, I wish I was home instead, having a good rest, and hopefully get well again.Such a wet weather is only making my allergy worse. For those who don’t know, doctors believe that I’m actually allergic to the wet weather here in Singapore. HAHA! Not that I can stand the hot weather either.And since the cold is obviously bugging my mood for the day, I decided to discuss a rather nasty topic; one which I have been planning for the longest time but never had the time to really sit down and think about it. Honestly, I think my brain analyzes too much and like Ally McBeal, it has a “brain” of its own.
When I was younger and still single, my grandma used to tell me that there is no point chasing the paper dream and get good qualifications since at the end of the day, we might just end up in the kitchen.I used to opposed so much to that notion, telling her that times have now changed and woman can be more successful and they do not have to give in to the norm; that woman are solely responsible for what happens in the kitchen. She’ll always retort back at me, asking me to just wait and see.If you look at it, hardly will you hear that men are actually lifting up their “dainty” fingers to help their mothers, sisters or grandmothers with the housework. It’s probably inculcated in our culture that the women are those who are responsible for all the household duties and that the men’s sole duty is to go out there and just earn the cash back home.Probably it might work in an era where woman has little or no education that they end up being a housewife once they step into marriage.
But in these modern days where woman has equal opportunity to gain the knowledge and achieve an astounding career profile, the norm has to change.I’m not exactly fighting for woman’s rights but just hoping that the man could practice more empathy to women who are equally tired working in the day and should deserve ample rest when they comes home in the evening.From my daily observation and stories that I heard from friends and colleagues, men, when they are home, would probably just place their butt on the sofa or on the bed and would then called out to the wife for coffee, tea and so on. While a woman comes home, has no time to rest but to clean the house, do the laundry, cook, wash the dishes and so on.Even as I was growing up, cleaning the house on the weekend has somehow become my duties whereas my brothers are enjoying their sleep till noon and just wake up to eat their meals and laze around.I was always grumbling and nagging to my brothers about how bad they are behaving by refusing to help me, who are also working my ass off in the office during the weekdays.Don’t I deserve to laze around just as much as they do that somehow me being a woman, I’m denied of that privileges?
I’m not saying that my mom’s way of bringing us up is wrong but I just feel that the old culture should not be practiced any further because it will only end up being understood that a woman’s job is to clean, cook and wash for them.It doesn’t work this way anymore!Let’s take an example of a married couple. Both husband and wife are working. Both have to wake up early in the morning to prepare for work. Both equally physically and mentally tired from the day’s event. Both would love to have the rest at home.But when both returns home, men thinks that they have the higher rights to rest since they didn’t bother to help out anyway. While a women returns, still have to sweep the house because the husband refuse to help, has to mop the house because the husband refuse to help, has to do the laundry because the husband refuse to help, has to prepare dinner because the husband refuse to help and the list will go on forever.Many would just take the easy way out by employing a maid but what if you do not have the means to have a maid? So the wife automatically becomes the maid?I thought marriage is about love and going through all the ups and downs TOGETHER!Yet the man, arrogant as some men could be, thought they have the every right to scold the wife for not having the house as clean, the laundry or the dinner on time!You know, I totally despise such man.Go move your own bloody limbs to get it done!
Many cases of men having affairs, their reason could be as simple as the wife is always in the mess and never attractive enough. Oh well, try to work in the morning and continue with all the work in the evening! Do you think that, that is what a woman look forward too when they decide to get married to you?If you love your woman so much, how did you close both eyes and see the person that you so called love to be so drained out physically and emotionally from working too hard?Is that really love or just pure laziness?A man should really wake up and open their eyes wide and stop being so prejudiced!And some men do grumble so much when the wife is pregnant and they are always moody, craving and so forth. So hubby and I have a healthy debate about pregnant woman and their mood swings.Hubby said that it’s all in the mind and the woman involved should learn how to control the outburst of emotions.My point, I think that is being so self-centered! (sorry hubs!)True a woman should learn how to control and not behaving in such over the top manner and use pregnancy as an excuse but a man should be more understanding and it’s not just all about mind over body issue.There are hormones, lethargy and so much more. It’s not easy carrying that extra load with her for 9 months or more. What does a man know? At most they are only carrying their beer belly around don’t they? Women are instead not only feeling the heaviness of being pregnant but they are also easily tired and ache all over. Why don’t men try to tie a 3 KG dumbbell on their tummy for 9 whole months and feel what a woman feel?Would they?
Men’s mentalities are simple. Go to work, come back home and make sure they pay the bills while they expect more from the woman.I mean take a look at today’s situation. Woman does work and pay the bills too. So why should women be liable for the household and be blamed for the mood swings?Men are not being responsible by not taking good care of their wife as they blatantly promised in front of many others when they were solemnized.They might as well point it out and say that I marry this woman, not only will she become my maid for free but she has also has to find the energy to satisfy me in bed, cook for me, do all my laundry, ensure my house is clean, bear me childrens and they should never nagged or complaint about all the hardship and heart ache that they have to go through but to just listen to me with no question asked.I bet many women will choose to be single if they were to hear those words. HAHAHA!
Fuhh.. panjang giler..