Monday, August 13, 2007

Kejayaan wanita~*

Hello kawan-kawan.

Saya tak berapa ada mood hari nih. Entah sape bikin saya rasa macam ni, sy malas nak amik tahu. Tak nak nanti ada yang jadi manga. Takpe lah. Menda yg lepas tu, lepas kan aje lah.

Last week pergi wedding org sana sini. Jumpa ramai member. Biasa lah tu. Tapi jumpa member2 ni part paling best biler dapat sembang2 kedai kopi tepi jalan tu. Macam2 citer keluar. Best2 la belaka. Saya tak ketinggalan mencurah juga story saya. Story biasa2 je lah. Yg biasa2 saya tulis dalam ruangan ni lah.

Yang menarik perhatian saya pada sembang kedai kopi tu ialah takrifan kejayaan seorang wanita. Berbeza2 rupanye. Hmmm…

Bagi sesetengah wanita/gadis/perempuan, kejayaan mutlak itu adalah apabila memiliki keluarga. Ini saya golongkan dalam family-oriented. Jenis yg mencapai kebahagiaan berkeluarga dalam mencari erti kejayaan dalam kehidupan.

Ada juga yg karier-oriented. Jenis yang mencari kejayaan hidup melalui pencapaian2 tinggi dalam pekerjaan dan karier. Family boleh kemudian. Jenis ni boleh la korg nak cakap workaholic. Kalau kerja kat opis tu tak siap, sampai masuk mimpi lah balik umah tu. Mantap kan…

Tapi ada sesetengah yang mencari lebih dari itu. Jenis yang mencari kepuasan tersendiri dalam perkara yg diorg buat dalam hidup. Aspek ni bukan sahaja meliputi kaum hawa, tapi jugak kaum adam. Boleh jadi apa saja. Jejak kaki ke gunung everest. Dapat tunaikan haji sebelum maut menjemput. Asal dapat buat perkara yg memang hendak dalam hidup nih, gerenti terasa mencapai kejayaan dalam hidup. Terpulang lah pada masing2 kan….

Tapi saya? Saya ada impian sendiri. Apa saya nak capai sebelum 30-an. Apa saya nak buat setelah 40-an. Dan pada saya, setiap insan yang berjaya mencapai impian, itu lah kejayaan sebenar. Kalau boleh, saya nak berjaya dalan karier dan juga keluarga… dan plg penting, berjaya dalam agama…. Korang macam mana~?