Tuesday, August 07, 2007

PUTRA 9th~*

Bosan. Ngantuk. Kenyang. Malas.
Baru lepas makan. Tadi bapaknya lapar, rasanya boleh makan kuda sekor. I can even eat a horse, kata omputihnye. Tak kesah lah org apa nak kata apa, janji saya dah kenyang makan mee maggi cap adabi sebungkus je tadi. Makan sikit je. Maklum lah nak diet. Tapi bersama desert2 lain seperti keropok 10 keping, coklat 3 batang, yogurt 2 bungkus dan berkeping2 wafer coklat vanilla tadi. Padan muka tadi timbang naik 1 kg~! wahaha~ [errr… esok pagi nanti berat akan turun blk 1 kg kan? Kan? Kan? Huhuhu~] petang selasa ni patutnya swimming tapi malas. Titik. ;p

Ok. Itu mukadimah merepek saya kasi. Ni kesah sebenar nak update. Maklum lah, blog saya ni dah ada peminat baru. Saya di asak2 utk meng-hapdate. Takde menda nak citer, jadi saya citer je lah pengalaman saya pada minggu lepas.

Pada hari sabtu lepas [*nak feeling karangan budak sekolah*], fakulti saya menganjurkan seminar sains. Namanya Seminar Sains Putra 9th. Setiap jabatan mengambil bahagian. Jabatan kimia, biologi, matematik dan fizik. Jabatan saya diketuai oleh supervisor saya sendiri yg sangat ber’hemah’ lagi ‘sopan santun’. Setiap kata2 dia bagaikan ‘semangat’2 parajurit yg berjuang demi kemerdekaan Negara 50 tahun nih. ‘Sejuk’ telinga mendengar. Itu lah sebabnya, semua pelajar2 postgraduate 'berbesar hati' menyertai seminar tersebut di mana semua dgn ‘rela’ dan ‘suka hati’ mem-present hasil kajian masing2. Meriah sungguh!

Sehingga lah sampai giliran saya membentang hasil kerja. ‘Suka’nya saya Tuhan aje lah yg tahu. Maklum lah saya present depan boss sendiri. Boss sendiri lak tu ketua jabatan. Mati lah kalau presentation saya main2 lambang nanti drop his face downstairs. Dengan malunya, saya present kajian saya. Malu lah. Sebab saya tak standard mcm boss yg PhD. Baru merangkak2 bab present nih. Punye la saya cuak sampai ter jatuh muka saya kat lantai. Semuanye kerana laser pointer tuh. Ada ke pergi design laser pointer tu mcm remote control tv? Tak pasal2 saya tersalah tekan butang. Habis tersangkut LCD projector. Nasib baik tak design mcm joystick PS2. Kalau tak, dah tentu saya akan terus bermain game kat situ.

Habis present je, seronot betol tgk boss tepuk tangan. Maklum lah, selama semnggu saya disogok dgn kata2 ‘manis’ dia. Sy cukup down. Terasa diri lebih rendah dari cacing dalam tanah. Cacing pun tahu nak buat menda yg berguna dari sampah. Tapi saya? Terkial2 nak bangkit semula. Tu pasal habis je present, saya dah tak dengar dah tangan org lain kecuali tangan dia bertepuk. Lagi best tengok dia senyum2 sengih2 angguk2 takde geleng2. Nikmat betol. Terasa bagaikan juara. Terima kasih prof. Tak tahu nak cakap apa dah.

Oh ya, nak cakap terima kasih gak kat Farzaenee yg rajin amik gmbr saya walaupun saya tak suruh. Baik betol hati dia. Tapi ada lagi sorg budak yg baik hati. Merekod terus ckp karut saya kat depan dewan tuh. Trimasssss NAJAH….!(namamu dah berhuruf besar okeh~) Saya nak masukkan rekodnye kat sini tapi saya buta blog. Buta IT. Buta segala menda yg melibatkan alam blog nih. Tahu tulis dan paste dan publish je. Hehehe. Nanti lah saya belajar. Dah terror kang , saya masukkan kat sini ye kawan2.

Sebab kelam kelibut sgt dgn presentation seminar nih, saya hampir terlupa kawan saya nak kawen ahad tu. Nasib baik nadhra ada kasi msg tanya nak join ke idak. Dah tentu lah saya nak join! Kat putrajaya wedding nye. Gambar? Ayooooo… ni bab bukan tak reti nak masukan tapi malas. Nak kena bukak kamera tu, carik kabel usb nye lg, nak upload kat bakul foto lagi… so malas~ nanti lah biler saya dah rajin kang saya masukkan lah. Lagi pun korg sure dah muak tgk gmbr kawen member saya je kan. Entah biler la saya nak kawen kan. Tapi biler saya dah kawen nanti kang, saya akn taruk gmbr saya byk2 sampai korg muntah2 tgk. Muahahaha~


Alamak… citer manjalara dah start. Korg tengok tak? Saya makin suka pulak dgn watak Lara yg nak balas dendam tuh. Semoga Sahara akan jatuh tergolek2 kat kaki Lara nanti. Alaaa… mmg jatuh punyer, kalau tak jatuh kang tak dramatic pulak.

Ok lah. Rasa lapar la pulak. Huwaaaaaaa….. biler nak diet nih!!! Huhuhu~
Bye.


Alamak lupa pulak... Tahniah MAYEM @ IMRAN & AMIRA. Bahagia lah korg sampai ke anak cucu yah!