Saturday, September 29, 2007

Laporan Gathering GUBU~*

Date : 29 September 2007
Time : 5.00 PM
Venue : McDonald Midvalley
Occasion : Open fasting.
Members : Ahada, Hazlin, Ismat, Syazwan, Zaki, Ihab & Shifa
Observer : Fitrina (observer early minit - datang awal)
Anaz (observer last minit - datang lambat)


Report :
Baru balik. Penat~ Gathering budak2 GUBU. Best! Sebab dah kenal secara alam maya tapi tak pernah jumpa. So biler sekali jumpa tuh, takde lah rasa kekok sgt or segan2 sgt kan. Ahli-ahli GUBU yang sekali-jumpa-tapi-tak-kekok-segan-kecuali-saya ialah AHADA( bawak adik nama FITRINA-yang-tak-suka-dipanggil-Ina-so-kena-panggil-Fitri), HAZLIN(yg suruh jumpa dia kat ceruk Carefour tepi toilet walhal boleh je nak jumpa kat luar yg lagi luas boleh nampak dia-takdelah-saya-sesat-nak-cari-dia),ISMAT (yg saya sangka belajar kat Penang sebab ada loghat utara sket tapi rupanye belajar kat UIA gombak) SYAZWAN(yg saya terharu tak sangka jumpa dia sebab tau dia ni blogger glamer-pemilik blog Wenkt) ZAKI(yg dah semakin kering lemaknya di badan) dan IHABBBBBBBB~!(tak tahu nak ckp apa pasal mamat nih-banyak sgt! Hahahaha~)

Starting nak organize ni mmg payah sket. Masing2 busy. Sampai masa saya and Ihab arrange the date and venue. Bab ni saya rasa klaka sket lah. Bukan ape.. Ihab dah arrange budak2 GUBU yg nak join. Saya ok je. Ihab sms sana sini ajak sape2 yang ada. Then dia suruh saya tetapkan venue. Dia kata tak kesah je mana2. Dah suruh saya pilih, dah tentulah saya pilih yg dekat2 bangi. (haha~ mode penting kan diri sendiri) Saya suggest Alamanda, dia kata jauh sgt utk budak2 lain [motif lah kau suruh aku pilih venue kan?] Last2 dia setuju Midvalley. (Ihab yg pilih) So kebetulan Jumaat lepas saya ada kat area2 Midvalley, sy tempahkan Kenny Rogers. Saya sms Ihab cakap tempah Kenny Rogers, tetiba lak ckp dia baru je makan situ 2 hari lepas then dia suggest buffet McD [sumpah saya tak tau kewujudan buffet di McD] Since dia dah nak fly UK next week, saya rela je burn kan tempahan di Kenny Rogers tu [motif lah jugak kau suruh aku pilih tempat makan kan]. haha~ Kesimpulan nye saya nak cakap kat sini ialah akhirnye, IHAB lah yg arrangekan semua2 nih.. Syabas buat Ihab~!

Sampai2 je, sesat sket cari Hazlin tapi ketemu jua akhirnye. Kami berdiri kat tepi McD. Kebetulan Ahada dah sampai dulu, so saya mintak dia carikan tempat kat McD tuh. Saya nak buat pengakuan ikhlas lagi innocent kat sini sebab saya tahu Ahada tak amik hati kan. Saya tak pernah jumpa Ahada, so saya mengaku saya mati2 ingat Ahada ni lelaki [sebab ada kawan lelaki nama Ahada]. Tu pasal saya segan silu je terima sms dari Ahada. Hendak tak hendak, saya terpaksa telefon dia masa tuh dan terkejut panda[ganti beruk] saya dengar suara perempuan. Rupa2nya pemilik nama Ahada ni adalah seorang perempuan yg cantik lagi menawan [bulan depan awk belanja saya ye] bersama adik nye yang tak kurang lawanye. Last2 kami wanita bujang berempat menantikan jejaka2 blogger yang tak sampai2. Terbukti mereka memang melayu sejati sebab masa tuh dah pukul 5.30. Haha~ tapi kami tak kesah sebab sempat bergossip2 ilmiah sebelum mereka sampai…

Saya sms mereka yang belum sampai itu. Rupanye sorg tu dah terlepas ke The Gardens… sorg tersekat jam kat KL… lagi sorg bersama seseorang itu pun sesat sampai ke The Gardens jugak… haha~ tapi saya tak kesah pun sebab menambah kan masa saya untuk berbincang secara ilmiah dgn kawan2 baru saya. Teringat last time saya gathering dgn blogger2 dulu, sy bertentang mata dgn 4 org je. Sekarang meeting kali kedua dgn blogger geng GUBU ni, upgrade sket bertentang mata dgn 8 org. Next2 time jumpa, nak upgrade lagi bertentang mata dgn 16 org boleh~? Hehe~

Akhirnye, saya bertemu gak dgn mereka2 seperti namanye disebutkan di atas. Kecoh lah. Mula2 tu Hazlin… suka pukul2 saya walaupun saya tak bersalah. Minah ni kuat gelak. Saya usik sikit, merah2 muka dia. Auto-laugh dia ni sebab saya tak buat lawak pun, automatik dia boleh tergelak sendiri.Then Ahada bersama adiknye. Minah ni kenal Ihab nak dekat 3 tahun tapi tak pernah jumpa? Terror gak tuh. Persahabatan antara benua ni menyedarkan saya dunia kita memang kecik. Then Ismat, his way of thinking yg high-level sket. Pasal bisnes, isu semasa, his idea of proposal. Kasi lawak pun jenis lawak intelek je. Takut gak bercakap dgn mamat nih, kang tersalah cakap, menjawab lah saya dgn dia. So mcm segan2 sket dgn dia. Hehe~ Then we have Zaki. Pasal dia ni tak payah cakap lah. Makin kurus! Lama dah tak jamah nasi [rahsia turun berat badan]. Dah ada awek, couple dah dekat 3-4 bulan gak lah…[ooppsss.. am I suppose to keep it as a secret? Good thing I dunno her name. hehe~]so semangat lah dia nak turunkan berat badan. Hensem sket. Tapi saya harap dia tak turunkan lagi sebab weight dia dah just nice. Segan saya sebab saya bantai fish mcfolder yang besar gedabak tuh plus amik nugget hazlin lagi and my fries macam dekat habis gak la[not to mention it's a large size meal]. Zaki? Hanya lah semangkuk bubur McD itu yg kelihatan habis… burger dia dah tak larat nak habiskan… motif lah kau Zaki?

Then we have Syazwan. Terkejut saya dia join sebab pada mata saya lah, pemilik blog Wenkt ni mcm glamer gak lah. So ada mcm ala2 honoured-to-meet-you sket. Dia ni cool. Kalau mcm excited nak bercerita tu kan, suara dia takde la teruja naik turun macam saya. Tona suara dia hanya pada ketawa je. Kalau lawak jenis klaka sket, dia ketawa tone tinggi, kalau lawak kurang kelaka, dia ketawa tone rendah. Tapi kalau bercakap tu, monotone aje. So itu pasal lah dia nampak cool. Best dia ni. Next year dah nak start kerja. Ada buat part time kat UITM ajar bahasa Perancis [dulu dia belajar kat France-sempat gak dia translatekan bahasa France kat cawan McD tuh] Masyukk tuh! Otaknya terjana bisnes mcm Ismat. I can see he will succeed in his life. Good luck! Lastly Ihab. Orang plg kuat ketawa. Paling kuat gak lah bercakap. Ramah. Dia demand nak saya buatkan kereta yang bergerak berasaskan pitching suara do re mi. Pitching do, keta gerak 40km/h. Pitching re, keta gerak 50km/h. Pitching mi, keta gerak 60km/h dan seterusnye. Kalau berjaya, saya namakan Perodua Ihab. [dan kau sorg aje lah yg bawak kereta ni sebab orang lain takde pitching macam kau~] dan kagum dia mampu belanja kami McFlurry Oreo sorg satu dengan nilai 3 pound sajor [bunyik mcm 3 ringgit beli 6 bijik McFlurry la]. Ini baru lah dikatakan berbelanja dgn nilai yg hebat! Terima kasih Ihab~

Dan saya? Mcm biasa, pemalu orang nye. Segan je dgn diorg sebab mereka2 ni memang orang hebat2 belaka. So saya hanya bersuara menjawab biler mereka bertanya. Kiranye bercakap biler perlu aje lah. Bangga saya berkawan dgn mereka yang bakal memberi jasa kepada negara, bangsa dan agama. Banyak boleh belajar dari diorg nih. Tu pasal saya low profile je… [Nape ? Tak percaya…. ? Percaya lah weiii~~]

Gambar~? 1. Malas nak beratkan beg bawak kamera. 2. Henset tak canggih mcm Wan/Zaki-konfirm amik gmbr tak clear. 3. Takde card reader so takde unsur2 transfer gambar dr kamera ke computer saya 4. Konfirm ada antara budak2 ni yang bawak kamera [tapi Wan amik gmbr sos tomato je] 5. Tunggu aje lah budak2 ni send gambar tuh, kalau diorg nak kasi lah… [send kat email saya ye-
zuraiha27@yahoo.com] So, cukup tak alasan saya atas sebab musabab takde gambar?

Sekian saje laporan saya. Terima kasih atas kesabaran anda membacanye.

"Lain kali kita kena bertemu, Maju lah kita bersama GUBU"

Yang benar,

LF@DA <-- feeling tanda tangan elektronik.

(LaDy FaNtAgHiRo @ DaRk AnGeL)