Tuesday, March 04, 2008

Balik kampung~*

Aku baru balik dari kelantan semalam. Niat nak tengok bendera. Bersama ummi and nenek. [sebenarnye lebih kepada jadi driver dan tukang angkat barang] kami amik flight pagi2 buta dan balik malam2 buta. Tapi itu aku akan cerita kemudian.

Ni ha. Pagi2 buta org dah buzz aku suruh baca berita. Penat aku tak habis lagi, dah disakitkan hati dgn SPR. Kes dakwat. Meh sini aku bubuh apa kata SPR tentang dakwat2 dari India nih. [India eh? Ooooo~]

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

Pihak itu dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Menurut Ab. Rashid, jika pengundi-pengundi itu hadir untuk mengundi pada hari pilihan raya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.

Ekoran terbongkarnya komplot tersebut dan selepas mendapat nasihat dari segi perundangan dan ketenteraman awam, SPR dalam mesyuarat hari ini memutuskan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu

Kenapa SPR tak pikirkan hal nih awal2? Kenapa nak dekat pilihanraya nih baru nak keluarkan arahan nih? Sebab desakan BN yang dah takut dgn gelombang arus rakyat ke? Berita yang semacam ini akan buat rakyat lagi nak undi BA. Kalau BA kalah, aku rasa maunye rakyat mengamuk nnt. Tuntut pilihanraya baru.

So balik pada cerita asal. Semalam aku gi kelantan. Dgn mak and nenek aku. Eh dah cakap kat atas tadi kan? Ok. So niat asal kami nak tengok bendera dan merasai sendiri semangat orang Kelantan. Sebab mak and nenek aku orang jati kelantan. Sampai2 je airport, kami dah dihidangkan dgn sebutir bulan terang depan lobi airport. Kat traffic light, bendera bersepah2.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Teringat kata2 Pak Lah nak buat tahun merawat kelantan. Tapiā€¦ apa yang sakitnye? Org2 UMNO kan pejuang hak2 melayu. Sini bersepah orang melayu yg jadik bisnesman/woman. Sini dah ada Tesco dan KB Mall. Sama standard je dgn Bandar Kuala Terengganu tuh. Apa yang sakitnye? Tesco declare bahawa Tesco Kelantan adalah rakyat yg byk duit kerana hampir 85% rakyat mereka bayar barang pakai cash. Jarang yang nak guna credit card. Tesco lain rata2 hanya 60% je yang pakai cash. Lain pakai card credit. Hebat. Pernah dengar that cash is the king? Ha.. sekarang dah pernah dengar kan. Kelantan berhutang dgn kerajaan pusat sebanyak RM12 juta sahaja berbanding negeri2 lain yang berhutang ratus2 juta. Ha boleh pergi check sendiri. So sape lagi kaya? Orang yang banyak hutang ke orang yang takde hutang?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kat Bandar takde pandangan nih. Memang perang bendera betol. Belom jumpa sedara mara pun aku dah terasa bahang semangat orang2 kelantan. Bendera2 PAS mendominasi jalan2 dan kampung2. Demi keadilan, aku tangkap jugak bendera dacing tuh. Kasi nmpk seimbang kalernye masuk dlm blog ni. [nak neutral lah konon~ huh~]

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sedara2 kat kampong aku ni memang bersepah. Mak n nenek aku org Pasir Mas. Pergi sana sini lawat sedara yang memang sedang berjuang nak pertahankan kepimpinan Tok Nik Aziz. Kami jumpa sedara sana sini sambil2 berkempen. Bukan nak cakap apa lah, tapi orang2 Kelantan memang pasang jentera kuat nak tumbangkan BN. Ada masuk akal ka BN nak masukkan Khairy fight utk dapatkan Kelantan? Awang Adek nak jadi Menteri Besar digelakkan dek orang2 kampung. Bak kata org kelantan, demo berehi berlawok. [mereka suka berbohong] Orang2 kampng siap buat senarai lagi pembohongan Awang Adek tuh. Memalukan sungguh!

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Petang tu, mak aku dok borak2 pasal pilihanraya nih. Tak pasal2 terjumpa dgn ustazah yang terlibat dalam gerakan PRU-12 nih. So dia jemput mak aku jadi penceramah kat orang kampong. First time dalam sejarah, mak aku bagi ceramah pilihanraya kat orang kampong.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Ni adalah calon DUN PAS kawasan Pengkalan Pasir. Nampak sempoi kan? Tapi dia pemegang Master jurusan ekonomi dan belajar di USA. Seorang penghafaz Quran. 12 tahun dia merantau di New York dan dia ikrar utk guna semua duit gaji dia masuk dalam Tabung Bantuan Rakyat. [Tabung ni PAS sediakan utk mana2 wakil rakyat mereka yang ingin berbuat demikian- aku pun baru tahu] Well, apa nak heran. Memang dia kaya. Elaun wakil rakyat dia tu takat celah gigi je. Baik kasi guna utk orang kampung. Sangat humble orangnye.

Sedih biler dah mendekati orang kampong secara dekat. Mereka betol2 teraniaya. Terutama dlm kes barang naik nih. Mak aku yang kerja kerajaan dekat 12 tahun dgn kerajaan berkongsi pengalaman dgn diorg. Kemudian diorg tak puas hati biler dah pilihanraya ni, baru nak wujud skim yang nak bantu orang miskin. Ada skim KWAP khas utk anak2 miskin pendapatan bawah rm300 sebulan. Sape anak2 dgn keluarga miskin ni, akn dapat rm200 seorang. Kat kelantan je yang ada skim ni. Mereka pelik kenapa sekarang baru kerajaan pusat nak bagi? Nape tak bagi sebelum2 ni? Negeri2 lain takde pulak. Anak2 negeri lain, tak jeles ke? Heh~

Photobucket

Photobucket

Photobucket

So pokok pangkalnye sekarang adalah org2 kelantan risau dgn pengundi hantu. Dah heboh sana sini org2 BN nak bawak pengundi hantu mcm PRU yang lepas. Kalau BN menang kat kelantan, sah2 jelas kerana pengundi hantu. Kalau tak, kenapa ditarik balik penggunaan dakwat calit kat jari tuh? SPR pun satu. Tak pikir betol2 sebelum buat kerja. Pastu tiba2 lak BN yang tolong buatkan ulasan tentang keputusan SPR. Korang tak pelik ke? Direct ckp, korang tak nampak ke SPR ni dibuat tunggangan dek BN?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dah aku malas nak cakap byk lagi. Gambar pun dah berlambak. Gambar2 bendera je pun. Ni aku share gambar ceramah orang2 UMNO. Jiran depan rumah aku ni kuat main dacing. Tapi pelik biler tak ramai hadir. Sini bandar, patut boleh kumpul ramai lagi. Takat ramai mcm ni, orang2 kampung pun boleh buat. Heh~

Photobucket
Photobucket

Oh ye. Orang2 BN tak dapat nak buat ceramah besar2 nih. Diorg terpksa buat ceramah2 sambil-ambilan je. Seperti sambil2 buat mesyuarat PIBG. Mesyuarat sampai seminggu 3 kali. Buat tergelak orang kampong je. Menyesal aku tak tangkap gmbr poster muka wakil BN. Muka dia bersama pengumuman mesyuarat PIBG sekolah sebesar poster iklan billboard tepi jalan. Besar tu!

Oh ye, aku dengar cerita, malam sebelum aku pergi ceramah anak2 kelantan kat putrajaya tu, Pak Lah pun ada buat ceramah utk anak2 Kelantan jugak. Kat INTAN, KL. Siap sediakan bas utk sape2 yang nak dtg. Tapi member aku yg pergi cakap, kerusi tak penuh pun, ada dekat 500 org je yg hadir. Ada masuk paper Kelate Kito. Tergelak aku tgk ceramah BN kat INTAN tu kerusi tak penuh. Kat Hotel Niko tu pulak, Nik Aziz siap jemput lagi hadirin naik duduk atas pentas sebab ruang kat bawah tak cukup.

Dah la. Letih semalam tak hilang lagi. Kasi rehat jap. Nanti aku sambung lagi ok. Chow!