Wednesday, March 26, 2008

Tempoh pantang~*

Semalam aku pergi midvalley. Dating dgn Fina. Tgh dok borak2, ada satu kereta kat depan terus potong tak bagi signal. Gampang katanye Fina. Only an inch away from having a terrible incident. Tau lah kau besar, jangan lah buat kami ni macam kereta kecik. [walhal mmg kereta kecik pun] usha2 kereta tu sape bawak? Laki melayu.. Huh!

Aku tak nak kondem direct kat sape2. Sebab aku tahu tak semua laki melayu mcm tuh. Lebih ramai yang baik dari yang tak baik. Lebih ramai yang gentleman dari yang tak gentleman. Tak pasal2 ter bukak topic citer pasal pols. [word pendek aku nak panggil politik boleh? Hehe~]

Masa kekalahan Menteri Penang yang lama, Dr. Koh Tsu Koon kalah, what did he do? Dia dgn gentlemannye letak jawatan dan serahkan jawatannye kepada Ketua Menteri Penang yang baru, YAB Tuan Lim Guan Eng utk menerajui Penang. He even attended the ceremony angkat sumpah Ketua Menteri Penang tuh. Dia buat kenyataan rasmi kat TV lagi. Showing respect to the people yang memilih. Having his guts to come down in his own gentleman way.

Hah.. tapi bekas2 menteri besar melayu? Khir Toyo hilang 4 hari after dapat tahu dia kalah. Shahidan Kassim jumpa Sultan 2 jam sebelum angkat sumpah menteri baru. Pastu hilang. Tak dtg upacara angkat sumpah. Tajul Rosli pun ntah ke mana. Idris Jusoh? Huh! Menyampah! Siap main ugut2 Dato’ Ahmad. Malu weh org2 tak genteman ni. Aku bukan nak kondem direct org melayu ke apa tapi aku kondem mereka secara individu yang tak gentleman terus. Sama je macam org yang potong kereta kami tadi. Ish.. Ish.. tarak patut.

Sampai Midvalley, aku jalan2 lagi dgn Fina. Terliur je tgk mcm2 tapi poket kering. Takpe. Cuci mata pun jadik. Sambar lah jugak sebarang dua. Tengok ada t-shirt couple, teringin nak beli. Santek. Tapi takde couple sendiri. Last2 aku beli satu utk aku pakai, satu utk Fina. Lambang kami bersahabat baik sejak kecik. Kawan sehidup semati lah org kata. Harhar~

Sampai kat Paddington, kami duduk makan. Sembang2. Borak2. Dapat pulak org sebelah dok citer pasal pols. Haihh~~ terpksa mengkuali kan telinga. Sebab citer pols ni masih panas lagi rupanye. They said, ada timbalan menteri bakal letak jawatan. Mati lah aku tak kenal sape. Tapi dgr kan je lah.

Sekali biler aku bukak TranungKite pagi nih, elok je ha Abdul Ghaffur Salleh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar letak jawatan. Wah ini sudah hebat. Ingatkan internet ni dah cukup laju, rupanye mulut org lagi laju. [Ke aku yang memang lambat?] Harhar~ aku dapat tahu berita ni semalam tapi baru hari ni keluar berita kat internet. Kat TV? Minggu depan lah kot baru keluar. Surat khabar? Keluar tahun depan! Harhar~ Aku plg kesian kat Pak Lah la. Beliau tertampar. Harap beliau bersabar.

Meluat dgn berita2 kat TV and paper2 perdana nih. Semua rubbish. Langsung takde berita pasal PKR, PAS & DAP. Langsung! Kalau ada pun, yg buruk2 aja. Fina yang main atas pagar ni pun dah mula meluat. Pelik. Ah lantak. Janji ada internet boleh update dgn berita yang lebih semasa. Korang2 yg duduk obersea, jangan risau pasal korg ketinggalan ke tak. Org2 yang direct baca paper perdana from Mesia ni jauh lagi ketinggalan dari korg. Korg bukak internet, mmg berita korg dapat lagi hangat dan maju dari mesia. Bersyukur lah korg tak perlu baca paper2 perdana Mesia. I wonder berapa percent dah merudum tahap jualan Utusan Malaysia & Berita Harian? Yang aku tahu, paper Harakah jarang survive until 2nd day. Cetakan satu issue naik 3 kali ganda. No worries. Internet ada.

Aku tak sabar tunggu 15 April nih. Tempoh habis pantang. Nak tengok mcm mana perubahan pols Mesia waktu tuh. Dah gembar gembur sgt dah diorg nak naikkan Anwar jadi PM. Heh~? Tak mau komen banyak. Just wait and see lah.

Nak gi makan. Chiow!