Friday, March 07, 2008

Esok kita ngundi~*

Esok pilihanraya. Makin hangat. Esok confirm jadik hangit. Jentera PRU makin mengganas. Semalam je aku pergi dengar cermah PAS kat padang bolasepak utk calon PAS berucap. Penuh. Sampai ke jalan raya diorg bersila. Punyer lah semangat orang2 bangi ni nak kawasan ni diambil semula oleh PAS. Last time wakil BN yang menang, Dr. Amram Kasimin. Punyer lah meluatnye orang bangi jangan cerita lah. BN menang pun sebab berlaku persempadanan semula kawasan2 yang terbabit. Tahun 2004 dulu. Tak pasal2 bangi ni masuk kawasan serdang, tempat org cina byk undi. Masa tu memang lah org cina undi BN. Tu pasal orang2 bangi marah sangat tu. Sekarang ni, sewaktu penamaan calon PRU-12 pun, nmpk penyokong2 BA lebih mendominasi penyokong BN. Orang2 Cina and India pun sama duduk kat side BA. Aku nak kata apa lagi?

Member2 aku kecoh ckp betol ke PTPTN bakal mansuh kalau BA amik alih? Aku cakap, dalam manifesto BN pun takde cakap tapi manifesto BA ada cakap. Sendiri boleh pikir. Sukati korang nak percaya yang mana. Setahu aku lah kan, pihak2 BA takde yg terlibat dalam kes rasuah. Ada member2 yg pro-BN ckp org2 BA seleweng duit dana rakyat dan sumbangan derma, aku ckp mana dia keluar berita? Tipu giler lah kalau ada tapi media tak keluarkan. Media kan kuda BN. Asal buruk sket, sure punyer lah keluar berita. Ni takde pun. Sebab bukti takde. Dulu kes kecik pasal tak salam pun keluar berita. Ni kan pulak kes besar seleweng dana dan sumbangan tabung rakyat. Dah2. Cakap takde fakta pada aku adalah rubbish.

Apa agaknye terjadi dlmPRU kali nih? Macam2 andaian dalam kepala aku. Berdasarkan hasil tilik dan selidik aku, beberapa andaian aku boleh buat. Dan aku nak share sebab ni pun blog ‘just my thought’. So ini adalah pendapat aku yang takde kena mengena dgn org luar mahupun org dalam.

Mula2 kita tgk SPR. Sebab SPR lah dalang.. ehh.. kepala dalam pentas PRU-12 nih. Apa aku boleh cakap pasal SPR? Dolak. Dalik. Pergi. Balik. Tu je lah. Hari ni cakap borang kena mati duti setem. Esok cakap tak payah pun takpe. Hari ni cakap nak guna dakwat utk lebih telus. Esok cakap tak payah dakwat sebab ada penyelewengan dalam pengundian. Kononnye naya kat rakyat. Pastu dok panggil duduk sebelah geng2 BN utk jelaskan isu ini kat tv. Nape tak panggil BA sekali? Pergh… ingat aku bodoh?

Pastu kita tengok BN sebab nmpk sekarang ni diorglah berkuasa kan. Statistic ada menunjukkan bahawa hanya 79% je dari rakyat negara kita ni keluar mengundi. Negeri yang paling byk keluar mengundi adalah negeri2 Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis. Kerana negeri2 ni fight sket dari segi BA dan BN dia. Pada aku, kalau negeri2 ni BN menang, rakyat tak puas hati. Terutama Kelantan la. Kalau pergi negeri diorg, terang lagi bersuluh diorg ni tolak BN. Silap besar lah BN keluarkan projek nama Tahun Merawat Kelantan. Pergh… ingat org2 kampung ni bodoh?

BN memang dah kuasai byk menda. Aku tak nafikan diorg boleh menang lagi kali nih. Sebab diorg pakai jentera besar2, manipulasi segala media yg ada, bayar byk semata nak raih undi serta dapat pertolongan dari hantu2. Tentang pos undi polis baru2 ni, diorg tak puas hati biler pada sampul surat yg dimasukkan kertas undi tuh, dah siap tertera nama dan number servis mereka. Means pihak SPR boleh tahu setiap sorg polis ni pangkah sape. Aci ke tuh? Pada pahlawan polis yang tak gentar nak pangkah parti yang benar, aku tabik spring kat korang.

Pada BA pula, aku tak nafikan diorg ni kuat bising. Kutuk BN. Kadang2 ayat guna tu sakit hati. Nak buat macam mana. orang dah marah, mcm2 la boleh ckp. Cuba jangan buat org marah, buat kerja jujur ikhlas dan elok2, takde sape nak marah. Dah tu ckp BA ni pi jaja cerita kat orang luar. Dah orang dalam negara sendiri pun dah tak nak dengar,nak ngadu kat sape lagi? Itu pun ngadu sebab nak suarakan apa yg sebenarnye berlaku. Mungkin tekanan dari luar boleh bantu kasi bukak mata sket kat org2 BN ni kot.

BA memang tertekan. Kita boleh nampak betapa tertindasnye BA dalam hal berkempen nih. Biler BA ceramah, berpuluh polis jaga keliling. Kononnye tak nak timbul rusuhan. Tapi BN kasi ceramah, takde polis lak nak jaga. Macam mana polis nak jaga kalau yg datang ceramah tu takat 40-50 org je kan? Dan ceramah BA pun paling kurang,standard satu padang bola sepak. So logic lah polis datang ye. Join dengar ceramah sekali. Hehe~

BA kekuarangan dari segi segala menda. Tapi aku nak nafikan, perjuangan BA adalah ikhlas. Tengok berapa ramai BA buat kerja2 gerakan kempen tanpa perlu bayaran. Katanye org2 BN nak naikkan bendera pun di upah RM50. Takde upah ni, belom tentu diorg buat. Kawan adik aku pun amik upah naikkan bendera BN sambil pakai baju PAS. Katanya, duit amik gak, tapi pangkah PAS. Takde hal. Harharhar~ aku gelak2 je lah.

Aku nampak BA byk bergantung pada doa. Mintak ditumbang kan pemimpin2 yang seleweng dlm BN ni. Sebenarnye kan, aku bukan lah nak tentang sangat perjuangan parti UMNO dalam BN ni tapi yang aku nak tentang adalah pemimpin2 korup yg memegang tampuk kepimpinan parti tuh. Apa mereka dah buat pada rakyat sudah terlalu zalim. Dan kita sebagai manusia yg berpegang pada prinsip, akan terus menentang kezaliman yg ada. Jangan digadai maruah bangsa dan agama dgn memilih pemimpin2 yang semacam ini lagi. Menda dah depan mata. Boleh fikir sendiri apa nak buat.

So where do you guys stand?