Sunday, May 11, 2008

RPK~*

Sedap pulak layan lagu arab sambil menikmati secangkir kopi. [tipu lah tu.. aku tak minum kopi. hehe] Senang citer aku tgh syok menikmati hidup ler ni. [alhamdulillah…] Tapi ni bukan bermakna aku duduk goyang kaki rasa senang dengan keadaan yg berlaku di sekeliling aku.

Alahai.. bukannya aku tak pernah cerita sebelum nih. Entry aku penuh emosi ni pernah jadik kontroversi. Dan aku berterima kasih pada insan2 yg sudi dok main copy paste entry aku yang ini buat hiasan menarik di blog masing2. Terima kasih kerana sudi memberi perhatian pada suara ciput aku dlm dunia blog ni. Berdasarkan keadaan semasa, dah tiba masanya aku kembali berkongsi dgn pembaca sekalian tentang buah pendapat aku. Boleh jadi buah rambutan yang manis.. atau buah epal hijau yg masam.. ikut lah buah apa aku nak hidangkan kat korang ye. Korang makan je~ :P

Sebab aku blogger, jadi aku nak sentuh hal blogger dulu. RPK dituduh bawah akta hasutan berapa ntah. Tak penting. Yang penting dia dianiaya! Buat aku tergelak pun ada. Korang tau macam mana dia ditahan? Mula2 tu polis just dtg rumah nak ambil statement je. Tapi RPK ckp, kalau dia tak bagi statement, dia akan ditahan kan? So direct dia cakap “sya tak nak buat statement, jadi tahan lah saya” polis tu jadi serba salah pastu RPK ckp, “awk tak nak tahan saya, siler keluar dari rumah saya dan saya tak nak lihat lagi muka awk. Pandai2 lah awk merjawab dgn bos awk” ha amik kau~ berani tak berani si RPK ni. Last2 kena tahan jugak lah. Nmpk mcm tindakan kurang bijak tapi lihat lah kesan rentetan dari peristiwa kecik nih. RPK bijak mainkan peranan untuk menyedarkan rakyat tentang kebusukan dalam system pentadbiran negara. Pada aku, RPK berjaya buat TPM kita tak tidur malam. RPK main acah2 je tu tapi cukup menyedarkan rakyat. Artikel dia pasal pembunuh Altantuya patut go to hell tu menjadi issue yg besar. WTF? Artikel dia saje key yg tulis mcm tu? Blogger2 lain tak tulis? Malah lebih teruk yg direct hina kerajaan tu. Tak nak saman gak ke? Tapi nape artikel ni jugak yg jadi sasaran? Haa… korang boleh pikir lah sendiri. [psssttt.. sebab TPM kita terlibat dalam kes tu… RPK buat statement mcm tu sebab dia cabar TPM kita keluar buat statement tapi kenapa dia tak keluar defend diri sendiri? Sebaliknya,dia pi upah lebih ramai pak gurad jaga luar rumah dia. So sape yg terpenjara sekarang?]

Dah. Abis cite pasal RPK ni. Owh.. RPK ni sape? Raja Petra Kamarudin. Aku tertarik hati melihat setiap hari ahad ol 8.30mlm ada ruang utk blogger kat TV1. Aku salute giler. Sebab mendanya live. Blogger pertama yg diundang adalah RPK sendiri. Jadi takde tapis2 biler dia direct hentam kerajaan. Aku suka biler dia cakap “saya sebenarnye sangat berat hati nak datang sini tapi saya tak mahu dicop sombong, jadi saya datang juga”. Aah. Memang! Sape yang dah tak meluat dengan arus media perdana negara kita, memang _____ lah [isi sendiri] The rest of the story, korang boleh bukak kat you tube.

Malam tadi rancangan BLOG di RTM1 ni jemput Rocky’s Bru. Memang glamer gak lah akak nih. [akak rupanye.. nama blog mcm jejaka rock] walaupun dia cuba menjaga tutur kata tapi ternampak gak bias dia. Dia berpihak pada yg benarlah of course. Dan kita semua tahu pihak mana yg benar sekarang ni. Aku tak tahu lah apa tujuan nya rancangan Blog diadakan di RTM sekarang ni tapi aku rasa memang kerajaan nak tunjuk mereka sudah semakin ‘telus’ lah sekarang. Ah! Telus lah sangat… Huh~

Heh. Nampak aku benci kerajaan? Oh tidak. Aku benci pada ketidakadilan. Jadi pihak mana yg tidak adil sekarang ni? Dan aku benci bila org2 ditahan bawah ISA. Tanpa bicara. Agama mana ajar nih? Hadhari? Kata agama rasmi adalah Islam tapi mana keadilan? Malu tau dgn orang luar. Negara lain mana ada ISA? [ada ke?]

Ah.. kalau nak bukak satu2, tak habis cerita aku ni. Yang pasti, aku semakin perihatin dengan rakyat kita. [chewah..] Beras naik. Minyak naik. Aku tak leh terima sebab negara kita pengeluar menda2 ni semua. Kenapa kena naik gak? Alasannya sebab harga pasaran dunia naik. Kalau macam tu, kita makin kaya lah kan? Sebab eksport ke luar, mana pergi hasil eksport? Sorry, aku bukan orang ekonomi dan kalau ada org ekonomi baca blog aku ni, mintak share pendpaat la. Kalau takde, sampai ke sudah lah aku sebagai rakyat biasa yg ada akal sket tapi tak berapa bijak ekonomi akan berfikiran mcm tu.

Lagi satu, diorg sangat lah menghentam BA. Meh sini aku nak basuh sikit korang. BA perintah tak sampai 3-4 bulan lagi. Kalau ikut standard baby pun, bertatih pun belum reti lagi. Takat pusing2 badan je lah. Pelaksanaan manifesto bukan boleh dibuat sehari dua. Ambil masa. Kita tak boleh terus menghukum mereka andai tidak terlaksana janji kerana masa yg diberi masih belum tempoh cukup matang. Even pokok epal pun menjanjikan buah yang manis tapi bukannya kita tanam sebulan dua, buahnye boleh terus keluar kan? Logik ler sikit. Hanya sebab kerajaan negeri tak boleh turunkan cukai taksiran tahun ni, dah kecoh semalaya seolah menghukum rakyat yang mengundi mereka. Silap besar lah. Lagi diorg ugut2 nak salahkan kita, lagi kuat sokongan rakyat pada parti BA. Nampak tak media perdana ni meluat lagi menjijik kan? Jom pakat boikot ramai2. [aku boleh kena akta hasutan tak? heh~]

Dah. Tu je buat masa ni. Banyak lagi. Aku sekarang ni tengah minat dgn isu ketuanan melayu. Baru sekarang nak heboh? Pelik kan. Takpe lah. Aku akan simpan cerita ni di episod lain yg akan datang. Korang tunggu je lah nanti. Sambil2 tu, jom layan Nawal Zoghbi sambil menikmati secangkir teh. Lagu lama tapi ni lah lagu arab first yg aku minat. Heh~

Gelek arab jom. harhar~