Thursday, November 23, 2006

Kisah Benar~*

Malam yg hening. Puan Hanim baru hendak lelap. Banyak kerja dia kene siapkan tadi. Baru sahaja hendak menutup mata, kedengaran pintu biliknya diketuk “Cik puan… Cik puan..” kedengaran suara yg agak keras dari luar. ‘eh.. itu suara adik aku tu tapi kenapa panggil…..?’ Puan Hanim tersentak. Dia panik~! Tanpa berpusing belakang waima mengejutkan suaminya pun, dia keluar ke balkoni dan menjerit sekuat2nya… “Tolong.. Tolong..!”

Sepasang suami isteri sedang nyenyak tidur. Si isteri terjaga mendengar sebuah jeritan. ‘Tolong.. tolong..’ jeritan itu menerjah ke telinga nya. Terus dia menjenguk keluar. Sepantas kilat juga, dia mendail panggilan kecemasan yg sememangnya tersimpan rapi dlm telefon bimbit m-mobile nya. Setelah bercakap dgn polis utk beberapa ketika,segera dikejutkan suami dan lantas mereka menuju ke arah suara tersebut, jiran depan rumah mereka.

Sementara itu,masih lagi pintu bilik diketuk dengan panggilan ‘cik puan.. cik puan..’, manusia yg bertopengkan syaitan semakin tidak sabar. Rakan di bawah sedang ‘menyapu’ barang2 berharga yg ada sementara dia dah meragut rantai mangsa yg disangka pembantu rumah itu. Dengan tangan mangsa yg masih terikat,penjahat tersebut harap tuan rumah membuka pintu bilik agar dia boleh serang mereka tanpa mengejutkan jiran. Tak semena2 kedengaran suara kuat menjerit minta tolong. Panik~! Lantas dia meninggalkan mangsa dan turun memberi amaran kepada rakan2 nya yg lain. Mereka keluar dari rumah tersebut mengikut tingkap yg dipecah masuk tadi. Mangsa tersebut merasa agak lega dgn tindakan bijak kakaknya yg dapat menangkap bahawa sesuatu buruk sedang berlaku kerana telah termeterai janji antara mereka,andai ada sesuatu yg tidak kena,jangan dipanggil dgn nama biasa…

Tak sampai 15 minit kemudian, polis sampai ke rumah mangsa. Mereka meneliti keadaan sekeliling. Sejumlah barang kemas berjaya di ragut serta beberapa barang berharga yg lain. Namun bukan itu yg dirisaukan. Yang penting, ibu yg sakit itu selamat dari diikat hasil daripada rayuan mangsa yg merupakan adik kepada tuan rumah. Perompak menyangka mangsa adalah org gaji. Orang rumah yg lain juga selamat tidak terjaga sehingga lah jeritan Puan Hanim mengejutkan suasana. Yang penting, seisi penghuni rumah seramai 9 org itu selamat.

Dalam kekecohan tersebut, perompak2 durjana itu berusaha melarikan diri mengikut jalan belakang. Kali ini, bukan laluan biasa yg dilalui sebaliknye, mereka telah siap memotong pagar rumah2 yg berdekatan bagi memudahkan perjalanan mereka utk melarikan diri. Semak belukar yg tumbuh di tanah terbiar melicikkan lagi laluan mereka. Pasti sukar dikesan orang. Dalam kekecohan yg sedang berlaku di rumah mangsa, perompak2 durjana itu selamat melarikan diri. Mlm itu, usaha mereka utk merompak telah berjaya utk entah kali keberapa…

Photobucket - Video and Image Hosting
Rumah mangsa. Kelihatan balkoni dari mana tuan rumah menjerit meminta tolong.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sewaktu kekecohan di rumah mangsa, perompak berjaya melarikan diri mengikut pagar yg siap dipotong ini. Ini adalah pagar sebelah kiri.

Photobucket - Video and Image Hosting
Pagar yang telah dipotong jugak dari sebelah kanan. Sekadar mampu ditutup dgn tilam buruk buat sementara waktu. Kawasan yg strategik kerana terdapat semak samun yg menghalang pndgn org ramai dari mengesan pergerakan mereka.

Kesemua kejadian adalah kisah benar dan mangsa yg terlibat adalah jiran depan rumah je. Pagar yang telah dipotong ini adalah pagar rumah ku. Turut terlibat adalah pagar jiran belakang dan jiran sebelah. Suami isteri dlm kisah ini adalah ibubapa ku.Kejadian kali ini menyebabkan kawasan kejiranan ku telah ditanda kan oleh polis sebagai kawasan merah~

[p/s : huhuhu~ takutnyehhhhhhhh~~~!!!]