Thursday, October 19, 2006

Hidup tak selalunya indah~*

Hidup tak selalunya indah. Kadang2 kita rasa kita di landasan yg betul, kdg2 kita rasa kita dah buat yg terbaik dan paling penting sekali kdg2 kita rasa org lain suka dan tak kisah dgn kita. Bukan senang nak jaga hati semua org. Dan semua ni buat kita sedar, bukan senang nak jaga hati sendiri sebenarnya. Kena jugak sedar, kenapa perlu kita susah payah nak amik hati org yg kita nak sedangkan ada je org lain yg lebih kesahkan kita? Kenapa kita nakkan perhatian org tu sedangkan ada jer orang lain yg nak kan perhatian kita? Dan also, perhatian dari org yg kita nak tu, tak layan kita pun and tak dapat hint kita pun. So, why do we have to care? Tak perlulah kita penatkan diri kita dan bebankan perasaan kita dgn menagih perhatian dari insan yg kita nak. Cherish what you already have and live life to the fullest. Life is just too beautiful to be wasted like that….

This special advice goes to a very special friend out there…. and thank you friend, you also taught me one of many great things in life….


Alang2 tu, saya nak ucapkan Salam Lebaran Aidilfitri buat semua insan2 yg menyambut hari raya Aidilfitri. Ada yang beraya di kampung, raya kat bandar dan raya di oversea. Walau apa jua bentuk perayaan anda, saya harap anda menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Buat kami keluarga, kami akan bercuti ke Kuching, Sarawak selama seminggu. Maka blog ini akan berhibernasi selama seminggu [atau mungkin 2 minggu]. Perayaan Aidilfitri bagi saya tahun ini akan disambut dalam bentuk percutian keluarga sambil melawat2 juga sedara jauh yang ada di Sarawak. Kemudian ada baki lagi lebih kurang 3 minggu utk saya beraya sepuas2 nya di Bangi. Pengunjung2 blog ini dijemput lah datang beraya ke teratak buruk saya di bangi tu. [Calling2 lah dulu sebelum nak dtg]

Juga nak mintak ampun maaf zahir batin dari kutub utara sampai kutub selatan [punya byk lah dosa aku nih.. huhuhu~] andai ada yg terguris dgn tulisan2 saya, termuak dgn peel saya dalam blog ni atau ada yg tersinggung dgn perilaku saya. [Maklum lah, kdg2 kita tak sedar gurauan kita melepasi batas.] Dan juga paling penting, kot2 ada terhutang dgn sesapa ke, harap korg dtg tuntut la. Hidup kita belum tentu sampai bila kan, agak2 mata ni dah tertutup sebelum sempat nak setelkan hutang korg tu, mintak dihalalkan lah ye.....

Akhir kata, nak ucap terima kasih byk2 atas jasa2 korg. Ramai rupanya yg suka bertandang ke blog ni, jadi saya nak beri ucapan khas buat mereka walupun bukan bloggers. Terima kasih kerana menjadikan blog saya sebagai bahan hiburan korang. Not forgetting, to my precious bloggers, thank you so much~! Selamat Hari Raya kepada semua… Maaf Zahir Batin~*


Insya-ALLAH, saya akan kembali.....