Tuesday, October 17, 2006

Sudut~*

Well, memandangkan raya nanti belum tentu sempat nak update banyak, tambahan pula blogger sikit-punya-payah nak masuk lately, nak sumbat banyak2 update entry dalam minggu ni. Entry kali ni adalah untuk memenuhi request seseorang suatu masa dahulu [ish.. ingtkan dah lupa.. tuntut jugak! tapi hang jgn malas nak KOMEN le..]. So, ini adalah gambar bilik yang dah lengkap melalui renovation sepenuhnya. Seluruh tingkat 2 rumah ku mengalami transformasi sepenuhnya.... [cukup lah tengok bilik aku je... hehe ;p]

Photobucket - Video and Image Hosting
Sudut Tido-aktiviti paling best... haha ;p Kalau tak tido, sudut ni dibuat aktiviti menggosok.
Photobucket - Video and Image Hosting
Sudut Duduk sambil baring di katil-aktiviti2 pekdah seperti buat assignment dan aktiviti lagha seperti tgk CD dan main game dilaksanakan di sudut ini.
Photobucket - Video and Image Hosting
Sudut Bersiap-aktiviti mencermin serta memperelokkan diri di lakukan di sudut ini.
Photobucket - Video and Image Hosting
Sudut Berambus-aktiviti seperti manghalau adik keluar dari bilik serta aktiviti menyuruh adik pasang kipas lampu dibuat di sudut ini. Sering juga aktiviti sorok2 dilaksanakan di sudut ini.
And the award of Fave Sudut goes to.....
Photobucket - Video and Image Hosting
Yup~! This is my territory... Sudut tido. Best tido dgn teddy tetiap malam walupun selalu je kene sepak jatuh katil. [cuba teka nama teddy... hehe ;p] Bertemankan lampu neon malam dgn aktiviti membaca sebelum tidur serta udara yg disegarkan dek turtle hijau tu menjadikan tempat ni plg layak menggondol Sudut TerBest~!