Sunday, February 03, 2008

MC last minit~*

Tajuk memberangsangkan? So jangan ikut. Terkulat2 dibuatnye. Sebenarnye nak publish tajuk hawt yg lain tapi malas lah. Relak2 cool dulu. Ada nanti aku publish. Tajuk hawt itu tgh draft. Ni aku saje nak citer apa jadi ini hari pagi tadi [Aah.Aku member Karam Singh Walia~]

Before I move on, I would like to express my warmest gratitude to HANNAN from Moscow. He was very kind enough to lend me his helping hand & head in preparing my MC script. Almost like 80% are his words. I can’t thank you enough for helping me at the very last minute. With all my heart I thank you.

Not forgetting, my dearly friend Azrul Mizam from Paris, for the encouraging words. Though I know you can’t send me any flowery words, but I do appreciate your effort in helping me so. And IJAT, thank you so much sebab sudi muncul at the last minute though I know you should be busy having fun in Mesir. Helping me to stay put and hafal my script. Trust me, you really scare me and it helps a lot! Hehehe~

Guys, THANKS~! [siler terharu okeh~]

Apesal aku beria-ia sgt nih? Sebab... aku dah lama tak main muncul2 depan org nih. Aku kan gadis pemalu. Jalan catwalk lagi sebab shy-shy cat. So menda2 ni semua aku dah lama tak buat. Nervous lah beb! Tu la.. padan muka~ Dulu beria sgt nak tolong org, last2 tercuak sendiri. But look at the bright side. Niat aku nak tolong Kak Eyta sorang je, tapi last2 God send me tiga org mat2 hensem ni datang tolong aku balik. Macho2 lak tu. Tak ke heaven? Hehehe~

Sangat besh berkawan dgn diorg. Sape2 nak, boleh aku perkenalkan. Hannan is taken, so Ijat and Azrul are free. Lelong2~? [mati aku~]

So roughly citer asalnye, today ada welcoming ceremony for the new graduate students of Science Faculty. So aku kena jadik MC utk acara nih. Bab yg best masa ni adalah usha student2 foreigner yg baru masuk. Mostly from middle east. Pastu ada sorg tuh botak. Seriously mcm zidane weh! Pastu ada lagi sorg dua mcm pemain bola sepak Eropah. Tercuci mata aku hari nih. Balik ni wajib aku jeleskan Ina.

Ok. Back to da story. Last minit tukar lagi skrip. Sebab dah tak ikut schedule yg asal. So masa tengah2 dean bagi ucapan tuh, aku terpksa reka2 lagi ayat. English. Naik mabuk aku nak buat ayat baru. But everything went well lah. So well enough sampaikan aku habis je jadik MC tu, assistant registra tuh offer aku jadi MC utk oath taking ceremony pulak. Weeiii… depan faculty ni pun aku dah terkulat2, nak suruh aku jadi MC utk satu Universiti pulak? Maaf zahir baten. Tahun depan aku dah pencen. Bye-bye UPM. Tapi encik tuh offer nak bayar lah kalau aku dah takde sini. Eh? Ini sudah bisnes yg bagus. Jadi MC freelance. Nanti lah aku pikir2 kan.

Tapi ni part yg plg best sebenarnye. Despite aku kena puji2 pastu terpksa malu2 kucing tuh, aku dapat thumbs up dari supervisor aku! Harharhar~ aku sgt seronot tang itu. Bukan apa. Supervisor aku garang tahap maki org tak kesian punye. Cakap main lepas. Perkataan dia lebih tumpat dari keamatan pancaran laser. Pastu supervisor aku ni Ketua Jabatan Fizik. Jadi dia ni antara dif kehormat lah. Boleh bayangkan lah betapa cencurut dan tenggilingnye aku kat depan pentas tuh. Nak baca skrip lagi. Takut pandang dia lagi. Pandangan mata dia mcm laser He/Ne. Boleh membunuh. Jadi biler baca skrip tang menjemput VIP untuk refreshment tuh, tetiba aku nampak my beloved supervisor kasik aku thumbs up dari jauh. Waaaaahhhh… aku mati terharu kat situ jugak. Kaki rasa macam tak jejak tanah. Dia suka dengar aku meng-kucing atas pentas tuh? Memang aku terpksa sayang lah supervisor aku masa tuh. Hahaha~ Pasnih.. errr… nanti2 aku pikir2 kan balik. Tapi body language dari ibu jari nye itu amat menyentuh kalbu aku boleh? Aku rasa itu lah kemuncaknye kepuasan aku mengacarakan majlis tersebut. So pasnih, kalau supervisor aku tu jadi dif kehormat, baru lah aku boleh mengacarakan majlis. Sebab nak capai kemuncak nikmat jadik MC. Hehehe~

Dah. Aku lelap kol 5 pagi semalam. Menda alah ni punyer pasal la. Tidur 2 jam je. Pastu ni member sebelah melonjak gumbira dapat masukkan lagu dlm frenster dia. Cheh~ Bising. Pastu lagi sorg member bising suruh bukak website ni and klik kat link kaler hijau dalam kotak hitam tuh. Nanti dia dapat duit. Belanja aku. Korang tolong lah klikkan ye. Aku dah ngantuk giler nih. Nak lepak surau tidoooooooooo~

Chiao!