Monday, July 14, 2008

Jalan terhalang~*

Ni aku nak citer nih…

Sabtu lepas aku pergi Sungai Buloh. Tengok nenek sedara aku sakit tua. Dari Bangi aku bertolak. Aku tahu Sg. Buloh jauh umpama di sempadan Perak sana dan aku dari sempadan Neg. 9 sini. So its like dari ujung negeri ke hujung negeri. Negeri selangor lah.

So aku ikut lah tol Sungai Besi mcm biasa. Sabtu. Memang aku bujet lah tak jam tapi kereta boleh jadi agak banyak. Tapi malangnya nasib ku, aku tersalah hitung.

Lepas je masuk tol touch n go Sungai Besi, aku terus2 berdepan dgn jam kereta. Pergh. Jam depan tol? Aku baru nak start menyumpah tapi dalam hati je lah. Dalam kereta hanya ada my mum and both my lil sisters. Aku Ronande. [read:-ronande dibahasakan as drebar] Mujur mak aku ada. Kami sembang2 politik. Kutuk sana sini. Maki sana sini. Harhar~takde lah. Tipu je. Tapi bab borak politik aku tak tipu. Best lah borak dgn mak aku. Macam2 dia tahu.

Pastu kereta buat hal. Mmg peel keta ni kalau tak gerak, air-cond pun tak sejuk. Adik aku kat belakang dah start main bukak tutup tingkap. Aku bukak tingkap sebab udara tercemar kat luar lebih sejuk dari air-cond bersih kat dlm kereta. Tak tahan. Pastu aku baru perasan, kereta aku dah tersangkut dekat sejam. Yang lebih aku panas adalah kereta aku gerak tak sampai 20 meter! Uish.. mak aku buat teori bahawasanya accident kat depan tuh pasti dahsyat. So dlm aku panas2 tu, aku pikir baik lah. Aku pikir aku masih beruntung duduk selamat dlm kereta sedangkan family sape tah yang malang accident kat depan tu kan. So apa lah sgt aku nak merungut pasal panas dlm kereta and jam teruk depan tol Sungai Besi nih. So aku bersabau. Pastu sambung sembang2 politik lagi dgn mak aku.

Sejam lebih lepas tu baru lah kereta aku bergerak. Kelajuan kereta dah advance sket lah. Tadi gerak mcm siput, sekarang dah gerak laju sikit je dari kura-kura. Ok lah tu. Slow-slow aku bawak sebab kereta kiri kanan dari 10 lane depan tol tuh nak masuk jalan kepada 4 lane. Kereta standard rapat2 seinci kiri kanan. Mujur lepas. Sebab aku terror kan. Harhar~

Pastu jam masih berterusan sampai depan petronas tu. Mak aku dah ligat kepala piker nak lepaskan kereta dari jam nih. Kami dah start tak senang duduk. Teruk sangat ke eksiden kat depan tuh? Slow2 aku ronande kan diri sampai ke depan. Sekalinye slowly kami mula nmpk masalah jam kat depan tuh… Tiba-tiba..

B*&%$~! B**&^%~!

Harharhar~ Aku terkejut tapi sempat lagi lah tergelak dengar ayat2 cantik dari mak aku. Maunye tak emosi. Ingtkan jam sebab ekseiden rupanye jam sebab roadblock yang tak munasabah kat depan jalan tuh. Jam tu jauh. Ada lah dalam 6-7km kot. Aku hanya sahut dalam hati je lah sebab aku jenis cool je tengok menda2 bangang depan mata nih. Harhar~ Dari 4 lane, dia jadi kan 2 lane. Seriously tak strategic langsung tempat buat roadblock tu. Penyebab jam depan tol tuh secara langsung. Masa lalu depan polis yg buat roadblock tu, mulut mak aku kumat kamit menyumpah polis depan tuh. Mujur lah kereta ni kalis bunyik, tapi aku yakin makcik polis tuh nampak lah kumat kamit mulut mak aku menyebut perkataan tuut tuut tadi. Serius je muka dia tgk mak aku. Kesian pulak aku tgk makcik ni. Muka tak rela je jaga roadblock tuh. Aku yakin berbakul2 lagi sumpah seranah polis tu dapat sepnjg buat roadblock tu. Kiranye tak boleh terima lah jam sebab roadblock ni. Kalau jam sebab eksiden aku boleh tahan lagi. Aduhai…. 2 jam lebih sangkut kat jam disebabkan oleh roadblock yang langsung tak strategic tuh.

Lepas hari Sabtu tu, then aku terbaca berita sana sini pasal roadblock. Kiranye perkataan roadblock ni adalah perkataan hawt lah buat masa ni. [Tu pasal aku tak nak ketinggalan memanaskan blog aku. Hehe] Sejak itu aku sering terserempak dgn roadblock ni. Yg terbaru diorg buat roadblock jalan tuju ke parlimen. Dari mana tah polis dapat berita pasal perhimpunan haram tuh pun aku tak tahu. Rasanya berbakul lagi bergelen2 jugak lah sumpah seranah yang tercipta Isnin tuh. Kesian.

Ok. Tu je aku nak citer. Malam ni nak tgk debat DSAI dgn Shabery pasal minyak. Semua TV rumah aku yang ada kat atas, bawah, stor, dapur, dan toilet aku nak pasang TV3, TV9 dan Astro. Eceh..[eh rumah aku mana ada Astro! Miskin ler. Harhar~] kita bantai memeriahkan TV arus perdana kita dgn muka DSAI. Bukan senang muka dia nak bertempek kat skrin TV arus perdana ni.

Itu pun kalau dia tak kena tangkap lah...