Thursday, April 12, 2007

Seram siri 2~*

Sekolah aku dulu dikelilingi kelapa sawit. Memang tgh2 ladang kelapa sawit tapi sebelah dengan Sungai Perak. Sekolah asrama cikai je. Depan sekolah aku tu memang jalan lurus. Memang style jalan tar kat kampong tu. Bengkang bengkok. Tapi jalan tu dah banyak makan korban. Banyak sejarah berdarah terpahat kat situ. Sampaikan ada sesetgh sejarah tu melekat kat asrama kitorg...

Antara kemalangan yg berlaku kat depan tu ialah kemalangan ibu mengandung. Dah sarat. Memang dia on the way nak pergi hospital Teluk Intan yg dok belakang 5 km dari sekolah kitorg tu. Nak beranak dah. Tapi Tuhan lebih sayang kan diorg. Kemalangan antara kereta dan lori tu berlaku betul2 kat jalan depan sekolah aku. Dengarnya baby tu terkeluar dari perut ibunya dan kedua2nye meninggal di tempat kejadian.

Nak dijadikan cerita, anak dia memang baby lelaki. Arwah ibunya dah memang tahu. Jadi akan ada satu masa pada setiap tahun [rasanya memang masa kejadian kemalangan itu berlaku], si arwah ibu ni kan melawat asrama lelaki pada malam2 tertentu. Dia akan pergi dari katil ke katil menyelak kain selimut budak2 lelaki sebab nak cari anak dia. Member aku, Karem [bukan nama sebenar] pernah ternampak seorang wanita berambut panjang dgn baju berdarah masuk dorm diorg dan menyelak2 kain selimut mmber2 yg lain dlm dorm tuh. Dia ketakutan sgt lantas selubung diri dia dalam selimut sambil baca apa2 yg patut. Member2 yg lain tidur tak sedar diri dah. Yang pasti, arwah ibu tu sampai je katil dia, si Karem ni hanya terbau menda busuk sgt. Loya tekak katanya. Terasa katil dia digoyang2. Selimut dia ditarik2. Karem pegang kuat pada selimut dia. Main tarik2 selimut lak dgn arwah ibu tu. Katil karem basah. Tapi tetap Karem pegang kuat pada selimut dia. Gigih hati dia membaca ayat tonggang langgang. Agak nya si ibu ni dah pasti Karem bukan anak dia, dia berlalu pergi. Hilang bau busuk. Yang ada, bau hancing. Tapi yang pasti, Karem tak tidur sampai pagi.


Esok pagi kecoh sampai ke pelajar puteri kes si Karem ni kencing atas katil. Kesian dia kena gelak sebab kes macam ni memang jarang berlaku. Tak lama kemudian, beberapa malam selepas itu, ada 2-3 orang budak laki dapat kes yg sama. Hancing katil. Tapi kali ni, tak ade siapa dah gelakkan diorg...