Tuesday, April 17, 2007

A tribute to Netballers SAMBEST~*

Kadang2 aku tak faham. Tak faham dgn org yang tak tahu nak menilai impian org lain. Lebih2 lagi impian anak murid kita. Mungkin lah impian mereka tak memberi apa-apa makna pada kita tapi itu bukan bermakna kita boleh memandang rendah pada impian mereka. Sebagai pendidik, dah menjadi tugas kita menerapkan nilai2 jati diri serta menonjolkan potensi anak didik, tak kira lah dalam apa jua bidang sekalipun.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bermula dari peringkat saringan, pasukan Sambest telah menunjukkan belang. Semua pasukan tewas mudah pada Sambest. Aku bangga kerana mereka hasil didikan ku suatu masa dahulu. Sememangnya mereka main tak lah hebat mana tapi disebabkan pasukan lawan mereka kurang mahir dgn selok belok bola jaring membuatkan bekas anak didik ku menewaskan mereka dgn mudah. 17-3, 15-1, 19-2 adalah mata yg biasa terdapat kat papan tu. Namun, aku tak mudah senyum kerana sejujurnya pada ku, pasukan Sambest main teruk. Berterabur. Aku sebagai referee tepi padang berputih mata saje lah. Nak marah, tak boleh. Geram betul dgn corak permainan mereka yg seolah hilang bisa taringnya. Tapi takpe, gelaran johan peringkat saringan dan seterusnya mewakili daerah Petaling menaikkan semangat ku untuk turun padang dan kembali melatih mereka utk kejohanan peringkat negeri pulak.


Tapi rupanya, pelbagai dugaan diorg alami. Kata-kata seperti “buat apa kamu susah2 nak harumkan nama sekolah, sekolah tak hingin pun nak naikkan nama kamu” memang cukup pedas. Memandang enteng terhadap kejohanan mereka tak sepatutnya ada dalam diri seorang pengurus pasukan. Lebih2 lagi kalau anda seorang guru. Dan guru2 lain pun tak sepatutnya mengeluarkan kata2 mcm tu sekalipun tidak mahu menyokong. Sememangnya sekolah tak tahu pun diorg ni dah johan peringkat daerah. Mungkin lah tak penting memandangkan byk lagi acara atau pasukan lain yg lebih gah untuk sekolah banggakan. Takpe lah tu. Tapi yg aku kagum ialah semngt netballers yg tak mudah kalah. Dugaan mereka utk mendapatkan number telefon ku betul2 menyentuh perasaan. Diorg mintak number telefonku tapi dibalas kasar “Buat apa kamu susah2 nak telefon cikgu shifa, tahu lah dia nak datang sendiri nanti” . Tersentak aku. Akhirnye mereka bersusah payah mencari dan selongkar majalah sekolah mendapatkan number telefon ku. Sayunya aku. Kecik hati? Oh tidak lambang aku dah biasa je kena tohmah dek sesetgh pendidik lain dlm sekolah tu. Yg buat aku terkilan ialah semngt anak murid itu diperkecilkan. Itu ke guru? Keseronokan semangat mereka menyandang gelaran johan peringkat daerah dimatikan dgn kata2 “kamu tak boleh main lagi utk peringkat negeri sabtu nih (sebab ada hari anugerah kecemerlangan)” Tolong lah... pengurus pasukan tu... can’t you just give them a break? Dan aku kagum dgn semngt mereka yg tak putus asa. Tindakan bijak mereka utk pergi memohon kebenaran dari Ketua Ko-ku yg disandang oleh guru yg sporting dlm sekolah tu memberi sinar kpd mereka utk bermain bagi peringkat negeri. Patutnya itu kerja pengurus pasukan lah, bukannya pemain! Tapi aku faham sgt lah dugaan mereka lalui. Takde kurangnye macam aku dulu. Bezanya, aku adalah seorang guru dan netballers lain tak perlu lalui perit lelahnya merayu nak dapatkan tempat atau transit utk mereka sertai kejohanan di merata tempat. Tu la yg buat aku tak faham. Nape sekolah susah sgt nak bagi muka kat netballers eh? Bukannya kami bermain permainan lelaki. Semuanya perempuan~! Kalau kejohanan besar2 pun, majoitinya perempuan. Dan bukannya diorg tak belajar. Bekas netballers Sambest dulu datang dari kelas Biruni dan Farabi. Dan pemain yg ada sekarang pun semuanye bekas-bekas 8A dan 9A. Dari dulu, pasukan bolajaring SAMBEST memang hebat. Kalau lah sekolah kasi peluang lebih sikit, boleh sangat nak pergi jauh. 2 orang anak didik aku wakil negeri Selangor peringkat sekolah. Tapi aku malas lah nak pikir. Pada aku, biar lah sejarah berulang semula dimana gelaran johan bolajaring telah menutup mulut sesetgh guru2 yg tak faham erti semangat boleh, keyakinan serta taraf pasukan bola jaring sekolah yg sama hebatnya dgn permainan peringkat negeri.

Teringat aku sejarah Sambest yg pertama kalinya berdepan dgn sekolah luar selain dari sekolah agama. Sambest menewaskan Sek Men USJ 4 yg memang hebat dlm bola jaring tu. Punya lah keciknya Sambest ni dimata sekolah luar, diorg tak tahu pun wujudnya sekolah agama kat tengah2 USJ 5 tu. Netball SAMBEST bawah-15 dan bawah-18 tahun hebat menewaskan mereka 15-3 dan 20-5. Biarlah pemakaian korg dipandang mcm alien oleh org luar tapi cikgu bangga kerana pemakaian skirt dan baju ketat diorg sebenarnya tak lah hebat mana pun. Apa yg korg nak takut dgn tocang2 serta jersi2 hebat diorg yg disponser dek company2 besar tapi tewas di tangan korg tu? So aku nak tolong budak2 netball ni cipta semula kenangan manis tuh. Jadi, pada hari jumaat lepas, aku turun padang dan polish semula permainan mereka.

Pada sabtu lepas, Sambest turun padang mewakili daerah petaling. Kejohanan Bola Jaring anjuran Jemaah Islamiah Malaysia peringkat negeri. Tidak aku nafikan bahawa pasukan yg masuk kali ni lebih hebat. Daerah Ampang Jaya mampu memberi saingan namun dikalahkan jua oleh Sambest. Asakan demi asakan, terbangan demi terbangan Sambest menunjukkan belang yg sebenar. Kali ni baru lah aku mampu tersenyum kerana pasukan lain hanya lah bertelur saje dengan Sambest kecuali pasukan Ampang Jaya yg mampu pecahkan telur sebanyak 2 mata. Dan akhirnya, pasukan Petaling yg diwakili oleh Sambest menang besar dan menyandang gelaran Johan Peringkat Negeri. Seorang demi seorang aku peluk. Bangga. Namun plg bangga atas semangat mereka yg tak putus asa walupun telah melalui pelbagai dugaan hebat dari pihak sekolah serta guru yg kurang memberi sokongan. Sememangnya mereka bangkit sendirian atas keyakinan diri yg jitu dan semangat berpasukan. Dalam diam, itulah kepuasan diri aku yg sebenar kerana dapat mendidik mereka utk menilai potensi diri serta menonjolkannya dan seterusnya menanamkan keyakinan bahawa, tak kira lah apa jua dugaan melanda, tak kira lah orang lain nak cakap apa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biarlah org lain memandang rendah pada diri kita tapi jgn biarkan semangat diri kita dipijak rendah oleh org lain. Kesimpulannya, tak kesah lah kalau sekolah tak tahu pun, yg penting pingat emas yg berat tu dah pun tersangkut kat leher korg.... dan juga kini, seluruh dunia boleh baca kisah korg...

SAMBESTARI Netballers-Johan Peringkat Negeri Selangor.... TAHNIAH~!!