Thursday, May 31, 2007

RAFSS '07~*

Hello semua2 orang~

I promise to update lepas balik dari johor kan. Well, here I am updating stuffs... Nothing much but here’s the story…

Hari ahad bertolak kol 10 pagi dr serdang. Bapak laju nye En. Hafiz bawak, kol 1.30 tghari dah sampai skudai (that includes kitorg berhenti dalam stgh jam kat stesen minyak and R&R tu). Check in kat Pulai Spring Resort and the room was not so bad.
Malam tu kitorg rayap ke Danga Bay. Bapak lah dah jauh dan besarnye Danga Bay tu.. Rasanya dulu mana ada taman orkid, street mall market semua tuh. Banyak barang but not a heaven for shoppers. What do u expect brg2 tepi pantai JB tu yg dok sebelah je dgn Singapore? Mahal~

Esoknye aku hadiri lah seminar tuh. Seminar ni namanya Regional Annual Fundamental Science Seminar a.k.a RAFSS ’07 anjuran Institut Ibnu Sina, UTM. Tentative aku tak ingat. Yang aku ingat adalah lecture dari keynote speaker dari Japan, Thailand dan negara mana tah lagi satu. Itu pun member aku yg bagitahu sebab aku nyenyak tidur. Best gak biler member kiri kanan tak perasan pun aku lelap. Bapak lah static aku tidur atas kerusi tuh. Muahahahaha~ (ish.. tak beretika betol...) tapi seriusly, aku memang tak leh duduk dan dengar je apa2 ceramah kat depan sebab memang mata aku otomatikly akn tertutup sendiri. Diulangi.. OTOMATIKLY tertutup sendiri yg hanya melibatkan kelopak mata sahaja.... So korg boleh bayang lah macam mana aku duduk dlm bilik kuliah selama nih... study dlm mimpi.... huhuhuhu~

Habis kes tertidur masa keynote speaker tuh, upacara perasmian. Patut nye Menteri Pengajian Tinggi tu datang tapi macam biasa lah, wakilnye yg dtg. Lagi sekali mata aku otomatik tertutup masa ucapan. Ucapan semua2 org yg aku sendiri tak pasti berapa org yg berucap kat depan tuh. Sedar2 je org kiri kanan dah bertepuk2, baru lah aku tersedar dan join tepuk2 aje lah. Fuh.. ringan sket kepala aku dapat tidur sepnjg pagi tu... (ishk... ishk..)

Petang tu, aku sesi 1B. Kol 4.30. Tapi kol 3 aku dah terpacak kat bilik presentation tuh. Sempat lagi aku edit2 presentation last minit. Cuak. Berpeluh gak lah walaupun bilik tu sejuk mcm air batu. Tiba giliran aku, masa tuh jugak lah ex-prof aku masuk. Dia dah jadi pengarah Institut Ibnu Sina nih. Adussssss... ketaq gak lah lutut sebenarnya. Dah habis aku present segala, tiba lah time plg cuak oleh kebykan presenter, Q&A session. (ntah nape aku cuak kalau bab Q&A nih) dan yg mengangkat tangan menanya tu jugak lah prof2 aku sekalian. (jeles tol dgn malin takde org nak tanya2 dia~ huhuhu~) Aku jawab aje lah sambil sengih2. Ntah betol ntah idak jawapan aku. Nasib baik tak kena balik dgn diorg. Haihhhh... habis je present, terlepas segala bala, terus kepala terpikir nak tempah tiket pirates of the carribean. (ke purates? hehe~)

Yang pasti, aku dah lega lah sekarang. Member2 aku pun present cantik. Lagi cantik dari aku yg kelam kabut nih. Cantik je ayat2 kat slide diorg. Ayat aku hancur. Tu pasal aku letak byk gmbr dari letak ayat2. Tambah pulak aku tak suka kena tanya. Paling menyampah biler tak dapat jawab. Terasa lah kita ni bodoh. Then terasa lah sia-sia lak projek aku 2 thn ni. Tapi nsb baik aku present ni, tak pulak rasa mcm tuh. Plg best biler ada prof minat dgn projek aku ni. Minat dgn tajuk aku sorg lak tu sebab berkait dgn dia yg pakar buat membrane jugak. Bezanya, purpose aku dan dia tak sama. Dia minat dgn membrane aku dan dah tgk hasil graf. Bapak lah giler dia interpret data aku mcm tu je. Tu belom lagi aku tunjuk yg lain2. Siap kasi aku idea lagi utk surface modification nak kasi conductivity membrane aku jadik up lagi. Thanks prof takeshi mutsura. Aku keluar bilik dia, jeling nama dia kat pintu,rupa2nya prof pangkat emeritus... Patut la... terharu lak projek ciput aku ni dpt perhatian dia. Terus semangat nak habiskan projek aku ni cantik2. Jadi pakar membrane pun ok gak kan... hehe~ ;D

Habis sesi member aku pagi selasa tu, kitorg terus balik. Sempat gak lah pergi kampung melayu beli murtabak singapore yg besar tu. Ole2. Nak bagi org pun, semua dah selamat masuk perut. Hehehe~ Yang pasti, aku rasa best je pergi seminar ni sebab dapat bukak minda aku dan kongsi2 pengalaman. Ina, Nini, Malin, Mazni & Josephine. Harap2 kita dapat pergi lagi seminar2 mcm ni. Pictures? Ada kat Nini~! Dia kata nak kasik isnin ni sebab dia balik kampung. So, sorry eh takde gambar.

Oh ya, aku rasa nak berhibernasi. Perlu sebab ke? Sebab nya ialah byk kerja nak buat. Tambah pulak UPM dah block segala blog atas arahan pihak kementerian yg tak mau staf dia main dgn blog dan menulis menda yg mengarut2 dlm blog. Ntah la.. lantak diorg lah... Aku nak hibernasi je. Kang aku dtg lah balik... Bloghop? Once in a while la kot....

So everybody.. take care eh~ ;)