Seram Final Exam siri 6~*
Kisah seram kini kembali. Perlu diingatkan kepada pembaca2 blog ku sekalian bahawa aku tak kisah dgn apa jua kepercayaan korg terhadap pengalaman2 aku. Terpulang lah korg nak percaya ke tidak.. Sememangnya cerita2 ni aku tak cerita sgt kat org lain sebab aku sedar je penerimaan org terhadap kes2 mistik ni plus meremang gak lah bulu roma kalau diingat2kan balik. Memikirkan kes ni berlaku 3-4 tahun dulu dan lokasinya jauh dari aku sekrg ni, maka rasanya tak kesah la nak berkongsi sekarang. So,enjoy your reading....
Kejadian ini berlaku masa aku kat UTM gak. Masa tuh dah final exam. Semua sibuk study utk final paper. Aku dok luar masa tu. So aku join mmber aku study kat kolej dalam. Sebab paper budak2 fizik dah habis, aku join lepak dgn budak2 kimia nih. Paper diorg tak habis lagi. Coursemate aku dah balik,rata-ratanya org johor. Saje lah aku nak lepak lama sket kat johor ni.
Mmber aku ni dok kat kolej baru bukak. Satu floor tu tak semua bilik ada org duduk. Kolej ni pun jauh. Budak yg ada kereta, boleh la nak duduk kolej ni. So aku join mmber2 kimia ni lepak kolej dalam.
Jam dah tunjuk pukul 2 pagi. Kolej sunyi. Blok sunyi. Floor pun sunyi. Bertemankan bunyi cengkerik dan sesekali je bunyi kucing gaduh2 kat bawah tu. Semua dah tidur kot tambah pulak ramai dah balik. Member2 aku semua tgh study. Kami berempat dalam bilik nih. Aku baca majalah dan apa je yg ada. Saje temankan diorg. Paper diorg bertiga tak habis lagi.
Penat aku baring2, aku keluar gi toilet. Bilik mmbr aku ni kat aras 5, sebelah je dgn toilet tapi dipisahkan dgn tangga. Keluar je dari toilet tu, ternmpk lak sorg minah ni jalan kat koridor. Hujung koridor tu mmg ada tingkap dan tangga kat hujung tu. Aku tgk je pompuan tu jalan. Pakai baju putih style kaftan tapi lengan panjang. Rambut panjang melepasi bahu. Budak tgh study gak kot. Aku buat tak tahu dan masuk bilik sambung baca majalah.
Selesai aku baca majalah tu, aku jenguk mmbr2 aku. Laaaa... buku lak baca diorg. Masing2 terlentok kat buku. Kesian aku tgk. Aku amik cerek, pergi toilet isi air. Niat nak buatkan nescafe utk diorg. Keluar dari toilet tu, nampak lagi minah baju putih tu berjalan kat koridor tu. Jalan membelakangi aku menuju ke arah tingkap. Tapi dah tentu lah dia penghuni salah satu bilik hujung sana. Aku kembali masuk dalam bilik.
Aku masak air. Bekas2 mangkuk diorg makan maggi tu aku amik nak basuh sementara tunggu air masak. Aku keluar pergi toilet, lagi sekali aku nampak minah tu dok jalan kat koridor, arah yg sama. Mmg aku tak peluang lah tgk muka dia sebab dia berjalan membelakangi aku. Aku masuk toilet, basuh bekas maggi kat bilik basuh dan biarkan bekas2 tu kering kat situ. Malas nak basahkan lantai bilik. Aku keluar nak balik bilik. Lagi sekali nmpk minah tu jalan, arah yg sama. Aku mula pelik...
Sampai depan bilik, aku tak terus masuk. Sebaliknya aku tunggu sambil pegang tombol pintu bilik mmber aku ni, nak tgk bilik mana minah tu masuk. Dah kerap sgt lah dia keluar masuk. Saje je lah nak tau. Dia jalan sampai hujung koridor kat tingkap tu. Nampak dia bukak tingkap besar tu dan jenguk ke bawah. Tak pasal2, dia panjat naik dan berdiri atas tingkap tu dan terus terjun~! Astaghfirullahalazim~!!! Terkejut gile aku, terus aku pecut berlari ke hujung koridor kat tingkap tu. Cepat2 aku jenguk bawah. Tiba-tiba bulu roma aku meremang....
Kelibat minah tu tadi takde. Takde apa-apa kat bawah tu. Tak pasal2 aku takut. Cuak gile. Cepat aku berundur ke belakang. Beristighfar~! Aku pusing belakang nak balik bilik tapi tu dia.... Astaghfirullah....!! minah yg sama dgn baju tidur yg sama berjalan menuju ke arah aku. Walaupun masih jauh tapi cukup aku boleh nmpk muka dia. Mata sepet, muka bulat dan pucat sgt. Masam je dia. Kepala dia berdarah mcm terhantuk dan darah menitis sikit atas baju dia. Bayangan tu semacam tak jelas sebab lampu koridor pun samar2. Nak kata macam rupa hologram pun ada tapi bygan dia aku nampak jelas. Dia berjalan tuju arah aku. Nasib baik ada tangga kat hujung koridor dekat tingkap ni, terus aku lompat tangga turun bawah. Berlari pecut 100 meter kat aras 4 tu menuju ke tangga satu lagi dekat dgn toilet tu. Cepat2 aku naik dan masuk bilik mmber aku, tak pandang dah hujung koridor sana.
Hempasan pintu buat mmber2 aku terjaga. Aku kunci pintu dgn muka yg pucat. Aku citer apa jadi kat diorg dan masing2 terkejut. Member2 aku ni, sorg penakut, lagi 2 org tu berani suam2 kuku. Jadi yg lagi 2 org ni bukak pintu dan jenguk luar. Tiba-tiba diorg hempas pintu tutup balik. Aku tnya diorg nmpk ke tak, masing2 angguk. Diorg pulak pucat tapi aku dah tahap menggeletar tangan kaki. Diorg tak sangka yg kes pasal budak cina bunuh diri tu adalah kisah benar. Mmg ada kes budak cina blok tu bunuh diri sebab tension belajar. Dia tak berani balik rumah sebab takut ayah dia tak boleh terima result dia. Dia budak pandai dan expectation family dia sgt tinggi. Dia tunggu sampai result keluar baru dia balik rumah. Tapi malangnya, dia bunuh diri terjun tingkap masa final exam sebaik je dapat tahu salah satu subjek dia amik tu dapat B. Tu pasal pada suatu semester tu, dia tak balik2.
Mmber aku kunci pintu dan tutup tingkap. Pasang kaset mengaji pada volume maximum yg tak seberapa tu. Nak keluar amik wudu’ mmg tak berani dah. Masing2 selubung dalam telekung, kononnya rasa lagi selamat lah. Dgn iringan alunan ayat2 suci, masing2 bertelekung pegang surah yasin berhimpit atas satu katil single dan tertidur sampai pagi....
Dan kisah ni adalah salah satu kenangan kami berempat bersama arwah Rina yg terlibat dgn kemalangan pada November tahun lepas... Al-Fatihah... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan org2 beriman... Amin...
<< Home