Thursday, April 26, 2007

My dear Packard Bell~*

Okeh~
Entry pendek ni khas buat org tu yg takut baca citer hantu. Skip2 katanyeh. Jadi bukak citer related dgn non-horror entry. Nak citer apa jadik kat computer rumah ni recently. Bagi peminat2 citer hantu, siler skip entry nih~

Last week kilat memancar2. Guruh berdentum2. [ewaah.. mcm entry citer seram lak~ haha ;p] Akk kat lab. Jam kol 5 ptg, baru lah hujan reda. Call adik ajak balik. Akk drive balik rumah.

Sampai rumah, mak bising fax rosak. Dah kena sambar petir. Akk cuak giler, naik gak lah bulu roma. Terus akk berlari ke computer kesygan akk, Packard Bell. Rupanye, tak sia-sia bulu roma akk menegak… Innalillah.. Packard Bell dah meninggalkan akk kat situ jugak… Langsung tak boleh nak on. Sedih nya akk, Tuhan je lah yg tahu. Seminggu akak berkabung, Packard Bell tak keluar bilik.

Tiba2 ternmpk iklan baiki computer kat tepi tiang tepon sebelah surau ni. Segera akk call, Dr.Shah menjawab. Sedu sedan akk cerita apa terjadi pada Packard. Akk call dia sabtu tu, hantar cpu tu hari isnin. Rupanya kesedihan akk tak terhenti kat situ je…

Akk hntr Packard Bell kat Dr.Shah hari isnin kol 9 pagi, kol 11 pagi akk call blk, nak dptkan feedback. Satu perkataan dari doctor Shah mampu mencabutkan jantung akak. “Kritikal~!” Akk terduduk kejap~! Semput akak. Akak tnya, how kritikal~? Katanya kena tukar motherboard dan processornye sekali dan katanya, dlm cpu, itu lah yg plg mahal~ aduuuhhhh.. terus bygan duit RM berterbangan depan mata akak. Nak buat mcm mana? Plg akk risau data2 analisis akak and also UBS account adik akk buat tu. Plg penting tuh. Hendak tak hendak, kena kopak gak lah duit ASB akk.

Demi nak cepat, akk ajak gak si Shah ni pergi beli brg kat low yat hari tu jugak. Bukan apa, nak tgk brg apa masuk kat cpu kita + tak nak kena tipu + lebih puas hati byr brg hardware sendiri boleh mintak diskaun + boleh bljr survey2 hardware computer. Enjin dalaman Packard yg telah diganti adalah motherboard dari DDR1 ke DDR2, processor INTEL Pentium 4 [dulu AMD-tarak bagus~], upgrade RAM tmbh 512 dan tmbh multiburner LiteOn. Oh ya, power supply pun baru lmbg power supply lama tak compatible nak masuk motherboard MSI ni sebab dia 20 pin je. Syg betol sebab power supply Packard Bell jenis mahal dan tahan lama. Biler dah tukar2 ni, baru sedar lah betapa naïf lah Packard Bell nih. DDR3 dah keluar, akk baru nak taruk DDR2. RAM pun dah ada yg cecah 2G, akk baru nak upgrade jadik 512. Nnt nak paw ayah belikan RAM lagi satu 512 jadik 1G. Kesian Packard Bell ketinggalan zaman. Nasib baik body style tak out-dated. Senang citer, kalau Packard Bell ni sebijik kereta, kiranya semua enjin dalam dia dah totally bertukar kecuali body dia masih bdn lama. Walupun tak sehebat mana sgt compare keta2 yg lain, at least dgn enjin baru ni, boleh lah Packard nak vroom lebih sket.

Tadi ptg pergi beli modem baru gak. Modem lama dah kena kilat. Modem Aztech keluaran baru ni kaler putih~! Best2. Sebijik kaler Packard Bell. So matching lah semua2. Bahagia akk tgk Packard Bell ni happy. Laju je dia gerak. Tima kasih Dr.Shah kerana mengembalikan Packard Bell ke pangkuanku. Seeing the happy face of Packard Bell, its just worth it….. [sambil gigit jari tgk kertas RM melayang~ huhuhu~]