Seram siri 4~*
Atas permintaan, kesah seram kini kembali… (nad jgn skip ok~)
Ni kesah masa aku form 2 dulu. It happens in one evening. After aku habis training netball. Penat giler. Masa tu debate dah nak masuk final and tournament netball pun tak lama lagi. Aku lupa makan. Masa kosong aku isi dgn tidor je. Petang tu lepas main, aku terus mandi. Makan pun malas. Penat badan dan otak aku petang tu. Lepas mandi, aku lelap kejap.
Dekat kol 6.45 aku terjaga, terus aku siap2 nak gi surau. Milah [bukan nama sebnr] aku ucapkan terima kasih sebab kejutkan aku ptg tu. Dia pelik. Bukan dia yg kejutkan. Ehh? Rasanya mmg suara dia yg aku dgr. Dok panggil nama aku. Tak kesah la tu, janji aku tak terlewat nak gi surau berjemaah maghrib.
Balik dari surau yg mmg sebelah je dgn dorm aku tu, aku lipat2 telekung. Then bila lalu je depan rak2 kasut tu, aku perasan semacam udara kat situ lebih panas. Siap aku buat eksperimen lg. Jalan depan blkg sebab nak pastikan betul ke apa aku rasa. Apasal depan rak kasut ni panas semacam? Suhu kat situ lebih tinggi. Aku tegur kak Nina [bukan nama sebenar] yg kebetulan ada kat situ, suruh dia rasa gak tapi katanya, biasa je. Maybe aku penat sgt, tu psl aku rasa yg bukan2. Betol lah tu kot. Aku je yg rasa bukan2.
Balik dari prep malam tu, terus aku baring atas katil. Nikmat rasanya dapat baring selepas melalui brainstorming debat tadi. Penat otak bila aku terpksa balik lewat sikit banding mmbr2 lain. Tanpa sedar, aku terbaring sampai ‘light-off’. Aku terjaga dan terus tukar baju tidur. Gosok gigi dan basuh muka. On the way, nak balik dorm tu, sekali lagi aku rasa mcm bahang bile aku lalu kat rak kasut tu. Tapi aku penat nak pikir. Aku buat tak tahu dan masuk kunci pintu dorm sebab aku org terakhir. Katil aku sebelah tingkap dekat dgn rak kasut tu tapi tak pulak aku rasa area katil aku panas ke apa. Aku pasang kelambu dan terus baring, tak pikir apa dah....
Tiba2 aku terjaga. Memang aku dgr suara org panggil aku, sebijik mcm petang tadi. Ingatkan Milah tp dia jenis tidur mati. Terus aku terduduk atas katil sendiri. Aku pandang tepi kat tingkap. Ada menda kilat. Kiwi kasut rupanya. Aku keluar dari kelambu. Dalam keadaan mamai tak fikir apa tu, aku jenguk luar tingkap, pelik dgr org panggil nama aku. Jelas pulak tu. Pelik gak nape takde org terjaga bile nama aku dipanggil. Aku pergi kat pintu dan bukak pintu dorm, jenguk luar.
Kiri kanan aku pandang tapi takde apa-apa. Masa aku pandang kanan, tetiba aku dgr org panggil nama aku dari sebelah kiri. Suara tu memang jelas. Aku keluar. Rak kasut tu sebelah kiri. Aku pergi kat rak kasut, aku nmpk 3 bijik kiwi kasut tersusun cantik. Berkilat2. Terpantul cahaya yg terang dari lampu koridor. [bile dah besar ni baru terpikir yg lampu koridor tu tak terang macam tu~!] pastu tak semena2, tangan aku amik kiwi tu dan seterusnya mengiwi kasut2 hitam atas rak tu. Macam ada arahan suruh aku buat macam tu tapi takde pulak aku dgr org suruh ke apa. Semua kasut hitam mmber2 dorm aku tu aku kiwi. Dalam aku buat tu, memang aku semacam mamai. Tapi tiba pasangan kasut yg ketiga, baru lah aku sedar aku tgh kiwi kasut org. Tak semena2 aku menangis. Sambil menangis tu, aku kiwi kasut tu. Suara aku tak keluar. Takut. Bukan takut pasal dok kiwi kasut org tu, tapi aku takut nnt kakak2 senior tu marah kalau aku bising2 malam2. Jadi airmata yg terus mengalir, aku terus kan kiwi kasut sampai semua licin berkilat. Tangan aku tak boleh nak berhenti sendiri. Habis kiwi tu, aku terus masuk tidur tanpa tutup pintu dorm, tanpa basuh tangan yg penuh berkiwi hitam.
Esok pagi, nasib baik sgt2 kak Nina yg bangun dulu. Dia ternampak aku tidur luar kelambu dgn tangan hitam kotor berkiwi. Dia kejutkan aku dan tnya ada tak aku keluar semlm dan kenapa tak tutup semula pintu. Aku pandang luar dan terus ke rak kasut. Semua hitam berkilat. Aku menangis. Aku cerita semua kat kak Nina. Dia terkejut. Pagi tu, aku bersiap dan keluar sekolah awal2, kak Nina bawak aku jumpa Ustaz.
Aku cerita apa yg berlaku kat ustaz. Katanya aku bernasib baik kerana ‘menda’ tu tak masuk dan rasuk aku. Dia tnya ada tak aku melalui tempat2 yg terasa agak ganjil atau terdgr suara halus memanggil aku. Aku citer lah pasal kawasan depan rak kasut yg panas tuh dan suara yg mengejutkan aku semlm. Ustaz beri aku minum air yg dibacanya ayat2 suci. Katanya aku penat dan mungkin byk tertekan, jadi mudah la menda2 halus mcm ni nak dtg dekat. Naik lah jugak bulu roma aku kejap. Dia mintak aku bykkan baca ayat2 suci dan sentiasa berada dlm keadaan wuduk. Aku akur. Lebih berhati2. Sejak tu, aku dah tak pakai kiwi yg dalam tin tu sebaliknya aku pakai kiwi dlm botol...

<< Home