Ada apa dgn nama~?
Kdg2 tak paham. Dgn org yg terlalu taksub dgn keturunan sendiri. Bukan apa, sememangnye agama ada menyuruh kita mencari yg sekufu tapi yg utama, kita hendaklah memilih berdasarkan agamanya. Keturunan yg baik tidak menjamin pegangan agamanya kukuh. Nama je dari keturunan yg baik tapi perangai mcm hantu setan, apa guna?
Kdg dlm dunia ni, mmg byk menda kita tak sangka. Betul la kata org, air yg tenang jgn disangka tiada buaya. Tapi bagi aku, air sungai yg tenang jgn disangka takde ikan jerung~! huhuhu~
Kdg2 aku kesian lah jugak dgn golongan2 ni. Tak salah kalau nak mengeratkan silaturahim sekeluarga tapi sampai kita nak menafikan keturunan org lain, apa hak kita? Terlalu fanatic dan ujub dgn keturunan sendiri. Aku berani ckp lah itu dah penyakit mantel. Katanya kawen dgn keturunan lain tu bagaikan berzina. Kononnya ada dlm kitab. Astaga.. kitab mana yg dirujuk nih? Gerun aku dgn akidah yg dah terpesong nih… Ni baru sikit, malas aku nak ulas bab2 lain.
Doa yg sering dibaca oleh umat Islam seluruhnya. Dah tentu melibatkan doa kesejahteraan utk Nabi dan ahli keluarganya. Tapi kalau sampai tahap perasan yg diri kita termasuk dlm doa yg diaminkan sebagai keluarga nabi ni, apa kes? Abu Lahab pun keturunan Nabi gak tapi sah2 ahli neraka. Termasuk gak ke dia dlm doa yg diaminkan oleh umat Islam seluruhnya? Risaunya konon kalau anak nnt tak membawa nama keluarga… Tak tahu ke kat akhirat nnt, nama kita akan berbin/binti kan nama bonda? Nama ku akn berbinti kan nama ummi. Tetap aku membawa namaku dan dah tentulah anak aku berbintikan nama ku, bukankah dah jelas itu membawa nama keturunan? Takde lah aku nak taksub dgn keturunan sendiri tapi tolong lah… perempuan tak leh kawen dgn laki keturunan biasa tapi laki boleh kawen dgn perempuan keturunan biasa? Sebab tetap anak akn membawa nama keturunan tuh. Apa beza? Aku boleh sebut lah sekor2 artis yg ada hujung pangkal nama keturunan yg ‘baik’ ni… baik sgt ke diorg2 tuh?
Org yg ada nama keturunan ‘baik’ ni tapi kerja tak tetap dan rumah pun takde. Laki yg beketurunan biasa tapi karier dah mantap, siap dpt offer kerja kat oversea dgn gaji jejak 5 angka. Apakah gelaran yg sesuai utk bapak yg tolak pilihan menantu lelaki biasa ni dgn memberi 1001 alasan bahawa dia calon yg tak sesuai? Walhal sebab sebenarnya hanya lah kerana dia tiada nama yg ‘baik’ di pangkal nama dia. Seriusly dah memang melampau… siap nak pergi jumpa peguam syariah tu.. Kononnya boleh halang lah ikatan antara dua insan yg tidak seketurunan nih? Haa.... elok lah~! Mintak2 la peguam tu boleh brainwash sikit org yg melampau2 taksub nyeh ni.
Aku ada bapak yg baik. Sporting. Tak kesah dgn pilihan anak perempuan. Tak taksub dgn keturunan, asal solat tak tinggal dan ada karier yg baik. Tapi sesungguhnya aku kesian lah dgn org yg taksub dgn keturunan sendiri sampai tak kawen semata nak tggu insan dari keturunan yg sama, kononnya nak pelihara nama keturunan. Niat yg baik tapi sampai menafikan hak kita utk membina masjid, aku rasa Nabi pun tak setuju…
Tak tahu nak ckp apa lagi dah. Tak sangka dlm dunia serba moden ni, masih wujud lagi org yg pemikiran ortodoks mcm ni. Tu lah sebab aku cakap.. air yg tenang jgn disangka takde jerung….
<< Home