Saturday, May 19, 2007

Nilai diri kita~*

Hello semua2 org~!
Lama tak update.. sejak awal bulan ni sampai lah dah ke tgh bulan ni tak ter update~ bukan apa… mmg busy sket lah…. harapnye, semua org sihat2 belaka ye.. Kalau ada yg sakit tuh, jgn lupa makan ubat!

Baru habis Bengkel Tentukuran Alat. Equipment Calibration Workshop kata omputihnye. So kami mewakili lab masing2 join workshop ni untuk hasilkan manual verifikasi utk alat2 yg terpilih. My group kena verifikasi alat multimeter digital dan waterbath. Kitorg kena buat prosedur nih sebab nama pun jabatan fizik, ketepatan dan kepersisan alat adalah amat penting supaya pengambilan bacaan boleh diterima pakai. Murid-murid sekalian, selak balik buku fizik form 4 bab 1 di mana awal2 bab fizik yg korg belajar ni adalah tentang ketepatan, kepersisan dan kejituan. Kenapa perkara2 ni kena belajar dulu dalam subjek fizik? Sebab ini adalah perkara terpenting dalam pembelajaran fizik seumur hidup. Tanpa jitu, persis dan tepat, data bacaan tidak ada maknanya… dan jgn lupa ye, tiada nilai bacaan di dunia ini yg tepat kerana nombor adalah sesuatu yg infiniti. Kita hanya boleh mendapat bacaan yg menghampiri ketepatan sahaja… dan kalau jawapan korg salah dalam soklan fizik tu, jgn la risau sebab jawapan korg memang takde yg salah, cuma nilai korg menjauhi nilai jawapan dari dalam skema soklan tu je… hehehe~ ain’t this physics fun~? ;D

Ok ok.. enuf for the confusing... rabu lepas dapat panggilan interview. Kat Western Digital. I was one of the shortlisted katanyeh. Terkejut gak, bila masa aku hantar resume nih? Then teringat lak aku ada daftar dalam jobstreet dot com. Maybe lah dari situ kot. And that was last year ago~! Ayooo
... daftar main2 pun kena panggil gak. Tak kesah lah tu but wat interest me was this is my first job interview.. excited kan? Hehe~ Interview jadik minah kilang. Kilang buat hard drive disk dari semiconductor. Best gak tuh. During interview tuh, consider aku ni fresh graduate lah. Dgn ramah penuh santun, aku tanya2 lah kakak2 yg keja situ apa yg diorg tgk dlm fresh graduate mcm aku ni. Rupanye nak tgk macam mana aku berkomunikasi dan aggressive. Hah~! Betol gak tu. Akhirnye interview yg first ni berlangsung selama 15 minutes je sebab first interview ni just for filtering the candidates. Oh ya, first interview ni siap aku ada test~! Waaaa…. Nak menangis aku menjawab~! Mana nak ingt mcm mana nak buat flow chart semua2 tuh? Tu bab elektronik lah yg aku dah tggl 3-4 thn yg lepas~! Nasib baik ada soklan psl hukum ohm dan get2 AND, NOT, dan OR tu. Teringt lah menda2 alah yg aku mengajar kat budak2 ni dulu. Siap aku bantai je buat jadual kebenaran tuh. Hahaha~ kalau dapat panggilan interview kedua ni, dah kira bertuah sgt lah aku nih… huhuhu~

Frankly lah aku nak kongsi la pendapat aku ni. Maaf awal2 lah,mungkin ada yg terasa kot dgn pendapat aku ni tapi apa yg aku nak cakap ni memang perkara yg benar. Kita ni kan, kalau nak masuk dlm dunia pekerjaan atau dunia yg memerlukan kita lebih out-standing, aku nmpk org2 melayu kurang nak be outstanding. Be outspoken. Dunia yg aku maksudkan sekarang adalah dunia kerja dan stage yg pertama adalah interview. Pada aku dalam interview ni, takde istilah segan atau cakap besar. When it comes to market ourselves, kita tak boleh malu lar~ jgn takut apa yg interviewer tu pikir. Biar lah berlagak pun.. Itu lah lagak bertempat namanya. Sebab selalunye org berlagak ni self confidence nya lebih menyerlah. Dan itu lah yg interviewer nak tgk. Tengok kita ni yakin ke tak. Sama ada kita ni layak ke tak for that job position. That’s why la, jgn malu nak bercerita tentang perkara2 hebat dalam diri kita. Kerana itu lah market value diri kita. Bila org pandang tggi pada market value kita, baru la konfiden nak amik kita kerja. Akhirnye, bila dah dapat kerja tu, baru lah kita kembali merendah diri jgn malu2 bertanya dan sentiasa lah rasa yg diri kita tak cukup ilmu. Dan jangan sekali-kali berlagak dgn nilai education diri kita yg mungkin lebih dari org lain sebab kita takkan mungkin dapat mengatasi nilai pengalaman diorg yg jauh lebih tinggi dari kita. Sebab dgn diorg lah yg kita kena belajar lebih lagi. Sebab yg aku nmpk sekarang ni ramai org yg cerdik pandai atas sijil je tapi bila buat kerja, haram tak reti. Dah la tak reti, sombong lak tuh nak bertnya. Org2 yg mcm ni mmg susah sket lah nak pergi jauh..

Lagi satu is, English speaking. Nampak mudah tapi apa yg aku perasan, ni lah salah satu perkara yg penting sewaktu interview. Org melayu malu nak speaking sebab takut broken English.. ayooo… apa nak takut kalau broken pun? Sebab interviewer tu nak tgk kita confident ke tak. Bile kita tergagap2 ckp omputih tu, interviewer tu nampak kesungguhan kita berusaha jugak walupun tahu kita ni masih terangkak-rangkak. Interviewer tu nmpk kesungguhan kita berusaha dari nmpk broken English kita. Dan org yg macam ni lah company tu nak amik kerja~! Utk org yg konfiden ckp melayu malah takde usaha langsung nak ckp org putih, ni lah org sombong namanya. Dah la interview kat company yg UK/US based, pepandai lah bukak mulut speaking sket. Lastly nye, sape nak amik org2 mcm ni kerja? That’s why la sesetgh company bukan pentingkan sgt pun pointer tggi. Org pointer tggi belum tentu reti buat kerja. Sebab asik belajar je, tak join aktiviti2 sosial yg boleh ajar kemahiran2 asas spt komunikasi, teamwork, planning, making decision dan problem solving. Walhal ni la kemahiran2 penting waktu kerja nanti. Pendapat ni datang dari Manager HR company Schlumberger masa aku jadi AJK Career Fair kat UTM dulu. Pendapat aku, betol gak ckp dia tuh.

Akhir kata, ni lah nasihat nak kasi sket pada semua yg masih dok belajar lagi kat alam kampus tuh…
~ Belajar memang penting tapi jangan lupa join aktiviti2 sampingan yg di luar bidang akademik. Sebab aktiviti2 macam ni lah yg menerapkan nilai2 asas yg sangat penting sewaktu korg bekerja nanti.
~ Dalam menjalani aktiviti2 sosial tu, sebanyak mungkin belajar lah nilai2 yg tak mungkin korg belajar dalam kelas. Tapi ditegaskan sekali lagi, pembelajaran jangan dilupakan. Jangan paksa diri korg andai tak mampu buat kerja tuh.
~ Belajar lah mengenali org. Belajar lah mengendalikan kertas2 kerja. Belajar lah menangani masalah dan belajar lah berdepan dgn stress. Belajar lah membahagikan masa. Belajarlah berkomunikasi dgn org. Belajar lah buat pekak dgn gossip2 buruk tentang diri kita. Belajar lah merasa sakit dan belajar lah untuk tidak takut dgn gagal kerana setiap kegagalan tu ada lah langkah pertama untuk korg belajar bangun berdiri semula. Dan belajar lah untuk hargai diri sendiri.
~ Jangan sombong. Terutamanya dengan diri kita. Kalau tak tahu tu, jgn buat2 tau. Sentiasa lah bertanya. Jangan buat kerja sorg2 dan jangan biarkan kawan kerja sorg2. Paling penting sekali, jangan kedekut berkongsi ilmu atau pengalaman. Jangan merasa diri pandai sebab ada org lain luar sana yg jauh lebih pandai dari diri kita.
Setiap perkara kita belajar ni adalah proses kita membentuk diri kita. Sama ada secara langsung atau tidak, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Org lain boleh guide, boleh nak tunjukkan jalan tapi akhirnye, diri kita jugak yg menentukan keputusan di mana nilai diri kita ni selayak nye untuk diletakkan.