Thursday, February 07, 2008

Merah~*

Semalam kan….

Saya jakun katak~ Dah lama tak pergi sunway. Sekali biler datang, flyover dah berbelit2. Memudahkan pengguna jalan raya menyelit2. Tengok jaya jusco dah naik, saya jadi ralit. Harhar~

Ok2. Raya cina semalam saya pergi sunway pyramid. Shopping2 barang sket sebelum nak pergi kuantan esok. Ye saya berdating. Dengan Fina. Sangat best datang Sunway yg dah byk berubah. Nasib baik ice masih ada. Nak datang skating sini lain kali. Sape nak join?

Disamping barang2 lain,saya beli beg balik kampung. Kaler merah menyala! Hahaha~ hamik kau~! Dari jauh saya boleh nampak beg tu biler keluar dari kargo. Sangat tak best lepak tepi railway tunggu beg keluar tuh. Setiap beg kena tengok betol2 sebab kaler dah sama, dan perlukan pemerhatian yg berlebihan utk mengenalpasti bentuk beg kita. Kaler merah menyala mencapup pun mencapup lah, janji itu beg saya, takde siapa dah nak terambil! Hehehe. Last time pakcik tua terambil beg saya.. aduhai~ kenapa la hidup ini tak boleh jadi mcm dalam filem di mana jejaka2 cute sahaja yg terambil beg kita? Huhu~ Dah2. Hidup kita bukan sebuah cerekarama.

Photobucket

Her name is Elle Red. She was on 70% discount. Am i lucky or what~?

Pernah tak korang dengar lembu takut dgn kaler merah? Ke lembu ni naik angin tengok kaler merah? Lebih kurang lah. Yg penting, lembu memberi respon pada kaler merah nih. Haa... betol ke?

Masa saya kecik2, i had my mind preset on this cow and red stuff. But you guys don’t worry, I already had my experiment on it. So here’s the result..

Before that, wanna let you guys know that, sejak kecik bermula umur 4 tahun, setiap kali raya puasa, baju raya saya mesti kaler merah dan raya haji kaler hijau. Tak kira lah fesyen apa. Macam ter otomatik jadik gitu. 10 kali raya jadi mcm tu sampai tahun raya ke-11, saya protes tak nak pakai baju raya tu sebab kaler dia merah. Hehe~ sejak itu, baju raya takde kaler merah dah.

So nak dijadikan cerita, masa raya puasa, saya balik Kelantan. I was 8 yrs old that time. Dengan baju raya kaler merah. Masa tu baru balik UK, first time lah jakun balik kampung. Rasa best sebab saya ada cottage sendiri rupanye. [biler tanya abah apa maksud kampung, dia kata cottage~ habis malas nak layan ckp anak la masa tuh...]

Sampai kampung, mcm2 la jadi. Budak tak reti ckp melayu balik cottage, dengar pulak org keliling kecek kelate, terpinga2 beb! Menyampah betol. Org gelak2 biler nak bercakap dgn saya. Terasa bodoh je sebab tak paham ckp org. Feeling macam saya melawat negara Arab. Tak faham hape. Ada kat rumah Tok Mat satu hari tu, malas layan sepupu, saya keluar mecari ketenangan sendiri. Dengan baju raya kaler merah.


Pastu ternampak lembu tertambat kat pokok. Waaahh.. sangat best dapat tgk lembu. Terus kepala keluar hipotesis, lembu naik hangen biler tengok kaler merah. And i’m in red. Hehehe~ *gelak evil* Being a notty girl i am, I went towards the cow. Brown cow I remember. Pastu saya angkat skirt. Sua2 kan pada lembu tuh. Dia buat tak layan je. Cesss.. kurang hasam! Then i went nearer. Eksen the cow with my red skirt. Then lembu tu angkat kepala. Tengok je budak kecik giler hape dok menari2 depan dia. Harharhar~ Sangat seronok pada masa itu. So saya datang dekat lagi.

Then dia mendengus. But a notty girl like me, kalau takut dengan lembu tak macho lah kan. Heheheh~ Saya masih menari2 dengan skirt merah masa tuh. Then without warning tiba2 je dia start berlari. Towards me! Waaaaaaaa…. Terkejut! Then saya angkat kaki langkah seribu. Tau pulak takut!Harharhar~ Padan muka masa tu! Tapi saya sgt konfiden dapat berlari lebih laju dari lembu tu, so saya tingkatkan pecutan larian melawan daya geseran angin yg boleh diabaikan sebenarnye. Hehehe~ Ntah hape jadi, masa tgh lari tu, tetiba je lembu tu dah tak de. Biler toleh belakang, lembu tu terikat kat tali rupanye. Selamat! Sampai ke hari ni, saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada tali tu kerana menyelamatkan nyawa saya.

So, you guys can thank me later sebab korang dah tak payah susah2 nak buat ekseprimen. Hipotesis dah dibuktikan benar. Kaler merah memang buat lembu naik hangen~