Tuesday, July 15, 2008

Debat minyak~*

Berikut adalah RUMUSAN tentang debat malam tadi~:

Hujah DSAI:-
-Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
-Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
-Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
-RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
-RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
-Maka selesailah masalah


LAIN – LAIN HAL~:

-Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
-Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF. -Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
-Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.


Hujah AHMAD SHABERY :-
-Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
-Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
-Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan


TAMBAHAN SIKIT ~:

Wakil Shabery Cik, panel Tan Sri Dr Nordin Kardi:-

-Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

Wakil DSAI,panel Zukifli Sulong:-
-Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

As for me, i agree that the people are hunger for these kind of debate. It could at least open up the eyes and mind of few people that are not clear of what our government is doing. People who are on the fence. [Atas pagar]Thanks to Shabery Cik, he made it clear of what is really going on in BN-UMNO.

Personally aku rasa debat ni sangat berat pada DSAI. Dia berjaya sekurang2 nye membuka mata rakyat yang tak tahu apa2 pasal kenaikan harga minyak yang mendadak dan membebankan rakyat ni. Setiap butir bicara yang keluar dari mulut beliau adalah fakta dan number dan statistik semata. Dari awal dia bagi hujah2 yang flow cantik di mana setiap penonton memahami apa yang disampaikannya tanpa sedikitpun menyerang balas kembali serangan peribadi yang dilemparkan Shabery. Professional. Bijak. Lembut tapi tegas. Sememangnye layak sebagai pemenang debat bicara.

Shabery pula seorang yang berani kerana mampu berjalan ke depan utk berhadapan dgn rakyat dan pada aku, tak seharusnye kita mencerca beliau kerana he deserve some credits for having the guts to come to the front. Tapi sayangnya, hujah2 beliau tidak menampakkan kematangan beliau sebagai pendebat ahli parlimen. Tidak menjawab soalan. Berulang2 buat flashback tentang kesah lalu. [Boleh suruh dia balik tulis buku sejarah politik Malaysia] Lari dari tajuk. Mengingkari prinsip debat itu yang dijelaskan awal2 oleh pengerusi bahawa tidak dibenarkan membuat serangan peribadi.
Tidak mengemukakan cadangan untuk meringankan beban rakyat mengenai kenaikan harga minyak nih. Banyak memberi hujah2 yang kurang relevan kerana tidak memenuhi kehendak tajuk debat.

tapi kan... teka apa teori mak aku? Mak aku cakap...

Shabery ni saje bagi peluang kat Anwar utk muncul depan TV. Sebab Shabery nih dulu Semangat 46. PM & TPM dah larang Shabery ni dari muncul berdebat depan TV tapi Shabery degil nak berdepan jugak. *respect* dalam usaha Shabery nak jatuhkan Anwar secara live, tanpa sedar diri dia sendiri terjatuh. Mungkin juga Shabery tak setuju dgn tindakan kerajaan sekrg sebab Shabery juga dikatakan menentang dalam diam sebab dia bekas Semangat 46 dulu kan. Tapi Shabery dapat tunjuk yg dia masih mampu pertahankan kerajaan depan kaca TV yet at the same time secara halusnye dia nak Anwar tampil depan rakyat bagitahu perkara sebenar. Tu pasal Anwar tak serang balas Shabery balik sebab dalam diam Anwar berterima kasih jugak lah kat Shabery sebab beri ruang kat dia utk tampil muncul kat media perdana. Taktik je lah tu.So its a win-win situation.

Harharhar~ well, dont worry. i doubt the theory too.