Sunday, January 20, 2008

Dalam karut ada tips~*

Ni yg buat aku sayang korang ni. Besday aku semalam pun tak habis2 lagi dpt testi n sms wishing hepi besday. Mati lah aku rasa bersalah tak hengat2 besday korang. Lepas ni korang listkan birthdate korang kat sini ok sebab tahun ni aku dah ada planner 2008. Tahun lepas takde. Harhar~ Listkan ok?

Aku tensi betol. Adik aku kat belakang ni dok ngadap laptop dia writing thesis dah. Aku hakak dia dok writing blog. Lompat2 katak sana sini. Dok ngarut2 situ sinun. Mcm mana lah nak abis kan? Yaaaa.... *biler nak insap?* did i mention that i ask for a miracle? So, miracle anyone? Huhuhu~

Kecoh sekarang ni pasal Faizal bukak baju. Ok, it might sound like a lame issue tapi sebab aku minat Faizal, so i have no choice but to talk about him. Korang tgk tak aksi2 dia bukak baju? Macam pondan. Love handle sket punyer besar. Tak tahan aku. So aku amik keputusan utk minat lagu dia je lah. Bukan org nye. Sebab dah tak best. Plus dah ada anak sorg. Lagi lah tak best.

Tapi aku kesian dia. I knew he learnt his lesson. Ok lah tu. Dari certain people tak sedar2 diri. Macam haku la. Garis mati dah nak dekat, dok main2 lagi. Memang nak mati betol. Gigi pecah tak reti2 lagi jumpa dentist. Tunggu Mando jadik dentist lah baru aku pi jumpa dia. Free of charge. Biler ek? 4 tahun lagi ada? Luruh dah la kot gigi akak masa tuh. huhuhu~ But then tanamkan gigi ala2 Jennifer Lopez utk akak nanti boley? ;D

Huuuuuaaaaarrrrrrggghhhhhhh~~~~ Aku sedang bermalas-malasan atas kerusi depan komp. Tak best buat bini eh? Dah jadi bini nnt aku rajin lah. Rajin tahap tak yah pakai org gaji punyer. Harharhar~ ye lah tu. Tadi mak aku baru blk dari Penang. Balik2 je terus tnya, biler ’kawan’ aku tuh nak datang rumah? Aaaaarrrgghhh... korang boleh bayangkan tak tensen haku? Sebab aku takde mood so aku ckp je, 3 bulan lagi. So aku selamat lah dlm masa 3 bulan nih. huhuhu~ [Take note:- Mak aku turut sama sedang berlakon. So dia aware dgn tipu sunat aku ni okeh~] harhar~

Haaa..
Baru teringat. Kesah berlaku tadi. Gelak2 terguling jap. Tapi aku malas nak citer. Just nak cakap korang jejaka2 kacak ni nak ngorat tapi tak reti. Bikin gadis pemalu mcm aku ni tertawa manja saje. Harhar~ geli aku. Meh sini aku hajau sket. Hasilnye berkesan dan 2 org member aku dah selamat beranak sorg masing2. Harharhar~ Tapi ni tips untuk babak dalam chatting je tau. Babak lain, aku bukak citer lain nanti.
[Warning : Tips ni panjang. So sape2 nak berenti takat ni, boleh berenti. Esok boleh sambung baca balik]

Starting korang jejaka2 kacak ni kenal si dia gadis manis via frenster, blog or mana2 lah. Memang nak kenal dgn lebih dekat. [bukan rapat ye] Then nak email dia. Kalau boleh, jgn mintak direct kat pompuan tuh. Carik sendirik. Kat blog dia ke. Frenster dia ke. Buat homework lah sket. Kalau tak dapat, usaha tangga jaya. Kalau tak dapat jugak, korang mmg takde jodoh. So pi lah carik pompuan lain. Tapi kalau dapat, add dia dlm YM@msn. Kalau dia approve, tanda berjaya pra-fasa. Then, kasi dia tertanya2 mana dapat YM@msn. Konfirm dia rasa terharu sebab korg bersusah payah nak dapatkan email dia. Jgn ckp belit2. Ngaku direct je. ”dapat dari blog/frenster awk.”.. ”dapat dari makcik jual selipar tu...” ”dapat dari kawan saya nama Hans Isaac kasik”. Kalau korang malas nak kasi tau sebab saje nak kasi dia berteka-teki, konfirm dia akan malas layan korang. Tiga kali ganda punyer malas. So, end of story lah.

Next is, dah berjaya kasi tau mana dapat email dia, mula2 tanya lah apa khabar diri dia. Sehat ke tak. Busy ke. Mengganggu ke. Kalau dia kata, ”takde lah...” ”ok je...” tu tanda respon dia positif. So korang dah berjaya fasa pertama. Kalau dia jawab ‘hmm..busy sket lah…’or ‘tgh meeting…’ and dia senyap je, so korang berambus je lah ok? Tanda korang dah fail.

Tapi selalunye laki mmg senang je nak lepas fasa satu nih. Ni fasa kedua pulak.

Kalau nak borak2 kan, ELAKKAN dari bertanya hal2 peribadi. Hal2 peribadi hanya limited kepada ”tengah buat apa sekarang?” ”Dah kerja ke?” ”belajar kat mana?” TU sahaja! Jgn lebey2. Amik course apa pun jangan tanya. Kalau tanya jugak, tuh dah petanda keruntuhan fasa kedua. Orang perempuan ni malas nak layan hal2 peribadi lebey2 sgt dgn org laki. Pastu yg paling dilarang sama sekali ialah ”dah ada boipren belom?” Konfirm korang takkan dilayan walaupun pompuan tuh masih single. Kalau korang ikhlas nak berkawan, tak kesah lah dia mak orang ke, dah kawen ke, makcik anak 10 ke, korang tak kesah. Lambang keikhlasan terserlah. Kualiti diri yg boleh mencairkan pompuan. Dan kalau pompuan tu jenis melarangkan diri dari berkawan dgn jantan sebab dia dah berpunye, korang ingat boleh lepas ke fasa 1? Ada otak siler guna... :D

Pastu, jangan lah sekali2 mintak nak tgk gmbr. Tolong lah.... lagi korang mintak, lagi tak dapat boleh? Siap merengek2 nak jugak tuh. Adussssss... konfirm malas layan. Silap2 YM korang kena block pulak. Pompuan ni hatinye lembut tapi kalau keras, lagi keras dari plumbum. Asalnye, niat nak menambah kenalan tapi biler dah lebey2 mcm ni, geli boleh?
Ni ada tips sangat berguna. Dalam korang dah mula kenal baik and u realize that she is more than you, jgn sekali2 buat ayat geli such as “alaaa awak… saya ni UPSR je, mana sama dgn awk yg dah professor emeritus... mesti awk tak pandang laki mcm saya kan?” Maybe korang rasa rendah diri. Ego tercalar? Biar lah pompuan tu lebih ke kurang, janji korg kenal dia for WHO she is, not what she is. Tu pasal aku cakap awal2 tadi, jgn nak share sgt hal peribadi dia lebih2. Bukan kesah pun korang ni Orlando Bloom ke tukang sapu DBKL ke, janji korang ikhlas and tak kekwat[ni bhs media].Lagi satu kalau korang nak pancing simpati dia dgn ayat mcm ni, pergi mampus. Bukannya pancing simpati tapi pancing meluat boleh? So ayat ini dilarang sama sekali dlm sesi pengoratan korg okeh.

Fasa ketiga ialah berkongsi perkara yg menjadi minat korang. Korang kena korek sendiri lah. Pasal apa sahaja isu yg boleh korang nak chatting kan. Hal peribadi jgn disentuh. Dilarang ok. Tanya lah pasal latest movie ke. Pendapat dia tentang isu semasa. Baru2 ni shopping kat mana. Dia suka bela katak ke kura2. So dalam dia nak cerita2 tu, emosi pompuan mudah terluah. So masa ni la, korang boleh try cuba test cucuk jarum. Tunjukkan korang concern dan caring dgn segala emosi dia terhadap situasi2 yg dia lalui. Tanya dia kenapa. Sebab apa. Seronok ke. Ckp jugak yg korang seronok dgr. Jadi pendengar yg setia. Pandai2 lah korang. Oh ya, dalam fasa ini, jangan korang ajak dia keluar lagi. Korang masih baru. Go slow man. Go slow. Melly Goeslow. harhar~ Biar lambat asal selamat.

Kalau respon dia positif, so korang boleh jalan. Tapi jangan speeding lagi. Slow2 dulu. Kasi dia bina rasa percaya kat korang dulu. Mmg korang akan asyik nak kena buzzing dia je dulu tapi kalau sampai tahap gurl tuh dah boleh buzz korang dulu, then korang dah berjaya lepas fasa 4. Tahniah. Korang dah berjaya jadi kawan yg baik. Serasi. Pastu kalau korang nak buat dia bini ke hape ke then good luck~

So senang je kan? Tapi jangan pulak anggap kami pompuan ni jual mahal. Ni sekadar cara berhalus. Cara gentleman la. Kalau kena gayanye, menjadi je. Usaha tangga jaya right? Tapi jangan harap korang nak buat kat aku sebab aku yg hajau korang semua2 nih. Harharhar~ Taktik ini sudah lapuk bagi ku tapi masih boleh praktik kat pompuan lain. Berkawan mesti ikhlas. Tu je kunci dia. Jangan harap lebih2. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau takde, berkawan lah dlm seribu. So korang tak sedih tak kecewa.
Win-win situation ok? Kita usaha je, Tuhan jugak yg tentukan.

Ok lah.. bapak punyer panjang aku bercerita hari nih. Kalau esok aku tak hapdate, kira entry nih sekaligus utk 2 hari la ye.

Bedtime story dah habis. Dah nantok nak tido... Gudnite!

1.. 2.. 3.. tidorrr! zzzzZZZZZZZ