Monday, January 21, 2008

Wana~*

Aku ada seorang kawan. Pendiam. Baik. Lembut gak lah. Dia ni sorg je pompuan dalam adik beradik dia. Yg lain abang2 dia laki. 5 orang termasuk Wana. Masa kecik2 dulu dia banyak berkawan dgn laki tapi dia tak terpengaruh jadi tomboy lah. Wanita feminin. Sampai sekolah menengah, dia memang selesa bergaul dgn laki. Bukan dia menggedik tapi dah memang masa kecik lagi dia dah biasa gaul dgn budak2 laki.

Satu hari, budak2 tak matang kat sekolah tu mengata2 dia. Tak berkenan sebab dia rapat dgn budak2 laki. Walaupun tak semua tapi ada lah certain2 pompuan menjauhkan diri dari dia. Sedih lah dia. So dia datang mengendeng kat pompuan senget nama Sherry. Sebab dia senget, tu pasal Wana boleh tumpang2 mengendeng. Harhar~

”weh.. sherry... dengar lah masalah aku nih... aku kan sedih lah orang buat aku mcm ni… aku bukan tak nak kawan diorg tapi aku tak reti. Kau tau kan pompuan ni sensitip lebih2.. kang salah cakap kang dah tak nak kawan..”
Sherry tgh buat draf utk debate dia esok. Sebab Sherry ni multitasker, dia boleh dgr org bercerita sambil mengarang cerita atas kertas. Masa tuh mana ada laptop.
”oh ye ke wana? Sian kau... banyak2 lah bersabar..”
“Pastu kan Sherry… potpetpotpetpotpet.. blablablabla.. kebabooom! Chotchetchotchet… Dabusshhh~~~.. potpetpotpet…”
“oowwhhh.. ok.. aku faham masalah kau Wana.. hmm… haaa.. yee… oooo.. hmmmm”
“Kau dengar tak aku citer ni? Apesal kau sorg je boleh dgr masalah aku? Pompuan lain tak leh faham aku macam kau?”
”Sebab aku ni laki kot? Nak check? Harharhar~”
”hahahaha~ tak nak! Ngeri aku! Aku dah puas ngintai abang aku punyer dulu. Harharharhar~”
”So kesimpulannye, apa yg kau sedih sangat?”
”Aku sedih diorg cakap aku gedik.”
”Kau pedulik kan lah diorg tu... PMR nanti bukan diorg dok sebelah kau nak tolong pun! Baik kau tolong aku kasi isi2 debate nih. Aku menang kang kau jugak yg tumpang bangga seyh?”
”Elleehhh Sherry.. kau mulut murai wat pe nak ready2 sgt? Comfirm kau menang punyer! Kenyit mata je kat cikgu tu, menang lah!”
”Memang kau gedik!”
”waaaa.. jgn ckp mcm tu.. sedih lah aku!”
”Pastu kau ingat aku pedulik? Harharharhar~”
”Hahahaha~ Iyo lah Sherry! Hehehe... Sherry.... Wana rasa kan Sherry lah pompuan paling baik kat Aspuri nih... Sherry tak pernah judge orang, memang selalu je tolong kalau sesapa susah mcm Wana ni. Time2 Wana takde kawan, Sherry gak yg dtg tolong. Terima kasih Sherry”
Tetiba lah Wana berskrip drama mcm tuh. Pastu aku kena peluks. Eeeyyuukkkss! Hahahaha.

Tu babak hidup aku plg ingt kalau dgn Wana ni. Bukan senang nak carik kawan yg hargai diri kita yg senget. Tu citer best lagi tersentuh. Ni citer tak best pulak.

Wana hilang!

Ingat budak kecik je hilang? Takde2. Orang jahat bukan kira orang. Hah? Ok2 lah. Diorg kira orang. Makcik anak 10 tudung selekeh diorg tak pandang. Kecuali makcik tu isteri kepada Tan Sri, Dato’ L, Dato’ M atau Dato’ N. Then tukang2 sapu ke tukang mesin rumput pun tak jadik mangsa. Mereka selamat. Kerana mereka tak menarik utk diculik. Yang menarik tertarik kau memang da bomb adalah anak2 dara, anak2 teruna dan anak2 dara kecil. Mak2 dara pun kengkadang diorg ngap je. So adakah bermakna kita kena kerja tukang sapu supaya jadik selamat? lol~

Takde2. Ni bukan tipu sunat. Ni ha advertisement dia....

Photobucket

Hilang sejak 1hb Januari 2008. Henfon dah off. Tok kelik2 ngumoh. Kerja tak datang. Orang2 berilmu cakap dia masih di area Shah Alam seksyen 17 & 18. Dipercayai dipukau kat area Shah Alam on the way dia nak ketemu tunangnyeh. Dia hilang bersama kancil putih. Dikatakan kepala dia tengah kosong and dah lupa pada rumah family.

Abang dia request jangan buat poster or hebah2 kat media sebab takut penculik tu bawak Wana lari lagi jauh. Rasanye yg terbest sekarang ni adalah melalui emails, frenster or blog. Anything lah yg berkaitan. Aku rasa kan org yg culik tu, diorg tak reti main komputer ni. Apatah lagi internet. Kalau reti, baik diorg carik duit ikut Internet je dari buang masa culik org.

So sesapa ada ternampak dia kat Moscow ke Jordan ke Mesir ke Ukraine ke UK ke Perancis ke Australia ke Penang ke, jangan kontek aku! Kontek abang dia terus kat talian 017-7782853(HP) atau 03-3372630(H)

Ini betol2.. bukan cobaan...


Sama2 lah kita doakan keselamatan Wana dan berhati2 lah semua di jalan raya... You will never know what will happen next...