Run simulation P.Pauh~*
Woah.. lamanye tak menulis. Dah kekok lak jari aku nak menaip. Ecewah. Tipu je. Sah2 jari-jari ku sakit semua men’lari’
Berdasarkan graf pertama di atas ini, walaupun rakyat belum memberi undi tapi sudah dilihat wujudnye kemeluatan rakyat terhadap kerajaan. Ini boleh dilihat pada pintasan paksi-Y yang menyaksikan sejumlah kemeluatan rakyat terhadap kerajaan berlaku walaupun tidak membuang undi lagi pada DSAI. Kajian juga mendapati undian utk Anwar meningkat sejajar dgn peningkatan tahap kemeluatan rakyat terhadap BN. Gradient graf tersebut mewakili tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Sample2 untuk paksi-Y boleh dihubungkait dari sample kajian berikut :
Di mana kepercayaan rakyat adalah berkaitan dengan kemeluatan rakyat. Graf hubungan kemeluatan dan kepercayaan rakyat boleh lah dikaitkan secara berkadar songsang iaitu semakin meluat rakyat, semakin rendah tahap kepercayaan terhadap BN. (graf jenis ini tidak dapat ditunjukkan kerana penulis blog malas nak simulate graf lagi sambil mengharap pembaca pandai2 membayangkan sendiri-lebih kurang sama mcm graf pertama) Namun, berdasarkan graf kedua di atas (yang tiba2 pernulis terajin buat), jentera BN bergerak dengan hebat namun tahap kepercayaan turun dgn agak mendadak dan akhirnye memberi kemenangan kepada PKR dengan nisbah undian PKR dan BN adalah sebanyak 2:1.
Banyak tuuuuu…
Mari kita ucapkan ramai2 : "Terima kasih BN. Jasa mu di kenang"
Macam mana agaknye dengan graph simulation sumpah? Nanti lah aku jadikan tajuk proposal utk buat PhD nanti. harhar.
PS-Kepala ku relax? Don't ask.
<< Home