Temperature gelegak~*
Bengkak hati nih. Paneh ajo kato orang nogori. Saat aku baru nak nikmati kenaikan KWSP yang baru nak mekar, dah kena rampas dek parasit dan lintah darat menghisap madu2 bunga KWSP aku tu. Eh lintah makan madu ke? Ah lantak ler… Heh~
Jom tengok apa ada depan mata. Duit KWSP sebanyak RM5billion nak di ambil utk naikkan balik taraf ekonomi. Duit tu akan disalurkan kepada company apa tah dan bla bla bla aku malas nak ulas yang detail2 tu. Senang citer, nak selamatkan ekonomi negara. Habis tu kenapa dok gembar gemburkan bahawa ekonomi negara kita masih stabil dan kukuh? Nape nak guna duit aku untuk selamatkan company diorg yang nak bankrup dalam carta bursa saham tu? Ini sudah bikini temperature aku naik. Ha.. cuba korang consider menda ni pulak.
Nak beli helikopter. Eurocopter ke ape ke menda namanya. Harga berapa? RM1.604billion. Mana dapat duit nak beli helicopter tu? Kalau tak DSAI pertikai
Minyak turun? Alhamdulillah… turun lah 15 sen. Dulu masa naik, bukan main lagi naik mendadak. Takde tanya org dah. Terus naik tanpa kaji pape. Tapi biler bab nak turunkan, punyer lembab lah nak turun. Nak kaji itu ini lah hape lah. Turun sikit2. Setahu aku,kalau adik aku nak naik bukit, nak panjat bukit tu yang lembab, nak turun tu laju lah. Heh. Tapi tak kira lah berapa pun kita bayar, sebenarnya kita tetap bayar subsidi minyak kepada kerajaan. Ye, subsidi minyak kerajaan kepada kita tak lebih dari sebuah gimik semata. Mari kita sama-sama main kira2.
So, setakat yang aku dah baca, harga setong minyak dunia sekarang dah jadi USD62 setong. Alah.. senang kira macam ni lah :
1 tong minyak = 159 liter = USD62.
USD 1 = RM3.53 (aku check currency rate tadi dia dah naik sikit)
Oleh itu, USD62 = RM218.86
Maka harga seliter minyak, RM218.86/159 = RM1.38
Subsidi kerajaan bagi = RM0.30
Maka harga seliter minyak yang SEPATUTnya kita bayar,
RM1.38 – RM0.30 = RM 1.08
Mari lihat berapa banyak dah kita kena tipu.
Harga sekarang = RM2.15
Harga patutnye = RM1.08
Harga kita kena tipu = RM2.15-RM1.08 = RM1.07
Hah ambik semua… Lagi banyak kena tipu! Dulu kena tipu RM0.74 tapi sekarang kena tipu RM1.07! Walaupun harga minyak kita dah turun tapi sebenarnye kita menambahkan lagi duit poket utk mereka.
Takde2. Memang aku hangin. Baru je nak jimat duit minyak beli Alfa Romeo, tak pasal2 rupanye kena bagi lagi duit free kat kroni2 diorg lak. Banyak cantik!
So bagitahu aku, siapa punyer darah tak menggelegak baca nih?
<< Home