Sunday, March 29, 2009

Updated~*

Its been a while. Dah sebulan lebih aku duduk sini, lots of thing happens. Selain dari malas, aku pun takde masa nak update. Nak menulis2 ikut suasana semasa, aku rasa dah terlajak jauh dah aku nak patah balik ke belakang dan cerita segala yang berlaku. Tapi aku boleh bagi preview setakat ni apa yang aku dah buat.

Field Assignment – 3 minggu kat Sulphur, Louisiana. Field assignment aku ni melibatkan proses data seismic atas tanah. Land acquisition. Kerja aku asalnya duduk atas kerusi ofis and proses data sismik depan komputer yang bagak tak hengat. Tapi kat field assignment ni, aku berpeluang melihat secara live macam mana data sismik ni diorg amik atas tanah. Kalau kat negara kita, marine acquisition lagi glamer sebab negara kita hasilkan sweet oil. Banyak tu kat tengah laut cina selatan nun. So org2 yang kerja offshore amik data kat situ lah. Tapi aku datang training sini, diorg taruk aku kat onshore. Buat atas tanah. Gambar2 ada kat facebook aku.


Presentation, test & report – Settle dah. Tapi next week ada lagi satu test dan next next week ada lagi satu presentation. Boleh handle lagi.
Homework kejam bernama CBT (Computer Based Training) – homework maut yang membuatkan training ni tak best sebab CBT ni homework yang kena buat tetiap hari di mana setiap chapter ada subchapter yang berpuluh2 mukasurat. Kena siapkan ikut timing dia bagi. Aku? Mane ada ikut time. So does the others. Heh~ its shows that mendalah ni banyak serta memualkan tapi terpaksa jugak perabihkan. Kalau tak abis,memang tak paham lah apekejadah org tua kat depan tu membebel. Serius tak tipu. Pastu kalau tak paham, macam mana aku nak balik KL buat kerja? Kalau tak buat kerja, macam mana nak naik tarap jadi project manager? eCewah. harhar. Tak jadi apa la kalau malas.

Selain dari tu, aku dah gi jenjalan tengok live NBA game Houston Rockets vs. Spurs. Macam dream come true sebab aku memang minat NBA lebih2 lagi biler yang main tu laki nye Eva Longoria, Tony Parker from Spurs. Also Yao Ming from Houston Rockets yang memang tinggi bagak giler. Gambar2 pun ada kat dalam facebook aku. Nak upload sini kang tak terupload (malas sebenarnya-lama nak nunggu. Since aku tak berapa minat gold, so Time is silver platinum. Heh~) Then aku ada pergi Rodeo show, tengok orang nunggang bull. Game ganas gak lah biler tengok orang tu kena tendang dengan bull liar. Patsu siap ada budak2 kecik umur 5-6 thn nunggang kambing biri2 lagi konon ala-ala pelapis utk tunggang bull bila diorg dah besar karang. Haha. Cute. Tapi hampeh kamera aku bateri mati sebelum aku dapat tangkap gambar bebudak tu tunggang kambing biri-biri yang ala-ala ganas macam bull. Pastu ada performance dari group nama ZZ Top yang ngetop kat Houston ni. Sumpah aku tertidur masa concert ni since aku tak kenal diorg ni siapa plus aku memang ngantuk giler dah masa tu. Lampu and all the loud concert noise tak mampu buat aku berjaga, maka aku tertidur sebelah SuYin yang turut jua boring sebab dia nak gi shopping tapi tak dapat2. Haha. Aku sangat seronok gelakkan SuYin yang tertidur dalam gambar tatkala mereka yang bersebelahan kami menangkap gambar kami tetidur. Haha. Hampeh. Seronok sungguh mereka mepermainkan kami.

Nanti lah. Biler2 masa aku rajin kang, aku upload gambar. Tapi gambar2 maut aku kat Houston ni banyak kat Fesbuk. Siler lah lihat.