Tuesday, February 03, 2009

Dimensi beg~*

Aku masih di pejabat lagi. Niat nak meng-hapdate-kan blog. Dah cuti 3 hari, sakan aku membeli makanan. Nak bawak gi sana sebab aku dah ditakutkan dek member aku “nanti kau kebulur kat sana” walaupun pada niat asalnya, takde langsung makanan dalam list barang-nak-bawak-masuk-beg aku. Tapi kini, beg paling besar aku adalah beg makanan. Heh~

Aku bawak 2 beg. 3 beg actually coz beg kecik masuk beg paling besar dan beg kecik tu isi makanan. Pastu masih ada ruang tepi2 beg besar tu, aku nak borong makanan lagi. Maggi, sardine, tuna (sebab tuna sana tak sedap kata mereka), Brahim’s dan 2 botol kicap. Nak gi Carefour. Eh silap2. Nak gi Giant sebab Carefour kena diboikot. Pastu tadi aku check balik jisim yang dibenarkan utk setiap beg yang perlu di bawa iaitu tidak melebihi 23kg per bag. Setakat ni, both beg masing2 tak lebih dari 20 kg lagi, so boleh sumbat lagi tapi yang baru aku perasan, beg pun dia sukat dimensi2 lah pulak. Ada limited dimension yang dibenarkan. Aiseh.. leceh betol larrrr~~~ Aku dah lah bawak gedabak beg ni, kalau terlebih dimensi? Nak kena punggah balik brg2 tu masuk dalam apa? Aku bawak masuk dalam beg plastic je lah, konfrem diorg tak boleh kira total dimensi beg plastic tu. Harhar.

Aku dah gemuk. Naik 2 kg tak sampai 2 bulan. Orang tengok aku “tak lah gemuk sangat”, “ ok lah ni,nak kecik mana lagi”, “ mane ada gemuk, kalau awk gemuk, habis tu, akak ni ape?” dan “awak makan banyak mana, badan tak naik pun” tapi hakikatnya aku dah mula rasa berat badan. Tempat kerja baru aku ni lebih byk aku berjalan sebab aku redah LRT, redah masuk KLCC dan panjat tangga instead of panjat escalator. If aku panjat escalator pun aku make sure aku berjalan naik mcm naik tangga coz aku tak nak bina lemak dgn berdiri sajor menanti escalator bawak aku naik sampai atas. Tapi aku tetap gemuk biler saja mak aku cakap “ eh kaklong, ummi nampak awk makin chubby” dan dot dot dot. Dalam dunia, mak aku sorg je yang cakap jujur coz yang lain aku faham percakapan mereka bertapis. Paling2 pun ayat yang hampir2 jujur is ”nampak berisi sikit lah”. Ok. Topic klise tapi apa aku nak cakap kat sini ialah aku target turun dlm 10 kg once balik dari Houston sebab bakal kebulur kat sana! Harhar~

Tapi dengan dimensi beg yang plg besar PENUH berisi makanan sahaja, mampu kah aku? Waaaaa…..