Kerba, kerla & Syurga dunia~*
Still in the office. Dah nak masuk Isyak. Kejap lagi nak balik. Tetiba lak ada mood nak update blog.
So far kerja ok. Best je. Duduk depan PC and pilih halaju yang sesuai pada graf. Kerja org fizik. Bunyi senang sebab aku nampak kan bunyi nya senang. Supaya orang tak takut dengan kerja ni. Pada aku, kerja kena ada minat, baru lah menda susah pun jadi senang. Macam sekarang ni, kerja aku sangat lah mudah. Heh.
Hari ni aku baca paper Barrack Obama dah angkat sumpah jadi preseiden baru. Ke-44. (kan?) means semalam lah dia angkat sumpah. Tahniah lah Obama. Moga anda menjadi presiden yang lebih baik dari yang sebelumnye. Ramai yang mengharapkan anda. Termasuk saya. Moga anda bedil askar Israel kat Genting Gaza tu. Rasanya itu lah menda pertama yang perlu anda beri perhatian. Bukan atas dasar Palestine tu penduduk majority nya Islam tapi atas dasar keperimanusiaan yang dipancarkan jelas dari personality anda. Saya mangharapkan anda. Makcik dan jiran saya mengharapkan anda. Guru tadika saya pun mengharapkan anda. Senang cerita, satu dunia mengharapkan anda. Thank you in advance.
Frankly, aku tak ikut sangat kempen pilihanraya kecik kat Tganu tempoh hari. Yang aku tahu, persaingan sengit masa awal2 tu. Tahu2 lah segala jentera BN guna utk kempen depa. Last2 apa pun tak guna biler majoriti undi dimenangi dek org PAS dengan kelebihan majority 2000 plus plus. Banyak tu. Kalau campur dgn undi rosak pun, baru 600 plus plus. Terror lah org Terengganu dah bukak mata. (ke dah lama bukak mata tapi dibenam dek org2 BN?) Setakat yang aku tahu, setiap pilihanraya kecik yang dibuat setakat nih, semuanya dimenangi PR. Aku harap lepas ni akan nada banyak lagi pilihan-pilihanraya kecik. Biar PR menang teros. Heh. (Bermimpi lah anda.)
Frankly nya lagi, aku dah lama sangat tak ikut butir bicara politik. Rindu kdg kala menerpa tapi apakan daya, diri ini sudah tidak mampu lagi berpura2 rajin di depan boss. Kerja kat tempat baru ini mendorong aku menyiapkannya jugak walapun terpaksa berpura2. Dalam pura-pura, aku siapkan kerja. Eh.. means aku kerja tak pura2 lah kan. Sebab kerja siap. Hah! Apa aku merepek ni? Ish..
Meh aku citer beza tempat kerja baru (KERja BAru-KERBA) dengan tempat kerja lama (KERja LAma-KERLA – Aku malas nak naip pepanjang). Pertama sekali, kerla company local and kerba multinational company. Ha tu lah bezanya. Besar beza tu. Culture kerja pun beza. Aku pelik nape kerla aku tak mcm ni. Kerba ni sempoi tapi kerja berjalan dengan professional. Kerla pun professional jugak tapi perlu motivation berlebihan utk kerja dgn professional. Maybe kat kerla aku dulu, minat kureng kot. Kat kerba ni, minat aku dtg bergolek sendiri. Org tak suruh study pun aku dah siap buat nota satu buku log. Nota2 aku print out and buat buku setebal beratus mukasrat. Takde org bising aku nak guna printer byk mana. Sesuka hati. Tak mcm kerla aku dulu. Nak pakai printer pun nak kena jaga hati org lain. Sebab nak kena tahu brg mana guna duit project sape. Kalau tak geng dengan project tu, ada unwritten rules seolah ckp elakkan dari guna barang tu. Kat kerla aku dulu, org suruh study literature review, separuh buku log pun aku tak penuh. Sebab aku buat nota menulis. Nak print out tak berani sebab asal lebih 10 page je, org cot cet ckp tak sedar diri guna brg org. Cheh. Tak sedar ke org2 itu berada di bawah satu bumbung company yang sama? Dapat duit project, tak leh sharing2 ke? Takat ink printer, berapa titik sgt lah aku guna. Itu pun nak berkira? Malas betol.
Pastu aku tak suka kerja yang byk meeting. Kerba aku ni tak meeting sgt. Meeting dgn klien je. Itu pun klien mcm dtg sebulan sekali jek. (maybe sebab projek tak berapa rancak kot) pastu tak payah nak report mereport kat supervisor progress kita setiap minggu. Kecuali kalau project leader lah. Kuli mcm aku ni, buat kerja sempoi pastu antar je kat project leader. Kalau aku salah buat, project leader yang kena. Pastu project leader aku ni sempoi semcm je, tak pernah marah aku salah buat kerja. In fact, dia kata aku kerja laju. Means kerja aku buat ahead schedule. Oh itu petanda bagus lah kan? Dan aku tak perlu berhadapan dengan muka2 org ingt aku nak mengampu boss. Takde istilah bodek mengampu sogok amik hati boss kat sini. (setakat yang budak2 ni cerita lah) Sape2 perform, dia boleh naik tanpa org dengki jahat. Yang ada, dengki baik iaitu biler seseorg tuh naik, dia dijadikan idola utk terus memajukan diri msg2. Professional. Macam best je.
Tapi aku bukan nak kata kerba aku ni perfect. Ada gak kurengnya. Baru2 ni company kerba aku ni buat survey. Aku tak masuk suvery tu sebab dia buat last year. Aku baru masuk this year. So they all present conclusion survey tu last week. Yang plg tak best sekali is pay & benefits. Semua org dlm company kerba ak di seluruh cawangan asia pasifik ni tak puas hati. Aku senyum je. Gamaknya diorg ni tak pernah terjun dalam industry yang dapat payment lagi sikit kot. They all dok compare payment & benefits company ni dengan company pesaing. Memang company ni kedekut sket lah tapi as for me, aku bersyukur dah. Sebab aku bukan tengok kekurangan yang ada pada company ni tapi lihat pada kelebihan yang ada. Working environment. Culture. Team work. Semuanya lagi best dari kerla aku dulu. Even pay & benefits pun aku puas hati sebab industry oil & gas ni lebih byk compare to other industry yang aku dah cebur. Setakat ni aku dah cebur industry pendidikan dan industry penyelidikan. Come on lah guys. Be grateful of what you have cause ramai lagi luar sana yang dapat cinonet je. Lagipun harta dunia bukan boleh bawak masuk kubur pun. Harta syurga lagi syok. Itu pun kalau pandai jaga iman lah. (Gulp!)
Oppss… lupa pulak syurga diorg hanya di dunia sahaja…
<< Home