Tuesday, April 07, 2009

Chill out~*

My blog nih. Sejak bukak dulu sampai la ni, balik2 rupa yang sama je, tak pernah tukar2. Setia pada yang satu.(Uhuk.. malas.. uhuk..) Nasib ler blog dapat tuan macam ni...

I feel like writing tonight. After some time of writer’s block~ (ha yer lah block sangat). Tadi jengah blog minah ni. Meriah semacam je. Siap sedap ngutuk member crew dia. Jeles aku tengok. Harhar. So aku pun nak join the club lah kan. Nak ceritera jugak kat sini.

Malas cakap banyak2. PRK jelas dah tunjuk semua. Kita menang dua bukit, depa dapat sebatang. Batang Ai. Senang citer, masih kekalkan kuasa kat tempat masing2. Before fly to US dulu, Pak Lah masih kat atas. Aku balik Malaysia kang, Pak Jib pulak dah naik. Aduhai… tak sampai 3 bulan je aku tinggalkan Malaysia dah jadik macam2? Belum lagi kalau aku tinggalkan setahun ke.. entah apa jadik. Korang memang tak leh hidup tanpa aku kan? Eceh. Harhar. Tengah bulan May kang aku balik ler...

Ok. Dah. Malas ulas panjang2. Cerita sikit2 sudah. Sebab aku tidak berada di tempat kejadian. Tak ikut berkempen apatah lagi berkempen online macam dulu. Busy maa.. bukan tak nak join tapi dengan laptop laju tahap siput tempang, internet pun laju gak macam lori tayar pancit dan kesibukan aku standard Barack Obama, maka aku cukup alasan untuk tidak update. Cukup baik lah tu last week aku sempat conteng blog nih.

So apa yang buat aku bebas menulis hari ni? Sebab today, I’m free like a bird! Hari ngeri aku dah berlalu. Ada presentation hari ni yang buat aku tak tidur 3 malam. (Ok tipu. Aku tidur 2-3 jam lah sehari) Lepas presentation ngeri tadi, rasa macam nak melompat pecah siling dinding. Tapi tak larat sebab ngantuk giler. 3 minggu stress presentation (dengan seminggu terakhir stress jadi melampau tahap dumbbell 20kg taruk kat bahu) plus ada test kena study and beban homework tahap tak kesian. Tapi semua kemendungan itu berlalu dengan settlenya test jumat lepas and presentation hari ni. Fuuuhhhh. Lega giler. Lebih lega dari buang angin. Hehe.

Apa aku buat sempena meraikan kebebasan dari stress aku hari ni? Balik apartment, masak. Makan. Masak lagi. Makan lagi. Tengok movie. Pastu tertidur dengan mulut ternganga. Harhar. Sangat chill out. Bangun2 je buat2 terlajak tidur,escape dari pergi meraikan hari kebebasan bersama member2 lain yang rancang nak tengok movie sambil makan pizza kat apartment member aku lagi sorang yang bakal tinggalkan training program ni esok. Bukan apa. Dah lah aku hantu pizza. Sambil2 tengok movie tu kang, aku telan air liur je la tengok diorg makan pizza daging ayam tak halal tu. (Pastu demi nak amik hati aku, diorg order pizza sayur. Pastu buat2 macam pizza sayur tu sedap jugak. Macam pizza pepperoni. Terima kasih lah korang kerana sanggup menipu demi nak jaga hati aku) Harhar. What a lame reason! Ala.. paham2 ler. Senang citer, aku malas.

Pastu apa lagi ek.. haaa.. aku tak sabar nak melancong ke LA. Khamis ni aku berangkat secara rasmi. Pergi bertiga. Member aku sorang ni ada kakak yang duduk LA. Dia nak bawak kitorg round2 satu kota. Aku tak pernah jumpa orang macam hakak dia yang siap buat jadual ketat sepanjang sepeninggalan kami kat sana. Pukul berapa pergi mana, shopping kat mana and berapa lama. Kalah jadual training aku. (Sebab jadual training aku pun takde cakap kelas aku start pukul berapa. Fleksibel) Jadual perlancongan kami dia buat itinerary dalam Excel and email kat kami bertiga. Siap letak menu lunch lengkap 3 hari tu. Sangat sweet biler dia include lunch kat restaurant halal. Kagum aku. Perlancongan kami sangat teratur. Kalah travel agency. Aku suka. Kakak dia nak kami fully use the time yang ada sebab opportunity nak pergi sana bukan selalu datang. Bergolek pulak tu kan. Enjoy nikmat dunia beb. Harhar.

Balik dari LA nanti, ada lagi 5 minggu je aku kat Houston ni. Another 5 weeks learning bunch of other new stuffs especially on the new program this newly merge company invented. We will be the early ‘innocent’ batch (not contaminated yet with any existing program in the company) to see how far can we adapt with the new program. Will it be better in helping the company’s production? Wait and see. Kerja setahun dua kat KL pastu plan nak chow pi kerja kat opis diorg kat obersea mana2. Agak2 PR dah amik alih kerajaan kang, aku balik lah. harhar~ Tetiba je kan.

Ok lah. Nak gi buat hotdog and goreng fish fillet. And salad sayur demi menu nan seimbang. Nyum nyum.

Lapar.