ESQ temukan kebahagiaan sejati~*
Pergh. Hari ni tak larat. Letih. Lesu. Tunggu kerja tak sampai2. Kena tunggu job habis running dulu baru boleh start buat QC. Sementara tu, aku terseksa nak tunggu 5.30ptg. Nak balik!
Lama weh tak update. Alasan macam biasa lah-sibuk! Haha. Ni je masa tak sibuk then teringat blog tak update2. Nak update dah last week tapi tak jadi nak tulis. Ada je kerja nak buat. So tak jadi. Tapi kali ni, jadi! Hehe.
Nak citer ni. Last week pergi kursus leadership seminar ESQ Training. Stands for Emotional Spiritual Equo.. apa menda ntah tak reti eja word last sekali tu. Tapi training ni untuk memantapkan spiritual kita dalam kehidupan seharian. But since training ni untuk eksektif, so dia relate kan how to boost up our spiritual energy dalam alam pekerjaan kita. But for me, its more than that. Nak cerita banyak pun, the experience is speechless. Senang citer, aku rumuskan je lah.
Training ni universal. Semua muslim or non-muslim boleh masuk. Kursus ni buat kita terbuka mata hati kita yang selama ni buta. Buta tak nampak Tuhan kat merata-rata tempat. Ni lah kali pertama aku tengok non-muslim menangis bila azan berkumandang. Menangis bila selawat nabi dilagukan. Menangis bila sama2 baca surah Al-Fatihah. Tak tipu. Apatah lagi yang muslim. Semua mengakui kebesaran ALLAH. Allah Maha Besar. Memang semua orang tahu tapi ramai yang tak feel. Tapi kursus ni takde pulak pergi suruh yang non-muslim tu masuk Islam. Sebab Islam tu kan universal. Jadi kursus ni menggunakan intipati yang ada dalam ajaran Islam untuk disesuaikan dengan konsep spiritual yang universal untuk semua.
Asma-ul Husna yang selama ni kita dok lagu-lagukan tu. Tak ramai yang sedar kuasa spiritual yang ada dalam Asma-ul Husna. Asma-ul Husna itu adalah sifat-sifat Allah. Kursus ni lebih bersifat universal bila diorg ketengahkan kajian2 saintifik dan ekonomi dari seluruh dunia. Kajian saintis Amerika, saintis Jepun, saintis Korea semua dipaparkan. Senang sikit untuk yang non-muslim memahami konsep spiritual ni. Dan betapa ALLAh itu Maha Besar, tanpa kita sedar (dek kerana mata hati yang buta) semua kajian mereka itu sangat related dengan sifat2 ALLAH. Especially yang berkait dengan kajian Human Resource. Lehman Brothers, Albert Einstein, Mahatma Ghandi punya cerita semua dia sebut lah. And how their stories berkait dengan Asma-ul Husna. Kalau kajian saintifik tu, memang kait kan terus dengan ayat Al-Quran. Kemudian kaitkan dengan sejarah. Bukan sejarah nabi je,tapi kait terus dengan sejarah dunia. Pun ada dikaitkan dengan Asma-ul Husna. Boleh kata 90% menitis airmata bila kisah nabi diulang cerita balik. Bukan kita tak tahu kisah2 nabi dan para sahabat ni tapi feel tu takde. Dengan terbuka nya mata hati ni, kita boleh feel. Feel marah bila teringat nabi dicerca dan dihina. Feel bangga bila nabi berani dan tabah nak tegakkan agama. Feel terharu bila sebelum meninggal, nabi menyebut “Ummati.. ummati.. Ummati..” betapa besar kasih nabi tu, kita dapat feel. Bukan nak cakap apa, tapi dengan kursus ni memang kali pertama aku menangis bila azan dilaungkan, menangis bila selawat nabi dibacakan dan menangis bila Al-Fatihah dibacakan. Segala yang baik tu datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari mansia tu sendiri. Ramai yang pandai cakap tapi tak ramai yang dapat feel.
Kursus ni pun bukan pasal Islam tapi nilai2 universal yang ada dalam konsep Islam tu yang cuba diketengahkan. Pengasas kursus ni pun asalnya Kristian. Dia mengembara mencari erti “Siapa diriku yang sebenar” sehinggalah dia terjumpa nilai2 tu dalam Islam. Dia kagum bila terjumpa apa yang dicari selama ni ada dalam Islam (kliche untuk para mualaf eh) tapi aku respek dia ni sebab berjaya jumpa cara untuk mencungkil konsep spiritual (iaitu yang dikaitkan dengan matahati kita) yang ada dalam ajaran agama kita. Kata orang, kalau nak berjaya, intelektual & emotional saja tak cukup. Perlu ada spiritual. Perlu ada mata hati yang tak buta. Sebab ini lah akar jatidiri kita. Dan paling kagum bila semua konsep tu dah ada dalam ajaran agama ALLAh. Cuma kita je yang tak nampak atau mungkin tak tahu. Melalui kursus ni jugak baru aku faham kenapa sahabat nabi boleh menangis bila Al-Quran dibaca, gerun bila nama ALLAh disebut dan kenapa solat mereka lama. Kerana spiritual values mereka yang kuat.
Kursus 3 hari ni, penuh dengan titisan airmata. Teriak meraung semua ada. Tak tipu. Dah tak ada malu dengan orang keliling. Yang ada is malu dengan Allah. Menangis mintak ampun sungguh2. Oh ya, peserta kursus ni ada 450 orang. Datuk Datin Tan Sri Puan Sri semua join. Rasa macam tak ada siapa lah yang tak menangis. Membuka matahati bermakna kita dapat spiritual feel dalam ibadah kita. Rantai-rantai belenggu selama ni yang mengikat kita terlerai. Mungkin tidak semua tapi sekurang-kurangnya mampu melonggarkan. Katanya trainer tu, letakkan lah dunia di tangan kita tapi ALLAH di hati kita. Menda kat tangan boleh hilang tapi bila hati kita di isi dengan ALLAH, maka takkan ada rasa sakit sebab ALLAh itu abadi. ALLAh takkan hilang. Dan itu lah kebahagiaan sejati… Niatkan lah segala kerja kita kerana ALLAh, rasa bahagia tu akan terjah masuk ke dalam hati kita. Dan jangan lah menangis bila harta, anak, isteri, suami, duit, rumah, boyfriend, girlfriend, Micheal Jackson tu hilang sebab kita tahu semua2 tu memang takkan kekal. Konfirm hilang punya. Bukan milik kita pun. Even diri kita ni pun milik Tuhan dan kepada-Nya jua lah kita akan kembali.
Oh panjang nya rumusan ni. Nak cerita banyak pun, korang kena join & rasa sendiri. Maybe explaination aku carca marba sebab menda2 spiritual ni aku tak reti cerita tanpa gaya-gaya tangan kan. Ni tulisan je. So lain orang, lain feeling membacanya. Tapi sapa2 minat nak tahu, just kontek me.
<< Home