Monday, January 07, 2008

Cesss~*

Hari ni niat ku nak kurus berkecai. Hancur bersama sambal tempoyak mak aku masak semalam. Juga bersama udang masak lemak. Nasi pulak banyak lagi. Nafsu aku pulak pergi terjah ckp kalau tak makan nasi tu kang mmbazir je. Membazir kan kawan setan. Maka terpksa lah aku makan. Itu pun aku dah tibai donut 2 cocok yg sedap lagi lembut rotinye tu. Siap makan roti butter bubuh sambal tempoyak kat tgh2 dia. Berapa banyak kalori masuk badan aku tadi? Tak guna punyer nafsu~ huhuhu.

Macam mana nak buat ek? Tenghari tadi perut aku dah cukup bersopan. Takat makan buah dgn nasi lemak sebungkus je bersama banyak sayur. Kira berkhasiat lah tu. InsyaALLAH tak menggemukkan. Aku makan demi kesihatan. Dan kesihatan aku terletak pada tahap kekurusan aku. [Mati lah tetapkan standard kesihatan sendiri.. harharhar~] Takpe. Malam kang aku skipping bakar kalori dlm setgh jam. Hehe~

Aku dgr radio masa on the way balik kerja tadi. [cheeehh kerja konon~ haha~] Pasang Era. Dgr keluhan bapak budak tak puas hati dgn yuran sekolah naik berganda. Aku jadi mcm, ”Huh~? Bukan last year bukan main lagi gembar gembur ckp yuran sekolah free?” Setelah berborak ilmiah dgn adik aku, baru la aku tahu yuran yg di’free’kan tuh hanya lah RM9 utk sek men & RM4 utk sek ren. I was like, WTF? [ini hnya lah huruf, bukan carutan] harharharhar~ aku gelak2 dlm keta. Kena tipu dgn kerajaan lagi! Ke media eh? Tak kesah lah tu tapi yg pasti, mmg kalau kerajaan war-warkan menda2 best spt bonus naik, yuran free ke or cukai takde,means mmg ada parasit disebalik langsir dewan parlimen tuh. Sudah! Aku mmg dah lama tak percaye dah... Jadi, pandai2 lah korang memangkah...

Pastu kes apa nama menteri cina yg letak jawatan sebab skandal dvd seks dia tuh? Panas beb! Teringin gak nak tgk tapi iman aku tak kasi. Hehehe~ korang pun tak yah lah tengok. Bukan nampak pun. Blur2 je semua. Boleh je kalau dia tak nak ngaku tapi dia nak tunjuk ’contoh yang baik’ dan ’berani kerana benar’. Aku geleng kepala je lah. Apa nak jadi la pemimpin kita nih...? Menteri kesihatan pulak tuh! Buat malu doctor2 & nurse2 semalaysia je. Kot ye pun, play safe lah. Harharhar~

Ok lah korang. Ada kerja nak buat. Bye~