LRT~*
Salah satu my rutin setiap hari adalah naik LRT ke ofis. Dari Jelatek ke KLCC. Kalau dah hadap LRT setiap hari nih, means aku mengadap gelagat manusia pelbagai ragam lah setiap hari.
Waktu puncak LRT jadi macam sardine dalam tin adalah antara jam 7.40pagi ke 8.10 pagi. Aku anggap ni waktu puncak sebab ini lah waktu aku datang ke stesen LRT. So waktu lain aku tak tahu. Hehe. Tapi yang pasti kalau nak naik LRT waktu tak ramai orang adalah antara waktu 7.45pagi hingga ke 8.55pagi. time ni tren dari Gombak akan dikosongkan and it will go straight to Setiawangsa station. Oh memang sedap lah orang2 yang datang dalam pukul 7.40pagi dari stesen Setiawangsa tu. Tren kosong! Aku pun sedap jugak kalau ada kat Jelatek sebelum 7.45 pagi. Tak yah nak berhimpit bawah ketiak orang.
Biasanya tren kalau sampai KLCC memang berhenti lama sikit. Sebab orang ramai turun and naik dari KLCC ni. Tapi tadi pagi ada jantan mana entah datang dari belakang aku dok tolak2 tak sabar nak turun, takut pintu tren tertutup awal2. Sedap je dia himpit aku dari belakang. Orang depan aku pun nak keluar jugak. Aku pun nak turun KLCC jugak. Apalagi. Dapat free sound from me. “Abang, saya pun nak turun KLCC jugak, boleh sabar tak?” walaupun aku cakap lembut tapi sebab my husky voice dek kerana batuk yang tak baik2 lagi, I make it sound like sharp and deep. Tak pasal2 jadi tayangan free bila orang keliling pandang cari suara pengacara hantu mana yang bercakap tuh. Haha. Malu memang malu tapi aku lebih pada rasa bengang dengan mamat yang tak sabar nih. Aku rasa dia lah yang lebih malu sebab aku sound menda betol. Makcik sebelah tu pun siap jeling ‘padan-muka’ kat mamat tu sebab makcik tu pun jadi mangsa tolakan laki tu. Have no idea apa reaksi mamat tu sebab I didn’t look at his face after that. Takut2 kang dia pukau ke apa kala bertenteng mata ni. Bahaya. Tapi aku rasa dia dengar lah cakap aku sebab lepas tu aku tak rasa kena tolak2 lagi dah. Huhu.
Well, itu satu kesah. Sebelum aku kenal pasti wujud tren kosong dari setiawangsa jam 7.40 tu, macam2 style waktu aku datang nak elak masuk tren tin sardine ni. Aku tak kesah kena himpit tapi kesah kalau berhimpit dengan laki. Hendak2 jenis yang tinggi angkat tangan tu. Uish. Geli. Sampai satu tahap, aku sanggup naik tren dari opposite direction and patah balik ke Gombak and baru tuju balik ke arah KLCC. Jauh la sikit tapi at least aku dapat tempat duduk and boleh lelap mata seminit dua. Jelatek ke KLCC just 15 minit je tapi kalau Jelatek patah balik ke Gombak then ke KLCC balik, takes about 35 minit. Reason yang membuatkan aku sanggup ikut jalan jauh ni is when I encounter pengalaman yang tak dapat dilupakan. (ayat karangan UPSR pulak. Haha)Bila aku terpaksa berhimpit dengan seorang makcik yang berbau sungguh ‘harum’. Pagi plak tu. Macam mana lah boleh jadi se’wangi’ tu. Toksah cerita lah macam mana aku berhimpit dengan dia. Rasanya sepanjang tu, aku tarik nafas tak sampai 5 kali kot. Nasib baik makcik tu setakat dua station je. Fuh. Ngeri pengalaman tu. Then that’s it lah. Esoknya terus aku ikut jalan jauh. Jelatek-Gombak-KLCC. Dapat tempat duduk plus tak yah duduk bawah ketiak orang or tahan2 nafas lagi. Lega.Tapi sekarang, aku dah mahir kejar tren kosong dari Setiawangsa ni. Memang kena ada sharp before 7.45pagi. Tak boleh 7.47 or 7.51pagi. Kalau terlebih, sah aku naik yang opposite direction. Ikut jalan jauh. Tapi biasanye sempat lah. Naik tren non-tin-sardine ni pun satu hal jugak. Orang suka nak penuh kawasan depan pintu. Kawasan yang dalam2 tak nak penuhkan. Kesian orang lain yang tak dapat masuk sebab area pintu dah penuh. So biasanya when I enter, akan terus pergi ke tengah. Luas dan lapang dan menghirup udara segar pagi hari. No himpit2. No busuk2. Jangan ingat pagi takde busuk walaupun orang sembur perfume pagi2. Ada je jenis yang tak mandi pagi. But thanks to my hidung tersumbat, boleh anggap semua menda wangi je pagi2. Haha.
Tapi satu menda lah nak puji orang Malaysia ni, sikap budi bahasa yang tinggi. Tak kira bangsa apa, yang muda confirm akan ada yang bangun kasi orang tua/orang cacat/pregnant woman duduk. Tak pernah lagi la jumpa orang muda buat tak tahu je. Tang ni aku kagum. Kalau ternampak, membuak lah my semangat muhibah. Bangga seh. Teringat masa kat Texas dulu, how they express the kagum-ness of 3 jenis bangsa duduk dalam satu negara. Takde gaduh2. Takde diskriminasi. Ok lah, tipu lah kalau takde langsung kan tapi at least, kita mampu wujud kan toleransi antara kaum. Kat sana, nak campur black and white pun dah payah, ni kan pulak kita yang bercampur 3 jenis bangsa sekaligus. Tu belum lagi kalau bukak cerita pasal bangsa Kadazan, Iban dan segala kaum yang ada kat Sabah Sarawak tuh. Ternganga lah mat-mat salleh tu. Never occur in my mind about it tapi bila pergi tempat orang, baru lah kita terasa bertuahnye lah negara kita ni. Baru lah ada feel hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
So, sape2 yang ada kat negeri orang tu, balik2 lar cepat.
<< Home