Thursday, August 05, 2010

It's Feh-rye-dey~*

Hari jumaat macam ni, mood nak kerja tuh dah kureng. Tiba2 je officemate depan aku nih gelak sorang2. Sama ada tengah baca berita or tengok video. It’s normal. Office aku ni macam kubur pun ada. Jarum jatuh sebatang pun boleh dengar. Tapi kalau ada bunyi suara gelak secara tiba2 atau org mendengus kuat kat hujung sana, takde siapa nak heran. Because it’s normal. Kubur kan.

I’m in no mood doing my QC today. Am looking forward to get back. (owh apa mimpi nak balik walhal baru pukul 9 pagi?) Udah tempah tiket wayang Inception. Many gave good review on that. Wanna watch it. Dah lama tak tengok wayang walhal I use to be one of the hantu wayang. Last movie I watch was… errr… what was it? Gosh.. I hardly remember. Tiba2 rasa macam katak bawah tempurung bawah gayung bawah baldi bawah tempayan besar yang tersimpan dalam stor buruk jauh dalam hutan. Giler ketinggalan.

Biasanya kan, if I were to read any news, last time dulu I kutuk pasal hiburan. For me, berita hiburan nih banyak mengada2. Section that I avoid most was the economy & sport sections. Dunno why these sections were the least fave. So all the latest domestic & global news I terjah dulu before I go to entertainment section. Baca hiburan sebab nak kutuk berita2 yang ada. Bahagian local & global news ni memang bersungguh2 lah baca dulu. Especially part yang ada politics. Interesting. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii… sejak kerajaan dah jadi ngarut sekarang, news about them annoys me. Section hiburan yang dikutuk2 dulu tu la menjadi terjahan pertama sekarang. Asal newspaper je, I bukak section hiburan dulu. Bukannye suka sangat but only because I’m so sick & fed-up with the political situation now. I rasa nak gelakkan semua orang yang pangkah our government now. Semua barang naik. Told you so. Looking back how the Perak state govern. Nak tergelak tak? Plus all the bad news evolving around the Selangor state as if they are the big culprit ruining the state. Apakah? Ngarut okeh. Please stop this. Annoying. Owh, baik baca berita pasal hiburan negara. What? Lagenda Budak Setan? I heard bad reviews about them. Only because they had Lisa Surihani in it. Haven’t watch it yet. Tunggu DVD pirate keluar, then I consider watching it. Oh ye, I truly hate Indonesia sinetron. Most characters are annoying. In other words, yang baik tuh baik sangat, yang jahat tu jahat sangat. Yang baik tuh sampai nampak very stupid to let themselves dibuli2 & diambil kesempatan yang melampau. Does these kind of people still exist? And yang jahat tuh, I’m sure memang wujud.


Owh baru pukul 10am ke? Aaaaa... bila nak balik nih~? *sigh*

Tuesday, August 03, 2010

Random thoughts~*

Owh sangat ngantuk. Getting bored. Been doing the same thing all over and over again. Tunggu client bagi kata putus which filter mahu guna. Sementara tu, I will be doing my QC, QC dan QC lagi. Tunggu nak muntah je ni. Duh~

Havent been reading the news lately. In fact, haven’t been updating myself to the world. I mean what’s going on out there? Then tiba2 terbaca paper pulak pagi tadi about isteri negara mana ntah.. swasiland? (negara apekah?) yang curang. Isteri dia yg plg muda.. ke 12 kot? Amboi melampau. Memang patut lah curang. Budak tuh baru umur 22 thn. Darah muda beb. Kau tuh dah tahap bapak org. Nak cakap datuk cucu 3 pun boleh. Sure pompuan tuh kawen terpaksa je dgn dia sebab dia kan raja. That young girl menang pertandingan ratu remaja Swasiland. Raja berkenan, terus pinang dan kawen. Buat bini ke-12 pulak tuh. Apa daaa… (Aku bantai je sebut negara nih. Kot2 lah kena google sure selamat aku tak kena saman dgn negara nih sebab kutuk raja depa)

Then pasal Pak Aziz & Kak Ana, ahli-ahli politikus negara kita yg kena tembak kat kepala dalam kereta tgh2 highway. Memang mistery. Macam mana boleh ada bullet kat both heads? Masing2 tembak diri masing2 ke? Or masing2 tembak diri sendiri? I knew about it biler pagi tadi datang kerja and terdengar news on the radio about how the government saying that ‘tiada unsur2 jenayah dalam kejadian ahli-ahli parlimen tersebut yang meninggal ditembak di kepala masing2’ I was like, WTFish? Kalau ada pertandingan putar belit peringkat antarabangsa, kasik je kerajaan kita masuk. Confirm menang.

Sunday, August 01, 2010

Be nice~*

Lunch hour tadi I went to browse thru Guardian. Amik menda seketul je then beratur panjang. Takpe. Memang nak sangat menda seketul tuh, bantai lah aku beratur jugak. Then lamaaaaa lah pulak tunggu kapel Arab kat depan tuh nak bayar. Hal kredit kad dia yang tak boleh pakai. Aduh. Nih aku leceh ni kalau mak pak arab ni bab buat scene kat kedai. Suara dah macam pakai microfon, satu Guardian dengar. (if anybody aware dgn susun atur kedai Guardian KLCC tu, terkejut kan suara Pak Arab tuh boleh dengar satu Guardian?)

Diorg blah je, aku lega ah sebab line boleh gerak laju. Then tak pasal2, Pak arab tadi patah balik, tanya harga air mineral. Adik tuh jawab singgit tiga ploh sen and kat situ jugak Pak arab tuh keluarkan duit dan CAMPAK atas kaunter tuh. Eh hello! Aku pun nak bayar barang seketul beratur panjang lama, ekau datang terus campak duit bayar air mineral? Awek Thailand depan aku ni nak bayar air mineral sebotol pun sama beratur panjang. Rude giler Pak arab tuh. Ingat ni kedai mamak ke nak potong2 Q bayar main campak2 duit? Nasib baik darah aku bercampur dgn melayu. So boleh lah ngaku aku keturunan melayu lagi. Bab2 perbuatan keji ni tak ngaku der aku darah arab. Huh~

Adik kat kaunter tu aku nak cerita. Memang aku perasan dia sejak hari tu. Lembut je muka dia. Tapi boleh nampak macam mana senior2 Guardian ni layan dia. Ye, aku faham lah dia baru masuk kerja, banyak menda dia tak tahu lagi, tapi perlu ke kau nak rude kat dia depan customer? Budak tu pun ada air muka jugak. Tengking tu takde lah tapi ayat2 perli-perlian tu sangat ketara. Depan customer pulak tuh. Aku kagum budak tu boleh maintain memek muka dia tak keronyot2. Kalau aku sure dah tarik muka dah. So biler tiba turn aku, plg2 aku boleh tolong budak tu is biler nak bayar, aku pandang muka dia and senyum sambil bersungguh2 ucapkan TERIMA KASIH. Small effort from a customer that I knew will give big impact to her. Guess what, she smiled beautifully as if apa kakak2 tu cakap, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bagus dik. Amalkan etika kerja yg professional, sure you can go far. =)

Talking about rude people ni memang takkan habis. Hendak2 yang bawak keta atas jalan nih. I tell you ha, Malaysian driver are totally rude. Nak cerita seploh hari seploh malam pun takkan habis. Letih. Malas nak cerita. And I wonder, bila lah pemandu Malaysia ni nak implement budaya memandu berhemah?

I guess it will be like never?

Hampeh~*

Aku dah tulis panjang2 tadi sekali tak boleh paste kat blog.

Siot!

Dah, nak tidur.

*mogok*