Monday, November 12, 2007

Katanye demokrasi~*

It’s about time I update my blog. Bukan apa, busy lately. Ada kerja. Ni baru balik dari Marang. I promised to upload some few photos here from the open house back there in Marang but I got some few problems to upload photos in here. Can’t seem to upload properly but once I overcome the problem, I promised to let you guys enjoy the pics ok. Especially for those peeps in TESDEC, Marang. :D

Let us go to the main point I came back here. It’s the hot topic being spread wildly plus, most blog that I visited didn’t miss their chance to voice out their opinion on this matter. I guess this is truly our time to really wake up and make some differences for the sake of our life, and for our future generations mostly.

Penat pulak cakap omputih. Semua blog dok ngata dalam bahasa penjajah, ni biar lah saya bercakap dalam bahasa ibunda kita. Lebih2 lagi biler melibatkan perjuangan kita nak menuntut keadilan, elok lah berbudi bahasa molek berbicara sebab memang itu lah budaya bangsa kita kan.

Mak saya nak masuk KL sabtu lepas. Saya hampir terlupa perhimpunan BERSIH bakal diadakan sabtu itu. Tak pasal2 mak saya telefon rumah lepaskan geram pada roadblock yg diadakan sejak dari awal tol sungai besi lagi. Ape kes nak buat road block nih? Ingat semua orang nak join demonstrasi tuh? Kenapa lah kepala hotak diorg ni tak terpikir yg masih ada antara kita ni nak melawat sedara yg sakit kat hospital KL nun? Tak pasal2 saya terpaksa tadah telinga dengar mak membebel tak puas hati dgn polis membuat roadblock tak bertempat. Polis takut ke dengan perhimpunan aman tuh? Katanye demokrasi..

Perhimpunan tuh adalah dalam bentuk yang aman. Dalam bentuk yang menuntut hak untuk diadakan pilihanraya yang bersih. BERSIH. Tapi biler perhimpuan itu disalahertikan, disalahlakukan, disalahfahamkan dan disalahapa-apa je lah lagi, maka itu lah yang jadi tak aman tuh. Orang nak berarak secara aman ke istana menuntut pihak istana kaji balik bentuk pilihanraya yang lebih BERSIH. Kalau lah ada saluran untuk menuntut keadilan, memang takde siapa nak buat perhimpunan nih. Baik duduk rumah tidur! Tapi mana lagi tempat kita nak tuntut hak? Semua saluran untuk menuntut keadilan dah tertutup, apa lagi cara boleh nak buat? Betul ke demokrasi negara kita nih? Kalau betol demokrasi, kenapa tak boleh diadakan perhimpunan aman nih? Katanya demokrasi....

Yang jadi tak aman nye, biler polis senang2 je campak water cannon and gas pemedih mata. Siap main sepak terajang orang sebab tak nak bersurai. Kalau kat purtajaya tuh boleh diadakan perarakan kebangsaan sempena merdeka, ape salah kalau orang nak berarak ramai2 ke istana negara? Polis yang menjadikan perhimpuan itu illegal, ape salahnye jadi kan perhimpunan itu legal? Katanye demokrasi...

Kita ni dah lama tertindas. Cuma antara sedar tak sedar je. Dulu mungkin lah kita boleh berbangga dengan kepimpinan negara kita,zaman2 bapa kemerdekaan kita masih hidup lagi. Zaman2 pemimpin negara kita betul2 sedar dan perihatin dgn keperluan rakyat negara kita. Tu memang zaman rakyat respek tampuk kepimpinan negara kerana berjaya menaiktaraf hidup rakyat pada masa itu. masa tuh, pemimpin kita ikhlas. Diorg menjadi pemimpin yang tak mementingkan kuasa mahupun keuntungan. Memang nampak menyalurkan wang rakyat ke arah yang betul. Parti yang sama. Atas nama barisan yang sama. Malah, pihak kerajaan dan pihak pembangkang mampu bekerjasama dengan baik, sekurang2nya itu lah yang ternampak di mata rakyat kita pada masa tuh. Memang demokrasi...


Tapi sekarang, biler kuasa dan duit menjadi tuan dalam diri pemimpin kita, siapa jadi mangsa? Semakin hari, semakin ketara ketidakbetulannye dalam kepimpinan mereka, siapa tahan kan? Dari kes kenaikan minyak, kemudian terbit pula kes kenaikan harga barang. Belum lagi kes tol sana sini, tambah pula dengan kes pendidikan yang sepatutnye percuma tapi budak2 uni disuruhnye berhutang. Banyak projek gajah putih sana sini yang tak nampak pekdahnye sampai lah kes kemiskinan rakyat negara kita yang dibuat-buat tak nampak dek pemimpin kita. Baru2 ni kes mem’berangan-angan’kan rakyat malaysia dengan meng’angkasawan’kan rakyat negara kita. Sedih biler perkara2 mcm ni sering dilepas pandang oleh pemimpin kita dan lagi sedih biler kita sendiri terikut lepas pandang sekali.

Kita terlalu ‘boleh’ seperti dalam cogankata ‘Malaysia Boleh!’ tapi tak ramai yang sedar, dalam kita nak ‘boleh’ ni, rakyat sendiri terpksa jadi korban. Sedih tengok biler pemimpin negara kita terlalu meng’angan-angan’kan rakyat sendiri dan meletakkan rasa ‘kita mampu capai perkara yang mustahil’. Paling sedih, tak sedar ke yang kerajaan kaut untung ni? Sebagai contoh, sempena nak hantar lagi angkasawan negara tahun 2010 nanti, tahu tak yang bujet untuk research and education dah dipotong? Makin kurang lah elaun pendidikan dan makin bertambah la hutang pelajar yang masih belum kerja. Kerajaan sedar tak yang takde pusat kajian yang khusus dalam kajian astronomi kat negara ni mcm NASA, tapi masih tetap nak hantar lagi angkasawan? Kata org, kejayaan bermula dari bawah. Ni kat tanah ni, dirikanlah dulu pusat kajian astronomi dgn kerjasama NASA, baru lah boleh nak naik atas. Ni nak start dari atas, memang kata org, cepat jatuh lah. Akhirnye sape jadi mangsa? Duit rakyat kita yang sponser angkasawan naik atas tu lah! Pastu berangan-ngan konon ‘we have a good start’. i say, we are not ready to start, at least not until we start our own centre of astronomy research down here in Malaysia’ dan secara perbadinye pendapat saya ialah, duit jutaan tuh lebih baik taja insan2 yang intelek ni pergi korek ilmu2 teknologi yang ada kat NASA tuh.

Kalau nak cakap pasal tak puas hati ni, memang lah banyak. Saya tak kata pemimpin kita adalah insan yang sempurna. Walaupun tampuk kepimpinan mungkin bertukar sekali pun, belum tentu pemimpin itu sempurna jugak. Kepimpinan yang baik adalah pemimpin yang berusaha membaikpulih keadaan yang sedia ‘rosak’. Kalau ikutkan, keadaan rosak nih memang takkan habis tapi apabila melihat pemimpin tu berusaha mambaikinye, kita akan hormat pada pemimpin yang semacam ini. Dia bukannya sempurna tapi sekurang2nye dia perihatin dengan keperluan rakyat. Seperti dalam perarakan ini, andai betul pemimpin kita adil, dia takkan menghalang pehimpunan yang ingin dibuat secara damai ini. Tujuan nye pun adalah untuk menuntut pilihanraya yang BERSIH. Salah ke? Katanye demokrasi....

Saya meluat melihat laporan2 dalam media. Semua penakut nak ceritakan hal yang sebenar. Takut lesen kena tarik. Ada ka dok fokuskan pasal traffic jam? Dok fokuskan pasal roadblock? Dok fokuskan hal2 keganasan dalam perhimpunan tuh? Tolong lah.... buat laporan pun salah. Media memang dah dibutakan sepenuhnya. Mujur lah rakyat kita makin celik. Saya memang puji orang yang turun demonstrasi tuh. Walaupun saya tak berapa setuju dgn cara demonstrasi ni tapi apa lagi pilihan yang kita ada? Media kata yg join demo tuh adalah dlm 4000 org walhal budak kecik pun boleh buat anggaran tu lebih dari 4000 org. Makcik kata, adalah dalam 40,000 org. Boleh tahan tu. Antara demonstrasi yang plg ramai selepas demo yang melibatkan uncle anwar dulu. Saya percaya, kalau perhimpunan ini halal, maunye dekat 100,000 org turun padang. Takde lah mak saya nak tersekat kat trafik jam tu dan boleh join demo tuh sekali. Dan takde lah telinga saya jadi kuali tempat mak saya masak ketidakpuasan hati dia. Dan paling penting, baru lah boleh nak kata negara kita ni mengamalkan demokrasi.

Dah tu, katanye demokrasi....