Monday, November 12, 2007

Logik akal saya berfikir~*

Saya nak meluahkan lagi beberapa pandangan peribadi saya sebagai seorang rakyat malaysia yang cintakan tanah air sendiri nih. Saya meletakkan diri saya sebagai seorang rakyat yang benar2 orang biasa, seorang yang tidak lah menyokong penuh pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan. Pandangan saya adalah berdasarkan akal logik fikiran saya sebagai seorang rakyat jelata yang BIASA di sebuah negara bernama Malaysia..

Buat perhatian pembaca blog saya sekalian, saya BUKAN lah pembaca suratkhabar Harakah mahupun Suara Keadilan. Saya adalah pembaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Kosmo yang setia dan tak pernah terlepas suratkhabar Mingguan Malaysia setiap hari ahad... saya juga menyumbang kepada statistik yang menaikkan rating Buletin Utama setiap hari jam 8.00 malam. Oleh yang demikian, pandangan saya adalah pandangan logik akal berdasarkan berita2 yang terdedah pada saya...

Beberapa kes yang terdedah membuatkan saya berfikir. Saya merasakan tidak setuju dengan beberapa isu2 yang berlaku sejak kebelakangan ini dan saya tidak disogok langsung dengan menda2 yg dibawa oleh pihak pembangkang yang dianggap ‘anasir-anasir negatif’ oleh pihak kerajaan. Berikut adalah pandangan peribadi saya tentang beberapa perkara besar yang berlaku dalam negara kita....

KES RASUAH
Eric Chia. Ramai yang mengikuti kes ini. Dah jelas terang lagi bersuluh dia bersalah dalam kes rasuah. Tapi kenapa dia terlepas? Kenapa tiba2 timbul kes masalah teknikal? Dia terlepas begitu sahaja? Saya masih berakal boleh fikirkan bahawa ada pihak atasan yang cover line story dia. Maka dia terlepas. Apa ni? Negara China pun tahu nak hukum bunuh pesalah yang terlibat dalam kes rasuah guna wang rakyat. Negara kita?

KES MINYAK
Ni saya tak paham. Negara kita adalah antara negara pengeluar minyak yang utama tapi kenapa kita masih terasa akan kenaikan dgn harga minyak nih? Kan diumumkan keuntungan jejak sampai dekat RM70 billion. Mana pergi duit tu? Kemudian minyak tuh dari negeri Terengganu tapi kenapa Terengganu antara negeri termiskin? Kenapa negeri Kelantan yang ada tapak emas hitam tu tidak di terokai sepenuhnye? Mana pergi duit minyak negara yang sepatut nye dinikmati bersama rakyat? Akal logik saya berfikir, dah kena 'telan' lah gamaknyeh.

KES PENYELEWANGAN
Alahai.. ni toksah cakap lah.. banyak sangat... tak payah nak baca berita kat Harakah pun, budak2 boleh agak selok belok berita dalam media kerajaan nih. Ketara. Tak payah lah saya spesifik sangat, semua dah boleh agak mcm2 jenis penyelewangan yang berlaku kan. Dalam bidang sukan pun diorg boleh carik untung. Pasal business sana sini tak payah cakap lah. Kalau nak diulas, saya bertambah2 meluat dan belum tentu cukup 10 mukasurat saya nak cerita! So just to keep it this way, i had enough!

KES NEGERI PAS
Setakat berita yang saya tengok nih, memang takde apa citer hebat2 atau yang besar2 kat negeri kelantan. Universiti sendiri pun takde. Kenapa? Takkan kerajaan terlepas pandang negeri Kelantan? Just becoz negeri tuh org PAS yang kontrol, kerajaan pusat dah tak nak kasi peruntukan dah ke? Lagi buat saya tergelak biler UMNO dah amik alih negeri Terengganu, boleh pulak ada 2 bijik universiti kat situ. Sebelum tuh PAS berkuasa, takde pulak. Jangan lah nak kata PAS ni miskin sebab peruntukan pembangunan negara adalah pada hasil cukai yang rakyat kita bayar. Cukai tuh ada kat LHDN dan siapa kontrol LHDN ni kalau bukan kerajaan? Akal logik saya yang taraf rakyat biasa ni pikir kerajaan pusat nih kedekut nak kasi duit buat pembangunan negeri kelantan...

KES BAYAR YURAN BELAJAR
Zaman2 mak ayah kita dulu, semua disponser. Ditaja. Takde masalah nak bayar yuran. Kerajaan tanggung sepenuhnye. Memang itu lah yang sepatutnya. Cukai yang kita bayar nih untuk apa kalau bukan untuk pendidikan jugak? Ni disuruhnye amik hutang buat bayar yuran. Dah berhutang tu siap suruh berbunga-bunga pulak. Apa kes? Ni namanye nak cari untung. Suratkhabar kata, itu sebagai kos perkhidmatan yang diberikan. Habis tu, gaji kerajaan kasi tuh untuk apa kalau bukan berkhidmat utk rakyat? Lagi pulak kita nak bayar kos pentadbiran lagi? Pelik betol..... Akal logik saya semacam tidak boleh terima kenyataan ini. Kata akal saya, diorg ni nak cari untung lebih. Saya akan bayar apa yang saya guna aje. Bunga-bunga ni saya tak main ye.

KES SOSIAL RAKYAT
Saya puji hasil usaha media mendapatkan bantuan untuk rakyat kita yang susah. Kes dapat hati baru, dapat jantung baru. Keperihatinan masyarakat terhadap kes2 yang melibatkan pencabulan kanak2 adalah berita yang paling panas. Asal budak hilang sekejap je, paper dah dapat tahu. Hebat! Tapi akal logik dah mula berfikir, negara kita dah tak selamat. Budak2 nak jalan pergi pasar pun dah tak selamat. Apa yang pemimpin negara kita buat? Polis tidur ke? Jangan nak salahkan kepincangan sosial negara sebab undang-undang negara kita nih siapa yang tentukan? Cuba praktikkan hukum hudud sket. Tak payah amik semua, amik sikit2 je dulu. Contohnye seperti pencuri kena potong tangan, pencabul dan penzina kena rejam dgn batu sampai mati atau rotan 100 kali. Agak2nye berapa peratus kes sosial nih boleh turun?

KES GEJALA SOSIAL
Disebabkan saya hanyalah rakyat biasa, maka saya terdedah kepada gejala2 normal di keliling saya. Taraf sosial yang makin pincang buat akal logik saya berfikir, apa peranan pemimpin dalam menangani masalah ini? Kampung saya di kelantan. Berbeza melihat taraf sosial negeri tersebut dengan negeri selangor tempat tinggal saya nih. Agak sukar nak melihat anak2 muda duduk bergayut2an atau nak melihat insan2 yang berpakaian sakit[cuci] mata kerana hormatnye mereka pada pemimpin negeri tersebut. Saya tak kata kelantan itu perfect tapi melihatkan pada cara hidup orang di sana, saya merasa lebih selamat berjalan2 seorang diri di tengah malam di Kota Bharu berbanding berjalan siang hari di KL ni.

KES MENDA2 HARAM
Saya sedar negara kita ni berbilang kaum, maka penternakan khinzir itu tidak lah sepatutnye jadi isu. Dah itu memang makanan orang kafir. Tapi yang saya tak fahamnye, kenapa kerajaan tak wartakan satu tempat khusus untuk penternakan nih? Dah tu katanye Islam, mesti lah kita letakkan agama tu kat depan. Jadi isu besar lah kes tempat penternakan khinzir ni dan saya semakin pelik biler kerajaan buat tak tahu je dengan kes nih. Orang Islam jugak yang terkena tempias nye tau. Tu belum lagi kes arak dan rokok. Kononnye antara yang memberi hasil cukai tertinggi dalam negara. Macam mana lah agaknye agihan cukai2 ni ek?

KES MAHKAMAH
Banyak sangat dah kes. Terutamanya kes mahkamah syariah nak dimansuhkan. WHAT?!? Mahkamah yang kendalikan hal berkaitan agama tu.... Kenapa kerajaan tak sedar menda besar nih? Paling sedih biler kes Lina Joy tukar agama then nak mansuhkan perkataan agama Islam kat depan tu. Boleh pulak tu ada mesyuarat nak pertimbangkan tuntutan Lin Joy dan beberapa menda lain yg berkaitan dengan agama kita ni. [kecoh dulu kes tuntutan nih tapi saya dah tak berapa ingat] Siap masuk mahkamah. Wahai pemimpin, dimanakah anda meletakkan agama? Oh ya, ketua mahkamah negara kita dah ditukar. Guna akal logik kita nih,agak2nye sebab apa eh?

KES PEMECAHAN KAWASAN UNDI
Masa saya pertama kali mengundi, saya memang ingat terjadi nye kes pemecahan kawasan. Berlaku pemecahan kawasan undian di mana Bangi dipecahkan menjadi kawasan Serdang. Kajang dia gi gabung dengan Semenyih. Dulu area Bangi Kajang ni memang PAS sajor yang menang, mana pernah UMNO menang. Akal logik saya berfikir, kenapa nak buat pecah2kan kawasan nih? Katanya nak memudahkan kawasan pengundian. Akal logik saya tak boleh terima alasan tu sebab kita tetap pergi mengundi tempat yang sama, pecah ke tak pecah ke, apa beza? Biler melihatkan umno yang memenangi kerusi kawasan bangi-serdang nih, baru lah akal logik saya boleh berfikir... ‘oowhhh... orang umno tak nak pembangkang menang...’

KES TOLOL
Tol sana sini. Kita bayar cukai kat kerajaan tapi kenapa nak berjalan atas jalan raya sendiri, kena bayar tol jugak? Kalau dah diswastakan,kerajaan lah bayarkan! Kita bayar cukai jalan tuh untuk apa? Apa kes nak letak beban bayar tol kat rakyat pulak? Mana kebebasan rakyat nak guna jalan di negara sendiri? Dah la minyak naik harga, tol lagi naik. Sangat bodoh lah kalau takde siapa nampak semua projek2 atas jalan ni nak kaut untung semata, bukannya nak senangkan rakyat. Konon dah bina jalanraya, dikatanye rakyat tak mau guna, tu pasal lah masih jam di jalan yang sama. Dah tu kalau dah buat jalan diletakkan tol mahal2, siapa nak lalu? Belum lagi kes jalan raya berlubang sana sini. Flyover yang runtuh. Kawan mak yg engineer jalan raya ni cakap sebab guna material murah,senang lah nak pecah kalau kenderaan berat asyik lalu. Dengar cerita kerajaan nak kurangkan trafik jam dengan mewujudkan pembayaran setiap kereta yang masuk bandaraya KL. Nak kaut untung lagi? Saya cadangkan, mansuhkan aje lah segala tol yang ada. Sure jam boleh berkurangan punya lah! Semua jalan boleh lalu, orang dah tak berebut nak guna jalan yang sama sebab nak elak jam, ramai yang sanggup ikut jalan jauh tapi tak ramai yang sanggup nak bayar tol. Dengar tak wahai pemimpin?

Ini lah seciput menda yang akal logik saya boleh nak kongsikan kat sini. Kes-kes biasa aje. Banyak lagi kes2 yang lebih besar. Sekali lagi ditegaskan, saya tidak terdedah sangat dgn suara2 hati pihak pembangkang. Seperti yang dikata tadi, saya pembaca dan penonton setia media-media kerajaan. Dan dengan akal ALLAH anugerahkan ini, saya berfikir. Secara logik. Saya yang masih mentah ni, pun dah mula nampak dengan ke’busuk’an yang berlaku dalam negara kita. Tu sebab saya tak heran andai 40,000 orang buat demonstrasi tuntut hak keadilan. Saya bukan lah menyokong mereka 100% tapi melihatkan apa yang berlaku di sekeliling saya nih, saya berpihak pada yang benar. Saya berpihak pada yang menuntut hak kita dihormati. Kepincangan semakin ketara hari demi hari. Membuatkan rakyat makin meluat dengan apa yang terjadi. Tu sebab saya tak heran kalau 100,000 orang nak turun berdemo sekali pun. Tak kira melayu, cina mahupun india. Rakyat makin celik. Insan kerdil mcm saya ni pun boleh nampak, apatah lagi orang luar sana yang lebih terdedah. Benda dah terang lagi bersuluh memang SALAH. Terang-terangan kita ditindas. Dan paling saya tak faham ialah biler orang2 yang turut bersama menyokong kepincangan nih... di mana mereka meletakkan akal logik fikiran mereka eh?