Masuk keluar masuk keluar~*
Pagi2 dah dengar mak aku membebel. Tak puas hati Ezam masuk UMNO. Well, that’s the hottest news in Malaysia right now. Nak aku citer ke saat2 dan setiap langkah pada hari dia terima akad dari Pak Lah utk masuk Umno balik? Aiseh.. tak yah lah citer.. kang panjang lak. Tapi yg pasti, dia mengucapkan Bismillah saat dia hulurkan borang keahlian pada Pak Lah tu. Pak Lah pun sambut dgn Bismillah. Aku pun ucap Alhamdulillah. [harhar] So the question here is, kenapa nak kecoh2 sangat seorang manusia masuk parti Umno nih? Despite the fact last nite, dia siap masuk TV3 secara live untuk umumkan bla bla bla... ok fine~
Tapi kan.. tapi kan...
Cuba korang fikir. Ada kecoh2 sgt ke kritikan2 dan kutukan2 pedas dari PR? Kan org2 PR ni glamer dgn kutuk mengutuk, keji-mengeji, caci mencaci ni? Nape diorg tak keji caci herdik Ezam biler dia pilih nak masuk UMNO? Masuk pada saat Umno dah nak reput, tongkang dah nak pecah? Alasan dia ialah dia menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar. Dasar party UMNO dah berubah katanyeh. [katanye lah~]. Dia bukannya menyokong pada orang tertentu atau menjaga kepentingan tertentu tapi dia menyokong dasar parti yang dilihatnya dasar yang adil. [chop.. what was the dasar UMNO again~?]
Senang citer aku cakap, walupun parti UMNO dah busuk tapi apa2 pun,dia tetap parti yang mendokong ketuanan melayu. Memang parti bangsa kita. Huduh2 UMNO pun, kita tak leh nafikan fakta ni. So Ezam dilihat sebagai ‘hero’ [at least , di mata mak aku lah] dia bakal ‘mencuci’ UMNO dari dalam. Macam yg Anwar pernah cuba buat dulu. Bezanya, Ezam masuk just at the right time. Saat Mahathir keluar dari UMNO dan saat org keliling mendesak Pak Lah turun takhta. Sebab saat ini dilihat sebagai masa yang agak mudah/lembut/senang untuk menerima perubahan yang mungkin bakal di bawa oleh Ezam ni. Sebab Ezam dah ada nama. Ada pengikut. Kredibiliti dia dah terbina.
Tapi org2 dlm Umno kebanyakannya tak senang duduk bila Ezam masuk. Sebab dia dilihat sebagai insan yang pernah bernaung di bawah kepimpinan yang pernah menentang kerajaan. So Ezam may have tough time nak pupuk kepercayaan ahli2 party. Kira Ezam masuk ni dalam keadaan penuh syak wasangka lah oleh ahli2 party tu sendiri. Ha.. macam mana tu? Kita tunggu dan lihat ending cerita ni nanti...
Hehehe.. rasanya aku boleh jadi penulis skrip drama lah. Skrip drama politik. Penuh watak macam2 orang. Main terus emosi2 seperti pengkhianatan, kesetiaan dan kejujuran. Sinopsis dia boleh kita tgk kat RTM1 setiap hari Isnin-Khamis jam 10.00-10.30pagi. hehehe~
Terlalut lak~
Sebenarnya nak citer yang itu lah. Nak buat macam mana biler anak beranak saintis dok bincangkan pasal pembolehubah bersandar, pembolehubah tetap dan pembolehubah berubah [constant, change & fixed variables] then keluarkan hipotesis dan teori2 tertentu berdasarkan pemerhatian. The politic drama is like an experiment to us. So dlm experiment ni memang kena bagi masa utk mix the solution then preheat it dalam oven pada kadar suhu tertentu. Amik masa. Dah siap semua kang,baru boleh tengok result dia memenuhi hipotesis ke tidak. Dalam experiment ni, the mixing of solution DAP, PAS & PKR need 5 years baru boleh tgk result. Hehehe~ Dalam erti kata mak aku, semuanya adalah strategy. Strategy. [perkataan ni berjaya melembutkan hati mak aku yg goyah dgn kemasukan Ezam dlm UMNO] Tapi kalau difikirkan, ada logiknya jugak. Ezam mungkin bermain dgn strategy.[Boleh rujuk balik tulisan cerita aku di atas tuh dan buat penilaian sendiri tang mana strategy tu berlangsung]
Ok lah. Nak gi makan. Perut lapar ni cepat mengundang errr.... apa ek? Ala.. Apa2 lah.
Happy lunch hour!