Bila boring, kita menulis~*
Esok jumaat. Yeay. Hujung minggu kembali berkunjung tiba. This week baru rasa lega sikit sebab tak buat apa. Free. Nak cuci kereta macam biasa and tengok wayang dengan kazen. Then penuhi hari-hari minggu dengan tidur dan tengok tv. Macam biasa. Bahagia.
So next week dengan rasminya aku akan masuk project baru. My company just got this tender from a Swedish company and we never deal with them. Kiranya new client for the company lah. Rundum-rundum economy negara pun, project yang masuk boleh tahan kencang.Project area melibatkan kawasan Sabah & peninsular Malaysia. Area nama Kudat & Siagat. Kudat aku tahu kat Sabah tapi Siagat kat mana eh? Katanya kat peninsular Malaysia. Orang Swedish tahu Siagat kat mana, aku yang duduk Malaysia bertahun ni pun tak tahu. Harhar.
Hmmm… Banyak baca berita. Nak ulas satu2 tapi malas. Sakit hati baca berita media2 berkiblatkan UMNO ni. Membodek tak habis2. Memutar belit tak habis2. Menggula2 kan rakyat tak habis2. Paling sakit hati, minyak nak naik balik bulan depan or depan or depan depan lagi. Teringat masa aku kat US dulu, diorg pakai minyak cikai je. Takde lah gah berkualiti macam minyak kat Malaysia. Elok je aku tengok kereta depa. Kereta besar2 lagi tu. Negara kita je yang mengada nak guna minyak lebih berkualiti lah apa lah. Walhal kereta takde apa pun. Its like bagi orang makan ikan Siakap masak masam manis and ikan sardine masak dengan belimbing besi. Memang lah ikan siakap lagi sedap tapi bukan makna kita tak boleh hidup dengan ikan sardine. Sardine sedap jugak apa. Orang boleh hidup jugak. Dan bukan semua orang suka ikan siakap (tak termasuk aku). Tapi kerajaan mengada jugak nak bagi semua2 orang makan ikan siakap, habis orang yang tak mampu beli tu? Pergi kerja naik basikal lah jawabnya.
Pastu yang aku geli hati jugak is 11 hadiah yang kerajaan nak kasi. Amenda ntah aku dah lupa sebab rasanye aku boleh nikmati dalam 2-3 je dari 11 hadiah tu. Pastu boleh pulak main-main diskaun utk pengguna tol. Ape ke hal? Potong lah terus. Bukan semua orang boleh guna diskaun tu. Kena ada syarat amenda ntah baru boleh nikmati pemotongan tol tuh. Haha. None of my concern anymore sebab aku dah pindah duduk KL dengan makcik aku yang rumahnye sekangkang kera je dari KLCC. Hari2 hujung minggu je lah aku balik Bangi tu. So duit minyak pun limaploh je untuk 2 minggu. Kalau naik sikit pun, maybe naik namploh je lah. Haha. Duit minyak keta naik sploh hengget pun nak bising! Cheh.
Tak tahu nak tengok cerita Transformers ke Harry Porter minggu ni. Both reviews I got from my friends are not so inspiring. Siap ada yang kata kalau nak eksyen-eksyen je, tengok lah Transformers tapi kalau nak yang not-so-eksyen, tengok lah Harry Porter. Member aku cakap, jangan menyesal kalau tertidur tengok Harry Porter. Waktu tayangan pun aku tengok almost 3 hours or maybe 2 jam lebih. Ye ke harry Porter that boring? And ye ke Transformer begitu ntah-apa2-eksyen-je-lebih? Ni dah buat aku konpius nak tengok yang mana. Tiba-tiba ada feeling nak nyanyi lagu P.Ramlee “Yang mana satu, idaman kalbu” Haha. Susah2 sangat, aku layan cerita P.Ramlee je lah nanti.
Petang ni patutnye nak pergi gym tapi gila malas. Member ajak pergi dance then tiba-tiba tak jadi pulak. Kepala dah tune nak join dia tapi bila dah tiba2 tak jadi pergi ni, kepala aku mula lah merewang nak pergi shopping. Tapi nak shopping beli apa eh? Harhar. Gila ah kalau korang percaya aku boleh tertanya macam tu. Sejak bila aku tak reti shopping nak beli apa? Sah2 aku nak beli oil burner and aromatherapy relaxing oil, nak kasi wangi and relaxkan satu pejabat. Then nak beli donut big apple. Nak makan satu bijik je sebab tak nak sia-siakan kalori yang aku dah bakar this week. Pastu nak usha slack hitam kat Ti:Zed (boleh teka aku nak gi mana?) Then nak beli cereal taruk kat opis so that aku tak terliur lagi tengok nasi lemak pagi2 atas meja pantry opis tu. Kalau tengok cereal, terpikir lah nak breakfast dengan sihat kan. Heh~ And the shopping list goes on.
Owh.. bila lah waktu pejabat nak habis ni… *menguap*
<< Home