Thursday, March 25, 2010

Stand up for others~*

Ok. Kat mana tadi ceritera kita? Haaa..

Then kakak tu cakap takde duit kecik. Sikit pun takde perasaan terhadap customer dia yang feeling tertindas nih. So dia cakap, ‘Takpe, adik duduk makan dulu, nanti datang bayar kemudian’

Sebaik saja aku duduk kat meja, makan macam biasa, terus lupa pasal insiden tadi. Sedang leka bergossip2 dengan member semeja, tetiba datang mamat mana ntah pakai baju macam baru balik dari kerja buruh. Muka jangan cakap lah. Eh. Tak baik ngata orang. Memang ter judge melalui rupa kulit. Tapi rupaaaaaanya, dia tauke kedai aku beli lauk tadi. Baik hati rupanya. Datang duduk kat meja aku and setia mendengar rungutan aku. Then dia terangkan elok2 harga barang dah mahal segala. I appreciate. At least dia terangkan and I ask him to at least display the new prices so that customer tak terkejut sangat macam aku. (sambil tambah ayat psiko ‘at least boleh jugak saya compare harga dengan kedai lain and pilih kedai yang lebih murah. Makanan pun lebih kurang je kan’)

Gelabah jugak dia. Tapi aku tak lah salahkan dia 100%. Tahu kerajaan sekarang tak reti nak kawal harga. So aku sejuk hati jugak lah dengan explanation dia sambil aku bodek2 secara halus mintak kurang harga lambang aku customer setia dia kan. Takannnn lah takde diskaun sketttt kannn. Tapi agaknya dia tengok aku ni customer yang ada potential untuk mempengaruhi customer lain, terus dia cakap ‘Takpe, hari ni saya belanja akak. Cumanye kalau tak sedap & tak puas hati dengan harga je bagitahu kami, kalau sedap boleh bagitahu kawan. Datang2 lah lagi ye’ Terus aku senyum lebarrrrrr. Paham dah maksud tersirat dia. Tak nak hilang customer. Macam ni lah tauke! Jaga customer. Haha. Tak sia2 aku bising.

Ha. Jangan salah faham. Aku bukan nak berkira sangat pasal harga makanan tuh. Tapi ni dah kes tindas customer nih. Sape yang kenal aku, bab2 tindas menindas nih memangggg lah aku cukup pantang. Tak cukup kerajaan dah tindas rakyat nih, takkan lah kita nak ikut jugak kan? Kalau harga naik (which is bukan salah tauke tu pun) paling2 pun letak lah tanda harga baru. Customer tengok boleh dia compare and buat perbandingan. (Tipu lah korang makan hari2 kat luar tak taruk bujet makan kan)

My point is, tak salah kita nak buat baik. Paling tak bersalah is jadi orang tak berkira. Setengah orang boleh buat dek and bayar je without any fuss. Malas nak bising2 kan. But what people don’t see is the consequences of their action tuh seolah membenarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas kita. Mentang2 lah kita tak kesah bayar lebih sikit, diorg lagi nak ‘ketuk’ kita tanpa sedar. Mula2 sikit lah. Kalau dah lama2? Hari ni lima sen, esok lusa jadik seringgit. Itu sorang, kalau 10? 100? Haihhh. Cuba lah bawak attitude tak kesah tu ke arah bersedekah pada mereka yang tak mampu. Orang yang bukak kedai makan tuh not consider as orang yang tak mampu ye kengkawan.

So nak buat tak kesah bagi duit lebih kat orang tuh biar lah bertempat.

By the way, you can stand up for others by starting to stand up for yourself first. =)

Stand up for yourself~*

Pagi2 datang office bukak email. Then, terdapat menda nih. Then teringat pernah terbaca that CIMB clicks will never ask you to open a link via email. Then terpikir kenapa lah orang2 mcm ni hidup lagi. Sah2 lah CIMB clicks dah terbagi warning. Unless kalau ada jugak orang terclick jugak tuh, may i say that they are stpid?means mereka adalah orang2 yang tak terjaga akaun via online. Cheh.. berapa banyak terrrrr daa.

Email like this really not make my day. I replied. Ask them to repent and stop making fool out of people. Cheh. Siapa percaya i wrote that memang tak kenal aku. Sah2 lah aku reply memberi makian yang membina. haha. Tho maybe takde effect pun kat diorg, at least i did something lar to the world. (Cheh.. world lah sangat. Walhal dalam Malaysia je lah kot.) Cause for me, menda2 kecik macam ni, memang tak buat aku diam. Kena tegur. At least buat something. No need to show to people you care but you do it for the cause of responsible. Eventho if orang tak nampak. (ye lah.. siapa nak baca email aku kan? My email is not a wall or profile of facebook)

OK, boss pergi breakfast. Tak masuk lagi. Boleh bebel panjang lagi. Nak dengar satu cerita?

Avenue K is one of the lunch place aku suka pergi. Agak murah compare to other place area KLCC yg cekik darah ni. So kadang2 aku takde mood nak makan nasi (diet for healthy, bukan lah nak kurus sangat punnnn) So kadang aku ratah lauk je. Daging & sayur. Cukup nutrien. Cuma takde karbohidrat je. Kenyang jugak. Perut perempuan, banyak mana sangat lah boleh sumbat kan. First time aku buat mcm tu, kena RM4.50. Ok, takde hal. Aku bayar.

2nd time aku buat menda yang sama. Cuma kali ni aku tukar lauk ikan. Ikan & sayur. Sampai kaunter, orang lain yang kira. Sekali kena Rm5.50! Hambik! Aku buat muka 'huh???' then kakak tu cakap 'sorry2 salah kira. Saya tekan sekali lagi' Muka lega aku bertahan tak lebih dari 20 saat pun bila kakak kaunter tu cakap lauk aku harga RM6.00! Otomatik (otomatik ye.. means bukan sengaja) dengan tindakan refleksnya aku cakap 'Mahalnya kak.. last week saya amik lauk lebih kurang sama, harga baru RM4.50 je!' Sambil pusing belakang tunjuk lauk yg aku amik kat kakak mana ntah beratur sama kat belakang. Kakak belakang aku pun terkejut. Then kakak kaunter tuh cakap, 'Dah memang harga ni macam ni dik. Tomato adik seketul tu pun dah harga 50 sen.' Aku otomatik lagi cakap 'Gila apa. Ni ikan keli je kak. Tomato pun ketul kecik bahagi empat je ni. Last week tuh saya amik daging dan sayur dua jenis lagi. Ni sayur lagi sikit dari last week saya amik. Nak mencekik pun agak2 lar..' Muka aku dah mencuka. Aku keluarkan jugak duit note besar, malas dah nak telagah. Tapi suara aku cukup kuat lah untuk customer belakang dengar.

Alamak. Boss dah masuk. Nanti sambung ye.

Errmmm~*

Ok. Feeling macam membebel sorang2 pulak dalam ni. Tu la. Sape suruh diammmmm tak hapdate2 dulu. Kan dah takde sape nak baca. Takpe2. Nanti wa canang balik blog nih. Tara hal.

I’m suppose to finish up my report but I’m done having all those skema2 words in my head. Time for me to go informal. Merepeks.

Hmmm….

Errr… alamak. Tetiba terjadi writer’s block pulak.

Apeke hal? Punya lamaaaaaa lah tak hapdate2 boleh jadik writer’s block jugak?

Hampeh!

Tuesday, March 23, 2010

Updates~*

My last post here was on 2nd October 2009. Today is 24th March 2010. Bersawang blog. Tikus beranak pinak pun boleh buat 3 generasi. So to catch up all stuffs that happen during the silent period, here’s the updates :

1. I’m no longer staying in my auntie’s house (means no longer using LRT) and officially driving from my house to work beating the jam everyday. Dem.
2. Annoyed with my keyboard in the office because I had to be extra alert with the word U.My typing jadi agak lembab when it comes to type the word U sebab dia tak nak keluar as usual kalau type laju2. So if ada huruf U tertinggal tuh, you would know that I’m typing from my office.
3. Internet sudah masuk my house! So more time to bloghop & update blog.

4. I gain back my usual weight sebab manage to finish gym for 3 months (tho I sign up for 6 months-lagi 3 months tu burn sedekah kat gym). Didn’t renew it. Malas.
5a. Manage to go through an experience of an office politic. What an experience. Huh!
5b. Officially had a twin nieces. Twin baby girls. They inherit the looks of their grandfather sebelah their mother (my sister lar). So since I took the look of my dad and my sister had the look of my mum,so mostly declare that the twin look like me! Adik aku yang penat beranak tapi aku yang dapat nama. Muahaha. Ala2 susu lembu tapi sapi yang dapat nama. Of course lah I yang sapi nya kan. Muahaha lagi.
6. Sdah makin cekap dengan kerja office. (See? Tertinggal huruf U. Annoyed dari tadi tertinggal2 and patah2 balik nak tambah huruf U. Keyboard ni ada masalah dengan hurf U!)
7. Bahagia dengan kehidupan sekarang berbanding dulu. Ececeh. Hehe.
8. Lebih kerap berfesbuk.
9. Background pinkish ni tak pernah tukar since the first entry. Maybe takkan tukar kot because I’m still blind wih .html codes. *_* plus to appreciate my friends help masa mula2 bukak blog nih dlu. =)

10. Not sure if ada lagi orang following this blog. Seriusly thank you lah kalau ada yang still.
11. Henset dah rosak. Banyak number member dah hilang. Sekarang pakai tepon zaman cap hitam putih harga tak sampai seratus but it’s first hand. Takde MMS. Takde camera. Receive message pun limit 20 je. Kalau ada message lain nak masuk, kena padam message2 lama. Sedih tol. Ada sesiapa nak tolong hadiahkan?

Owh rasanya list nih takkan habis. Bt don’t worry. Got lots of time to update next time yah.