Saturday, September 29, 2007

Laporan Gathering GUBU~*

Date : 29 September 2007
Time : 5.00 PM
Venue : McDonald Midvalley
Occasion : Open fasting.
Members : Ahada, Hazlin, Ismat, Syazwan, Zaki, Ihab & Shifa
Observer : Fitrina (observer early minit - datang awal)
Anaz (observer last minit - datang lambat)


Report :
Baru balik. Penat~ Gathering budak2 GUBU. Best! Sebab dah kenal secara alam maya tapi tak pernah jumpa. So biler sekali jumpa tuh, takde lah rasa kekok sgt or segan2 sgt kan. Ahli-ahli GUBU yang sekali-jumpa-tapi-tak-kekok-segan-kecuali-saya ialah AHADA( bawak adik nama FITRINA-yang-tak-suka-dipanggil-Ina-so-kena-panggil-Fitri), HAZLIN(yg suruh jumpa dia kat ceruk Carefour tepi toilet walhal boleh je nak jumpa kat luar yg lagi luas boleh nampak dia-takdelah-saya-sesat-nak-cari-dia),ISMAT (yg saya sangka belajar kat Penang sebab ada loghat utara sket tapi rupanye belajar kat UIA gombak) SYAZWAN(yg saya terharu tak sangka jumpa dia sebab tau dia ni blogger glamer-pemilik blog Wenkt) ZAKI(yg dah semakin kering lemaknya di badan) dan IHABBBBBBBB~!(tak tahu nak ckp apa pasal mamat nih-banyak sgt! Hahahaha~)

Starting nak organize ni mmg payah sket. Masing2 busy. Sampai masa saya and Ihab arrange the date and venue. Bab ni saya rasa klaka sket lah. Bukan ape.. Ihab dah arrange budak2 GUBU yg nak join. Saya ok je. Ihab sms sana sini ajak sape2 yang ada. Then dia suruh saya tetapkan venue. Dia kata tak kesah je mana2. Dah suruh saya pilih, dah tentulah saya pilih yg dekat2 bangi. (haha~ mode penting kan diri sendiri) Saya suggest Alamanda, dia kata jauh sgt utk budak2 lain [motif lah kau suruh aku pilih venue kan?] Last2 dia setuju Midvalley. (Ihab yg pilih) So kebetulan Jumaat lepas saya ada kat area2 Midvalley, sy tempahkan Kenny Rogers. Saya sms Ihab cakap tempah Kenny Rogers, tetiba lak ckp dia baru je makan situ 2 hari lepas then dia suggest buffet McD [sumpah saya tak tau kewujudan buffet di McD] Since dia dah nak fly UK next week, saya rela je burn kan tempahan di Kenny Rogers tu [motif lah jugak kau suruh aku pilih tempat makan kan]. haha~ Kesimpulan nye saya nak cakap kat sini ialah akhirnye, IHAB lah yg arrangekan semua2 nih.. Syabas buat Ihab~!

Sampai2 je, sesat sket cari Hazlin tapi ketemu jua akhirnye. Kami berdiri kat tepi McD. Kebetulan Ahada dah sampai dulu, so saya mintak dia carikan tempat kat McD tuh. Saya nak buat pengakuan ikhlas lagi innocent kat sini sebab saya tahu Ahada tak amik hati kan. Saya tak pernah jumpa Ahada, so saya mengaku saya mati2 ingat Ahada ni lelaki [sebab ada kawan lelaki nama Ahada]. Tu pasal saya segan silu je terima sms dari Ahada. Hendak tak hendak, saya terpaksa telefon dia masa tuh dan terkejut panda[ganti beruk] saya dengar suara perempuan. Rupa2nya pemilik nama Ahada ni adalah seorang perempuan yg cantik lagi menawan [bulan depan awk belanja saya ye] bersama adik nye yang tak kurang lawanye. Last2 kami wanita bujang berempat menantikan jejaka2 blogger yang tak sampai2. Terbukti mereka memang melayu sejati sebab masa tuh dah pukul 5.30. Haha~ tapi kami tak kesah sebab sempat bergossip2 ilmiah sebelum mereka sampai…

Saya sms mereka yang belum sampai itu. Rupanye sorg tu dah terlepas ke The Gardens… sorg tersekat jam kat KL… lagi sorg bersama seseorang itu pun sesat sampai ke The Gardens jugak… haha~ tapi saya tak kesah pun sebab menambah kan masa saya untuk berbincang secara ilmiah dgn kawan2 baru saya. Teringat last time saya gathering dgn blogger2 dulu, sy bertentang mata dgn 4 org je. Sekarang meeting kali kedua dgn blogger geng GUBU ni, upgrade sket bertentang mata dgn 8 org. Next2 time jumpa, nak upgrade lagi bertentang mata dgn 16 org boleh~? Hehe~

Akhirnye, saya bertemu gak dgn mereka2 seperti namanye disebutkan di atas. Kecoh lah. Mula2 tu Hazlin… suka pukul2 saya walaupun saya tak bersalah. Minah ni kuat gelak. Saya usik sikit, merah2 muka dia. Auto-laugh dia ni sebab saya tak buat lawak pun, automatik dia boleh tergelak sendiri.Then Ahada bersama adiknye. Minah ni kenal Ihab nak dekat 3 tahun tapi tak pernah jumpa? Terror gak tuh. Persahabatan antara benua ni menyedarkan saya dunia kita memang kecik. Then Ismat, his way of thinking yg high-level sket. Pasal bisnes, isu semasa, his idea of proposal. Kasi lawak pun jenis lawak intelek je. Takut gak bercakap dgn mamat nih, kang tersalah cakap, menjawab lah saya dgn dia. So mcm segan2 sket dgn dia. Hehe~ Then we have Zaki. Pasal dia ni tak payah cakap lah. Makin kurus! Lama dah tak jamah nasi [rahsia turun berat badan]. Dah ada awek, couple dah dekat 3-4 bulan gak lah…[ooppsss.. am I suppose to keep it as a secret? Good thing I dunno her name. hehe~]so semangat lah dia nak turunkan berat badan. Hensem sket. Tapi saya harap dia tak turunkan lagi sebab weight dia dah just nice. Segan saya sebab saya bantai fish mcfolder yang besar gedabak tuh plus amik nugget hazlin lagi and my fries macam dekat habis gak la[not to mention it's a large size meal]. Zaki? Hanya lah semangkuk bubur McD itu yg kelihatan habis… burger dia dah tak larat nak habiskan… motif lah kau Zaki?

Then we have Syazwan. Terkejut saya dia join sebab pada mata saya lah, pemilik blog Wenkt ni mcm glamer gak lah. So ada mcm ala2 honoured-to-meet-you sket. Dia ni cool. Kalau mcm excited nak bercerita tu kan, suara dia takde la teruja naik turun macam saya. Tona suara dia hanya pada ketawa je. Kalau lawak jenis klaka sket, dia ketawa tone tinggi, kalau lawak kurang kelaka, dia ketawa tone rendah. Tapi kalau bercakap tu, monotone aje. So itu pasal lah dia nampak cool. Best dia ni. Next year dah nak start kerja. Ada buat part time kat UITM ajar bahasa Perancis [dulu dia belajar kat France-sempat gak dia translatekan bahasa France kat cawan McD tuh] Masyukk tuh! Otaknya terjana bisnes mcm Ismat. I can see he will succeed in his life. Good luck! Lastly Ihab. Orang plg kuat ketawa. Paling kuat gak lah bercakap. Ramah. Dia demand nak saya buatkan kereta yang bergerak berasaskan pitching suara do re mi. Pitching do, keta gerak 40km/h. Pitching re, keta gerak 50km/h. Pitching mi, keta gerak 60km/h dan seterusnye. Kalau berjaya, saya namakan Perodua Ihab. [dan kau sorg aje lah yg bawak kereta ni sebab orang lain takde pitching macam kau~] dan kagum dia mampu belanja kami McFlurry Oreo sorg satu dengan nilai 3 pound sajor [bunyik mcm 3 ringgit beli 6 bijik McFlurry la]. Ini baru lah dikatakan berbelanja dgn nilai yg hebat! Terima kasih Ihab~

Dan saya? Mcm biasa, pemalu orang nye. Segan je dgn diorg sebab mereka2 ni memang orang hebat2 belaka. So saya hanya bersuara menjawab biler mereka bertanya. Kiranye bercakap biler perlu aje lah. Bangga saya berkawan dgn mereka yang bakal memberi jasa kepada negara, bangsa dan agama. Banyak boleh belajar dari diorg nih. Tu pasal saya low profile je… [Nape ? Tak percaya…. ? Percaya lah weiii~~]

Gambar~? 1. Malas nak beratkan beg bawak kamera. 2. Henset tak canggih mcm Wan/Zaki-konfirm amik gmbr tak clear. 3. Takde card reader so takde unsur2 transfer gambar dr kamera ke computer saya 4. Konfirm ada antara budak2 ni yang bawak kamera [tapi Wan amik gmbr sos tomato je] 5. Tunggu aje lah budak2 ni send gambar tuh, kalau diorg nak kasi lah… [send kat email saya ye-
zuraiha27@yahoo.com] So, cukup tak alasan saya atas sebab musabab takde gambar?

Sekian saje laporan saya. Terima kasih atas kesabaran anda membacanye.

"Lain kali kita kena bertemu, Maju lah kita bersama GUBU"

Yang benar,

LF@DA <-- feeling tanda tangan elektronik.

(LaDy FaNtAgHiRo @ DaRk AnGeL)

Monday, September 24, 2007

Ape-ape aje lah~*

Hello everybody….
I’m in Terengganu now. Relaxing on bed with the laptop provided here. Mmg outstation betol la. In this situation, I feel comfortable to write. Though I don’t have anything in mind right now. Maybe in time as I write, the ideas will come out…

Hmm… its already 7.01pm right now. Tak lama lagi nak buka puasa. Breaking my fasting alone in this hotel room. Miss my family but its ok. Bukannya tak biasa. Dulu 5 tahun kat Perak then sambung belajar lagi 4 tahun kat Johor cukup memberi pengalaman berbuka puasa tanpa keluarga di sisi. Lagipun esok saya dah nak balik. Will reunite with my family utk berbuka lusa nanti.

Al-kisah Nazrin. Glamer si kecik ni. Bukan glamer sebab jadi selebriti bintang kecil tapi dikenali kerana keganasan manusia yg lebih hina dari binatang tuh. Betol lah cakap adik saya. Manusia ni kan, kalau dia nak jadi mulia, tahap mulia dia boleh jadi lebih tinggi dari malaikat tapi kalau nak jadi hina, dia boleh jadi jauh lebih hina dari binatang dan jauh lebih keji dari syaitan. Jadi terpulang kepada makhluk bernama manusia ni nak meletakkan tahap diri mereka kat mana. Tapi yg tak tahan nye biler budak kecik yg tak berdosa ni jadik mangsa utk dia meletakkan dirinya pada tahap paling keji sehina-hinanya. Semoga manusia ni mendapat balasan yg setimpal dgn perbuatan dia... Amin....

Ni ada satu isu yg menarik perhatian saya. Pasal boikot barangan pasar yg naik harga. Diorg mintak pengguna seperti kita boikot tak pergi pasar selama 2 hari dalam seminggu. Kalau ikutkan, saya dah lama lah boikot kan sebab saya nak pergi pasar 2 kali seminggu pun payah. Haha. Tapi apa2 pun, saya sokong usaha ni. Kita pengguna. Jangan biarkan peniaga, pemborong dan pembekal senang2 je pijak kepala kita. Pada saya, peniaga pun jadi mangsa gak sebab diorg dapat bekalan dari pemborong atau pembekal. So biler pembekal naikkan harga, diorg pun terpksa lah ikut sekali. Kalau tak, rugi lah. Tapi kita sebagai pengguna pun ada kuasa gak utk menentukan harga runcit. Jangan takut. Sama2 lah kita sokong usaha memboikot tak pergi pasar selama 2 hari seminggu...

Ok lah.. dah nak buka puasa... nanti saya sambung celoteh balik...

Yaaa... saya dah kembali...Buuurrrpp~ Alhamdulillah....
Dah selamat berbuka. Makan murtabak, karipap and roti john je. Byk2 sgt nanti naik malas kang nak buat kerja. Masih ada notes lagi yg perlu saya study utk bahan mengajar saya esok.

Marang is a very nice place. Jeti Pulau Kapas terletak di sini. Kawasan yg berbeza dari tempat asal saya. Marang yg terletak berhampiran dgn tepi pantai ni menjadikan perikanan antara aktiviti utama di sini. Bot-bot serta kapal2 nelayan yg berlabuh ditepi pantai merupakan pemandangan yg jarang saya tengok. So org bandar mcm saya ni jadi jakun lah sket. Kagum je tgk ikan2 segar di jual gitu2 je tepi jalan. Segar2 lak tuh. Not to mention its cheap! Haihhh.. untungnya orang kampung. Tak yah sibuk nak pikir boikot barang2 nih kan.

Bazar ramadhan kat pekan marang ni, berbeza dari bazar kat KL. Bazar sini di susun secara selari. So kita mcm kena masuk ikut jalan dia yg kat tengah. Baris pertama. Kedua. Ketiga. Banyak baris lah. Disusun secara selari tak macam bazar kat KL. Disusun secara sesiri. [terpksa guna istilah sains sebab tak tahu nak describe susunan gerai dia mcm mana] Kira susunan gerai kat KL tu secara memanjang lah. Then hanya ada satu tengah je kita jalan sampai hujung. Lah.. Kalau org T’ganu, tahu lah susunannya macam mana kan. Saya rasa unik lah. Kemudian kat bazar ramadhan Terengganu ni yg saya nampak juadah yg glamer adalah ayam golek serta murtabak. Kecur air liur tengok diorg golek2 ayam panggang tu atas arang api.[kecut pahala puasa saya] Murtabak pulak jenis tebal2. Isi rencahnya cukup. Murah lak tu kalau compare dgn KL. Kalau murtabak KL, dah la nipis, harga pun lebih mahal.[ni buat comparison murtabak bangi dgn murtabak marang] haihh.. saya balik esok ni, i will be missing the murtabak!

Dr. Shiekh Muzaffar and Dr. Faiz Khaleed. Dua angkasawan negara kita yg pertama. Bangga je lah. Maklum lah, demi nak duduk sebaris dgn negara maju, diorg ni menggalas cabaran membawa nama negara naik ke angkasa. Saya sokong je. Cuma yg saya tak berkenaan adalah tahap perhatian yang berlebihan. Bukan apa, sampai tahap nak interview mak bapak tanya apa perasaan tengok anak naik angkasa [tentulah gembira dan berdebar kan] Saya dapati isu mereka ni diberi perhatian yg agak over sikit. Sedangkan banyak lagi berita lain yang perlukan perhatian yg sewajarnya. Saya tak nafikan mereka ni akan menjadi idola anak2 muda kita untuk berjaya. Sebagai motivasi. Juga tidak lupa kepada byk lagi individu2 lain yang sudah membanggakan negara. Tapi jangan lupa, banyak masalah yang perlukan perhatian dari akar umbi. Kalau masalah ni tak dapat dikenalpasti dan diatasi, [lagi teruk,takde nak pikirkan jalan penyelesaiannya] bawak lah 10 angkasawan pun, takkan dapat nak atasi masalah yang dah bertempek dari akar umbi dalam masyarakat kita. Jadi itu lah maksud saya. So why bother too much on those astronauts? Biar lah diorg naik angkasa. Kita tumpang bangga sebab anak Malaysia, kaum melayu khususnya but what will happen after that? Kita tunggu je lah diorg turun dari angkasa nanti.

Siapa dah beli baju raya? Hehe. Saya dah siapkan baju raya saya 5 bulan yang lepas! [except satu pasang yang dah terpakai sekali masa cousin kawen sebab nak kena tema purple and baju raya saya tahun ni kaler purple] another pasang is kaler biru. Simple je. Both baju kurung. Takde nak melawa mana sangat tahun ni. Agak2 nak bergaya lebih2 sket, pakai lah baju raya tahun lepas yang lebih cantik dari baju tahun ni. Dah besar2 ni, mood nak raya tuh takde lah excited sangat. Lain lah masa kecik2 dulu. Semangat je puasa sebab nak duit raya. [habis lah adik saya dah tuntut duit raya tahun ni. Tak pernah ponteng puasa lagi setakat nih] Saya? Dah masuk tahap expired bab2 terima duit raya ni. Nak guna helah ”saya masih belajar, so boleh lagi nak terima duit raya...” pun tak jalan. Maklum lah, anak2 sepupu makin ramai. So nak kena cut cost lah, takde duit raya utk saya dari pakcik makcik sekalian. Kojam~! Huhuhuhu....

Ok lah... terpanjang celoteh pulak. Apa2 aje lah nih. Kepala dah berat tapi notes tak habis baca lagi. So saya menegaskan diri saya-jangan tido~! Nak baca sikit je lagi ni...... Huhuhu~

Friday, September 21, 2007

Salam Ramadhan~*

Salam…
Dah seminggu lebih puasa dah start. Lama betol tak jengah blog nih. Thanks to my dear readers yang setia masuk sini dok check2 kot2 saya dah update baru. [sorry to disappoint you] well, let me update myself of whats going on to me lately…

I’m making new samples. So new measurement. Prof tak puas hati my result tak cukup *sigh* amik masa dah dekat sebulan gak lah dgn menda alah nih. Then sementara tunggu sample mengering, budak2 undergrad yg baru lak masuk. Kena moniter gak kerja diorg. Or at least tunjuk ajar cara2 nak buat eksperimen dgn betul. Tengok2 kerja diorg. Biler dah terror tuh, I let them do things by themselve lah. Then I’m back to my own stuff. Bikin aku pening nak ubah2 alter2 data nih. Kepala aku asik pikir nak give up je tapi otak aku ckp, aku dah takde jalan lain. Tak leh patah balik. Jangan putus asa. Kena perabihkan jugak. *adoi*

Then ada gak busy prepare utk interview2. Sikit2 je lah. Sekadar cuba nasib plus nak pengalaman interview. Dapat tak dapat, belakang citer. Just nak tau apa market kerja kita sekarang. Nak citer byk kang, panjang lak jadik nyeh nnt. So cukup lah sekadar tau, saya ada busy gak dgn interview2 kerja nih. Pengalaman yg best lah.

Then mak saya ada buat kursus sket. Join lah dia tolong sket2. Kira mcm part time gak lah kerja tuh. Then ada lah part time kerja sana sini sikit. Mlm ni saya gi Terengganu, outstation lak kat sana. Dah 2 minggu mcm nih. So kengkawan yg asik ajak berbuka puasa tuh, sorry lah tak dapat nak join. Last week je lah masa yg saya ada utk spend wif frenz. Itu pun nak jumpa dgn mmber2 blog yg tak pernah jumpa nih. Harap dapat eratkan psahabatan yg kita jalinkan secara maya nih. See you guys kay~

And to my dear frenz yg balik mesia dari oversea dan dah pun pulang semula ke oversea, I bid you farewell and all the best in your studies. Walupun ada few tak berkesempatan nak jumpa, maybe boleh jmpa next year. Selagi hayat ku dikandung badan lah. Kot tak sempat gak jumpa sebab badan dah takde kandung hayat, mintak ampun lah dari ujung kepala sampai ujung kaki lah. Study rajin2 and moga korg score cantik2 utk sem yg akan dtg nih.

Walaupun dah start berpuasa, saya merakamkan ucapan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yg berpuasa, tak kira di mana anda berada. Saya mohon maaf banyak2 jika ada salah silap pernah terguriskan hati sesapa, dalam apa jua cara. Moga ibadah kita pada bulan mulia ni diterima oleh-Nya.

Selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat berbuka kepada semua…..