Tuesday, July 15, 2008

Debat minyak~*

Berikut adalah RUMUSAN tentang debat malam tadi~:

Hujah DSAI:-
-Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
-Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
-Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
-RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
-RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
-Maka selesailah masalah


LAIN – LAIN HAL~:

-Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
-Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF. -Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
-Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.


Hujah AHMAD SHABERY :-
-Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
-Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
-Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan


TAMBAHAN SIKIT ~:

Wakil Shabery Cik, panel Tan Sri Dr Nordin Kardi:-

-Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

Wakil DSAI,panel Zukifli Sulong:-
-Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

As for me, i agree that the people are hunger for these kind of debate. It could at least open up the eyes and mind of few people that are not clear of what our government is doing. People who are on the fence. [Atas pagar]Thanks to Shabery Cik, he made it clear of what is really going on in BN-UMNO.

Personally aku rasa debat ni sangat berat pada DSAI. Dia berjaya sekurang2 nye membuka mata rakyat yang tak tahu apa2 pasal kenaikan harga minyak yang mendadak dan membebankan rakyat ni. Setiap butir bicara yang keluar dari mulut beliau adalah fakta dan number dan statistik semata. Dari awal dia bagi hujah2 yang flow cantik di mana setiap penonton memahami apa yang disampaikannya tanpa sedikitpun menyerang balas kembali serangan peribadi yang dilemparkan Shabery. Professional. Bijak. Lembut tapi tegas. Sememangnye layak sebagai pemenang debat bicara.

Shabery pula seorang yang berani kerana mampu berjalan ke depan utk berhadapan dgn rakyat dan pada aku, tak seharusnye kita mencerca beliau kerana he deserve some credits for having the guts to come to the front. Tapi sayangnya, hujah2 beliau tidak menampakkan kematangan beliau sebagai pendebat ahli parlimen. Tidak menjawab soalan. Berulang2 buat flashback tentang kesah lalu. [Boleh suruh dia balik tulis buku sejarah politik Malaysia] Lari dari tajuk. Mengingkari prinsip debat itu yang dijelaskan awal2 oleh pengerusi bahawa tidak dibenarkan membuat serangan peribadi.
Tidak mengemukakan cadangan untuk meringankan beban rakyat mengenai kenaikan harga minyak nih. Banyak memberi hujah2 yang kurang relevan kerana tidak memenuhi kehendak tajuk debat.

tapi kan... teka apa teori mak aku? Mak aku cakap...

Shabery ni saje bagi peluang kat Anwar utk muncul depan TV. Sebab Shabery nih dulu Semangat 46. PM & TPM dah larang Shabery ni dari muncul berdebat depan TV tapi Shabery degil nak berdepan jugak. *respect* dalam usaha Shabery nak jatuhkan Anwar secara live, tanpa sedar diri dia sendiri terjatuh. Mungkin juga Shabery tak setuju dgn tindakan kerajaan sekrg sebab Shabery juga dikatakan menentang dalam diam sebab dia bekas Semangat 46 dulu kan. Tapi Shabery dapat tunjuk yg dia masih mampu pertahankan kerajaan depan kaca TV yet at the same time secara halusnye dia nak Anwar tampil depan rakyat bagitahu perkara sebenar. Tu pasal Anwar tak serang balas Shabery balik sebab dalam diam Anwar berterima kasih jugak lah kat Shabery sebab beri ruang kat dia utk tampil muncul kat media perdana. Taktik je lah tu.So its a win-win situation.

Harharhar~ well, dont worry. i doubt the theory too.

Monday, July 14, 2008

Jalan terhalang~*

Ni aku nak citer nih…

Sabtu lepas aku pergi Sungai Buloh. Tengok nenek sedara aku sakit tua. Dari Bangi aku bertolak. Aku tahu Sg. Buloh jauh umpama di sempadan Perak sana dan aku dari sempadan Neg. 9 sini. So its like dari ujung negeri ke hujung negeri. Negeri selangor lah.

So aku ikut lah tol Sungai Besi mcm biasa. Sabtu. Memang aku bujet lah tak jam tapi kereta boleh jadi agak banyak. Tapi malangnya nasib ku, aku tersalah hitung.

Lepas je masuk tol touch n go Sungai Besi, aku terus2 berdepan dgn jam kereta. Pergh. Jam depan tol? Aku baru nak start menyumpah tapi dalam hati je lah. Dalam kereta hanya ada my mum and both my lil sisters. Aku Ronande. [read:-ronande dibahasakan as drebar] Mujur mak aku ada. Kami sembang2 politik. Kutuk sana sini. Maki sana sini. Harhar~takde lah. Tipu je. Tapi bab borak politik aku tak tipu. Best lah borak dgn mak aku. Macam2 dia tahu.

Pastu kereta buat hal. Mmg peel keta ni kalau tak gerak, air-cond pun tak sejuk. Adik aku kat belakang dah start main bukak tutup tingkap. Aku bukak tingkap sebab udara tercemar kat luar lebih sejuk dari air-cond bersih kat dlm kereta. Tak tahan. Pastu aku baru perasan, kereta aku dah tersangkut dekat sejam. Yang lebih aku panas adalah kereta aku gerak tak sampai 20 meter! Uish.. mak aku buat teori bahawasanya accident kat depan tuh pasti dahsyat. So dlm aku panas2 tu, aku pikir baik lah. Aku pikir aku masih beruntung duduk selamat dlm kereta sedangkan family sape tah yang malang accident kat depan tu kan. So apa lah sgt aku nak merungut pasal panas dlm kereta and jam teruk depan tol Sungai Besi nih. So aku bersabau. Pastu sambung sembang2 politik lagi dgn mak aku.

Sejam lebih lepas tu baru lah kereta aku bergerak. Kelajuan kereta dah advance sket lah. Tadi gerak mcm siput, sekarang dah gerak laju sikit je dari kura-kura. Ok lah tu. Slow-slow aku bawak sebab kereta kiri kanan dari 10 lane depan tol tuh nak masuk jalan kepada 4 lane. Kereta standard rapat2 seinci kiri kanan. Mujur lepas. Sebab aku terror kan. Harhar~

Pastu jam masih berterusan sampai depan petronas tu. Mak aku dah ligat kepala piker nak lepaskan kereta dari jam nih. Kami dah start tak senang duduk. Teruk sangat ke eksiden kat depan tuh? Slow2 aku ronande kan diri sampai ke depan. Sekalinye slowly kami mula nmpk masalah jam kat depan tuh… Tiba-tiba..

B*&%$~! B**&^%~!

Harharhar~ Aku terkejut tapi sempat lagi lah tergelak dengar ayat2 cantik dari mak aku. Maunye tak emosi. Ingtkan jam sebab ekseiden rupanye jam sebab roadblock yang tak munasabah kat depan jalan tuh. Jam tu jauh. Ada lah dalam 6-7km kot. Aku hanya sahut dalam hati je lah sebab aku jenis cool je tengok menda2 bangang depan mata nih. Harhar~ Dari 4 lane, dia jadi kan 2 lane. Seriously tak strategic langsung tempat buat roadblock tu. Penyebab jam depan tol tuh secara langsung. Masa lalu depan polis yg buat roadblock tu, mulut mak aku kumat kamit menyumpah polis depan tuh. Mujur lah kereta ni kalis bunyik, tapi aku yakin makcik polis tuh nampak lah kumat kamit mulut mak aku menyebut perkataan tuut tuut tadi. Serius je muka dia tgk mak aku. Kesian pulak aku tgk makcik ni. Muka tak rela je jaga roadblock tuh. Aku yakin berbakul2 lagi sumpah seranah polis tu dapat sepnjg buat roadblock tu. Kiranye tak boleh terima lah jam sebab roadblock ni. Kalau jam sebab eksiden aku boleh tahan lagi. Aduhai…. 2 jam lebih sangkut kat jam disebabkan oleh roadblock yang langsung tak strategic tuh.

Lepas hari Sabtu tu, then aku terbaca berita sana sini pasal roadblock. Kiranye perkataan roadblock ni adalah perkataan hawt lah buat masa ni. [Tu pasal aku tak nak ketinggalan memanaskan blog aku. Hehe] Sejak itu aku sering terserempak dgn roadblock ni. Yg terbaru diorg buat roadblock jalan tuju ke parlimen. Dari mana tah polis dapat berita pasal perhimpunan haram tuh pun aku tak tahu. Rasanya berbakul lagi bergelen2 jugak lah sumpah seranah yang tercipta Isnin tuh. Kesian.

Ok. Tu je aku nak citer. Malam ni nak tgk debat DSAI dgn Shabery pasal minyak. Semua TV rumah aku yang ada kat atas, bawah, stor, dapur, dan toilet aku nak pasang TV3, TV9 dan Astro. Eceh..[eh rumah aku mana ada Astro! Miskin ler. Harhar~] kita bantai memeriahkan TV arus perdana kita dgn muka DSAI. Bukan senang muka dia nak bertempek kat skrin TV arus perdana ni.

Itu pun kalau dia tak kena tangkap lah...

Tuesday, July 08, 2008

And the award goes to....

Sejak 2-3 hari ini aku cuma baca berita sukan dan berita luar negara dalam Utusan Malaysia. Entah kenapa hari ini aku jadi berminat pulak nak baca sebaik saja aku lihat tajuk utama Utusan Malaysia. Dan aku dengan sukarelanya ingin mengulas secara ringkas berita-berita yang melibatkan MENTERI KABINET MALAYSIA yang dipaparkan di Utusan Malaysia baru-baru ini.
Tujuan aku mengulas ialah untuk memberi Anugerah Menteri Paling Bodoh kepada menteri yang paling bijak memberi komen dalam Utusan Malaysia hari ini. Tiga pemenang pada hari ini ialah :-
Pemenang komen tempat ketiga ialah:-
PM: Satu pengkhianatan Perbuatan sebar fitnah, bohong timbulkan persepsi negatif negara.
Antara komen Pak Lah :-".......pembohongan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media Internet seperti laman blog dan klip video dalam YouTube merupakan usaha untuk menggemparkan fitnah-fitnah berkenaan dan ia tidak mendatangkan kebaikan kepada negara."
Komen aku:-Pak lah lupa nak sebut Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan RTM1 adalah penyebar fitnah utama negara. Pihak ini yang bertanggungjawab mensensasikan kes liwat Anwar dan kes Najib Altantunya.Atau mungkin Pak Lah ini memang jenis tak pernah baca suratkhabar. Dia cuma baca Warkah Untuk PM, SMS, laman blog dan layan You Tube. Alahai Pak Lah..Nampaknya engkau masih lagi dengan mentaliti seperti dahulu. Keyakinan aku semakin bertambah yang kau akan tersungkur tak lama lagi....samada ditangan PR atau UMNO sendiri..terpulanglah samada kau nak percaya atau tidak. Mungkin aku juga kau anggap sebagai penyebar fitnah..ikut suka engkaulah Pak Lah. Pak Lah tidur lagi....kau memang layak dapat tempat ke tiga
Naib Juara komen ialah:-
Najib: Protes harga minyak gagal.
Antara komen Najib "....perhimpunan yang kononnya akan dihadiri sejumlah besar rakyat 'mencecah sejuta orang' itu tidak seperti yang digembar-gemburkan.
''Dari segi bilangannya (adalah) dia (penyokong fanatik pembangkang), maknanya yang digembar-gemburkan (sehingga) sejuta (orang) ialah sesuatu yang tidak dapat dicapai, digembar-gemburkan dan rakyat tidak sertai pada bilangan yang diandaikan.
''Hanya penyokong fanatik mereka sahaja dalam perjumpaan itu," katanya.
Komen aku:-Nampaknya macam Najib lega sebab beliau seolah-olah membuat kesimpulan dari jumlah keseluruhan 20 juta rakyat Malaysia, hanya 30,000 sahaja yang protes harga kenaikan minyak manakala yang selebihnya bersetuju dengan tindakan kerajaan. Mentaliti Najib pun masih seperti dulu. Dia terus menganggap bahawa rakyat masih lena macam bossnya Pak Lah. Mungkin sebab dia menang besar kat Pekan dalam PRU12. Alahai Najib..esok aku nak pergi rumah engkau boleh tak..sebab aku ada perkara sikit nak cerita..kalau saiful boleh takkan aku tak boleh? Jangan takut sebab aku bukan nak mintak biasiswa..tapi aku nak bagi cadangan macam mana nak selesai kes Altantunya secepat mungkin...aku dah tak sanggup lagi tengok engkau meracau-racau tak tentu hala kat media-massa..Lagipun dah tak lama dah engkau nak turut tersungkur macam boss engkau..melainkan kalau kau ganti Sabery dalam debat 15 Julai ni..Cuba lagi untuk menjadi juara komen..Dan akhir sekali,
Anugerah Menteri Paling Bodoh hari ini jatuh kepada:-
"Semua jelas, tidak perlu bukti" - Syed Hamid
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu membuat helah berhubung isu campur tangan Amerika Syarikat (AS) dengan meminta kerajaan mengemukakan bukti pula.
Beliau berkata, tindak-tanduk bekas Timbalan Perdana Menteri itu selepas timbulnya laporan liwat yang dihadapinya ternyata sudah menjelaskan segala- galanya kepada rakyat.
''Tak payah kita nak tunjuk bukti, dah nyata, jelas terkeluar, betul tak AS ada suruh kita berhenti (siasatan Anwar atas dorongan politik)? Itu bukan bukti?
''Betul tak, ada Paul Wolfowitz (rakan Anwar) buat kenyataan serentak sama waktunya dengan dia buat kenyataan. Ada tak dia berjumpa Duta? Itu dia kena buktikanlah," katanya.
Komen aku:-Tak payah aku nak komen panjang-panjang sebab dia memang layak dapat Anugerah itu pada hari ini. Cuma aku nak komen sikit je..Islam Hadhari mendapat pengiktirfafan George Bush. Agak pelik bila musuh Islam no 1 boleh iktiraf Islam Hadhari. Tak pernah dalam sejarah yahudi iktiraf Islam. Err..siapa agen Yahudi ni..aku pening le..mintak pemenang Anugerah jawab dalam Utusan Malaysia esok. Mudah-mudahan dapat Anugerah lagi...
Oh ye.. selain daripada tuh, aku nak tambah kan lagi kredit kemenangan pada pemenang utama tuh. Dalam berita semalam kat TV3 suku Pak Hamid ada sebut, "No news means GOOD news" [news itu merujuk kepada kehilangan Bala] means takde berita dari Bala means dia berada dalam keadaan yang bagus baik sekali? Weh.. habis tu adik Sharlinie sampai ke la ni tak dengar2 berita lagi tuh means good news la? Terbatuk2 aku semalam dengar ucapan kau. Hang memang layak betul dapat anugerah tuh...
Korang semua ni menakutkan aku lah... Memang betul lah kita ni dah dekat bebenor dgn akhir zaman...

Monday, July 07, 2008

Bala oh bala~*

Uish.. ngantuk.

Getting annoyed with the news around. Buat julung2 kali aku TERsetuju dgn Pak Lah cakap kat tv semalam, fitnah makin berleluasa. Well, I hope he learnt the lessons from his own words.

So apa jadik sebenarnya? Bala buat akuan sumpah pasal penglibatan Pak Jib. Sengih2 senyum dia buat akuan tuh lambang betapa ikhlasnya dia mengaku bersumpah atas nama Tuhan dia. Eceh.. takde lah. Dia sumpah depan pegawai angkat sumpah tu je. Bukan Tuhan dia pun. Pastu tak pasal2 tak sampai 24 jam, dia tarik balik sumpah tu. Ada ka boleh main tarik tali dgn sumpah nih. Tapi muka dia monyok la masa main tarik tali dgn sumpah dia sendiri. Kesian. Tak ikhlas lah tu main tarik tali tu. Surely kena ugut ke hape sebab tak lama kemudian, dia dikatakan hilang bersama bini dan 3 org anak dia. Owh best lah kau ye.. boleh pergi holiday setelah kau bikin kecoh satu negara dgn sumpah kau. Chis~!

Hehe. Takde lah. Aku tak marah pun Bala. Aku kesian lagi adalah. Sure dia konfius dgn apa yg berlaku. Kena ugut lah segala. Orang tak kuat iman, mcm tu ler. Pendirian tak tetap. Kena gertak sikit, dah lari. Kesian weh. Dia ada family nak jaga. Maybe dia pun konfius tak tahu nak buat apa, so dia go with the flow je lah. Tapi kan.. dia kan penyiasat sulit. Rasanye ada lah tu apa2 dia nak buat tu. Ah lantak lah.. janji dia dah blah tak bikin kecoh lagi dah. Tunggu lah dia strike back pada biler2 masa yg sesuai.

Pastu kes sepul lak. Terus senyap je. Aku ada lah baca beberapa few blogs yg ada citer pasal sepul ni. Bersepah. Aku lupa nak save add website tu so korang surf sendiri lah ek. Ada blog kawan sepul ni sendiri citer pasal betapa ‘baik’nye sepul ni. Dari blog tu jugak lah sepul dedahkan sendiri pasal hal peribadi dia. Pasal mak dia. Pasal study dia. Pasal life dia sikit2. Kesian pun ada. [aku ni asyik kesian org je. Nak buat macam mana, aku manusia penuh belas kasihan. Harhar~] Pastu org yg tak puas hati, hentam dia habis2. [termasuk aku lah tu. Harhar] Alahai kesian…

Ahh.. pedulik apa haku. Orang buat fitnah kat org lain, wat pe nak kena kesian. Biar lah Tuhan je hokum dia. Tunggu je lah balasan utk dia. Kita manusia kat dunia ni tak yah cakap byk. This applies to everybody yang buat kezaliman dan penganiayaan berterusan terhadap manusia lain. Biar Tuhan je lah yang tentukan hukuman yg setimpal buat korang. As for me, aku duduk relak goyang kaki tunggu rega minyak turun. Hehe.

Uish.. ngantuk tak hilang lar.
Kena tido gak nih. *tengok boss kiri kanan takde-oh lupa lak boss MC lagi hari nih. Yaahhooo.com!*

PS-Bagi org2 yg mengantuk masa kerja, tak yah buang masa tahan ngantuk, pi tido sebarang seminit dua pastu dtg kembali bekerja dgn bugar penuh semangat. Aku? Nak tido gak. Pastu confirm aku bangun segar bugar semangat nak balik! Harhar~
*Kids.. dont try this at the office*