Thursday, May 31, 2007

RAFSS '07~*

Hello semua2 orang~

I promise to update lepas balik dari johor kan. Well, here I am updating stuffs... Nothing much but here’s the story…

Hari ahad bertolak kol 10 pagi dr serdang. Bapak laju nye En. Hafiz bawak, kol 1.30 tghari dah sampai skudai (that includes kitorg berhenti dalam stgh jam kat stesen minyak and R&R tu). Check in kat Pulai Spring Resort and the room was not so bad.
Malam tu kitorg rayap ke Danga Bay. Bapak lah dah jauh dan besarnye Danga Bay tu.. Rasanya dulu mana ada taman orkid, street mall market semua tuh. Banyak barang but not a heaven for shoppers. What do u expect brg2 tepi pantai JB tu yg dok sebelah je dgn Singapore? Mahal~

Esoknye aku hadiri lah seminar tuh. Seminar ni namanya Regional Annual Fundamental Science Seminar a.k.a RAFSS ’07 anjuran Institut Ibnu Sina, UTM. Tentative aku tak ingat. Yang aku ingat adalah lecture dari keynote speaker dari Japan, Thailand dan negara mana tah lagi satu. Itu pun member aku yg bagitahu sebab aku nyenyak tidur. Best gak biler member kiri kanan tak perasan pun aku lelap. Bapak lah static aku tidur atas kerusi tuh. Muahahahaha~ (ish.. tak beretika betol...) tapi seriusly, aku memang tak leh duduk dan dengar je apa2 ceramah kat depan sebab memang mata aku otomatikly akn tertutup sendiri. Diulangi.. OTOMATIKLY tertutup sendiri yg hanya melibatkan kelopak mata sahaja.... So korg boleh bayang lah macam mana aku duduk dlm bilik kuliah selama nih... study dlm mimpi.... huhuhuhu~

Habis kes tertidur masa keynote speaker tuh, upacara perasmian. Patut nye Menteri Pengajian Tinggi tu datang tapi macam biasa lah, wakilnye yg dtg. Lagi sekali mata aku otomatik tertutup masa ucapan. Ucapan semua2 org yg aku sendiri tak pasti berapa org yg berucap kat depan tuh. Sedar2 je org kiri kanan dah bertepuk2, baru lah aku tersedar dan join tepuk2 aje lah. Fuh.. ringan sket kepala aku dapat tidur sepnjg pagi tu... (ishk... ishk..)

Petang tu, aku sesi 1B. Kol 4.30. Tapi kol 3 aku dah terpacak kat bilik presentation tuh. Sempat lagi aku edit2 presentation last minit. Cuak. Berpeluh gak lah walaupun bilik tu sejuk mcm air batu. Tiba giliran aku, masa tuh jugak lah ex-prof aku masuk. Dia dah jadi pengarah Institut Ibnu Sina nih. Adussssss... ketaq gak lah lutut sebenarnya. Dah habis aku present segala, tiba lah time plg cuak oleh kebykan presenter, Q&A session. (ntah nape aku cuak kalau bab Q&A nih) dan yg mengangkat tangan menanya tu jugak lah prof2 aku sekalian. (jeles tol dgn malin takde org nak tanya2 dia~ huhuhu~) Aku jawab aje lah sambil sengih2. Ntah betol ntah idak jawapan aku. Nasib baik tak kena balik dgn diorg. Haihhhh... habis je present, terlepas segala bala, terus kepala terpikir nak tempah tiket pirates of the carribean. (ke purates? hehe~)

Yang pasti, aku dah lega lah sekarang. Member2 aku pun present cantik. Lagi cantik dari aku yg kelam kabut nih. Cantik je ayat2 kat slide diorg. Ayat aku hancur. Tu pasal aku letak byk gmbr dari letak ayat2. Tambah pulak aku tak suka kena tanya. Paling menyampah biler tak dapat jawab. Terasa lah kita ni bodoh. Then terasa lah sia-sia lak projek aku 2 thn ni. Tapi nsb baik aku present ni, tak pulak rasa mcm tuh. Plg best biler ada prof minat dgn projek aku ni. Minat dgn tajuk aku sorg lak tu sebab berkait dgn dia yg pakar buat membrane jugak. Bezanya, purpose aku dan dia tak sama. Dia minat dgn membrane aku dan dah tgk hasil graf. Bapak lah giler dia interpret data aku mcm tu je. Tu belom lagi aku tunjuk yg lain2. Siap kasi aku idea lagi utk surface modification nak kasi conductivity membrane aku jadik up lagi. Thanks prof takeshi mutsura. Aku keluar bilik dia, jeling nama dia kat pintu,rupa2nya prof pangkat emeritus... Patut la... terharu lak projek ciput aku ni dpt perhatian dia. Terus semangat nak habiskan projek aku ni cantik2. Jadi pakar membrane pun ok gak kan... hehe~ ;D

Habis sesi member aku pagi selasa tu, kitorg terus balik. Sempat gak lah pergi kampung melayu beli murtabak singapore yg besar tu. Ole2. Nak bagi org pun, semua dah selamat masuk perut. Hehehe~ Yang pasti, aku rasa best je pergi seminar ni sebab dapat bukak minda aku dan kongsi2 pengalaman. Ina, Nini, Malin, Mazni & Josephine. Harap2 kita dapat pergi lagi seminar2 mcm ni. Pictures? Ada kat Nini~! Dia kata nak kasik isnin ni sebab dia balik kampung. So, sorry eh takde gambar.

Oh ya, aku rasa nak berhibernasi. Perlu sebab ke? Sebab nya ialah byk kerja nak buat. Tambah pulak UPM dah block segala blog atas arahan pihak kementerian yg tak mau staf dia main dgn blog dan menulis menda yg mengarut2 dlm blog. Ntah la.. lantak diorg lah... Aku nak hibernasi je. Kang aku dtg lah balik... Bloghop? Once in a while la kot....

So everybody.. take care eh~ ;)

Wednesday, May 30, 2007

Happy Birthday Faiz~*

I wanna wish one of my best blogger buddy a very happy happy birthday....

TO : MUHAMMAD FAIZ BAHERIN

UCAPAN : Selamat Hari Jadi yg ke... errr.... 18 je lah boleh? like me... ;) dan semoga hidup awk diberkati ALLAH S. W. T dan dilimpahi rezeki yang murah serta kehidupan yg sentiasa dirahmati. Sorry tak sempat nak buat ucapan lawa2 tapi ni ucapan yg merupakan doa tulus ikhlas dari hati seorang hamba yg rendah diri mengharapkan insan yg lahir pada hari ini, 30 may 2007 akn sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Semoga persahabatan kita berkekalan dan hamba ini mendoakan yg terbaik utk awk....

FROM : Hamba Allah...

*~HAPPY BIRTHDAY to HATA @ BAEZ~*

Friday, May 25, 2007

UTM... here i come~*

Its been a week sejak pening kepala dgn paper nih. Bukan apa, ni first time aku present kat luar dari UPM ni. Selalunye kalau present kat dalam ni, takat present depan2 member2 je tapi ni pulak present dgn org luar. Mcm cuak lak. Kang kalau salah cakap, nanti malu nama universiti jugak. Kalau takat malu diri sendiri takpe lagi... lagi2 depan member sendiri, rasanya takde lah segan sangat kot... tapi ni nak present depan org luar tu. First time lah katakan, cuak lah jugak kan.... huhuhu~

Esok kami bertolak. Nini, Ina, Malin and me akan oral presentation. Aku punyer sesi awal lak tu.. sesi 1B~ Lagi sorg member, Mazni tu present poster je... (cis kalau tau awal2, dah tentu hantar jugak lepas tarikh tutup~ *jeles mode*). Full paper aku baru je send tadi guna laptop kak Emma nih.. (thanks kak Emma~!) at least lega lah full paper dah hantar. Ni nak siapkan presentation pulak. Aku malas taip panjang2, nak guna animation je nanti... so that org yg tgk tu tak byk tnya.Bab present ni ada satu tips lah aku nak kongsi dgn korg... Jangan tulis byk menda atas slide nanti org akan byk tnya... Buat je animation banyak2 kasi diorg faham apa yg kita buat. Bila ada animation ni, diorg akn bujet lah yg diorg dah faham dgn jelas sebab boleh nampak apa kita buat dan akhirnya kemungkinan takde sesi Q&A pun untuk kita~ hehehehe.... gumbira kan kita membebel je kat depan tanpa org nak byk tanya kita... ;D

Oh ya, ni aku pakai laptop kak Emma... sebab kat rumah tu anti-virus dah lumpuh. Licencse key anti-virus tuh dah blacklisted katanyeh. So tak berani nak online, nanti kena spyware & virus attack. Esok aku pergi Johor sampai hari selasa so after selasa nanti lah, aku baiki komputer tu kat rumah. So, for few days ni, YM status will be 'I'm on mobile' aje lah....

Tak leh nak bebel panjang. Balik dari Johor nanti, i will updating again. Pray the best for me eh.. walaupun org kata aku pandai cakap kat depan tapi bukan makna aku tak cuak ok~ Ni bapak tahap datuk punye cuak ni. Maklum lah.. first time. Org Jepun, Aussie, US, UK, India semua ada... Jangan lah aku kasik malu nama UPM ni nnt. Dan jangan lah presentation aku ni mengecewakan aku nanti... huhuhu~ (contoh : animation tak jalan) Terkontang kanting aku kang... huhu~ And UTM.. here i came back again...! (feeling vanessa dgn lagu baby come back to me~)

So, everi-everibodi.. wish me luck~!

PS - ok korg.. lepas presentation, kita serang DangaBay.. yuhuuuu~~~

Saturday, May 19, 2007

Nilai diri kita~*

Hello semua2 org~!
Lama tak update.. sejak awal bulan ni sampai lah dah ke tgh bulan ni tak ter update~ bukan apa… mmg busy sket lah…. harapnye, semua org sihat2 belaka ye.. Kalau ada yg sakit tuh, jgn lupa makan ubat!

Baru habis Bengkel Tentukuran Alat. Equipment Calibration Workshop kata omputihnye. So kami mewakili lab masing2 join workshop ni untuk hasilkan manual verifikasi utk alat2 yg terpilih. My group kena verifikasi alat multimeter digital dan waterbath. Kitorg kena buat prosedur nih sebab nama pun jabatan fizik, ketepatan dan kepersisan alat adalah amat penting supaya pengambilan bacaan boleh diterima pakai. Murid-murid sekalian, selak balik buku fizik form 4 bab 1 di mana awal2 bab fizik yg korg belajar ni adalah tentang ketepatan, kepersisan dan kejituan. Kenapa perkara2 ni kena belajar dulu dalam subjek fizik? Sebab ini adalah perkara terpenting dalam pembelajaran fizik seumur hidup. Tanpa jitu, persis dan tepat, data bacaan tidak ada maknanya… dan jgn lupa ye, tiada nilai bacaan di dunia ini yg tepat kerana nombor adalah sesuatu yg infiniti. Kita hanya boleh mendapat bacaan yg menghampiri ketepatan sahaja… dan kalau jawapan korg salah dalam soklan fizik tu, jgn la risau sebab jawapan korg memang takde yg salah, cuma nilai korg menjauhi nilai jawapan dari dalam skema soklan tu je… hehehe~ ain’t this physics fun~? ;D

Ok ok.. enuf for the confusing... rabu lepas dapat panggilan interview. Kat Western Digital. I was one of the shortlisted katanyeh. Terkejut gak, bila masa aku hantar resume nih? Then teringat lak aku ada daftar dalam jobstreet dot com. Maybe lah dari situ kot. And that was last year ago~! Ayooo
... daftar main2 pun kena panggil gak. Tak kesah lah tu but wat interest me was this is my first job interview.. excited kan? Hehe~ Interview jadik minah kilang. Kilang buat hard drive disk dari semiconductor. Best gak tuh. During interview tuh, consider aku ni fresh graduate lah. Dgn ramah penuh santun, aku tanya2 lah kakak2 yg keja situ apa yg diorg tgk dlm fresh graduate mcm aku ni. Rupanye nak tgk macam mana aku berkomunikasi dan aggressive. Hah~! Betol gak tu. Akhirnye interview yg first ni berlangsung selama 15 minutes je sebab first interview ni just for filtering the candidates. Oh ya, first interview ni siap aku ada test~! Waaaa…. Nak menangis aku menjawab~! Mana nak ingt mcm mana nak buat flow chart semua2 tuh? Tu bab elektronik lah yg aku dah tggl 3-4 thn yg lepas~! Nasib baik ada soklan psl hukum ohm dan get2 AND, NOT, dan OR tu. Teringt lah menda2 alah yg aku mengajar kat budak2 ni dulu. Siap aku bantai je buat jadual kebenaran tuh. Hahaha~ kalau dapat panggilan interview kedua ni, dah kira bertuah sgt lah aku nih… huhuhu~

Frankly lah aku nak kongsi la pendapat aku ni. Maaf awal2 lah,mungkin ada yg terasa kot dgn pendapat aku ni tapi apa yg aku nak cakap ni memang perkara yg benar. Kita ni kan, kalau nak masuk dlm dunia pekerjaan atau dunia yg memerlukan kita lebih out-standing, aku nmpk org2 melayu kurang nak be outstanding. Be outspoken. Dunia yg aku maksudkan sekarang adalah dunia kerja dan stage yg pertama adalah interview. Pada aku dalam interview ni, takde istilah segan atau cakap besar. When it comes to market ourselves, kita tak boleh malu lar~ jgn takut apa yg interviewer tu pikir. Biar lah berlagak pun.. Itu lah lagak bertempat namanya. Sebab selalunye org berlagak ni self confidence nya lebih menyerlah. Dan itu lah yg interviewer nak tgk. Tengok kita ni yakin ke tak. Sama ada kita ni layak ke tak for that job position. That’s why la, jgn malu nak bercerita tentang perkara2 hebat dalam diri kita. Kerana itu lah market value diri kita. Bila org pandang tggi pada market value kita, baru la konfiden nak amik kita kerja. Akhirnye, bila dah dapat kerja tu, baru lah kita kembali merendah diri jgn malu2 bertanya dan sentiasa lah rasa yg diri kita tak cukup ilmu. Dan jangan sekali-kali berlagak dgn nilai education diri kita yg mungkin lebih dari org lain sebab kita takkan mungkin dapat mengatasi nilai pengalaman diorg yg jauh lebih tinggi dari kita. Sebab dgn diorg lah yg kita kena belajar lebih lagi. Sebab yg aku nmpk sekarang ni ramai org yg cerdik pandai atas sijil je tapi bila buat kerja, haram tak reti. Dah la tak reti, sombong lak tuh nak bertnya. Org2 yg mcm ni mmg susah sket lah nak pergi jauh..

Lagi satu is, English speaking. Nampak mudah tapi apa yg aku perasan, ni lah salah satu perkara yg penting sewaktu interview. Org melayu malu nak speaking sebab takut broken English.. ayooo… apa nak takut kalau broken pun? Sebab interviewer tu nak tgk kita confident ke tak. Bile kita tergagap2 ckp omputih tu, interviewer tu nampak kesungguhan kita berusaha jugak walupun tahu kita ni masih terangkak-rangkak. Interviewer tu nmpk kesungguhan kita berusaha dari nmpk broken English kita. Dan org yg macam ni lah company tu nak amik kerja~! Utk org yg konfiden ckp melayu malah takde usaha langsung nak ckp org putih, ni lah org sombong namanya. Dah la interview kat company yg UK/US based, pepandai lah bukak mulut speaking sket. Lastly nye, sape nak amik org2 mcm ni kerja? That’s why la sesetgh company bukan pentingkan sgt pun pointer tggi. Org pointer tggi belum tentu reti buat kerja. Sebab asik belajar je, tak join aktiviti2 sosial yg boleh ajar kemahiran2 asas spt komunikasi, teamwork, planning, making decision dan problem solving. Walhal ni la kemahiran2 penting waktu kerja nanti. Pendapat ni datang dari Manager HR company Schlumberger masa aku jadi AJK Career Fair kat UTM dulu. Pendapat aku, betol gak ckp dia tuh.

Akhir kata, ni lah nasihat nak kasi sket pada semua yg masih dok belajar lagi kat alam kampus tuh…
~ Belajar memang penting tapi jangan lupa join aktiviti2 sampingan yg di luar bidang akademik. Sebab aktiviti2 macam ni lah yg menerapkan nilai2 asas yg sangat penting sewaktu korg bekerja nanti.
~ Dalam menjalani aktiviti2 sosial tu, sebanyak mungkin belajar lah nilai2 yg tak mungkin korg belajar dalam kelas. Tapi ditegaskan sekali lagi, pembelajaran jangan dilupakan. Jangan paksa diri korg andai tak mampu buat kerja tuh.
~ Belajar lah mengenali org. Belajar lah mengendalikan kertas2 kerja. Belajar lah menangani masalah dan belajar lah berdepan dgn stress. Belajar lah membahagikan masa. Belajarlah berkomunikasi dgn org. Belajar lah buat pekak dgn gossip2 buruk tentang diri kita. Belajar lah merasa sakit dan belajar lah untuk tidak takut dgn gagal kerana setiap kegagalan tu ada lah langkah pertama untuk korg belajar bangun berdiri semula. Dan belajar lah untuk hargai diri sendiri.
~ Jangan sombong. Terutamanya dengan diri kita. Kalau tak tahu tu, jgn buat2 tau. Sentiasa lah bertanya. Jangan buat kerja sorg2 dan jangan biarkan kawan kerja sorg2. Paling penting sekali, jangan kedekut berkongsi ilmu atau pengalaman. Jangan merasa diri pandai sebab ada org lain luar sana yg jauh lebih pandai dari diri kita.
Setiap perkara kita belajar ni adalah proses kita membentuk diri kita. Sama ada secara langsung atau tidak, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Org lain boleh guide, boleh nak tunjukkan jalan tapi akhirnye, diri kita jugak yg menentukan keputusan di mana nilai diri kita ni selayak nye untuk diletakkan.

Tuesday, May 01, 2007

Ada apa dgn nama~?

Kdg2 tak paham. Dgn org yg terlalu taksub dgn keturunan sendiri. Bukan apa, sememangnye agama ada menyuruh kita mencari yg sekufu tapi yg utama, kita hendaklah memilih berdasarkan agamanya. Keturunan yg baik tidak menjamin pegangan agamanya kukuh. Nama je dari keturunan yg baik tapi perangai mcm hantu setan, apa guna?
Kdg dlm dunia ni, mmg byk menda kita tak sangka. Betul la kata org, air yg tenang jgn disangka tiada buaya. Tapi bagi aku, air sungai yg tenang jgn disangka takde ikan jerung~! huhuhu~
Kdg2 aku kesian lah jugak dgn golongan2 ni. Tak salah kalau nak mengeratkan silaturahim sekeluarga tapi sampai kita nak menafikan keturunan org lain, apa hak kita? Terlalu fanatic dan ujub dgn keturunan sendiri. Aku berani ckp lah itu dah penyakit mantel. Katanya kawen dgn keturunan lain tu bagaikan berzina. Kononnya ada dlm kitab. Astaga.. kitab mana yg dirujuk nih? Gerun aku dgn akidah yg dah terpesong nih… Ni baru sikit, malas aku nak ulas bab2 lain.
Doa yg sering dibaca oleh umat Islam seluruhnya. Dah tentu melibatkan doa kesejahteraan utk Nabi dan ahli keluarganya. Tapi kalau sampai tahap perasan yg diri kita termasuk dlm doa yg diaminkan sebagai keluarga nabi ni, apa kes? Abu Lahab pun keturunan Nabi gak tapi sah2 ahli neraka. Termasuk gak ke dia dlm doa yg diaminkan oleh umat Islam seluruhnya? Risaunya konon kalau anak nnt tak membawa nama keluarga… Tak tahu ke kat akhirat nnt, nama kita akan berbin/binti kan nama bonda? Nama ku akn berbinti kan nama ummi. Tetap aku membawa namaku dan dah tentulah anak aku berbintikan nama ku, bukankah dah jelas itu membawa nama keturunan? Takde lah aku nak taksub dgn keturunan sendiri tapi tolong lah… perempuan tak leh kawen dgn laki keturunan biasa tapi laki boleh kawen dgn perempuan keturunan biasa? Sebab tetap anak akn membawa nama keturunan tuh. Apa beza? Aku boleh sebut lah sekor2 artis yg ada hujung pangkal nama keturunan yg ‘baik’ ni… baik sgt ke diorg2 tuh?
Org yg ada nama keturunan ‘baik’ ni tapi kerja tak tetap dan rumah pun takde. Laki yg beketurunan biasa tapi karier dah mantap, siap dpt offer kerja kat oversea dgn gaji jejak 5 angka. Apakah gelaran yg sesuai utk bapak yg tolak pilihan menantu lelaki biasa ni dgn memberi 1001 alasan bahawa dia calon yg tak sesuai? Walhal sebab sebenarnya hanya lah kerana dia tiada nama yg ‘baik’ di pangkal nama dia. Seriusly dah memang melampau… siap nak pergi jumpa peguam syariah tu.. Kononnya boleh halang lah ikatan antara dua insan yg tidak seketurunan nih? Haa.... elok lah~! Mintak2 la peguam tu boleh brainwash sikit org yg melampau2 taksub nyeh ni.
Aku ada bapak yg baik. Sporting. Tak kesah dgn pilihan anak perempuan. Tak taksub dgn keturunan, asal solat tak tinggal dan ada karier yg baik. Tapi sesungguhnya aku kesian lah dgn org yg taksub dgn keturunan sendiri sampai tak kawen semata nak tggu insan dari keturunan yg sama, kononnya nak pelihara nama keturunan. Niat yg baik tapi sampai menafikan hak kita utk membina masjid, aku rasa Nabi pun tak setuju…
Tak tahu nak ckp apa lagi dah. Tak sangka dlm dunia serba moden ni, masih wujud lagi org yg pemikiran ortodoks mcm ni. Tu lah sebab aku cakap.. air yg tenang jgn disangka takde jerung….