Sunday, March 29, 2009

Updated~*

Its been a while. Dah sebulan lebih aku duduk sini, lots of thing happens. Selain dari malas, aku pun takde masa nak update. Nak menulis2 ikut suasana semasa, aku rasa dah terlajak jauh dah aku nak patah balik ke belakang dan cerita segala yang berlaku. Tapi aku boleh bagi preview setakat ni apa yang aku dah buat.

Field Assignment – 3 minggu kat Sulphur, Louisiana. Field assignment aku ni melibatkan proses data seismic atas tanah. Land acquisition. Kerja aku asalnya duduk atas kerusi ofis and proses data sismik depan komputer yang bagak tak hengat. Tapi kat field assignment ni, aku berpeluang melihat secara live macam mana data sismik ni diorg amik atas tanah. Kalau kat negara kita, marine acquisition lagi glamer sebab negara kita hasilkan sweet oil. Banyak tu kat tengah laut cina selatan nun. So org2 yang kerja offshore amik data kat situ lah. Tapi aku datang training sini, diorg taruk aku kat onshore. Buat atas tanah. Gambar2 ada kat facebook aku.


Presentation, test & report – Settle dah. Tapi next week ada lagi satu test dan next next week ada lagi satu presentation. Boleh handle lagi.
Homework kejam bernama CBT (Computer Based Training) – homework maut yang membuatkan training ni tak best sebab CBT ni homework yang kena buat tetiap hari di mana setiap chapter ada subchapter yang berpuluh2 mukasurat. Kena siapkan ikut timing dia bagi. Aku? Mane ada ikut time. So does the others. Heh~ its shows that mendalah ni banyak serta memualkan tapi terpaksa jugak perabihkan. Kalau tak abis,memang tak paham lah apekejadah org tua kat depan tu membebel. Serius tak tipu. Pastu kalau tak paham, macam mana aku nak balik KL buat kerja? Kalau tak buat kerja, macam mana nak naik tarap jadi project manager? eCewah. harhar. Tak jadi apa la kalau malas.

Selain dari tu, aku dah gi jenjalan tengok live NBA game Houston Rockets vs. Spurs. Macam dream come true sebab aku memang minat NBA lebih2 lagi biler yang main tu laki nye Eva Longoria, Tony Parker from Spurs. Also Yao Ming from Houston Rockets yang memang tinggi bagak giler. Gambar2 pun ada kat dalam facebook aku. Nak upload sini kang tak terupload (malas sebenarnya-lama nak nunggu. Since aku tak berapa minat gold, so Time is silver platinum. Heh~) Then aku ada pergi Rodeo show, tengok orang nunggang bull. Game ganas gak lah biler tengok orang tu kena tendang dengan bull liar. Patsu siap ada budak2 kecik umur 5-6 thn nunggang kambing biri2 lagi konon ala-ala pelapis utk tunggang bull bila diorg dah besar karang. Haha. Cute. Tapi hampeh kamera aku bateri mati sebelum aku dapat tangkap gambar bebudak tu tunggang kambing biri-biri yang ala-ala ganas macam bull. Pastu ada performance dari group nama ZZ Top yang ngetop kat Houston ni. Sumpah aku tertidur masa concert ni since aku tak kenal diorg ni siapa plus aku memang ngantuk giler dah masa tu. Lampu and all the loud concert noise tak mampu buat aku berjaga, maka aku tertidur sebelah SuYin yang turut jua boring sebab dia nak gi shopping tapi tak dapat2. Haha. Aku sangat seronok gelakkan SuYin yang tertidur dalam gambar tatkala mereka yang bersebelahan kami menangkap gambar kami tetidur. Haha. Hampeh. Seronok sungguh mereka mepermainkan kami.

Nanti lah. Biler2 masa aku rajin kang, aku upload gambar. Tapi gambar2 maut aku kat Houston ni banyak kat Fesbuk. Siler lah lihat.

Wednesday, March 04, 2009

Jalan-jalan 1st week in Houston~*

So these are the pictures taken for the first week jalan-jalan in Houston..

Photobucket
None of these cars in this parking lot are the same model. Most people here drive truck, jeep or minivan. These people don't walk and its awkward to see people walking around. They drive.


Photobucket
Mexican Restaurant

Photobucket
With Hannah from UK but her office based in France.

Photobucket
Mexican food yang ala-ala macam seafood tom-yam.. the first cuisine yang sedap kat anak tekak aku..

Photobucket
We shopped here... ala-ala Pavilion KL la... kebetulan pulak musim diskaun. I got a pair of shoes ala hush puppies with 70% discount. Giler murah. yeay.

Photobucket
Tipu je. Aku lebih sayang korang...

Photobucket
Giler bagak tempat shopping ni. Tempat aku beli hiking boots.

Photobucket
Yup.. aku memang giler kasut. Nmapak black shoes tu? Tu lah kasut 70% diskaun tu and the boots tu aku sepah kan just to find my size. Susah nak dapat kasut saiz aku kat sini. Kasut sini mostly size 7 ke atas... Gedabak~

Photobucket
Finally i found one.. teka saiz berapa? 7!

Photobucket
Melanie from China but her office based in Singapore. Always with me and a good companian.. Sebab dia tak pernah ada kakak and dia terkejut aku ramai beradik. So dia nak join jadi adik aku jugak... apo-apo lah asalkan dia rajin bawakkan barang2 aku... just like my sister. Heh~
PS-Dia volunteer sendiri, bukan aku suruh ok. So aku tak jahat apatah lagi mengambil kesempatan.

Photobucket
See how small i am in this huge store... mostly barang2 memancing, camping, jungle dan sewaktu dengannya. Bot and kayu golf pun ada. Semuanya ada di sini...

Photobucket
Magda from Polland finally found her hat. Her field assignment is going to be in Canada.

Photobucket
They treat us with good dinner. Malam tu aku makan ikan mahi-mahi... Makan dengan nasi tapi nasi tu masin giler, so tak habis makan. Sampai sekarang terngiang-ngiang masin dia tuh...

Photobucket
With francois riff, the person in charge of our training program. He is from France and bini dia dari Sarawak but they stayed in Houston, Texas...


Photobucket
Left-hand drive,so the speeding lane is the left lane and the safe lane is the right lane... Yup.. i was very careful not to speed in their right lane. haha.

Photobucket
Bangunan diorg tak tinggi... View from the flyover...

Photobucket
Our dinner at the nearby restaurant... Makan ikan lagi...

Photobucket
Those people in training... from Polland, Mexico, Singapore, France, UK & Malaysia...

Photobucket
Waiting for the others before going back to the hotel....

Nanti bubuh lagi..

Monday, March 02, 2009

Some facts~*

Sementara tunggu gambar second round tengah upload, here are some facts that i like to share..

- Overall aku akan berada di Houston,Texas selama 3 setengah bulan. Will be back in Malaysia tengah bulan May kang.

- Ada 18 org yang join training nih. They are from Polland, France, UK, Mexico, Houston, Singapore & Malaysia. Paling ramai dari Malaysia - 5 orang.
- Each of us akan pergi ke field assignment for 3 weeks. We are all scattered to Egypt, Oman, Thailand, Canada, Alaska, Gulf of Mexico, North Dakota & Louisiana. After 3 weeks, we will be back to Houston to finish the overall training.

- Selama aku di sini, hanya sekali saja makan daging/ayam di Chinese halal restaurant kat Houston right before aku sampai Louisiana. Maka boleh bayangkan berapa banyak lemak yang aku dah avoid. haha.

- hanya makan ikan dan buah dan sayuran sajor. Dan adalah sikit cheese dan chocolate. SIKITTTT jeeee....

- orang2 sini teramat peramah. Kalau sekali terserempak diorg boleh main tegur dan borak dengan kita macam dah kenal 10 tahun.

- Orang2 sini tak familiar dengan moslem. Maka terlalu banyak persoalan basic Islam yang aku perlu jawab.

- Tak kurang juga orang ingat aku ni nun (biarawati church tu) hanya disebabkan aku bertudung. Tudung aku banyak menimbulkan tanda tanya orang2 keliling.

- Masa screening kat airport nak masuk USA, aku dibawa memasuki kawasan khas check samada aku bawak explosive ke tak. Member2 lain lepas je. Maybe sebab aku bawak imej terrorist lah konon. Cheh...

- Diorg ingat bahasa kebangsaan negara kita adalah English because they say i speak really fluent english. Tapi aku dah betolkan fakta tu and i said some few malay words tapi diorg ingat perkataan bahasa kita guna simbol macam chinese character pulak. Maybe sebab ada 3 org chinese dalam group kami. Nampak tak betapa letihnya aku nak menerangkan kat org2 asing ni? Adoi.

- Second language for the people here is Spanish mostly sebab ramai org Mexico. Orang2 Mexico kat sini umpama org Indon kat Malaysia. Diskriminasi pun sama.
- Sini left-hand drive and semuanye completely terbalik dari driving culture negara kita. Ada sekali tu aku drive, aku hampir tersalah masuk lane tapi peel truck sini suka berhenti sebatu dari kereta lain, so aku terselamat.
- Aku terlalu sibuk memastikan aku tak speeding at the right lane and memandu di lane yang betol sampaikan 5-6 kali aku pergi ke shopping mall yang sama pun aku masih tak hapal2 jalan nya.
- Drving culture sini jauh lebih baik dari malaysia. Bukan muji tapi ni fakta. Tapi kereta2 sini semua bagak2 and they mostly drive SUV, 4WD and trucks. Even lorry pun takde. Nak transport barang, diorg drive container terus. Besar giler.
- Selama sebulan ni, hanya sekali je makan daging/ayam. Pipi aku dah kekurangan lemak. Dah takde bunyi toing-toing biler aku tampar-tampar pipi aku. Good news huh? hehe. But the bad news - aku rindu makanan Malaysia! wuaaaaaa~~~

1st day in Houston~*

First day sampai sini...

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Buat aku rindu Milo kat rumah...

Photobucket
Walaupun aku tak makan belacan tapi just to see perkataan BELACAN ni buat aku rindu rumah dah...

Photobucket
Excited tengok Malaysian Cuisine tapi aku tak rasa ni halal sebab owner dia Chinese..

Photobucket
Rumah paling tinggi yang ada...

Photobucket
Lagi bangunan tak tinggi... Kat malaysia bangunan tinggi2 tapi sampai sini, aku dapat melihat langit dengan clear sebab bangunan takde yang tinggi...

Photobucket
Seluas-luas parking lot sini, takkan dapat melihat 2 jenis kereta dengan model yang sama.. not even colour yang berlainan pun pada model kereta yang sama... semua kereta kat parking lot diorg ni walaupun brand yang sama tapi konfirm semua model lain2...

Photobucket

Photobucket
Gagah perkasa...

Photobucket
Hotel aku menginap selama seminggu sebelum berlepas ke Louisiana...

Photobucket
Bangunan dia tak tinggi kan? Walhal ni tempat membeli belah ni...

Well, yang pasti sini sejuk nak giler.. sekali angin dia bertiup, bergoncang tulang empat kerat aku.. walaupun matahari terik memancar mcm kat malaysia tapi aku rasa mcm duduk dalam peti ais dengan voltage lampu peti ais yang sangat terang....

Aah. Ni baru hari pertama.