Tuesday, August 28, 2007

Merdeka kah kita?~*

Hmm… merdeka dah nak dekat. Bangga betol dah 50 thn merdeka ye. Tengok org kiri kanan saya nih, betol ke dah merdeka diorg2 nih?

Hari merdeka bakal disambut meriah. Tak yah gi jauh2, tu ha kat putrajaya berdentum dentam pertandingan bunga api antara negara2 yg terlibat. Bakar api naik atas. Bakar duit rakyat naik atas. Perghh… sedap je tengok duit cukai mak saya berdentum berbunga api naik atas mlm2 tuh kan... Berputih mata aje lah…

Ada sorg ustaz tuh ada kasi idea. Kita buat bulan solat. Dah sibuk buat bulan merdeka, ape salah buat bulan solat kan. Tapi ada sorg menteri akal pendek jawab, buat apa nak buat bulan solat. Mmg sejak dari kecik dah solat, tak yah susah2 buat bulan solat. Pergghh… pedih je telinga saya kan dengar respon dia. Ha.. ini lah Negara kita yg merdeka….

Oh ya, baru2 ni ada konset mega dari artist barat yg tak kurang fofularnye. Malas nak sorok2 nama, gwen stafani nama dia. Eh saya minat dia. Lagu2 dia bikin hati melonjak2 jua di kala sedih2 atau mood kurang ceria. Melompat2 saya dgr. Haha~ tapi yg saya tak sedap hati tuh, kenapa lah pemakaian gwen yg dikatakan ‘lebih sopan’ jika ingin membuat konsert di nagara kita menjadi isu ? Bapak besar sgt ke isu pemakaian gwen tuh ? Tolong lah.. tak pasal2 saya meluat pulak dgn gwen… media punya hal la nih… mcm dah takde citer lain nak buat…

Ckp pasal media, kdg2 penulis paper2 ni pun mcm pendek akal gak. Saya tak kata semua. Jenis2 yg tulis citer pasal isu semasa dan pasal ekonomi tuh, saya tabik lah. Kiranye menulis hal2 yg menjana minda rakyat kita yg dikatakan merdeka nih. Tapi jenis2 yg tulis hal2 hiburan seperti ‘kucing artis masuk longkang’ atau ‘artist mandi seminggu sekali’ atau pun ‘artis jelita suka baju kaler merah’… apa punyer berita lah ni. Mmg tahap meletakkan minda rakyat kita pada tahap low kelas. Malu lah sya baca berita2 mcm ni. Kalau nak tulis menda2 mcm tuh, tulis dlm blog lah….! haiyoo...


Haihhh… nak ikutkan, apa lah sgt nak bangga dgn merdeka negara kita? Bukan maksud saya tidak berjiwa patriotik tapi saya sedih dgn masyarakat negara saya yg sebenarnya masih belum merdeka lagi dlm erti kata sebenar…. minda kita masih dijajah.... dan pada saya, kemerdekaan yg sebenar nya lebih bererti pada tahun akhir 1950-an dan awal 1960-an. Hanya mereka yg hidup pada zaman2 itu lah yg memahami erti sebenar kemerdekaan kerana mereka lah yg berjuang demi kebebasan negara kita sebenarnya. Dan kita sebagai generasi masa kini, byk2 lah mengenang budi kat org tua kpd org tua kita ye.... atuk nenek kita la...

Apa-apa pun pendapat saya tentang merdeka tahun nih, tetap saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka yg ke-50 kepada negara Malaysia...

oh ya, saya ada satu teka teki utk pembaca blog saya - negara manakah yg memang tak ada sambutan hari merdeka? [klu-sebab diorg tak pernah kena jajah, nak mintak merdeka apa kemendanyeh kan...] cuba teka~?

Thursday, August 16, 2007

5th sem~*

Termasuk sem ni, genap lah 5 sem saya kat UPM ni. Dah over target nih. Target 4 sem je. Byk prob. Seriusly, sape2 ada hati nak wat master tuh, piker lah masak2. Menda yg saya rasa mcm senang rupanye…… *sigh*

Nak rungut2 sgt pun tak guna. Nak rintih hiba pun lagi tak guna. Yg luluskan thesis adalah prof saya sendiri jugak. By hook or by crook, saya tak boleh hiba panjang2. Kang lagi byk masa terbuang. Sekarang ni saya dah buat sample masuk set ke-5. Means batch kelima la. Satu batch satu sem. Satu batch dekat 7-8 plate saya buat. Satu plate amik masa dekat 3-4 hari gak la dan dipotong sampai 8-16 keping. Setiap satu keping ni saya measure. Tapi sebab dah 4 kali try & error saya buat sample ni kan so batch kelima ni saya target sebulan je nak buat. Habis segala makmal yg ada hotplate saya tibai guna, legal dan illegally. Muahahahaha~ saya tak pedulik. Saya nak habiskan cepat~! Sebelum budak2 undergrade masuk guna segala alat ni semua, saya nak guna dulu dengan setamak-tamaknye.

Saya ngaku, ada masa semangat saya sangat lemah. Ye la.. dah penat2 buat,tak pasal2 hasil kita di rejek sesedap hati. Tapi saya tak bantah. Apatah lagi nak lawan. Dah memang dia prof. Layak je dia nak pijak2 hasil kerja saya. Saya tak kecik hati. Cuma kecewa je. Kecewa dgn diri sendiri. Sebab saya tahu diri saya tidak lah mcm nih. Saya tak mudah membenarkan org lain pijak2 saya. Lebih2 lagi hasil kerja saya. Ada satu kali tu, semngt saya hilang. Terus rasa kerdil. Kepala dah piker nak quit gak. Tapi sy diam kan aje. Sebab sekali bersuara nak quit, saya akn quit betol. Jadi saya diamkan diri. Sabar shifa… sabar..

Kemuncak kecewa saya adalah pada minggu presentation. Semua org nmpk saya boleh present dgn baik. Saya sedih. Malu pun ada. Sebab tahu hasil saya tak la seindah yg saya presentkan. Hasilnye tak la secantik yg digambarkan. Malu terima pujian org. Saya terasa mcm menipu semua org. Org lain nmpk result saya dah ok tapi tidak pada prof. Dan kalau prof kata tak ok, mmg tak ok lah tu. Jeles tgk org lain result sempoi je. Tapi ye la… sy tak memahami kerja diorg kan.

Senior2 saya yg lain habis plg cepat adalah 3 setgh tahun. Means 7 sem. Ada yg sampai 8 sem baru habis. Lama.. Saya tak nak tggu lama2 mcm tu. Saya nak habiskan jugak by this year, next year viva dan seterusnye grad! [yahoooo~~] Saya dah tak larat. Saya akan ikut je macam2 mana prof nak walaupun bertentangan dgn pendapat saya sendiri mahupun pendapat prof2 lain. Ikut aje lah. Dia prof yg bakal luluskan saya. Saya akn buat yg terbaik dalam apa yg prof nak. Setakat ni dah 3 jenis bahan saya guna, sekarang dia nak suruh tambah lagi satu bahan plus dia nak saya ukur sample org lain gak buat comparison dlm thesis saya nanti. Haihh~~ baik saya convert PhD terus kalau mcm ni. [Hehe~]Tapi saya nak buat PhD kat oversea.

Saya target nak dapat PhD sebelum umur 30 thn. Tak pun awal2 30-an tu dah dapat la PhD sebijik. Kepuasan kerja saya adalah dapat mengajar dan berkongsi ilmu dgn org. Harapnye karier saya pun ala-ala gitu gak la kot. Dah dekat 100 org ckp saya sesuai jadi lecturer sebab boleh memberi penyampaian dgn baik. Bercakap mcm bertih jagung. Berceloteh tak sudah. Sesuai la jadi pensyarah. Saya harap semua kata2 mereka tu naik ke langit dan malaikat pun mendoakan sekali…. Amin.

Dah.. dah.. cerita dah habis… Back to work~![sementara semangat masih ada...]

Monday, August 13, 2007

Kejayaan wanita~*

Hello kawan-kawan.

Saya tak berapa ada mood hari nih. Entah sape bikin saya rasa macam ni, sy malas nak amik tahu. Tak nak nanti ada yang jadi manga. Takpe lah. Menda yg lepas tu, lepas kan aje lah.

Last week pergi wedding org sana sini. Jumpa ramai member. Biasa lah tu. Tapi jumpa member2 ni part paling best biler dapat sembang2 kedai kopi tepi jalan tu. Macam2 citer keluar. Best2 la belaka. Saya tak ketinggalan mencurah juga story saya. Story biasa2 je lah. Yg biasa2 saya tulis dalam ruangan ni lah.

Yang menarik perhatian saya pada sembang kedai kopi tu ialah takrifan kejayaan seorang wanita. Berbeza2 rupanye. Hmmm…

Bagi sesetengah wanita/gadis/perempuan, kejayaan mutlak itu adalah apabila memiliki keluarga. Ini saya golongkan dalam family-oriented. Jenis yg mencapai kebahagiaan berkeluarga dalam mencari erti kejayaan dalam kehidupan.

Ada juga yg karier-oriented. Jenis yang mencari kejayaan hidup melalui pencapaian2 tinggi dalam pekerjaan dan karier. Family boleh kemudian. Jenis ni boleh la korg nak cakap workaholic. Kalau kerja kat opis tu tak siap, sampai masuk mimpi lah balik umah tu. Mantap kan…

Tapi ada sesetengah yang mencari lebih dari itu. Jenis yang mencari kepuasan tersendiri dalam perkara yg diorg buat dalam hidup. Aspek ni bukan sahaja meliputi kaum hawa, tapi jugak kaum adam. Boleh jadi apa saja. Jejak kaki ke gunung everest. Dapat tunaikan haji sebelum maut menjemput. Asal dapat buat perkara yg memang hendak dalam hidup nih, gerenti terasa mencapai kejayaan dalam hidup. Terpulang lah pada masing2 kan….

Tapi saya? Saya ada impian sendiri. Apa saya nak capai sebelum 30-an. Apa saya nak buat setelah 40-an. Dan pada saya, setiap insan yang berjaya mencapai impian, itu lah kejayaan sebenar. Kalau boleh, saya nak berjaya dalan karier dan juga keluarga… dan plg penting, berjaya dalam agama…. Korang macam mana~?

3 & 100%~*

You Are 3: The Achiever

You're confident and competent - with a lot of energy.
Eager to reach your goals, you are ambitious and competitive.

You are good at motivating yourself and motivating others.
You're also a charmer, with a great sense of humor.

At Your Best: You are kind, confident, and completely authentic. You are witty and full of life.

At Your Worst: You are insecure, narcissistic, and jealous.

Your Fixation: Vanity

Your Primary Fear: Being worthless.

Your Primary Desire: To be important and valuable.

Other Number 3's: Tom Cruise, Sylvester Stallone, Michael Jordan, Madonna, and Shania Twain.


You Are 100% Extrovert, 0% Introvert

You are as outgoing as they come
The life of the party, you're friends with everyone
You're a people person, and you are quite the entertainer
You love being around a crowd and acting spontaneously

Nice heh?~*

You Were Nice This Year

You Were 35% Naughty, 65% Nice

Okay, so you weren't *entirely* nice this year
But Santa doesn't expect a modern girl to be perfect
You were good enough - and you'll be rewarded for it


You Are Somewhat Honest

You do tend to tell the truth a lot
But you also stretch the truth on occasion
You figure a little lie isn't a big deal
As long as it doesn't hurt anyone too much!


You Have Low Self Esteem 16% of the Time

Which can be translated to mean, you have high self-esteem and a healthy sense of self worth.
You believe in yourself, and you know how to be the real you. You love yourself, imperfections and all.


Your EQ is 127

50 or less: Thanks for answering honestly. Now get yourself a shrink, quick!
51-70: When it comes to understanding human emotions, you'd have better luck understanding Chinese.
71-90: You've got more emotional intelligence than the average frat boy. Barely.
91-110: You're average. It's easy to predict how you'll react to things. But anyone could have guessed that.
111-130: You usually have it going on emotionally, but roadblocks tend to land you on your butt.
131-150: You are remarkable when it comes to relating with others. Only the biggest losers get under your skin.
150+: Two possibilities - you've either out "Dr. Phil-ed" Dr. Phil... or you're a dirty liar.

Sunday, August 12, 2007

My love life.. Revealed~?

Your Love Life Secrets Are

Looking back on your life, you will only have one true love.

Although you may have been hurt before, you tend to bring very little scars into new relationships.

It's important to you that your lover is very attractive. You like to have someone to show off.

In fights, you love to debate and defend yourself. You logic prevails - or at least you'd like to think so.

A break-up usually comes as a shock to you. You always think things are going well.

5 Factor Personality Test~*

Your Five Factor Personality Profile

Extroversion:

You have high extroversion.
You are outgoing and engaging, with both strangers and friends.
You truly enjoy being with people and bring energy into any situation.
Enthusiastic and fun, you're the first to say "let's go!"

Conscientiousness:

You have low conscientiousness.
Impulsive and off the wall, you don't take life too seriously.
Unfortunately, you sometimes end up regretting your snap decisions.
Overall, you tend to lack focus, and it's difficult for you to get important things done.

Agreeableness:

You have high agreeableness.
You are easy to get along with, and you value harmony highly.
Helpful and generous, you are willing to compromise with almost anyone.
You give people the benefit of the doubt and don't mind giving someone a second chance.

Neuroticism:

You have medium neuroticism.
You're generally cool and collected, but sometimes you do panic.
Little worries or problems can consume you, draining your energy.
Your life is pretty smooth, but there's a few emotional bumps you'd like to get rid of.

Openness to experience:

Your openness to new experiences is medium.
You are generally broad minded when it come to new things.
But if something crosses a moral line, there's no way you'll approve of it.
You are suspicious of anything too wacky, though you do still consider creativity a virtue.

Tuesday, August 07, 2007

Homemade Wawa~*

Yaaa.. sorry lah lupa nak layan tag wawa. hehehe~ ni update dua kali ni utk satu hari, so korg kena baca gak cerita kat bawah tu yah~
haa... amendanye wawa oi~~~~? hehehe~
(ni copy paste sajor dari Wawa.)

Right, let's play 'me and metaphores'!!!(Metaphore: in poetry, when something is being compared by something else)

1. When I'm happy I'll be ...~ singing happy songs in a shower.. hahaha~
2. When I'm sad, I'll be ...~ singing sad songs under the blanket... huhuhu~
3. When I'm angry, I'll be ...~ hot~? and sexy... muahahaha~
4. When I'm young, I am ...~ cute! haha~
5. When I'm old I'll be ...~ young at heart... hehe~
6. When I'm in love I'll be ...~ keeping it for myself now... ;p
7. When I'm in tranquil, I'll be ...~ sleeping! ;p
8. When I'm silent, I'll be ...~ eating or sleeping~ ;)
9. When I'm hurt, I'll be ...~ doing crazy stuffs. dangerous huh~? haha~
10. When I'm hopeless, I'll be ...~ useless. huhuhu~
11. My friends are ...~ living in this computer. hehehe ;p
12. My family is ...~ right outside watching Manjalara.
13. And myself is ...~ so kenyang that i feel sleepy. huhu~

Ok. My work's done here. And I tag semua orang yaang rajin nak jawab soklan2 homemade Wawa nih~ Enjoy~

PUTRA 9th~*

Bosan. Ngantuk. Kenyang. Malas.
Baru lepas makan. Tadi bapaknya lapar, rasanya boleh makan kuda sekor. I can even eat a horse, kata omputihnye. Tak kesah lah org apa nak kata apa, janji saya dah kenyang makan mee maggi cap adabi sebungkus je tadi. Makan sikit je. Maklum lah nak diet. Tapi bersama desert2 lain seperti keropok 10 keping, coklat 3 batang, yogurt 2 bungkus dan berkeping2 wafer coklat vanilla tadi. Padan muka tadi timbang naik 1 kg~! wahaha~ [errr… esok pagi nanti berat akan turun blk 1 kg kan? Kan? Kan? Huhuhu~] petang selasa ni patutnya swimming tapi malas. Titik. ;p

Ok. Itu mukadimah merepek saya kasi. Ni kesah sebenar nak update. Maklum lah, blog saya ni dah ada peminat baru. Saya di asak2 utk meng-hapdate. Takde menda nak citer, jadi saya citer je lah pengalaman saya pada minggu lepas.

Pada hari sabtu lepas [*nak feeling karangan budak sekolah*], fakulti saya menganjurkan seminar sains. Namanya Seminar Sains Putra 9th. Setiap jabatan mengambil bahagian. Jabatan kimia, biologi, matematik dan fizik. Jabatan saya diketuai oleh supervisor saya sendiri yg sangat ber’hemah’ lagi ‘sopan santun’. Setiap kata2 dia bagaikan ‘semangat’2 parajurit yg berjuang demi kemerdekaan Negara 50 tahun nih. ‘Sejuk’ telinga mendengar. Itu lah sebabnya, semua pelajar2 postgraduate 'berbesar hati' menyertai seminar tersebut di mana semua dgn ‘rela’ dan ‘suka hati’ mem-present hasil kajian masing2. Meriah sungguh!

Sehingga lah sampai giliran saya membentang hasil kerja. ‘Suka’nya saya Tuhan aje lah yg tahu. Maklum lah saya present depan boss sendiri. Boss sendiri lak tu ketua jabatan. Mati lah kalau presentation saya main2 lambang nanti drop his face downstairs. Dengan malunya, saya present kajian saya. Malu lah. Sebab saya tak standard mcm boss yg PhD. Baru merangkak2 bab present nih. Punye la saya cuak sampai ter jatuh muka saya kat lantai. Semuanye kerana laser pointer tuh. Ada ke pergi design laser pointer tu mcm remote control tv? Tak pasal2 saya tersalah tekan butang. Habis tersangkut LCD projector. Nasib baik tak design mcm joystick PS2. Kalau tak, dah tentu saya akan terus bermain game kat situ.

Habis present je, seronot betol tgk boss tepuk tangan. Maklum lah, selama semnggu saya disogok dgn kata2 ‘manis’ dia. Sy cukup down. Terasa diri lebih rendah dari cacing dalam tanah. Cacing pun tahu nak buat menda yg berguna dari sampah. Tapi saya? Terkial2 nak bangkit semula. Tu pasal habis je present, saya dah tak dengar dah tangan org lain kecuali tangan dia bertepuk. Lagi best tengok dia senyum2 sengih2 angguk2 takde geleng2. Nikmat betol. Terasa bagaikan juara. Terima kasih prof. Tak tahu nak cakap apa dah.

Oh ya, nak cakap terima kasih gak kat Farzaenee yg rajin amik gmbr saya walaupun saya tak suruh. Baik betol hati dia. Tapi ada lagi sorg budak yg baik hati. Merekod terus ckp karut saya kat depan dewan tuh. Trimasssss NAJAH….!(namamu dah berhuruf besar okeh~) Saya nak masukkan rekodnye kat sini tapi saya buta blog. Buta IT. Buta segala menda yg melibatkan alam blog nih. Tahu tulis dan paste dan publish je. Hehehe. Nanti lah saya belajar. Dah terror kang , saya masukkan kat sini ye kawan2.

Sebab kelam kelibut sgt dgn presentation seminar nih, saya hampir terlupa kawan saya nak kawen ahad tu. Nasib baik nadhra ada kasi msg tanya nak join ke idak. Dah tentu lah saya nak join! Kat putrajaya wedding nye. Gambar? Ayooooo… ni bab bukan tak reti nak masukan tapi malas. Nak kena bukak kamera tu, carik kabel usb nye lg, nak upload kat bakul foto lagi… so malas~ nanti lah biler saya dah rajin kang saya masukkan lah. Lagi pun korg sure dah muak tgk gmbr kawen member saya je kan. Entah biler la saya nak kawen kan. Tapi biler saya dah kawen nanti kang, saya akn taruk gmbr saya byk2 sampai korg muntah2 tgk. Muahahaha~


Alamak… citer manjalara dah start. Korg tengok tak? Saya makin suka pulak dgn watak Lara yg nak balas dendam tuh. Semoga Sahara akan jatuh tergolek2 kat kaki Lara nanti. Alaaa… mmg jatuh punyer, kalau tak jatuh kang tak dramatic pulak.

Ok lah. Rasa lapar la pulak. Huwaaaaaaa….. biler nak diet nih!!! Huhuhu~
Bye.


Alamak lupa pulak... Tahniah MAYEM @ IMRAN & AMIRA. Bahagia lah korg sampai ke anak cucu yah!

Wednesday, August 01, 2007

Hell this week~*

Its been a hell for me this week. Time minggu saya kena present je mula lah saya jadik giler tak betul minggu tuh. And its THIS week! Sabtu nih saya kena present paper utk UPM. Macam giler gak lah berjaga malam betulkan graf itu ini.

Pagi semalam saya ber’dating’ dgn prof saya. Tunjuk hasil saya. Dengan bahasa ‘sopan’nya, dia menolak hasil saya dengan 'baik'. Hmmm.. bukan nak kata menolak lah tapi teknikaly macam kurang setuju dgn hasil saya. Katanya nak kena buat perbandingan. Nak kena buat dalam air. Macam mana nak cakap yg measurement tuh tak boleh buat dalam air? Saya dah buktikan dah mmg data tak boleh collect dalam air tapi tetap dia kata, takde perbandingan dengan sample asal, so tak boleh nak kata tak boleh buat dalam air. haihhh... *sigh*

Kalau saya terus-terusan ber’argure’ dgn dia, akhirnye saya akan kelihatan bodoh di mata dia. [dah la mmg bodoh kan bab2 nih...] Apatah lagi rasa kerdil. Mmg terasa diri nih kecik je dari semut,cuma pijak tak mati je saya nih. Kalau ikutkan, semangat saya dah tahap brutally killed tapi Sabtu nih nak present dah. Ikut aje lah cara dia sebab dia yg nak luluskan saya. Nak pengsan dulu boleh?

Full paper utk seminar Putra 9th tak buat lagi. Powerpoint apatah lagi. Baru semalam submit abstrak utk join konferens MASS kat Johor. (johor lagi.. *sigh*). Konferens tu bulan November nih. Tapi kepala dah set siap2 utk menggila pada minggu itu nnt. Amik pengalaman gila habis2 minggu ni so that saya lebih tenang dalam menghadapi kegilaan utk MASS nnt. Dalam bahasa lebih sedapnye,gila dalam menyerap dan menyebarkan ilmu lah.

Kelantan akui tak pernah disisih Pusat.
Baca tajuk berita tu pun rasa nak termuntah dah. Tolong lah. Apesal lah kambing hitam bebenar paper Utusan nih? Kalau betol kelantan tak disisih pusat, apesal takde universiti sendiri? Bab air tu ha. Ummi dapat offer control air seluruh negeri Kelantan but decline sebab takde dapat peruntukan pusat utk pembangunan air kat sana. Mcm mana tu? Kalau bab2 negeri kampong halaman ku disentuh dalam paper2 utama nih, lebih2 lagi nak cakap Kelantan membangun bersama Pusat, cepat aje darah saya menyirap. Cheh! Macam karipap! Semua cerita tu tak betol. Hampeh-gas la semuanye…! Sudah la… Tinggal saya malas je nak ulas lebih2 kang saya kena join ISA, sape nak tolong presentkan paper research saya kat johor tu~? Cis!

Pilihanraya tak lama lagi. Kengkawan yg dah umuq 21 thn dah boleh mengundi. Cepat2 lah berdaftar. Walupun tahu je sape2 kita undi nnt, Barisan N*r*ka gak yg akan menang tapi at least tanggungjawab kita memilih pemimpin yg betol dah terlaksana. Takde lah nak menjawab kat akhirat besok, nape pilih pemimpin tak betol? Ha... Sape nak tlg jawab nnt~?

Lagi satu hal dgn rancangan bintang reality nih. Ada 2 je rancangan reality yg masa saya mula2 tgk tu saya tak rasa ralat sgt iaitu AF dan Malaysian Idol. Sekarang ni dah berlambak2. Naik muak dah jugak. Kesian tgk peserta2 tuh jadik kambing hitam dek stesen tv yg nak kaut untung tuh. Plg kesian tgk mak bapak berdiri bangga sebelah anak demi menyokong ‘karier’ anak2 mereka. Tengok anak terkinja2 atas pentas. Melalak sampai nak terkeluar anak tekak. Bangga betol. Belajar anak entah ke mana. *sigh* Sy plg simpati dgn mak bapak peserta realiti budak umur 12thn tu. Anak tgh belajar vocal, walhal UPSR tak lama lagi. Giler tahap kentang lah mak ayahnya punyer didikan~! Semoga dia berjaya.

Ok. Minah tuh dah habis measure sample dia. My time now. I have to go tapi semua wajib baca ayat di bawah…

“Ya ALLAH ya Tuhanku,Daku memohon agar Shifa mampu habiskan semua measurement dia secepat mungkin dan memuaskan hati Prof dengan hasilnye nanti. Semoga Shifa segera menyiapkan full paper, slide presentation dan membuat presentation sebaik mungkin serta ditutupkan hati sesiapa untuk menanyakan apa jua soalan2 sewaktu pembentangan papernye nanti….”

AMIN~!!!!
Terima kasih ye semua kerana mendoakan saya~ ;D
PS :- Yaaa.. kena tag dgn wawa ke? Tak perasan lak. Nnt akak buat ye.. Setelah akak kembali normal nanti.