Friday, January 30, 2009

LA stands for Louisiana~*

Haa... aku dah dapat berita dah.. aku bukannya pergi Los Angelas for field assignment but i'll be going to Louisiana instead. (sape suruh code dia LA... surely la org tafsir as Los Angelas kan? cheh.).. and aku akn meredah swamp kat sana..

3 minggu.. 3 minggu... 3 MINGGU redah paya~?? look at the brighter side.. nak gi toilet tak yah korek lobang... or possibility nak makan ikan tuh tinggi.. lain dari tu... hmm.. jejaka kacak bermata biru? cheh~ semua ke'cute'an mereka sudah tidak berguna tatkala aku kena redah swamp dgn berjalan kaki sambil bawak kabel dan geophone utk merekod data sismik.. sambil merasa pacat lintah versi USA punyer.. bapak besau gamaknye.. versi ular pun dah tahap anaconda, ni kan pulak pacat lintah.. mati kering lah aku disedutnyeh.. ahh~~ segalanya dugaan.. rintangan.. cabaran.. (gulp~)

ni lah kata org kalau nak berjaya, kena bermula dari bawah.. mmg 'bawah' betol...

apa2 pun, hari isnin ni aku ccooottteyyy~~ yahoo dot com!

oh ye, aku dah tengok citer Inkheart. Brendan Fraser berlakon.. cerita tu penuh adventure yet the story plot dia agak lemah (aku consider lemah biler ending dia kita boleh agak sendiri) but still recommended to watch.. Bedtime stories? Highly recommended to watch sebab citer ni aku boleh gelak tak hengat dunia...

Ok. Tu je. Dah.. balik2~! (buat mereka yang masih di pejabat...)

Thursday, January 29, 2009

Kenang daku dalam doamu~*

Helo semua org..

So chinese new year dah habis.. i mean cuti dia lah.. cuti raya cina adalah waktu yang best untuk shopping sebab harga boleh turun sampai 70%.. betol.. percaya tak aku baru beli hush puppies harga rm200 plus plus dengan harga rm50 plus plus je? tak caye? aah.. itu aku tipu.. tapi diskaun tuh ada larrrrr..... hehe.

selama ni aku menyumpah org pakai credit card.. basicly sebab credit card ni bentuk hutang yang tak best.. tapi last2 bila aku jugak yang apply credit card ni atas sebab tertentu, baru lah aku nampak ke'best'annya.. patut lah orang takde duit pun nampak mcm ada duit.. habis la aku main swipe je credit card cuti raya cina hari tu.. kasut, digital camera, beg travelling yang gedabak (bukan samsonite kerana aku masih waras), baju best2 (note : klcc), semuanya aku bedal. tular, sape suruh sale byk2, kan aku dah swipe tak hengat dunia (note : kedai yang bersalah, bukan aku).. niat asal nak guna credit card di waktu kecemasan di US nanti.. tak sangka pulak aku dah kecemasan dari malaysia lagi.. tak tahu lah apa bentuk kecemasan yang bakal aku harung kat tempat org nanti.. mampus!
takpe2.. balik je dari sana nanti, aku byr segala piutang and terminate credit card ni.. ngeri aku dibuatnya.. (yo lar tu.. pastu apply hok laing..)

haa.. lupa nak cakap. aku dah beli digicam.. (eh dah cakap tadi kan?) so basicly, boleh lah aku upload gambar2 karut dlm blog ni.. kalau tak sebab bos sini nak aku mereport segala kerja buruh aku kat sana, jgn harap lah aku nak beli.. tapi best jugak, boleh lah aku meriahkan rupa blog aku yang dah makin malap-background-tak-pernah-tukar ni.. malas lagi pun.. taruk gambar sudey..

Awal bulan depan berangkat gi Houston.. tiket semua dah dapat.. bunyik mcm best.. tapi tak best biler pergi sana sebab kerja.. selama ni pun aku rasa org yang dapat gi obersea ni mcm best je.. lawat tempat org.. tengok negeri orang.. tapi biler aku jadi mangsa yang bakal pergi, aku rasa.. cuak pun ada sebab aku pergi sana kerana kerja. training 3 bulan.. pastu yang aku lagi cuak tu sebab ada field assignment 3 minggu.. part ni part yang org tak berapa suka (dan mungkin ada yang suka sebab diorg pergi tempat yang best! cth : Alaska).. Field assignment aku pulak kat Los Angelas.. for 3 weeks only, then back to Houston.. bunyi macam best tapi rasanya aku kena pergi tempat yang desert tu.. ( eh LA ada desert ke?) sebab kerja aku ni melibatkan kawasan yang bergurun sahara atau tempat yang isolated.. bukan tempat yang bertamadun.. i expect its gonna be bored yet hectic coz i might be the only small asian gurl yang terkedek2 bawak dynamite nak bom kan tanah.. harhar. pastu nak kena ready kan report on the spot dgn laptop and kamera in hands plus kena buat reading seismic data.. harhar. (mampus aku exagerrate citer but i'm expecting the worst).. and please note, aku sorg je melayu, sorg je muslim kat situ, trainee cikai lak tuh and probably, the only girl involve? (like i said, expect the worst-gulp!) ok.. over lah tu biler pikir takde pompuan langsung (maybe ada 2-3 org) but definitely, aku sorg je yang pakai tudung kat situ.. then aku nak makan apa? korg tgk citer hollywood yang tengah2 jalan yang tandus tanah kiri kanan tu tetiba je ada kedai makan that comes out from nowhere, kan? i dont think tempat2 mcm tu serves ikan sangat. so aku bedal sayur lah tetiap hari? siap la aku jadi sayur lepas tu. ( read : kurus! yeayy~).. memang ikut pengalaman org2 yang lepas, mmg turun 6-7 kg kat situ je. tu belum lagi aku citer part tandas.. takkan aku nak korek lobang tiap2 kali kot? 3 minggu tuuu... tu pasal aku borong wet wipes setroli dari sini (cheh.. macam sana takde jual... buat berat beg je).. lak tu belum tentu aku pulih dari jetlag sebab gi LA one week after arrival.. Kerja buruh tengah2 gurun sambil jetlag? Pastu solat lagi? aaaaa... semayang mesti utama, walau susah mana.. pergh.. dugaan giler.. huhu. so, in my case, sesapa yang terasa nak ucapkan 'bestnya-awak-dapat-pergi-jalan2-obersea', you might wanna think twice.. pastu biler balik Mesia nanti, brg souvenir lagi byk dari brg aku.. senang2 aku bawak balik batu batan dari gurun tu pastu aku conteng2 la sket ala2 pattern mcm brg souvenir dari kedai.. agak2 adik2 aku perasan tak? harhar.. sape nak lagi?

aku harap isolated area yang bakal aku pergi nanti ada internet.. sebab boss kat KL ni nak aku mereport tetiap minggu siap dgn gambar lagi and boleh la aku update blog ni live dari sana.. cerita perit jerih kerja kat tempat org yang disangka best ni.. saja aku nak expect the worst so that biler sampai sana and biler aku dapati ianya best rupanya, aku akan meng'henjoy'kan diri.. heh. maybe i'll open up another blog khas mereport kerja2 aku dari sana. it's gonna be official and i don't have to update twice. (takkan aku nak bagi boss baca blog karut aku ni kot..? mampus!)

apa2 pun, harap ada yang sudi mendoa kan aku selamat (terutama imanku~). bak kata org, kenang daku dalam doa mu..


Wednesday, January 21, 2009

Kerba, kerla & Syurga dunia~*

Still in the office. Dah nak masuk Isyak. Kejap lagi nak balik. Tetiba lak ada mood nak update blog.

So far kerja ok. Best je. Duduk depan PC and pilih halaju yang sesuai pada graf. Kerja org fizik. Bunyi senang sebab aku nampak kan bunyi nya senang. Supaya orang tak takut dengan kerja ni. Pada aku, kerja kena ada minat, baru lah menda susah pun jadi senang. Macam sekarang ni, kerja aku sangat lah mudah. Heh.

Hari ni aku baca paper Barrack Obama dah angkat sumpah jadi preseiden baru. Ke-44. (kan?) means semalam lah dia angkat sumpah. Tahniah lah Obama. Moga anda menjadi presiden yang lebih baik dari yang sebelumnye. Ramai yang mengharapkan anda. Termasuk saya. Moga anda bedil askar Israel kat Genting Gaza tu. Rasanya itu lah menda pertama yang perlu anda beri perhatian. Bukan atas dasar Palestine tu penduduk majority nya Islam tapi atas dasar keperimanusiaan yang dipancarkan jelas dari personality anda. Saya mangharapkan anda. Makcik dan jiran saya mengharapkan anda. Guru tadika saya pun mengharapkan anda. Senang cerita, satu dunia mengharapkan anda. Thank you in advance.

Frankly, aku tak ikut sangat kempen pilihanraya kecik kat Tganu tempoh hari. Yang aku tahu, persaingan sengit masa awal2 tu. Tahu2 lah segala jentera BN guna utk kempen depa. Last2 apa pun tak guna biler majoriti undi dimenangi dek org PAS dengan kelebihan majority 2000 plus plus. Banyak tu. Kalau campur dgn undi rosak pun, baru 600 plus plus. Terror lah org Terengganu dah bukak mata. (ke dah lama bukak mata tapi dibenam dek org2 BN?) Setakat yang aku tahu, setiap pilihanraya kecik yang dibuat setakat nih, semuanya dimenangi PR. Aku harap lepas ni akan nada banyak lagi pilihan-pilihanraya kecik. Biar PR menang teros. Heh. (Bermimpi lah anda.)

Frankly nya lagi, aku dah lama sangat tak ikut butir bicara politik. Rindu kdg kala menerpa tapi apakan daya, diri ini sudah tidak mampu lagi berpura2 rajin di depan boss. Kerja kat tempat baru ini mendorong aku menyiapkannya jugak walapun terpaksa berpura2. Dalam pura-pura, aku siapkan kerja. Eh.. means aku kerja tak pura2 lah kan. Sebab kerja siap. Hah! Apa aku merepek ni? Ish..

Meh aku citer beza tempat kerja baru (KERja BAru-KERBA) dengan tempat kerja lama (KERja LAma-KERLA – Aku malas nak naip pepanjang). Pertama sekali, kerla company local and kerba multinational company. Ha tu lah bezanya. Besar beza tu. Culture kerja pun beza. Aku pelik nape kerla aku tak mcm ni. Kerba ni sempoi tapi kerja berjalan dengan professional. Kerla pun professional jugak tapi perlu motivation berlebihan utk kerja dgn professional. Maybe kat kerla aku dulu, minat kureng kot. Kat kerba ni, minat aku dtg bergolek sendiri. Org tak suruh study pun aku dah siap buat nota satu buku log. Nota2 aku print out and buat buku setebal beratus mukasrat. Takde org bising aku nak guna printer byk mana. Sesuka hati. Tak mcm kerla aku dulu. Nak pakai printer pun nak kena jaga hati org lain. Sebab nak kena tahu brg mana guna duit project sape. Kalau tak geng dengan project tu, ada unwritten rules seolah ckp elakkan dari guna barang tu. Kat kerla aku dulu, org suruh study literature review, separuh buku log pun aku tak penuh. Sebab aku buat nota menulis. Nak print out tak berani sebab asal lebih 10 page je, org cot cet ckp tak sedar diri guna brg org. Cheh. Tak sedar ke org2 itu berada di bawah satu bumbung company yang sama? Dapat duit project, tak leh sharing2 ke? Takat ink printer, berapa titik sgt lah aku guna. Itu pun nak berkira? Malas betol.

Pastu aku tak suka kerja yang byk meeting. Kerba aku ni tak meeting sgt. Meeting dgn klien je. Itu pun klien mcm dtg sebulan sekali jek. (maybe sebab projek tak berapa rancak kot) pastu tak payah nak report mereport kat supervisor progress kita setiap minggu. Kecuali kalau project leader lah. Kuli mcm aku ni, buat kerja sempoi pastu antar je kat project leader. Kalau aku salah buat, project leader yang kena. Pastu project leader aku ni sempoi semcm je, tak pernah marah aku salah buat kerja. In fact, dia kata aku kerja laju. Means kerja aku buat ahead schedule. Oh itu petanda bagus lah kan? Dan aku tak perlu berhadapan dengan muka2 org ingt aku nak mengampu boss. Takde istilah bodek mengampu sogok amik hati boss kat sini. (setakat yang budak2 ni cerita lah) Sape2 perform, dia boleh naik tanpa org dengki jahat. Yang ada, dengki baik iaitu biler seseorg tuh naik, dia dijadikan idola utk terus memajukan diri msg2. Professional. Macam best je.

Tapi aku bukan nak kata kerba aku ni perfect. Ada gak kurengnya. Baru2 ni company kerba aku ni buat survey. Aku tak masuk suvery tu sebab dia buat last year. Aku baru masuk this year. So they all present conclusion survey tu last week. Yang plg tak best sekali is pay & benefits. Semua org dlm company kerba ak di seluruh cawangan asia pasifik ni tak puas hati. Aku senyum je. Gamaknya diorg ni tak pernah terjun dalam industry yang dapat payment lagi sikit kot. They all dok compare payment & benefits company ni dengan company pesaing. Memang company ni kedekut sket lah tapi as for me, aku bersyukur dah. Sebab aku bukan tengok kekurangan yang ada pada company ni tapi lihat pada kelebihan yang ada. Working environment. Culture. Team work. Semuanya lagi best dari kerla aku dulu. Even pay & benefits pun aku puas hati sebab industry oil & gas ni lebih byk compare to other industry yang aku dah cebur. Setakat ni aku dah cebur industry pendidikan dan industry penyelidikan. Come on lah guys. Be grateful of what you have cause ramai lagi luar sana yang dapat cinonet je. Lagipun harta dunia bukan boleh bawak masuk kubur pun. Harta syurga lagi syok. Itu pun kalau pandai jaga iman lah. (Gulp!)

Oppss… lupa pulak syurga diorg hanya di dunia sahaja…

Monday, January 19, 2009

Dear me~*

How can we value others if we don't value ourselves..
And if there is only one person that should be appreciating us the most is... OURSELVES.

Happy Birthday dear me~*

PS- Thank you all for the wish...

Friday, January 16, 2009

Yeay.. dah boleh publish~*

Good. Boleh pun publish. Actually entry bawah tu adalah entry utk hari ketiga aku kerja kat company baru ni. Hari tu tak boleh publish. Mengong. Tapi sekarang dah berapa lama dah… dah masuk hari ke-14 . Owh dah 2 minggu. Nasib baik hari ni boleh publish. Boleh bubuh 2 entry sekali gus. Keyboard ni pun aku dah dapat yang baru. Tak sakit tangan lagi. Taip pun dah laju lagi. Boleh lah aku sembang panjang.

So visa US dah dapat. Training schedule pun dah dapat. Satu je menda tak best. Aku ada field assignment. Masuk hutan 3 minggu. (Kau ingat best ke,Hana?) Aku dapat group land acquisition. Amik data sismik on land. Which part of the land pun aku tak tahu tapi yang aku tahu, kat tanah US jugak. Member aku sorg lagi pergi marine. Naik kapal. Offshore. Kat Mexico. Aku onshore. Habis. Offshore boring giler tapi onshore susah giler. Habis lagi. Geng lain yang buat field assignment on land acquisition jugak tu separate pergi Tanusia (betul ke eja ni?) & Alaska. Tak nak aku pergi mengamik data sismik kat gurun sahara atau kat kutub utara tu. Aku lebih rela masuk hutan. Tidur dalam khemah bersama beruang2 hutan Amazon (agaknya lah kot). Huhu. Nanti aku tangkap gambar bersama beruang dan bubuh kat sini. Plus boss sini nak aku mereport project assignment kat sana. Uish. Kena prepare. Plg aku risau sekali, mcm mana aku nak semayang kat hutan situ? Konfirm aku sorg je muslim. Perempuan lak tu. Ada sesapa reti solat dalam hutan? Tolong ajar aku. Arah kiblat nanti aku beli compass.

Basicly, itu lah kerja aku biler nak gerak gi training kat Houstan nanti. Overall 3 bulan. Akhirnye ada jugak cerita best aku boleh kongsi dengan korang. Kalau tak, selama ni citer aku semua bohsan2 belaka. Computer pun muak tengok muka aku.

Esok nak balik rumah. Ahad ada makan2 gather2 dengan budak2 sekolah. Tak tahu nak pergi ke tak. Rasa nak pergi tapi nak rehat kat rumah. Penat lah kerja. Nasib baik kerja baru ni best. Penat2 pun rasa puas hati sebab pekerjaan ini serasi dengan kita. Ecewah. Company baru ni multi-national so segala bangsa ada kat sini. Malay is not the majority in this office community. Ada china, india, france, american and british people (main hentam bubuh american and british coz aku tak tahu nak bezakan diorg). Belakang aku mat salleh ni tak digemari ramai coz dia terkenal sebagai pressuring org. Ewah. Baru masuk dah ngumpat boss org. Tu sebab aku tak tulis nama, kang ada yang terbaca, habis. Heh. But I do look forward to work under him coz diorg ckp sape2 yang kerja bawah mat salleh tu jadi cepat pandai and cepat naik. Cepat naik means gaji pun naik. Haha. Aku kerja nak gaji banyak. Walupun company baru aku ni dikenali sebagai company kedekut tapi aku tak kesah sebab company lama aku lagi kedekut. Uish uish. Tak cover betol. Hah, apa nak cover. Sah2 tadi video conference tunjuk staff tempat baru aku ni tak puas hati dengan pay & benefits. Satu dunia tengok. Company lama pun sama. Pasal gaji, ramai je yang tak puas hati. Kesimpulan : Mana2 company pun takde orang yang puas hati dengan pay & benefits. Kesimpulan lagi : Bukak la company sendiri. Banyak bunyi pulak.

Senang cerita, bersyukur lah dengan apa yang ada. Habis cerita.

PS- eh chop chop… esok pilihan raya kat parlimen Terengganu eh? Yaa… lama dah tak baca berita.. can anybody update me?

Me back~*

Hai..
Told you I’ll be back. (bapak lah susahnya nak menekan keyboard ni. Siap esok aku nak mintak keyboard baru)
Basicly I’m still in my office. Yup. New office. Like a new year, I shift to my new job. These couple of days, I did my literature review. On my own. Mana taknya, orang2 kat sini semua dah familiar dengan geology, aku ni habuk pun tarak. Kena lah rajin baca basic. 3 hari ni, tebal dah nota log book aku. Ecewah. Tapi entah aku reti apply entah idak. Aku orang fizik. Basic teori fizik aku reti lah. Campur sket dgn baca2 pasal batu batan dan structure tanah, cukup syarat lah aku tahu sket2 pasal geology. Maka boleh lah aku nak reti nak proses data sismik. Perkataan sismik pun aku baru dengar biler nak masuk interview hari tu. Sebahagian dari proses nak kenalpasti struktur tanah. Pstu klien mcm Petronas pandai2 lah detect tang mana yang ada minyak. Ish. Tak reti aku. Baru reti seciput je ni. Tapi cukup syarat lah nak dipanggil Geophysicist. Aah. Tu lah kerja aku sekarang. Opis kat KLCC. Tapi aku bukan kerja dengan petronas tapi dengan CGGVeritas. Sape pernah dengar nama company ni, aku belanja air sirap limau. 2 cawan. (orang2 yang kerja dgn CGGCeritas dikecualikan specially kau hana~)
Oh ye, awal bulan depan aku chow gi Houstan. Training. 3 bulan. Sabtu Ahad pun training jugak, so jgn aku harap nak enjoy enjiy. Terutama orang2 yang kirim2 barang. Kirim air liur, aku balik nanti dapat air liur jugak lah. Esok baru nak pi bayar visa US kat bank. Interview 2-3 hari lepas tu. Nama panjang aku harapnya tak suspesyes lah kat diorg especially biler nama aku ada bunyi2 arab sket. Dah lah Gaza baru kena bom. Tak nak lah embassy US bom aku pulak.
Ni ada citer lawak hari kedua. Kanak-kanak jangan tiru ni di rumah. (Kids, don’t try this at home) Disebabkan keja aku sekarang adalah baca baca dan baca, maka pada petang hari kedua, aku tertidur depan PC dengan pen yang masih di tangan dan contengan aku yang mcm org mengantuk (read : aku rajin sebenarnya) Nak dijadikan cerita, boss kantoikan aku tidur. Dia yang tolong kejutkan aku. Pergh. Menyirap darah aku tengok dia yang tolong kejutkan. Dah la baru hari kedua. Aku terangkan aku tak sengaja tidur (sambil menunjukkan pen aku yang masih di tangan sewaktu dia kejutkan). And dia faham lah sebab kerja aku baca je. Macam orang2 nak amik exam tu. Bezanya aku tak minum Nescafe or coffee. Pastu biler aku tunjukkan log book aku yang penuh contengan nota aku membaca, dia cakap bagus bagus (Aah. Dia repeat bagus tu 2 kali). Pergh. Nasib baik. Maka aku tercover. Tercover bahawa even aku tertidur pun, kerja aku masih berjalan dengan bagus sekali. Haha. Esok nak tidur lagi.
Jadi itulah kerja aku sehingga ke hari ke-3 ni. Lenguh tangan aku menaip sebab keyboard ni keras. Tulis padam tulis padam. Penat.
Maka dah. Bila-bila aku bercerita lagi. Chow.

PS- Salam Maal Hijah 1430.
PPS- Owh dah masuk tahun 2009 ke? Sorry tak tersambut.