Thursday, July 30, 2009

Bila boring, kita menulis~*

Esok jumaat. Yeay. Hujung minggu kembali berkunjung tiba. This week baru rasa lega sikit sebab tak buat apa. Free. Nak cuci kereta macam biasa and tengok wayang dengan kazen. Then penuhi hari-hari minggu dengan tidur dan tengok tv. Macam biasa. Bahagia.
So next week dengan rasminya aku akan masuk project baru. My company just got this tender from a Swedish company and we never deal with them. Kiranya new client for the company lah. Rundum-rundum economy negara pun, project yang masuk boleh tahan kencang.Project area melibatkan kawasan Sabah & peninsular Malaysia. Area nama Kudat & Siagat. Kudat aku tahu kat Sabah tapi Siagat kat mana eh? Katanya kat peninsular Malaysia. Orang Swedish tahu Siagat kat mana, aku yang duduk Malaysia bertahun ni pun tak tahu. Harhar.
Hmmm… Banyak baca berita. Nak ulas satu2 tapi malas. Sakit hati baca berita media2 berkiblatkan UMNO ni. Membodek tak habis2. Memutar belit tak habis2. Menggula2 kan rakyat tak habis2. Paling sakit hati, minyak nak naik balik bulan depan or depan or depan depan lagi. Teringat masa aku kat US dulu, diorg pakai minyak cikai je. Takde lah gah berkualiti macam minyak kat Malaysia. Elok je aku tengok kereta depa. Kereta besar2 lagi tu. Negara kita je yang mengada nak guna minyak lebih berkualiti lah apa lah. Walhal kereta takde apa pun. Its like bagi orang makan ikan Siakap masak masam manis and ikan sardine masak dengan belimbing besi. Memang lah ikan siakap lagi sedap tapi bukan makna kita tak boleh hidup dengan ikan sardine. Sardine sedap jugak apa. Orang boleh hidup jugak. Dan bukan semua orang suka ikan siakap (tak termasuk aku). Tapi kerajaan mengada jugak nak bagi semua2 orang makan ikan siakap, habis orang yang tak mampu beli tu? Pergi kerja naik basikal lah jawabnya.
Pastu yang aku geli hati jugak is 11 hadiah yang kerajaan nak kasi. Amenda ntah aku dah lupa sebab rasanye aku boleh nikmati dalam 2-3 je dari 11 hadiah tu. Pastu boleh pulak main-main diskaun utk pengguna tol. Ape ke hal? Potong lah terus. Bukan semua orang boleh guna diskaun tu. Kena ada syarat amenda ntah baru boleh nikmati pemotongan tol tuh. Haha. None of my concern anymore sebab aku dah pindah duduk KL dengan makcik aku yang rumahnye sekangkang kera je dari KLCC. Hari2 hujung minggu je lah aku balik Bangi tu. So duit minyak pun limaploh je untuk 2 minggu. Kalau naik sikit pun, maybe naik namploh je lah. Haha. Duit minyak keta naik sploh hengget pun nak bising! Cheh.
Tak tahu nak tengok cerita Transformers ke Harry Porter minggu ni. Both reviews I got from my friends are not so inspiring. Siap ada yang kata kalau nak eksyen-eksyen je, tengok lah Transformers tapi kalau nak yang not-so-eksyen, tengok lah Harry Porter. Member aku cakap, jangan menyesal kalau tertidur tengok Harry Porter. Waktu tayangan pun aku tengok almost 3 hours or maybe 2 jam lebih. Ye ke harry Porter that boring? And ye ke Transformer begitu ntah-apa2-eksyen-je-lebih? Ni dah buat aku konpius nak tengok yang mana. Tiba-tiba ada feeling nak nyanyi lagu P.Ramlee “Yang mana satu, idaman kalbu” Haha. Susah2 sangat, aku layan cerita P.Ramlee je lah nanti.
Petang ni patutnye nak pergi gym tapi gila malas. Member ajak pergi dance then tiba-tiba tak jadi pulak. Kepala dah tune nak join dia tapi bila dah tiba2 tak jadi pergi ni, kepala aku mula lah merewang nak pergi shopping. Tapi nak shopping beli apa eh? Harhar. Gila ah kalau korang percaya aku boleh tertanya macam tu. Sejak bila aku tak reti shopping nak beli apa? Sah2 aku nak beli oil burner and aromatherapy relaxing oil, nak kasi wangi and relaxkan satu pejabat. Then nak beli donut big apple. Nak makan satu bijik je sebab tak nak sia-siakan kalori yang aku dah bakar this week. Pastu nak usha slack hitam kat Ti:Zed (boleh teka aku nak gi mana?) Then nak beli cereal taruk kat opis so that aku tak terliur lagi tengok nasi lemak pagi2 atas meja pantry opis tu. Kalau tengok cereal, terpikir lah nak breakfast dengan sihat kan. Heh~ And the shopping list goes on.
Owh.. bila lah waktu pejabat nak habis ni… *menguap*

Tuesday, July 28, 2009

Hari kerja~*

Boring ah. Kerja banyak. Tapi boring nak buat. So update blog jap. (Feeling boss pergi meeting. Muahaha)

My batuk dah ok. Hidup dah kembali normal. Tiap2 pagi hadap orang2 dalam tren yang macam ikan sardine tapi sekarang dah macam tak kesah. Oh ye, did I told you guys that I witnessed some sexual harrassmant right in front of my eyes? Sure korang nak tahu tapi aku malas nak cerita detail. Haha. Tak guna berceritera pasal jantan tak senonoh ni. Yang pasti lepas ni, aku tak nak lagi dah buat anggapan yang menda2 ni berlaku pada pasangan suami isteri dalam tren LRT. Kot ye pun laki bini kan, takkan nak buat aksi dalam tren kan? Asal aku nampak je, tiada ragu2 lagi dah nak tegur. Aku terjah je bagi salam kat akak tu and tanya if she is ok or not. (dan rupanye kakak tu tak kenal pun jantan tuh. Keluar je tren dia menangis2 cerita apa jadi. Menyesal aku tak tolong. Ingatkan diorg laki bini.) Dan aku tak kan ambik pusing dah mana2 muka laki yang sedang nikmat tuh. Hish. Geli. Tak senonoh betol. Dah. Korang jangan tanya lebih-lebih.

Huaarrghh.. *menguap* mengantuknya… Ni gara2 McD breakfast lah pagi tadi. Setelah sebulan lebih tak makan McD, bila sesekali badan mintak McD, kesian pulak kalau tak kasi. Siap mimpi2 lagi malam tadi. Kiranye strong signal from my mouth, body and soul that I want McD! Mengidam. Muahaha. Hati senang. Perut kenyang. Tengahari ni nak pergi tidur. Tidur sunat. Mata kepala pun relaks. Petang karang takde lah ternguap2 nak buat kerja. Pastu minum petang, then balik! Hari2 kerja macam ni. Owh terasa indahnya hidup. Eh lupa pulak. Hari ni kena pergi gym.

OK. Dah lunch hour. Chow!


Wednesday, July 15, 2009

LRT~*

Salah satu my rutin setiap hari adalah naik LRT ke ofis. Dari Jelatek ke KLCC. Kalau dah hadap LRT setiap hari nih, means aku mengadap gelagat manusia pelbagai ragam lah setiap hari.
Waktu puncak LRT jadi macam sardine dalam tin adalah antara jam 7.40pagi ke 8.10 pagi. Aku anggap ni waktu puncak sebab ini lah waktu aku datang ke stesen LRT. So waktu lain aku tak tahu. Hehe. Tapi yang pasti kalau nak naik LRT waktu tak ramai orang adalah antara waktu 7.45pagi hingga ke 8.55pagi. time ni tren dari Gombak akan dikosongkan and it will go straight to Setiawangsa station. Oh memang sedap lah orang2 yang datang dalam pukul 7.40pagi dari stesen Setiawangsa tu. Tren kosong! Aku pun sedap jugak kalau ada kat Jelatek sebelum 7.45 pagi. Tak yah nak berhimpit bawah ketiak orang.
Biasanya tren kalau sampai KLCC memang berhenti lama sikit. Sebab orang ramai turun and naik dari KLCC ni. Tapi tadi pagi ada jantan mana entah datang dari belakang aku dok tolak2 tak sabar nak turun, takut pintu tren tertutup awal2. Sedap je dia himpit aku dari belakang. Orang depan aku pun nak keluar jugak. Aku pun nak turun KLCC jugak. Apalagi. Dapat free sound from me. “Abang, saya pun nak turun KLCC jugak, boleh sabar tak?” walaupun aku cakap lembut tapi sebab my husky voice dek kerana batuk yang tak baik2 lagi, I make it sound like sharp and deep. Tak pasal2 jadi tayangan free bila orang keliling pandang cari suara pengacara hantu mana yang bercakap tuh. Haha. Malu memang malu tapi aku lebih pada rasa bengang dengan mamat yang tak sabar nih. Aku rasa dia lah yang lebih malu sebab aku sound menda betol. Makcik sebelah tu pun siap jeling ‘padan-muka’ kat mamat tu sebab makcik tu pun jadi mangsa tolakan laki tu. Have no idea apa reaksi mamat tu sebab I didn’t look at his face after that. Takut2 kang dia pukau ke apa kala bertenteng mata ni. Bahaya. Tapi aku rasa dia dengar lah cakap aku sebab lepas tu aku tak rasa kena tolak2 lagi dah. Huhu.
Well, itu satu kesah. Sebelum aku kenal pasti wujud tren kosong dari setiawangsa jam 7.40 tu, macam2 style waktu aku datang nak elak masuk tren tin sardine ni. Aku tak kesah kena himpit tapi kesah kalau berhimpit dengan laki. Hendak2 jenis yang tinggi angkat tangan tu. Uish. Geli. Sampai satu tahap, aku sanggup naik tren dari opposite direction and patah balik ke Gombak and baru tuju balik ke arah KLCC. Jauh la sikit tapi at least aku dapat tempat duduk and boleh lelap mata seminit dua. Jelatek ke KLCC just 15 minit je tapi kalau Jelatek patah balik ke Gombak then ke KLCC balik, takes about 35 minit. Reason yang membuatkan aku sanggup ikut jalan jauh ni is when I encounter pengalaman yang tak dapat dilupakan. (ayat karangan UPSR pulak. Haha)Bila aku terpaksa berhimpit dengan seorang makcik yang berbau sungguh ‘harum’. Pagi plak tu. Macam mana lah boleh jadi se’wangi’ tu. Toksah cerita lah macam mana aku berhimpit dengan dia. Rasanya sepanjang tu, aku tarik nafas tak sampai 5 kali kot. Nasib baik makcik tu setakat dua station je. Fuh. Ngeri pengalaman tu. Then that’s it lah. Esoknya terus aku ikut jalan jauh. Jelatek-Gombak-KLCC. Dapat tempat duduk plus tak yah duduk bawah ketiak orang or tahan2 nafas lagi. Lega.Tapi sekarang, aku dah mahir kejar tren kosong dari Setiawangsa ni. Memang kena ada sharp before 7.45pagi. Tak boleh 7.47 or 7.51pagi. Kalau terlebih, sah aku naik yang opposite direction. Ikut jalan jauh. Tapi biasanye sempat lah. Naik tren non-tin-sardine ni pun satu hal jugak. Orang suka nak penuh kawasan depan pintu. Kawasan yang dalam2 tak nak penuhkan. Kesian orang lain yang tak dapat masuk sebab area pintu dah penuh. So biasanya when I enter, akan terus pergi ke tengah. Luas dan lapang dan menghirup udara segar pagi hari. No himpit2. No busuk2. Jangan ingat pagi takde busuk walaupun orang sembur perfume pagi2. Ada je jenis yang tak mandi pagi. But thanks to my hidung tersumbat, boleh anggap semua menda wangi je pagi2. Haha.
Tapi satu menda lah nak puji orang Malaysia ni, sikap budi bahasa yang tinggi. Tak kira bangsa apa, yang muda confirm akan ada yang bangun kasi orang tua/orang cacat/pregnant woman duduk. Tak pernah lagi la jumpa orang muda buat tak tahu je. Tang ni aku kagum. Kalau ternampak, membuak lah my semangat muhibah. Bangga seh. Teringat masa kat Texas dulu, how they express the kagum-ness of 3 jenis bangsa duduk dalam satu negara. Takde gaduh2. Takde diskriminasi. Ok lah, tipu lah kalau takde langsung kan tapi at least, kita mampu wujud kan toleransi antara kaum. Kat sana, nak campur black and white pun dah payah, ni kan pulak kita yang bercampur 3 jenis bangsa sekaligus. Tu belum lagi kalau bukak cerita pasal bangsa Kadazan, Iban dan segala kaum yang ada kat Sabah Sarawak tuh. Ternganga lah mat-mat salleh tu. Never occur in my mind about it tapi bila pergi tempat orang, baru lah kita terasa bertuahnye lah negara kita ni. Baru lah ada feel hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
So, sape2 yang ada kat negeri orang tu, balik2 lar cepat.

Tuesday, July 14, 2009

Em-See~*

Just came in for work today. I remembered my friend that doesn’t have a blog mentioned how lucky I am to have a blog. Cause I can cherished sweet & sour memories in this blog and the fact that maybe one day my children can open up this blog (as long as this blog is alive) they can read through what I have faced during my journey in life. Well, that’s an interesting idea. Never thought about it.

Well, last week I broke my record. It’s not like I never been sick before, it’s just that I never been to the extent that I had to take a medical leave. Fever was quite unfamiliar with me and flu was way out of question. I mean, I hardly encounter them. Alhamdulillah. I’m grateful. But last week, I had to take my medical leave and FORCE myself to see a doctor. Yeah… I HATE to see doctors. No matter how good looking they are (except when they are outside their workstation and not in their doctor’s uniform!)Sorry no offense to the doctors out there, you are doing a terrific job but I may be a troublesome patient that you may not want to see. Trust me.

Ok back to my story. The reason I forced myself to see a doctor is when I had a bad sore throat and coughing like mad. It started last week on Tuesday. Then it got worse on Wednesday. I did everything I can to stop my cough and I had no flu, fever nor any running nose. It’s just a pure dry coughing. People close to me knew well that I’m quite picky with my food intake and lots of plain water every day. Fruits & vegetables are a must in my menu. And the only reason I took care of what I eat is just because I wanted to avoid seeing a doctor. Any names for phobia-seeing-a-doctor disease? Haha.

So after ‘successfully’ seeing a doctor last Thursday, I had to battle with the medicine intake. Uurgh. Hate it so much. Why can’t we just have candybar-taste of medicine? Yet, i took the medicine after meal, 3 times daily. The doctor said I have some blockage in my nose. Though I don’t have any running nose or fever. (And it explains that I’m free from H1N1 ok!) But that night, it got worse.

The medicine didn’t help. People ask me why didn’t I take any MC. Since I’m so green in taking any medical leave, I didn’t know that I had to ask the MC from the doctor. I thought that doctors just give those MC as much as they think is appropriate for the patient’s need to heal. It got worse that night. I experience a very sharp pain in my left ear. Can’t sleep. Feels like half of my head are about to explode, starting from my left ear. I cannot bare the pain, so I had to see the doctor for the second time. The doc told me there’s an infection in my left ear. He made it sound like nothing serious. So again, I took another bunch of medication and head back home when I had my very first MC. Broke my record.

During weekends, I had some rest. But I still went to a long-distance relative’s wedding & dinner. Had some pretty bad cough and it got worse on weekend. The medicine made me feel drowsy. It only offers temporarily relief. The drying cough made me have this burning chest everytime I want to force my voice out. Yeah. I lost my voice. And imagine me not talking. It was like a pain in the Ey triple Es. No fever. No flu. No running nose. No headache. Just coughing like hell with burning chest and abnormal pressure in the ears. I was like half deaf every time I had to take the lift up to level 56 to my office. It took quite a long time to get my ear’s pressure back to normal.

So for the third time, I went back to see the doctor again. *sigh* I requested to have a thorough checkup. I had to undergo a blood test & X-Ray due to no improvement in health after taking several medicines since last week. And again, I got another 2 days for my medical leave. Sounds good. But the not-so-good part is I had to lend my arms for the nurse to take my blood. Gosh. It may sound nothing to you guys but it was a huge deal for me. I didn’t cry of course *uhuk* but I hated it so much. It’s not that I’m afraid of blood *uhuk* but the needles… gosh they are soooooo scary. They do mean stuffs to your skin. Hate it.

I don’t think it’s anything serious but knowing the fact that how sensitive people are nowadays, especially with people that have this coughing disease, I had to take some precautious actions. Haven’t got the test result yet but I do pray that I’m in good shape. I remembered last time when I had some minor cough just to clear my throat, all those people in the LRT train stared at me. It was creepy having those look from strangers. So prevention is better than cure.

But having an anti-doctor-phobia seeing a doctor 3 times in a row? Haha. Serves me right!

Tuesday, July 07, 2009

Macam2~*

Semalam dah update, hari ni update lagi. Kalau tak sempat update, sampai sebulan lah bersawang blog ni. Tapi punya lah kerja tak ada, sedap jek main blog sambil boss ada kat belakang. Haha. Selamba. Bukan dia paham bahasa melayu pun.

Lately aku tak berapa nak amik tahu hal ehwal negara. Dah muak. Berapa kes H1N1 pun aku tak tahu berapa. Sekolah apa and berapa lama dia tutup pun tak tahu. Ke sekolah2 tu dah bukak? Then pasal maid Indonesia yang gaji nak bayar ikut bank lah pulak. Pelik pulak. Habis tu selama ni bagi by hand ke? Tak pernah pulak mak aku bayar by hand, mesti masuk ikut bank. Bukan apa, sebab rumah mak aku tak pernah bergajikan orang Indonesia. So bab2 ni kami jahil lah sikit. Hehe. Mak aku cerewet. Orang gaji mesti sembahyang tak tinggal. Tu yang utama. Last time dulu pernah gak mak sedara aku offer orang gaji dari Indon ni. Katanya pakai tudung. Haah. Memang pakai tudung but then, jeans ketat and baju pendek sendat. Muka pun jenis yang terror buat ubat santau je. Terus mak aku ngeri. Rejek on the spot.

Then paper hari ni sebut pulak kes Khir Toyo beli rumah berjuta-juta. Eh? Pelik pulak. Bukan dia tengah buat rumah kat Bangi gak ke? Diorg cakap rumah kat Shah Alam tu harga puluh juta tapi Khir cakap dia buat pinjaman 3.5 juta. Siapa betul siapa salah pun aku tak tahu. Tapi elok gak berita pasal rumah Khir Toyo ni keluar sebab masa menteri Penang pindah masuk rumah banglo baru sebab rumah lama dia ada anai-anai & musang, kecoh satu Malaysia. Rumah banglo tu tak lah sebesar rumah Khir Toyo pun, tapi paper dok perli dia berbakul2. Kesian. Rumah Khir Toyo pulak, kena siasat. Padan!

Ah.. paper boleh cerita macam2!
(tiba-tiba pulak kerja datang.. Ok. back to work !)

Monday, July 06, 2009

ESQ temukan kebahagiaan sejati~*

Pergh. Hari ni tak larat. Letih. Lesu. Tunggu kerja tak sampai2. Kena tunggu job habis running dulu baru boleh start buat QC. Sementara tu, aku terseksa nak tunggu 5.30ptg. Nak balik!

Lama weh tak update. Alasan macam biasa lah-sibuk! Haha. Ni je masa tak sibuk then teringat blog tak update2. Nak update dah last week tapi tak jadi nak tulis. Ada je kerja nak buat. So tak jadi. Tapi kali ni, jadi! Hehe.

Nak citer ni. Last week pergi kursus leadership seminar ESQ Training. Stands for Emotional Spiritual Equo.. apa menda ntah tak reti eja word last sekali tu. Tapi training ni untuk memantapkan spiritual kita dalam kehidupan seharian. But since training ni untuk eksektif, so dia relate kan how to boost up our spiritual energy dalam alam pekerjaan kita. But for me, its more than that. Nak cerita banyak pun, the experience is speechless. Senang citer, aku rumuskan je lah.

Training ni universal. Semua muslim or non-muslim boleh masuk. Kursus ni buat kita terbuka mata hati kita yang selama ni buta. Buta tak nampak Tuhan kat merata-rata tempat. Ni lah kali pertama aku tengok non-muslim menangis bila azan berkumandang. Menangis bila selawat nabi dilagukan. Menangis bila sama2 baca surah Al-Fatihah. Tak tipu. Apatah lagi yang muslim. Semua mengakui kebesaran ALLAH. Allah Maha Besar. Memang semua orang tahu tapi ramai yang tak feel. Tapi kursus ni takde pulak pergi suruh yang non-muslim tu masuk Islam. Sebab Islam tu kan universal. Jadi kursus ni menggunakan intipati yang ada dalam ajaran Islam untuk disesuaikan dengan konsep spiritual yang universal untuk semua.

Asma-ul Husna yang selama ni kita dok lagu-lagukan tu. Tak ramai yang sedar kuasa spiritual yang ada dalam Asma-ul Husna. Asma-ul Husna itu adalah sifat-sifat Allah. Kursus ni lebih bersifat universal bila diorg ketengahkan kajian2 saintifik dan ekonomi dari seluruh dunia. Kajian saintis Amerika, saintis Jepun, saintis Korea semua dipaparkan. Senang sikit untuk yang non-muslim memahami konsep spiritual ni. Dan betapa ALLAh itu Maha Besar, tanpa kita sedar (dek kerana mata hati yang buta) semua kajian mereka itu sangat related dengan sifat2 ALLAH. Especially yang berkait dengan kajian Human Resource. Lehman Brothers, Albert Einstein, Mahatma Ghandi punya cerita semua dia sebut lah. And how their stories berkait dengan Asma-ul Husna. Kalau kajian saintifik tu, memang kait kan terus dengan ayat Al-Quran. Kemudian kaitkan dengan sejarah. Bukan sejarah nabi je,tapi kait terus dengan sejarah dunia. Pun ada dikaitkan dengan Asma-ul Husna. Boleh kata 90% menitis airmata bila kisah nabi diulang cerita balik. Bukan kita tak tahu kisah2 nabi dan para sahabat ni tapi feel tu takde. Dengan terbuka nya mata hati ni, kita boleh feel. Feel marah bila teringat nabi dicerca dan dihina. Feel bangga bila nabi berani dan tabah nak tegakkan agama. Feel terharu bila sebelum meninggal, nabi menyebut “Ummati.. ummati.. Ummati..” betapa besar kasih nabi tu, kita dapat feel. Bukan nak cakap apa, tapi dengan kursus ni memang kali pertama aku menangis bila azan dilaungkan, menangis bila selawat nabi dibacakan dan menangis bila Al-Fatihah dibacakan. Segala yang baik tu datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari mansia tu sendiri. Ramai yang pandai cakap tapi tak ramai yang dapat feel.

Kursus ni pun bukan pasal Islam tapi nilai2 universal yang ada dalam konsep Islam tu yang cuba diketengahkan. Pengasas kursus ni pun asalnya Kristian. Dia mengembara mencari erti “Siapa diriku yang sebenar” sehinggalah dia terjumpa nilai2 tu dalam Islam. Dia kagum bila terjumpa apa yang dicari selama ni ada dalam Islam (kliche untuk para mualaf eh) tapi aku respek dia ni sebab berjaya jumpa cara untuk mencungkil konsep spiritual (iaitu yang dikaitkan dengan matahati kita) yang ada dalam ajaran agama kita. Kata orang, kalau nak berjaya, intelektual & emotional saja tak cukup. Perlu ada spiritual. Perlu ada mata hati yang tak buta. Sebab ini lah akar jatidiri kita. Dan paling kagum bila semua konsep tu dah ada dalam ajaran agama ALLAh. Cuma kita je yang tak nampak atau mungkin tak tahu. Melalui kursus ni jugak baru aku faham kenapa sahabat nabi boleh menangis bila Al-Quran dibaca, gerun bila nama ALLAh disebut dan kenapa solat mereka lama. Kerana spiritual values mereka yang kuat.

Kursus 3 hari ni, penuh dengan titisan airmata. Teriak meraung semua ada. Tak tipu. Dah tak ada malu dengan orang keliling. Yang ada is malu dengan Allah. Menangis mintak ampun sungguh2. Oh ya, peserta kursus ni ada 450 orang. Datuk Datin Tan Sri Puan Sri semua join. Rasa macam tak ada siapa lah yang tak menangis. Membuka matahati bermakna kita dapat spiritual feel dalam ibadah kita. Rantai-rantai belenggu selama ni yang mengikat kita terlerai. Mungkin tidak semua tapi sekurang-kurangnya mampu melonggarkan. Katanya trainer tu, letakkan lah dunia di tangan kita tapi ALLAH di hati kita. Menda kat tangan boleh hilang tapi bila hati kita di isi dengan ALLAH, maka takkan ada rasa sakit sebab ALLAh itu abadi. ALLAh takkan hilang. Dan itu lah kebahagiaan sejati… Niatkan lah segala kerja kita kerana ALLAh, rasa bahagia tu akan terjah masuk ke dalam hati kita. Dan jangan lah menangis bila harta, anak, isteri, suami, duit, rumah, boyfriend, girlfriend, Micheal Jackson tu hilang sebab kita tahu semua2 tu memang takkan kekal. Konfirm hilang punya. Bukan milik kita pun. Even diri kita ni pun milik Tuhan dan kepada-Nya jua lah kita akan kembali.

Oh panjang nya rumusan ni. Nak cerita banyak pun, korang kena join & rasa sendiri. Maybe explaination aku carca marba sebab menda2 spiritual ni aku tak reti cerita tanpa gaya-gaya tangan kan. Ni tulisan je. So lain orang, lain feeling membacanya. Tapi sapa2 minat nak tahu, just kontek me.