Guru pelita hidup~*
Bukan apa. Saya yakin guru2 sekalian buat semua2 tuh atas nama mendisplinkan pelajar. Atas nama mendidik pelajar. Yang saya tak paham is mak bapak yg over2 dengan tindakan “keras” guru tersebut sampai nak masuk media la segala. Meh sini saya nak bagi pendapat saya...
Pada saya lah kan, setiap manusia tuh berbeza. Termasuk lah guru. Pendekatan berbeza. Tahap kesabaran pun berbeza. Cara mengendalikan student pun berbeza. Byk lagi factor lain. Sesetengah pendekatan guru, ada juga yang saya kurang setuju. Pada saya, nak jadik pendidik nih, kena sangat banyak bersabar. 10thn, 20 thn malah 30 thn kita akan menghadap teks buku yang sama untuk mengajar pada kelompok murid yg berbeza. Setiap tahun gaya dan penerimaan murid sentiasa berbeza disebabkan keunikan pelajar2 tersebut membentuk diri di sekolah. Ini difaktorkan oleh rakan-rakan lah terutamanye. Andai kelompok mereka itu terbentuk dgn cemerlang, maka akan cemerlang lah seluruhnya, hatta yg bengap sekalipun, akan tetap dipandang pandai.
Kita sebagai pendidik jugak, tak boleh expect hasil yang sama dari pelajar yg berbeza andai kita menunjukajar menda yg sama. Pada saya jugak, guru juga seharusnye punyai ilmu psikologi dalam mendekati pelajar. Pelajar yang pandai memimpin diri sendiri mungkin tak perlu perhatian lebih tapi pelajar yg lemah atau punyai masalah, perlu diberi lebih perhatian.
Didikan di sekolah dan asrama juga tak serupa. Di sekolah, kita bergelumang dengan buku dan latihan2 akademik dalam mendidik pelajar utk lulus periksa. Guru mencurah ilmu yang diperlukan pelajar untuk lulus periksa. [lihat saya menegaskan hal lulus periksa?] Kerana pembelajaran sekolah kita di Malaysia adalah exam-oriented. Cara-cara nak mendapat markah tinggi. Cara-cara nak tackle markah banyak dalam paper. Malah dalam seminar2 PMR atau SPM sekalipun, kita diajar untuk menjawab begini begitu agar mendapat banyak markah. Ni lah peranan guru di sekolah. Jadi jangan expect displin akan terdidik dengan guru di sekolah. Yang terbentuk mungkin lah displin dalam pembelajaran. Itu pun kalau dapat jenis pelajar yang mendengar kata.
Lain halnye pula di asrama. Asrama kita tidak mengajar sebaliknya kita mendidik. Mendidik dalam hal menguruskan diri. Bagi pelajar yang tinggal di asrama sejak ting. 1 dididik dengan pengurusan diri di asrama. Berkongsi meja makan, berkongsi dorm, berkongsi masak air, berkongsi bilik basuh baju. Berkongsi segala. Dan pada pengamatan saya, hal mengurus diri ini selalunya diuruskan oleh kakak abang senior, bukannya warden mahupun guru sebab perkara nih dilihat sebagai perkara yang patut-tahu-tak-perlu-cakap.
Sememangnya warden2 yang ada di asrama adalah warden2 bujang kerana dianggap sebagai mudah untuk bergaul dengan pelajar2. Pada saya, warden2 bujang ni bukan saje setakat perlu dalam menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar2, mahupun duduk makan bersama untuk menunjukkan ke’sporting’an mereka, tapi mereka harus mendidik. Didik pelajar2 di asrama nih cara pengurusan diri. Perkara yg kelihatannya remeh sepatutnye diberi perhatian. Cara basuh baju. Cara guna toilet dengan betul. Cara gosok baju dengan betul. Warden patut libat diri dalam menunjukkan perkara-perkara remeh nih.
Jadi pada saya, andai semua perkara2 ini diberi perhatian oleh warden di asrama sejak awal lagi, andai yang engkar tidak mengikut cara yang betul, maka memang wajar lah warden tersebut merendam 100 pelajar yang tak mau mengaku membuang ‘sampah’ dalam lubang tandas sehingga tandas tersumbat. Sebab dah ditunjuk. Dah diberitahu. Menda nampak remeh tapi pada saya, di sini lah terletaknye nilai ‘mendidik’.
Didikan dulu tak sama macam sekarang. Ibu bapa dulu pun tak sama seperti sekarang. Hasilnya, guru-guru sekarang dah tak boleh macam dulu. Tahap didikan yang dilihat sebagai meningkat sejak dari dulu sebenarnya pada saya, bagaikan sudah tidak berkualiti. Terkejut saya baru2 nih hasil pertemuan dgn guru adik saya yang mengatakan A1 bermula dari 75 dan ke atas. A2 adalah dari 65 ke 74. Pelik. Rendah sekali tahap A kita? Even pada zaman saya, sekolah menetapkan 80 ke atas adalah tahap A1 [malah sesetengah matapelajaran, A1 bermula dari 85 ke atas] dan 75 ke 79 adalah A2. Malah zaman mak ayah kita dulu, 90 ke atas adalah A1 dan 80 ke 89 adalah A2. Bak kata cikgu Khalid [guru kelas adik saya] tak heran lah budak sekarang boleh dapat belas-belas A. Ooooo.. baru lah saya tahu. Terpikir gak, kuantiti ada tapi di manakah kualitinye?
Adik saya yang baru habis SPM, berlambak2 tawaran belajar dia dapat. Macam2 surat lah dia dapat. Saya lihat, pendidikan di negara kita bagaikan bisnes. Asalkan lulus BM dan credit 3 subjek, mana2 boleh masuk. Kolej dan universiti swasta lah terutamanye. Ibu bapa pula turut gembira dengan anak-anak. Berjaya kata mereka. Bagus lah. Anak dah masuk universiti ada tempat belajar, bagaikan tanggungjawab mereka dah lepas. Beban dah ringan. Harap2nye biler abis belajar nanti, dapatlah kerja elok2. Bantu keluarga. Betol la tuh.
Tapi mak ayah skrg macam lupa. Semua tu sebenarnya kena bermula dari rumah. Rumah adalah didikan terawal setiap pelajar yang masuk sekolah sejak dari darjah 1. Sepatutnya rumah adalah tempat didikan primer, bukannya sekolah kerana sekolah adalah tempat didikan sekunder. Tapi sekarang dah terbalik. Apa-apa yang salah anak buat, semua salah guru. Salah sekolah. Salah warden. Atas nama akta, sekolah tak mampu nak kata apa. Guru payah nak bela diri. Kerana mak ayah melihat anak saja yang betol. Jarang yang melihat keadaan anak yang sebenar kerana mereka rasa dah didik anak dengan ‘betol’ di rumah. Apa je yang boleh guru buat? And again saya ada cakap awal2 tadi, pentingnya guru ada ilmu psikologi dalam mendekati pelajar yang ber’masalah’ macam nih. Pada saya, guru bukan sekadar mengajar untuk mengejar silibus atau warden yang sekadar menjaga budak masuk tidur tepat pada masanya, mereka sepatutnya menjadi lebih dari itu. Bunyik mcm beban tapi caranye mudah sebenarnye. Pengalaman saya menjadi guru membuka mata terhadap perkara ni. Saya mendekati mereka dengan cara yang mudah sebenarnye. Antara nak tak nak je. Sayangnya tak semua guru nampak cara nih. Teringat guru kaunselor SAMBEST dulu yang memberi sokongan penuh dgn cara saya mendekati pelajar malah mengakui sekolah memerlukan guru seperti saya. Demi mengimbangi dengan sesetengah cara guru yg kurang mesra-alam. Kata-kata beliau memang menaikkan semngt kerdil saya waktu tuh. Terima kasih kerana beliau memperbaharui persepktif saya dalam arena perguruan ini. Banyak cabaran. Onak duri. Tapi akhirnye, berbaloi kerana kepuasan yg kita dapat. Tak ternilai rasanya.
Saya berharap guru2 zaman sekarang lebih tegar dalam mendidik. Lihatlah bidang perguruan dari sudut dan perspektif lain. Bukan dari segi perspektif guru, ibu bapa, warden mahupun pengetua sahaja. Lihatlah jua dari perspektif jiran, pilot, jurutera, mekanik, tukang kebun, orang kantin, pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja. Kerana pelajar akan membesar menjadi seperti mereka semua. Kerana tugas guru bukan sekadar mengajar, malah mendidik. Think big and you will see how small the problem is. Focus on the solutions, not on the problem.
May we have a better future with our next generation, educated by us right from now...