Monday, April 30, 2007

Gath SRKBBB'88 in Ulu Yam~*

Pada sabtu baru2 ni, 28hb April, me and the bangian peeps buat gathering. Saje lah nak eratkan silaturrahim yg dah sedia erat nih. Ikatan persahabatan yg terjalin sejak sekolah rendah. Asal-usul budak kampung Bangi ni je, so takde masalah sgt nak buat aktiviti sama2. Aku ikut je lah.
Asalnya nak buat kat FRIM, Kepong tuh, ntah macam mana tukar venue ke ULU YAM. Best gile ok piknik dgn budak2 ni. Enjoy the pics...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Asalnya berapa bijik kereta tah dtg, last2 kitorg carpool je. Senang. Ni lah driver aku besama angkut makanan2 dan kawan2 kaum hawa aku.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ulu Yam... here we come~! Yaahooo~~~

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Over-excited guys... hahahaha~

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kena lalu jambatan ni dulu... tak la tinggi mana tapi cukup lah kalau nak feeling adventure survivor~ muehehehe... [Teringin nak berjalan atas jambatan ni bersama ida hid~ muahahaha!]

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Liku-liku perjalanan kami nak sampai ke tempat piknik... Licin,banyak pasir but awesomely nice view...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lega dah sampai port... Aku jalankan tugas ku sebagai volunteer AJK kebersihan dan keceriaan... hahaha~

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Beg-beg dah susun tapi sempat driver aku terus lelap penat drive...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Budak-budak setup bbq... ayam & daging diorg marinate mlm sebelum tu sampai kol 4 pagi.. tabik la kat korg~!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Makanan aku tutup sebab byk giler lalat. Tak tahan~! tapi tabik lah budak2 ni bawak byk giler makanan.. Since aku yg in-charge kebersihan ni, siap aku hafal makanan dlm bekas dan tak kasi budak2 ni amik sendiri... kang habis masuk pasir segala... [hahaha~ boleh agak lah apa diorg gelarkan aku~ huhu~]
Diorg buat potato salad, coleslaw, mashed potato, pasta, set nasi lemak, pulut kuning dgn sambal petai, bbq include ayam dan daging, bubur caca,kek coklat dan kuih apa-tak-ingt-nama dan titbits2. Thanks a lot kepada Dian, Eleena, Shida, Meon, Fairuz, Potet, Xumb dan geng2 yg tungkus lumus buat makanan ni semua...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Diorg dah terjun sungai... Siap main perang2...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

La.. driver aku tidur lagi.. dia lah tidur kol 4 pagi buat potato salad segala.. Semangat tak semangat diorg nih.... Tabik~!
Aku mmg dok tepi je, malas nak basah2.. hahaha~

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Giler happy budak2 ni main perang2 dlm air.... Aku rasa diorg dok target hubby si Eleen kot... ke tgh cari spek mata Xumb yg terjatuh dlm air masa dia gedebush terjun sungai tuh? Xumb.. kau jgn terjun lagi mcm tu boleh... hilang segala ikan2 kat sungai tuh...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Budak2 main air, aku sibuk tgkp2 gmbr... sesekali masuk hutan ni, jakun lah kejap...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Set-up bbq sendiri.. takde sape jaga semua dah turun sungai... tapi arang masih berasap, tgh masak. Aku tukang tgk je bbq tu dari jauh... hehehe~

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mana lagi aku nak tgk pemandangan macam ni? Subhanallah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mamat ni feeling dgn lagu sambil main guitar.. aku tukang dgr pun rasa damai je.. Seberang sungai tu ada satu family berkhemah kat situ... jeles gak tgk diorg berkhemah... huhuhu~ Tapi kitorg ada bbq.. hehe~

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Port piknik kitorg... Bersih & ceria tak? hahaha~
Meon buat magic dgn kad dia...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hutan ni mmg best kalau korg pergi dgn kengkawan... [Jangan pandang belakang... huhu~]

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Friendship & memories that will always remain....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

United we stand, together we slam~ Share & care for each other... that's what i learn from them..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penat.. dah2.. balik.. balik~!

Actually, there's no exact word to describe how i feel after i came back from Ulu Yam.. it's not the place nor the food... it's the special bond between us since childhood that really bring us close... A bond that becomes tighter with the memories we had in Ulu Yam... A rare kind of friendship that i may not find in any other places in this world~

Guys.... buat lah lagi~!!!

Sunday, April 29, 2007

Rehat jap~*

Cukup lah citer pasal hantu buat masa ni… bukan apa, bulu roma aku dah penat meremang2 setiap kali teringat balik kejadian2 nih. Kasi rehat jap, then boleh kita sambung balik ye kawan2…

Ok~ kita nak citer ni menda yg ringan2 je. Pasal Ijok. Kawasan panas yg sedang melalui proses pilihanraya. BN dah menang dah pun. K.Parthiban dah menang besar kat situ. Why am I not surprise? Surat khabar kecoh ckp hampir 70% rakyat Malaysia belum daftar sebagai pengundi. Aku pikir, what the heck? Why bother nak register when we already know sape akan menang? Bukan aku nak lemah semngt, tapi bile korupsi menguasai, yg jahat akn menang. Aku relak je. Sebab tahu hero ni menang last2 sekali. So aku mengundi masa nak tua esok2 nnt lah. Haha. So, korg yg dah cukup umur nak ngundi tu, pergi lah mendaftar dan pandai2 lah pilih jentera pemimpin kerajaan yg betol.

Pastu kes pengundi SMS program realiti nih. Dgrnya Hattan kecewa Aizat terkeluar dari AF5 tuh. Katanya para pengundi dah tak reti nak menilai kaca dan permata. Ayooo... takkan baru tahu kot Hattan oi~? Sejak Malaysian Idol ke-2 lagi, aku dah berhenti menengok menda2 yg mengait dgn undian sms program realiti ni. Sejak pemilihan Daniel sbg pemenang MI musim ke-2, aku dah mula nmpk apa yg org kita nak dlm seorg penghibur. Bukan tgk bakat sgt pun, janji cute dan cantik, dah boleh menang. Bakat? Tolak tepi lah~ Penghibur yg lahir dari program realiti yg betol2 berbakat pada mata aku adalah Mawi dan Jaclyn Victor je, yg lain tak boleh pakai~! [mati lah sedap mengutuk] dan korg tahu nape dah tak wujud Malaysian Idol musim ke-3? Sebab pihak American Idol yg mengeluarkan hak utk penyiaran program realiti tu sememangnya tak berpuas hati dgn Daniel. Diorg tarik balik lah hak lesen tu dgn alasan product keluaran Malaysia Idol ni tak berkualiti. Tu pasal lah ganti dgn One in A Million oleh Media Prima tu sendiri. Hasilnya? Si Suki yg tgh SPM tu jadi jutawan muda yg entah ke mana dah perginya sekarang. Patut nye 1 juta tu boleh kasi kat Faizal atau pun Dayang sebab semua sedia maklum dgn latar blkg muzik mereka yg lebih kukuh. Tapi apa mentaliti rakyat kita? Cute dan cantik dah boleh menang. Hampeh~! Kesimpulannya, Gangstarz langsung aku tak tengok....

Pastu kes kemalangan begara kita ni. Korg tahu tak fakta ckp, kemalangan lebih byk berlaku pada hari biasa berbanding hari hujan. 70% kes kemalangan berlaku pada hari biasa berbanding hanya 30% je pada hari hujan. Kagum? Sebab nya masa hari hujan tu, tau pulak kereta2 tu nak slowdown. Tau pulak nak kasi laluan kalau org lain bagi signal. Tau pulak nak berhenti masa lampu dah merah. Tapi kalau hari tak hujan, masya-ALLAH mmg sakit hati lah bawak kereta kat jalan raya Malaysia nih. Senang citer Malaysia tergolong antara top-10 dalam senarai worst traffic jam in the world. Dengar tak tuh? In the world~! Top-10 tuh... Bangga betol aku dgn kerajaan sekarang nih... lebih2 lagi dgn Samyvellu tuh. Kes terowong Smart diorg buat depan kem sungai besi lama nak menuju ke Jalan Tun Razak tuh. Bangga beb sebab itu projek seumpamanya yg pertama di dunia. Belum bukak lagi, tapi aku nak tgk sejauh mana terowong tu bertahan. Aku bet bertahan dalam 3 tahun je.. paling lama pun 4 tahun la kalau El-Nino tak dtg menyergah tahun depan. Woi~! Tak tahu ke tanah situ mcm mana? Engineer semua tutup mata ke? Untung punya pasal...

Ni kes aku cerita sebab dah cukup meluat dgn apa yg berlaku kat keliling aku nih. Takat tak join rusuhan pilihanraya, tak sms mana2 artis program realiti dan menjadi pemandu yg berhemah di jalan raya... itu lah yg mampu aku buat...

Friday, April 27, 2007

Seram Pokok Pisang siri 7-(ii)~*

Sampai blok, terpksa aku parking gak kat tempat yg sama sebab brg2 berat dah mmg susun kat tepi pintu tu. Tak nmpk dah apa2 kelibat bawah pokok pisang tu walupun takde niat nak pandang. Aku masuk amik brg aku, Lina amik brg dia. Jam dah kol 6.55 ptg, senja dah mmg berlabuh. Kena cepat ni, kereta dah nak kena pulangkan, tak nak lah nnt byr lebih.

Lina keluar dulu, aku ikut belakang dia. Lina masuk kat seat penumpang, aku kat driver seat. Masa aku nak masuk kereta tu, tak sengaja aku ternmpk dia. Lagi sekali kelibat ‘menda’ tu kat bwh pokok pisang berbaju putih rambut panjang mengurai kepala dia menunduk. Aku pandang Lina. Lina membelakangi ‘menda’ tu, tu pasal dia tak nmpk. Tapi biler Lina pandang muka pucat aku,tegas dia ekspresikan muka dia mengisyaratkan aku “jangan pandang ‘menda’ tu, cepat masuk kereta~!” Aku angguk, cepat2 campak brg aku kat blkg kereta, masuk dan hidupkan enjin. Aku tekan minyak kuat. Mengaum kereta tu bergerak. Tapi cerita kami tak berakhir kat situ je...

Kolej ni ada 4 blok besar kat depan ni, aku dari blok besar yg plg dlm. Dari blok depan nak ke jalan besar tu, ada selekoh dan jalan dia naik bukit sikit. Dan kat tepi selekoh naik bukit tu, ada gak pokok pisang yg tumbuh liar kat situ. Aku pandang Lina, mulut dia terkumat kamit, peluh memercik. Lina nmpk cool walupun takut sebenarnya, muka dia serius, aku tak berani bersuara. Kembali aku pndang depan. Tekan pedal minyak sekuat hati tapi tak pasal2 nya ALLAH~!! ‘Menda’ tu ada kat pokok pisang depan tu pulak dah~!!! Ya ALLAH... otak aku dan kaki aku dah short circuit. Takde isyarat terkejut utk kaki aku. Tu pasal kaki aku tekan je minyak kereta tapi dgn brg beratnya kat belakang dan kancil lama nya, laju mana sgt lah kereta ni boleh gerak. Cepat2 aku tukar gear rendah dan kontrol pedal minyak bujet nak capai kelajuan maximum utk naik bukit nih. Korg bygkan lah aku bwk keta, menuju ke arah selekoh naik bukit nak belok tu dgn ‘menda’ tu berdiri kat bwh pokok pisang depan aku, apa aku rasa~!?? Mulut aku mampu sebut je nama ALLAH, sempat aku jeling Lina, mata dia tertutup. Hampeh punye kawan, mentang2 dia tak drive, boleh lah nak tutup2 mata. Aku pndang depan tapi tak pndg pun pokok pisang tu. Tapi dengan sudut pndangan mata manusia aku ni, tetap lah kelibat ‘menda’ tu aku boleh nmpk. Jantung aku berdegup kencang jgn cakap lah.... ya ALLAH.. cuaknyeeehhhh....

Sampai je kat selekoh naik bukit tu, aku belok tak tekan brek. Laju gak lah. Pokok pisang tu hilang dari sudut pandangan manusia aku. Tuhan je lah tahu betapa leganya aku melepasi selekoh tu. Sempat aku jeling cermin, ‘menda’ tu dah takde kat pokok pisang tu. Tak pasal2, aku rasa kereta tu laju semacam. Tadi cuak sgt kot, tu pasal tak rasa kereta ni laju. Sepanjang aku naik selekoh tu, brek tak tekan langsung. Nak keluar ke simpang besar ni pun tak tekan brek terus je belok kanan tak pndg kiri kanan. Mujur takde kereta. Tapi Lina ni pulak tiba2, angkat kaki dan kepala dia tunduk2 bwh dashboard tu. Kecut aku tak hilang lagi, dia dah buat aksi2 mencuakkan. Aku pikir kena rasuk ke? Aku jerit Subahannallah dan terus panggil nama Lina. Lina suruh aku drive laju2 lagi sebab Lina ternmpk ‘menda’ tu dok bergayut terbalik atas pokok besar yg kereta kami dok lalu bawah tadi. Part tu aku tak nmpk. Mujur. Cukup lah apa yg aku nmpk. Aku tgh drive ni~!!! Dengan baki kekuatan yg ada, aku tekan minyak, tak pandang belakang dah. Lina angkat tangan berdoa membaca ayat2 yg aku tak berapa dengar dan segera menyapu tangan ke muka dia dan muka aku. Bersungguh dia pesan jgn lemah semangat sebab ALLAh ada. Pesan untuk diri dia jugak kot. Masa tu, rasa nya macam dah takde darah mengalir kat muka kitorg ni. Masing2 pucat. Walaupun cuak masih belum hilang tapi semakin jauh dari tempat tu, kami makin lega....

Kami pulangkan kereta, mujur tak kena extra charge. Muka masing2 masih pucat tapi tahu semangat kena kuat. Maghrib2 mcm ni, mmg tak boleh lemah2 semngt, kang ada lah yg dtg menyergah. Exam aku habis lambat dan kalau tak sebab kena kosongkan kolej ptg tu jugak, memang takde mane nye lah aku nak buat kerja angkut pindah2 brg dekat2 maghrib ni... Sebab tau ‘ramai’ je yg memerhati.... Huhuhu~

Seram Pokok Pisang siri 7(i)~*

Kejadian ni berlaku masa aku dah tahun akhir kat UTM. Aku tinggal kat kolej 1, duduk kat blok depan sekali. Ada 4 blok besar. Blok aku ni sebelah je dgn tasik, dipisahkan dgn pagar hijau dan rumput2 tumbuh meliar. Pokok2 besar pun ada.

Exam aku dah habis, ptg tu aku sewa kereta nak angkut brg2 kat kolej nak letak kat rumah sewa mmber aku. Kolej kena kosong time cuti. Jadi aku bersama Lina pakat nak angkat brg sama2. Kami sewa kereta dari jam 5 ptg sampai 7 ptg je.

Barang byk, jadi kena angkut dalam 2 round. Aku duduk tingkat 3, Lina dok tingkat 2. Berpeluh gak lah angkut computer beg2 baju segala. Tapi tak rasa penat sebab enjoy kot exam dah habis. Aku dan Lina kecoh angkat2 brg. Berani lah nak bising sebab org dah takde kat blok tu.

First round kami angkat brg2 kecik. Aku hantar brg ke rumah mmber aku tapi second round ni Lina tak ikut. Takut baki2 brg tadi tak muat kereta, so aku patah balik ke blok sorg2. Tinggal nak amik monitor dan cpu je serta menda2 lain yg tak muat tadi. Tak kesah nak angkat sorg sebab brg2 tu dah ada tersusun kat bawah tepi pintu tu. So aku parking kereta kat belakang blok, dekat dgn rumah felo tu. Aku parking bonet kereta mengadap pintu, so senang aku nak masukkan brg2 besar tu terus ke bonet. Sempat aku jeling tasik sebelah tu, tenang je air dia. Dekat pagar hijau yg pisahkan blok dan tasik ni jugak, ada tempat buang sampah dan beberapa pokok pisang tumbuh meliar.

Aku bukak bonet siap2. Aku masuk dan keluar dgn kotak brg aku. You see, kereta ni parking mengadap rumah felo. Bonet kereta mengadap pintu blok kat belakang. Jadi, pintu seat penumpang tu mengadap tasik dan pintu driver seat ni mengadap dinding blok. Aku bawak brg masuk ikut belah driver seat kat belakang ni. Aku tunduk dan badan aku masuk separuh sekadar nak susun kotak2 kat seat belakang tu je. Biler aku angkat kepala, aku akan nmpk tasik dan pokok2 besar tu melalui tingkap pintu belah sana yg tertutup.. Tapi ptg tu lain yg aku nmpk….

Sebaik je aku angkat kepala, depan aku melalui tingkap kereta yg sememangnya see-thru ni, aku ternmpk kelibat seorg perempuan baju putih, tunduk pandang bawah dgn rambut panjang mengurai berdiri bawah pokok pisang tu. Ya ALLAH~! Aku terkejut giler sampai kepala aku terhantuk kat siling kereta tu. Terus aku terduduk tapi kat luar kereta lah. Duduk mencangkung. Cuak giler nak mampus. Berpeluh. Pokok pisang tu lebih kurang 25-30 meter je depan aku. Memang dekat~! Apa aku nak buat ni? Aku sekadar mampu berzikir dan baca apa2 yg patut. Tiba-tiba aku teringat makcik yg jaga blok ni ada ckp, kalau nmpk benda pelik, buat tak tahu je dan terus jalan. Kononnya jgn kasi tahu ‘menda’ tu yg kita nmpk dia. Kalau dia tahu, dia minat nak dtg dekat. Tak tahu lah nape menda tu yg aku terpikir masa tu. Dalam keadaan mencangkung tu, aku pusing badan aku mengadap pintu. Dengan baki kekuatan yg ada, aku berdiri gagah [kononnya~!! Huhuhu~] dan terus berkawat masuk blok. Aku rasa, perjalanan dari kereta ke blok tu merupakan salah satu langkah plg berani pernah aku buat. Perjalanan 5 langkah~!

Masuk je blok tu, aku cuak giler. Takut~!! Aku zikir byk2. Luar macam dah gelap tapi jam baru kol 6.40 ptg. Ayooo... Kereta sewa nak kena pulangkan kol 7ptg. Blok dah mmg takde org. Kebykan semua dah balik. Nak telefon tapi henset tertinggal dalam kereta~! Dgn dompet2 aku sekali dlm tu, nak pakai public phone pun tak boleh. Tak tahu nak buat apa, aku pasang tv volume kuat. Masa tu, tv1 mmg glamer dgn ceramah agama kol 6.30-7.00 ptg. So masa tu aku bujet, bukak tv1 psg volume kuat2 tu, ada lah jugak dia sebut2 ayat2 suci sebaris dua dalam ceramah agama tu. Or maybe bunyi kuat2 ni boleh halau ‘menda’ tu dari pokok pisang tadi.

Aku tak byk pilihan. Mmg terpksa gak aku pergi kat kereta tu. Brg2 lain aku tinggal. Aku gagahkan jugak kaki aku menuju ke kereta, masuk dan terus hidup enjin. Tak pandang belakang dah. Aku tekan minyak kuat dan balik ke rumah mmber aku td. Segera aku jmpa Lina. Cerita apa jadi tapi Lina relak je. Dia mmg jenis kuat semangat sket. Rupanya dia dah selalu nmpk ‘menda’ tu. Sebab bilik dia mengadap tasik tu, jadi dia boleh nmpk lah pokok pisang tu. Katanya, mmg tempat ‘menda’ tu kat pokok pisang tepi tempat buang sampah tu. Kata Lina, dia tak kacau org selagi org tak kacau dia. Dan kata Lina, ‘menda’ tu pun actually takut gak dgn kita. Pucat aku dgr citer Lina tapi cepat2 aku bgtau ada lagi 2 brg belom amik. Kereta dah nak kena hantar. Kali ni, hendak tak hendak,terpksa Lina ikut aku blk blok tu…..

To be continue.....

Thursday, April 26, 2007

Seram Final Exam siri 6~*

Kisah seram kini kembali. Perlu diingatkan kepada pembaca2 blog ku sekalian bahawa aku tak kisah dgn apa jua kepercayaan korg terhadap pengalaman2 aku. Terpulang lah korg nak percaya ke tidak.. Sememangnya cerita2 ni aku tak cerita sgt kat org lain sebab aku sedar je penerimaan org terhadap kes2 mistik ni plus meremang gak lah bulu roma kalau diingat2kan balik. Memikirkan kes ni berlaku 3-4 tahun dulu dan lokasinya jauh dari aku sekrg ni, maka rasanya tak kesah la nak berkongsi sekarang. So,enjoy your reading....

Kejadian ini berlaku masa aku kat UTM gak. Masa tuh dah final exam. Semua sibuk study utk final paper. Aku dok luar masa tu. So aku join mmber aku study kat kolej dalam. Sebab paper budak2 fizik dah habis, aku join lepak dgn budak2 kimia nih. Paper diorg tak habis lagi. Coursemate aku dah balik,rata-ratanya org johor. Saje lah aku nak lepak lama sket kat johor ni.

Mmber aku ni dok kat kolej baru bukak. Satu floor tu tak semua bilik ada org duduk. Kolej ni pun jauh. Budak yg ada kereta, boleh la nak duduk kolej ni. So aku join mmber2 kimia ni lepak kolej dalam.

Jam dah tunjuk pukul 2 pagi. Kolej sunyi. Blok sunyi. Floor pun sunyi. Bertemankan bunyi cengkerik dan sesekali je bunyi kucing gaduh2 kat bawah tu. Semua dah tidur kot tambah pulak ramai dah balik. Member2 aku semua tgh study. Kami berempat dalam bilik nih. Aku baca majalah dan apa je yg ada. Saje temankan diorg. Paper diorg bertiga tak habis lagi.

Penat aku baring2, aku keluar gi toilet. Bilik mmbr aku ni kat aras 5, sebelah je dgn toilet tapi dipisahkan dgn tangga. Keluar je dari toilet tu, ternmpk lak sorg minah ni jalan kat koridor. Hujung koridor tu mmg ada tingkap dan tangga kat hujung tu. Aku tgk je pompuan tu jalan. Pakai baju putih style kaftan tapi lengan panjang. Rambut panjang melepasi bahu. Budak tgh study gak kot. Aku buat tak tahu dan masuk bilik sambung baca majalah.

Selesai aku baca majalah tu, aku jenguk mmbr2 aku. Laaaa... buku lak baca diorg. Masing2 terlentok kat buku. Kesian aku tgk. Aku amik cerek, pergi toilet isi air. Niat nak buatkan nescafe utk diorg. Keluar dari toilet tu, nampak lagi minah baju putih tu berjalan kat koridor tu. Jalan membelakangi aku menuju ke arah tingkap. Tapi dah tentu lah dia penghuni salah satu bilik hujung sana. Aku kembali masuk dalam bilik.

Aku masak air. Bekas2 mangkuk diorg makan maggi tu aku amik nak basuh sementara tunggu air masak. Aku keluar pergi toilet, lagi sekali aku nampak minah tu dok jalan kat koridor, arah yg sama. Mmg aku tak peluang lah tgk muka dia sebab dia berjalan membelakangi aku. Aku masuk toilet, basuh bekas maggi kat bilik basuh dan biarkan bekas2 tu kering kat situ. Malas nak basahkan lantai bilik. Aku keluar nak balik bilik. Lagi sekali nmpk minah tu jalan, arah yg sama. Aku mula pelik...

Sampai depan bilik, aku tak terus masuk. Sebaliknya aku tunggu sambil pegang tombol pintu bilik mmber aku ni, nak tgk bilik mana minah tu masuk. Dah kerap sgt lah dia keluar masuk. Saje je lah nak tau. Dia jalan sampai hujung koridor kat tingkap tu. Nampak dia bukak tingkap besar tu dan jenguk ke bawah. Tak pasal2, dia panjat naik dan berdiri atas tingkap tu dan terus terjun~! Astaghfirullahalazim~!!! Terkejut gile aku, terus aku pecut berlari ke hujung koridor kat tingkap tu. Cepat2 aku jenguk bawah. Tiba-tiba bulu roma aku meremang....

Kelibat minah tu tadi takde. Takde apa-apa kat bawah tu. Tak pasal2 aku takut. Cuak gile. Cepat aku berundur ke belakang. Beristighfar~! Aku pusing belakang nak balik bilik tapi tu dia.... Astaghfirullah....!! minah yg sama dgn baju tidur yg sama berjalan menuju ke arah aku. Walaupun masih jauh tapi cukup aku boleh nmpk muka dia. Mata sepet, muka bulat dan pucat sgt. Masam je dia. Kepala dia berdarah mcm terhantuk dan darah menitis sikit atas baju dia. Bayangan tu semacam tak jelas sebab lampu koridor pun samar2. Nak kata macam rupa hologram pun ada tapi bygan dia aku nampak jelas. Dia berjalan tuju arah aku. Nasib baik ada tangga kat hujung koridor dekat tingkap ni, terus aku lompat tangga turun bawah. Berlari pecut 100 meter kat aras 4 tu menuju ke tangga satu lagi dekat dgn toilet tu. Cepat2 aku naik dan masuk bilik mmber aku, tak pandang dah hujung koridor sana.

Hempasan pintu buat mmber2 aku terjaga. Aku kunci pintu dgn muka yg pucat. Aku citer apa jadi kat diorg dan masing2 terkejut. Member2 aku ni, sorg penakut, lagi 2 org tu berani suam2 kuku. Jadi yg lagi 2 org ni bukak pintu dan jenguk luar. Tiba-tiba diorg hempas pintu tutup balik. Aku tnya diorg nmpk ke tak, masing2 angguk. Diorg pulak pucat tapi aku dah tahap menggeletar tangan kaki. Diorg tak sangka yg kes pasal budak cina bunuh diri tu adalah kisah benar. Mmg ada kes budak cina blok tu bunuh diri sebab tension belajar. Dia tak berani balik rumah sebab takut ayah dia tak boleh terima result dia. Dia budak pandai dan expectation family dia sgt tinggi. Dia tunggu sampai result keluar baru dia balik rumah. Tapi malangnya, dia bunuh diri terjun tingkap masa final exam sebaik je dapat tahu salah satu subjek dia amik tu dapat B. Tu pasal pada suatu semester tu, dia tak balik2.

Mmber aku kunci pintu dan tutup tingkap. Pasang kaset mengaji pada volume maximum yg tak seberapa tu. Nak keluar amik wudu’ mmg tak berani dah. Masing2 selubung dalam telekung, kononnya rasa lagi selamat lah. Dgn iringan alunan ayat2 suci, masing2 bertelekung pegang surah yasin berhimpit atas satu katil single dan tertidur sampai pagi....

Dan kisah ni adalah salah satu kenangan kami berempat bersama arwah Rina yg terlibat dgn kemalangan pada November tahun lepas... Al-Fatihah... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan org2 beriman... Amin...

My dear Packard Bell~*

Okeh~
Entry pendek ni khas buat org tu yg takut baca citer hantu. Skip2 katanyeh. Jadi bukak citer related dgn non-horror entry. Nak citer apa jadik kat computer rumah ni recently. Bagi peminat2 citer hantu, siler skip entry nih~

Last week kilat memancar2. Guruh berdentum2. [ewaah.. mcm entry citer seram lak~ haha ;p] Akk kat lab. Jam kol 5 ptg, baru lah hujan reda. Call adik ajak balik. Akk drive balik rumah.

Sampai rumah, mak bising fax rosak. Dah kena sambar petir. Akk cuak giler, naik gak lah bulu roma. Terus akk berlari ke computer kesygan akk, Packard Bell. Rupanye, tak sia-sia bulu roma akk menegak… Innalillah.. Packard Bell dah meninggalkan akk kat situ jugak… Langsung tak boleh nak on. Sedih nya akk, Tuhan je lah yg tahu. Seminggu akak berkabung, Packard Bell tak keluar bilik.

Tiba2 ternmpk iklan baiki computer kat tepi tiang tepon sebelah surau ni. Segera akk call, Dr.Shah menjawab. Sedu sedan akk cerita apa terjadi pada Packard. Akk call dia sabtu tu, hantar cpu tu hari isnin. Rupanya kesedihan akk tak terhenti kat situ je…

Akk hntr Packard Bell kat Dr.Shah hari isnin kol 9 pagi, kol 11 pagi akk call blk, nak dptkan feedback. Satu perkataan dari doctor Shah mampu mencabutkan jantung akak. “Kritikal~!” Akk terduduk kejap~! Semput akak. Akak tnya, how kritikal~? Katanya kena tukar motherboard dan processornye sekali dan katanya, dlm cpu, itu lah yg plg mahal~ aduuuhhhh.. terus bygan duit RM berterbangan depan mata akak. Nak buat mcm mana? Plg akk risau data2 analisis akak and also UBS account adik akk buat tu. Plg penting tuh. Hendak tak hendak, kena kopak gak lah duit ASB akk.

Demi nak cepat, akk ajak gak si Shah ni pergi beli brg kat low yat hari tu jugak. Bukan apa, nak tgk brg apa masuk kat cpu kita + tak nak kena tipu + lebih puas hati byr brg hardware sendiri boleh mintak diskaun + boleh bljr survey2 hardware computer. Enjin dalaman Packard yg telah diganti adalah motherboard dari DDR1 ke DDR2, processor INTEL Pentium 4 [dulu AMD-tarak bagus~], upgrade RAM tmbh 512 dan tmbh multiburner LiteOn. Oh ya, power supply pun baru lmbg power supply lama tak compatible nak masuk motherboard MSI ni sebab dia 20 pin je. Syg betol sebab power supply Packard Bell jenis mahal dan tahan lama. Biler dah tukar2 ni, baru sedar lah betapa naïf lah Packard Bell nih. DDR3 dah keluar, akk baru nak taruk DDR2. RAM pun dah ada yg cecah 2G, akk baru nak upgrade jadik 512. Nnt nak paw ayah belikan RAM lagi satu 512 jadik 1G. Kesian Packard Bell ketinggalan zaman. Nasib baik body style tak out-dated. Senang citer, kalau Packard Bell ni sebijik kereta, kiranya semua enjin dalam dia dah totally bertukar kecuali body dia masih bdn lama. Walupun tak sehebat mana sgt compare keta2 yg lain, at least dgn enjin baru ni, boleh lah Packard nak vroom lebih sket.

Tadi ptg pergi beli modem baru gak. Modem lama dah kena kilat. Modem Aztech keluaran baru ni kaler putih~! Best2. Sebijik kaler Packard Bell. So matching lah semua2. Bahagia akk tgk Packard Bell ni happy. Laju je dia gerak. Tima kasih Dr.Shah kerana mengembalikan Packard Bell ke pangkuanku. Seeing the happy face of Packard Bell, its just worth it….. [sambil gigit jari tgk kertas RM melayang~ huhuhu~]

Wednesday, April 25, 2007

Seram siri 5~*

Kejadian ni berlaku masa aku kat UTM dulu. Masa tu aku join kelab kaunseling dan kerjaya @ KKDK. Aktif gak lah. Join byk kursus dan seminar yg best2. Dapat gi jungle tracking. Antara kursus yg aku pergi adalah utk melatih fasilitator sebab kelab aku ni melahirkan tukang2 cakap kat depan yg menaikkan motivasi dan semangat org. So, nak jadi tukang cakap menaikkan semngt org ni, fasilitator pun perlu dilatih jugak. Aku tak terkecuali.Salah satu kursus aku pergi dibuat kat Gunung Pulai, Johor. Motif kursus ni adalah utk melatih kami fasilitator. 4 hari 3 malam. Kejadian ni berlaku pada malam terakhir kursus tuh. Malam operasi burung hantu.

Jam dah pukul 12.30 tghmlm. Ayahanda bagi taklimat. Mencurahkan ilmu hutan melalui pengalaman dia 20 tahun tu. Salah satu pesanan dia yg aku ingat sampai sekarang ialah, jgn sesekali suluh atas kalau masuk hutan di tengah malam. Dia berpesan tu sambil lampu suluh kat tangan dia tu dihalakan ke atas. Ish… Cuak lah kitorg yg seramai lebih kurang 40 org nih. Tak pasal2 terdgr macam ada menda lompat dari satu pokok ke pokok lain. Ceh~ monyet ni saje nak takutkan kitorg. Walaupun monyet, kitorg tak berani nak pandang atas.

Operasi bermula. Org yg guide kami ni adalah ayahanda serta brader2 yg dah pengalaman masuk2 hutan ni. Kiranya pihak luar lah yg train kami fasilitator2 UTM nih. Ayahanda dah bagitahu macam mana nak cam laluan dalam hutan2 gelap nih. Katanya, setiap checkpoint akan dipasang lampu sportlight kaler kuning yg berkelip2 selang setiap 3 saat. Jadi matlamat kami kena sampai ke setiap checkpoint tu meredah kegelapan malam hanya berpandukan lampu spotlight tu je. Mesti sampai ke checkpoint tu. Apa2 je boleh ada kat tengah2 jalan tu, pandai2 lah kami redah.

Perjalanan aku bermula. Kol 1.30 pagi aku masuk. Memang kena masuk sorg2. Kami semua cuak tapi tak berani nak luahkan. Nampak lampu kuning berkelip2 depan tu. Eh tak lah jauh sgt. Aku ikut je lampu tu. Org depan aku dah tak nmpk lah. Betol2 lah menguji mcm2 dlm diri aku nih. Takut. Seram. Sejuk. Cuak. Yakin. Kena berani. Paksaan diri. Bergantung pada Dia. Semua bercampur2 dalam satu jiwa nih. Salah satu kursus yg membantu aku membina kecekalan dan ketabahan diri aku. Tu pasal aku ingt sampai sekarang. Check point pertama, kedua dan ketiga, aku lepas. Lega tapi masih ada 2 checkpoint aku kena habiskan.

Baru je nak jejak checkpoint ketiga tu, tiba2 aku nampak 2 spotlight. Satu kuning dan satu lagi biru. Yg biru tu berkelip gak tapi lambat dari yg kuning dan masa dia kelip tu tak tetap. Aku tengok je spotlight biru tu. Then aku dapat tangkap la maybe itu spotlight tipu dari ayahanda taruk nak tgk ada tak yg mengingkar arahan. Aku ikut gak spotlight kuning. Tambah pulak, spotlight biru tu gerak2. Tak tetap. So, aku tuju ke spotlight kuning tuh.

Nak dekat checkpoint ke-4 tu, aku perasan spotlight biru tu mendekati aku. Ish… dah la aku tgh takut dan sejuk, lagi lah brader pegang spotlight biru ni nak takut2 kan aku. Aku malas layan. Tapi biler dia semacam dekat je kat belakang aku, tiba-tiba bulu roma aku meremang. Aku jadi seram sejuk. Sepanjang aku berjalan tu, mmg aku berzikir tapi biler dia dekat tu, suara zikir aku jadi kuat. Then tiba2 kaki aku berlari laju. Redah ape je yg ada kat depan tu. Semacam takut gile. Berlari sambil berzikir kuat. Nak jerit, tp dah mmg peel aku suara tak keluar lah kalau dah takut tahap cipan. Masa nak dekat checkpoint 4 tu, aku tersadung. Aku pandang belakang, spotlight biru tu dah takde. Yg ada, spotlight kuning berkelip2 depan aku. Aku gerak tuju ke checkpoint tu. Melapor diri. Rupa-rupanya aku kat checkpoint 5. Eh~??

Rupanya aku org second last yg lapor diri kat checkpoint 5 tu. Aku tersalah ikut spotlight ke? Setahu aku spotlight setiap checkpoint mmg jauh2 dan mmg takkan ada keliru kat situ. Aku malas pikir sebab penat, aku duduk join mmber2 aku yg lain. Semua buat macam tak layan je, penat kot. Kemudian aku mendekati ayahanda.

Aku tanyakan pasal spotlight biru tu. Mmg letak situ nak konfiuskan kitorg ke? Ayahanda diam je. Aku cerita macam mana spotlight biru tu mendekati aku dan aku berlari mcm dikejar dek hantu. Ayahanda tak senyum pun walupun aku melawakkan cerita dgn gaya aku jatuh tu. Dia cuma tanya, siapa lagi yg nampak spotlight biru tu? Aku lak diam tak tahu nak jawab.

Bila semua org dah berkumpul, subuh dah masuk. Semua solat jemaah dan ayahanda berdoa panjang. Aku aminkan. Dalam pukul 7 tu, baru lah keluar cerita sebenar…

Laluan track hutan belukar tu sebenarnya amik masa dalam sejam setgh. Means kalau masuk plg lewat kol 2 pagi pun, plg lambat keluar kol 3.30 pagi. Kalau sesat sikit pun, pukul 4.30 pagi lah. Jarang budak2 keluar lebih 5 pagi. Tapi apa yg jadi malam tadi ialah, pukul 5.15 pagi ada 3 org tak keluar lagi. Termasuk aku. Ayahanda dah agak dah. Kali terakhir aku dilihat adalah kat checkpoint 4. Aku terkejut. Sememangnya aku tak sampai pun kat checkpoint 4 tu~! Tapi brader tu ckp mmg aku sampai kat checkpoint 4 tu cuma aku tak tandatangan. Bila tgk aku tak tnda tgn tu, dia tahu lah itu bukan aku dan terus call ayahanda. Ayahanda pesan pada semua org jgn kecoh2 sebaik saja kami bertiga muncul. Buat diam sehingga hari siang. Patut lah mmbr aku buat tak reti je bile aku keluar.

Yg hilang 3 org tu adalah perempuan. Memang kami bertiga masing2 nmpk spotlight biru tu. Dan alhamdulillah sgt2 kami tak ikut. Rupanya spotlight biru tu adalah mata ular jelmaan jin yg tinggal dalam hutan tuh. Aku terkejut. Besar giler mata dia~! Besar sikit dari spotlight kuning kelip2 tu. Dan ayahanda ada pesan, dia sememangnya dah inform kat penghuni halus dalam hutan tu tentang kedtgan kami. Rupanya si mata biru tu sekadar memerhatikan kami je, takde niat nak kacau. Siap ayahanda ckp, kalau salah seorg dari kami ikut mata biru ular tu, mmg boleh hilang lah seminggu masuk alam diorg.

Bulu roma aku naik tegak jgn cakap lah~! Dah siang pun kitorg takut gak sebab hutan tu sebelah kitorg je. Dan bunyi monyet yg kami sangka atas pokok tu rupanya langsuir. Dia nak kacau kami tapi kata ayahanda, dia takut kat ayahanda. Sebab ayahanda cakap dia makhluk Allah dan mmg kita sepatut nya takut pada ALLAH saja, tak perlu takut pada makhluk2 lain. Bertambah2 lah meremang roma kami. Aku jumpa mmber aku yg lagi dua org tu. Tanya apa pengalaman diorg. Bezanya, diorg tak lari pun. Diorg just jalan je tapi pelik nape lampu kuning kelip2 tu menjauh. Yg ada lampu biru sebelah dgn lampu kuning tu. Lampu biru tu takde dtg dekat pun. Satu menda yg mmg sama iaitu sangkaan kami yg spotlight biru tu adalah spotlight yg sengaja ayahanda pasang nak keliru kan kami, tu lah sebabnya masing2 tak ikut dan memang semua tak pernah sampai ke checkpoint 4. Alhamdulillah kami semua selamat keluar. Dan rupanya, kami bertiga ni adalah golongan perempuan yg 'bercuti', tu pasal menarik perhatian makhluk tu nak mendekati. Masa aku dapat tahu tu, rasa mcm dah takde darah mengalir dah kat dlm badan aku ni.... nasib baik sgt itu malam terakhir kitorg kat situ.... Huhuhuhu

Rupanya, dah mmg pengalaman biasa ayahanda and his team conduct kursus macam ni. Siap boleh cam mana satu real, mana satu jelmaan. Sampai sekarang dan waktu aku menulis cerita ni pun, bulu roma aku tetap menegak sendiri setiap kali aku teringat pengalaman aku masuk hutan tu…

Ayahanda... thank you so much... i learn a lot from that woods...

Thursday, April 19, 2007

Seram siri 4~*

Atas permintaan, kesah seram kini kembali… (nad jgn skip ok~)

Ni kesah masa aku form 2 dulu. It happens in one evening. After aku habis training netball. Penat giler. Masa tu debate dah nak masuk final and tournament netball pun tak lama lagi. Aku lupa makan. Masa kosong aku isi dgn tidor je. Petang tu lepas main, aku terus mandi. Makan pun malas. Penat badan dan otak aku petang tu. Lepas mandi, aku lelap kejap.

Dekat kol 6.45 aku terjaga, terus aku siap2 nak gi surau. Milah [bukan nama sebnr] aku ucapkan terima kasih sebab kejutkan aku ptg tu. Dia pelik. Bukan dia yg kejutkan. Ehh? Rasanya mmg suara dia yg aku dgr. Dok panggil nama aku. Tak kesah la tu, janji aku tak terlewat nak gi surau berjemaah maghrib.

Balik dari surau yg mmg sebelah je dgn dorm aku tu, aku lipat2 telekung. Then bila lalu je depan rak2 kasut tu, aku perasan semacam udara kat situ lebih panas. Siap aku buat eksperimen lg. Jalan depan blkg sebab nak pastikan betul ke apa aku rasa. Apasal depan rak kasut ni panas semacam? Suhu kat situ lebih tinggi. Aku tegur kak Nina [bukan nama sebenar] yg kebetulan ada kat situ, suruh dia rasa gak tapi katanya, biasa je. Maybe aku penat sgt, tu psl aku rasa yg bukan2. Betol lah tu kot. Aku je yg rasa bukan2.

Balik dari prep malam tu, terus aku baring atas katil. Nikmat rasanya dapat baring selepas melalui brainstorming debat tadi. Penat otak bila aku terpksa balik lewat sikit banding mmbr2 lain. Tanpa sedar, aku terbaring sampai ‘light-off’. Aku terjaga dan terus tukar baju tidur. Gosok gigi dan basuh muka. On the way, nak balik dorm tu, sekali lagi aku rasa mcm bahang bile aku lalu kat rak kasut tu. Tapi aku penat nak pikir. Aku buat tak tahu dan masuk kunci pintu dorm sebab aku org terakhir. Katil aku sebelah tingkap dekat dgn rak kasut tu tapi tak pulak aku rasa area katil aku panas ke apa. Aku pasang kelambu dan terus baring, tak pikir apa dah....

Tiba2 aku terjaga. Memang aku dgr suara org panggil aku, sebijik mcm petang tadi. Ingatkan Milah tp dia jenis tidur mati. Terus aku terduduk atas katil sendiri. Aku pandang tepi kat tingkap. Ada menda kilat. Kiwi kasut rupanya. Aku keluar dari kelambu. Dalam keadaan mamai tak fikir apa tu, aku jenguk luar tingkap, pelik dgr org panggil nama aku. Jelas pulak tu. Pelik gak nape takde org terjaga bile nama aku dipanggil. Aku pergi kat pintu dan bukak pintu dorm, jenguk luar.

Kiri kanan aku pandang tapi takde apa-apa. Masa aku pandang kanan, tetiba aku dgr org panggil nama aku dari sebelah kiri. Suara tu memang jelas. Aku keluar. Rak kasut tu sebelah kiri. Aku pergi kat rak kasut, aku nmpk 3 bijik kiwi kasut tersusun cantik. Berkilat2. Terpantul cahaya yg terang dari lampu koridor. [bile dah besar ni baru terpikir yg lampu koridor tu tak terang macam tu~!] pastu tak semena2, tangan aku amik kiwi tu dan seterusnya mengiwi kasut2 hitam atas rak tu. Macam ada arahan suruh aku buat macam tu tapi takde pulak aku dgr org suruh ke apa. Semua kasut hitam mmber2 dorm aku tu aku kiwi. Dalam aku buat tu, memang aku semacam mamai. Tapi tiba pasangan kasut yg ketiga, baru lah aku sedar aku tgh kiwi kasut org. Tak semena2 aku menangis. Sambil menangis tu, aku kiwi kasut tu. Suara aku tak keluar. Takut. Bukan takut pasal dok kiwi kasut org tu, tapi aku takut nnt kakak2 senior tu marah kalau aku bising2 malam2. Jadi airmata yg terus mengalir, aku terus kan kiwi kasut sampai semua licin berkilat. Tangan aku tak boleh nak berhenti sendiri. Habis kiwi tu, aku terus masuk tidur tanpa tutup pintu dorm, tanpa basuh tangan yg penuh berkiwi hitam.

Esok pagi, nasib baik sgt2 kak Nina yg bangun dulu. Dia ternampak aku tidur luar kelambu dgn tangan hitam kotor berkiwi. Dia kejutkan aku dan tnya ada tak aku keluar semlm dan kenapa tak tutup semula pintu. Aku pandang luar dan terus ke rak kasut. Semua hitam berkilat. Aku menangis. Aku cerita semua kat kak Nina. Dia terkejut. Pagi tu, aku bersiap dan keluar sekolah awal2, kak Nina bawak aku jumpa Ustaz.

Aku cerita apa yg berlaku kat ustaz. Katanya aku bernasib baik kerana ‘menda’ tu tak masuk dan rasuk aku. Dia tnya ada tak aku melalui tempat2 yg terasa agak ganjil atau terdgr suara halus memanggil aku. Aku citer lah pasal kawasan depan rak kasut yg panas tuh dan suara yg mengejutkan aku semlm. Ustaz beri aku minum air yg dibacanya ayat2 suci. Katanya aku penat dan mungkin byk tertekan, jadi mudah la menda2 halus mcm ni nak dtg dekat. Naik lah jugak bulu roma aku kejap. Dia mintak aku bykkan baca ayat2 suci dan sentiasa berada dlm keadaan wuduk. Aku akur. Lebih berhati2. Sejak tu, aku dah tak pakai kiwi yg dalam tin tu sebaliknya aku pakai kiwi dlm botol...

Tuesday, April 17, 2007

A tribute to Netballers SAMBEST~*

Kadang2 aku tak faham. Tak faham dgn org yang tak tahu nak menilai impian org lain. Lebih2 lagi impian anak murid kita. Mungkin lah impian mereka tak memberi apa-apa makna pada kita tapi itu bukan bermakna kita boleh memandang rendah pada impian mereka. Sebagai pendidik, dah menjadi tugas kita menerapkan nilai2 jati diri serta menonjolkan potensi anak didik, tak kira lah dalam apa jua bidang sekalipun.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bermula dari peringkat saringan, pasukan Sambest telah menunjukkan belang. Semua pasukan tewas mudah pada Sambest. Aku bangga kerana mereka hasil didikan ku suatu masa dahulu. Sememangnya mereka main tak lah hebat mana tapi disebabkan pasukan lawan mereka kurang mahir dgn selok belok bola jaring membuatkan bekas anak didik ku menewaskan mereka dgn mudah. 17-3, 15-1, 19-2 adalah mata yg biasa terdapat kat papan tu. Namun, aku tak mudah senyum kerana sejujurnya pada ku, pasukan Sambest main teruk. Berterabur. Aku sebagai referee tepi padang berputih mata saje lah. Nak marah, tak boleh. Geram betul dgn corak permainan mereka yg seolah hilang bisa taringnya. Tapi takpe, gelaran johan peringkat saringan dan seterusnya mewakili daerah Petaling menaikkan semangat ku untuk turun padang dan kembali melatih mereka utk kejohanan peringkat negeri pulak.


Tapi rupanya, pelbagai dugaan diorg alami. Kata-kata seperti “buat apa kamu susah2 nak harumkan nama sekolah, sekolah tak hingin pun nak naikkan nama kamu” memang cukup pedas. Memandang enteng terhadap kejohanan mereka tak sepatutnya ada dalam diri seorang pengurus pasukan. Lebih2 lagi kalau anda seorang guru. Dan guru2 lain pun tak sepatutnya mengeluarkan kata2 mcm tu sekalipun tidak mahu menyokong. Sememangnya sekolah tak tahu pun diorg ni dah johan peringkat daerah. Mungkin lah tak penting memandangkan byk lagi acara atau pasukan lain yg lebih gah untuk sekolah banggakan. Takpe lah tu. Tapi yg aku kagum ialah semngt netballers yg tak mudah kalah. Dugaan mereka utk mendapatkan number telefon ku betul2 menyentuh perasaan. Diorg mintak number telefonku tapi dibalas kasar “Buat apa kamu susah2 nak telefon cikgu shifa, tahu lah dia nak datang sendiri nanti” . Tersentak aku. Akhirnye mereka bersusah payah mencari dan selongkar majalah sekolah mendapatkan number telefon ku. Sayunya aku. Kecik hati? Oh tidak lambang aku dah biasa je kena tohmah dek sesetgh pendidik lain dlm sekolah tu. Yg buat aku terkilan ialah semngt anak murid itu diperkecilkan. Itu ke guru? Keseronokan semangat mereka menyandang gelaran johan peringkat daerah dimatikan dgn kata2 “kamu tak boleh main lagi utk peringkat negeri sabtu nih (sebab ada hari anugerah kecemerlangan)” Tolong lah... pengurus pasukan tu... can’t you just give them a break? Dan aku kagum dgn semngt mereka yg tak putus asa. Tindakan bijak mereka utk pergi memohon kebenaran dari Ketua Ko-ku yg disandang oleh guru yg sporting dlm sekolah tu memberi sinar kpd mereka utk bermain bagi peringkat negeri. Patutnya itu kerja pengurus pasukan lah, bukannya pemain! Tapi aku faham sgt lah dugaan mereka lalui. Takde kurangnye macam aku dulu. Bezanya, aku adalah seorang guru dan netballers lain tak perlu lalui perit lelahnya merayu nak dapatkan tempat atau transit utk mereka sertai kejohanan di merata tempat. Tu la yg buat aku tak faham. Nape sekolah susah sgt nak bagi muka kat netballers eh? Bukannya kami bermain permainan lelaki. Semuanya perempuan~! Kalau kejohanan besar2 pun, majoitinya perempuan. Dan bukannya diorg tak belajar. Bekas netballers Sambest dulu datang dari kelas Biruni dan Farabi. Dan pemain yg ada sekarang pun semuanye bekas-bekas 8A dan 9A. Dari dulu, pasukan bolajaring SAMBEST memang hebat. Kalau lah sekolah kasi peluang lebih sikit, boleh sangat nak pergi jauh. 2 orang anak didik aku wakil negeri Selangor peringkat sekolah. Tapi aku malas lah nak pikir. Pada aku, biar lah sejarah berulang semula dimana gelaran johan bolajaring telah menutup mulut sesetgh guru2 yg tak faham erti semangat boleh, keyakinan serta taraf pasukan bola jaring sekolah yg sama hebatnya dgn permainan peringkat negeri.

Teringat aku sejarah Sambest yg pertama kalinya berdepan dgn sekolah luar selain dari sekolah agama. Sambest menewaskan Sek Men USJ 4 yg memang hebat dlm bola jaring tu. Punya lah keciknya Sambest ni dimata sekolah luar, diorg tak tahu pun wujudnya sekolah agama kat tengah2 USJ 5 tu. Netball SAMBEST bawah-15 dan bawah-18 tahun hebat menewaskan mereka 15-3 dan 20-5. Biarlah pemakaian korg dipandang mcm alien oleh org luar tapi cikgu bangga kerana pemakaian skirt dan baju ketat diorg sebenarnya tak lah hebat mana pun. Apa yg korg nak takut dgn tocang2 serta jersi2 hebat diorg yg disponser dek company2 besar tapi tewas di tangan korg tu? So aku nak tolong budak2 netball ni cipta semula kenangan manis tuh. Jadi, pada hari jumaat lepas, aku turun padang dan polish semula permainan mereka.

Pada sabtu lepas, Sambest turun padang mewakili daerah petaling. Kejohanan Bola Jaring anjuran Jemaah Islamiah Malaysia peringkat negeri. Tidak aku nafikan bahawa pasukan yg masuk kali ni lebih hebat. Daerah Ampang Jaya mampu memberi saingan namun dikalahkan jua oleh Sambest. Asakan demi asakan, terbangan demi terbangan Sambest menunjukkan belang yg sebenar. Kali ni baru lah aku mampu tersenyum kerana pasukan lain hanya lah bertelur saje dengan Sambest kecuali pasukan Ampang Jaya yg mampu pecahkan telur sebanyak 2 mata. Dan akhirnya, pasukan Petaling yg diwakili oleh Sambest menang besar dan menyandang gelaran Johan Peringkat Negeri. Seorang demi seorang aku peluk. Bangga. Namun plg bangga atas semangat mereka yg tak putus asa walupun telah melalui pelbagai dugaan hebat dari pihak sekolah serta guru yg kurang memberi sokongan. Sememangnya mereka bangkit sendirian atas keyakinan diri yg jitu dan semangat berpasukan. Dalam diam, itulah kepuasan diri aku yg sebenar kerana dapat mendidik mereka utk menilai potensi diri serta menonjolkannya dan seterusnya menanamkan keyakinan bahawa, tak kira lah apa jua dugaan melanda, tak kira lah orang lain nak cakap apa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biarlah org lain memandang rendah pada diri kita tapi jgn biarkan semangat diri kita dipijak rendah oleh org lain. Kesimpulannya, tak kesah lah kalau sekolah tak tahu pun, yg penting pingat emas yg berat tu dah pun tersangkut kat leher korg.... dan juga kini, seluruh dunia boleh baca kisah korg...

SAMBESTARI Netballers-Johan Peringkat Negeri Selangor.... TAHNIAH~!!

Thursday, April 12, 2007

Seram siri 3~*

Malam tu aku bertugas jaga asrama. Memang menjadi idaman setiap grup prefect nak tugas jaga asrama sebab ptg2 or malam2 dah tak payah pergi prep. Aku bersama 4 lagi ahli grup prefect yg lain dlm dorm sementara asrama memang kecoh 5 minit sebelum dikosongkan. Prep malam. Jam dah pukul 7.55pm, aku keluar, ready nak buat announcement kosongkan asrama. Hampir lengang tapi masih ada adik2 yg tak keluar lagi. Aku tunggu. Sambil2 tu aku jenguk2 lah bilik sakit dan bilik rehat serta bilik study. Lampu terpasang tapi orang dah takde. Sabar aku menunggu semua lampu dorm dimatikan.

Jam dah pukul 8.05pm, aku buat announcement. Semua lampu dorm dah tutup. Member2 grup aku kat dalam, dengar radio and gosok baju gamaknya. Tak kesah. Dah memang giliran aku buat rondaan. Semua lampu dorm dah dimatikan, tinggal lampu2 kat bilik bawah ni je tak tutup. Lampu kolah hujung sana pun tak tutup lagi. Keliling dah senyap dan sunyi. Tapi letrik kena jimat. So, aku pergi tutup lampu bilik sakit dan bilik rehat. Last sekali bilik study. Then aku menuju ke kolah hujung sana, niat nak tutup lampu.

Tiba2 aku dengar ada air mengalir. Kolah yg tersorok tu aku jenguk dan memang sah paip tak tutup. Aku tutup. Aku keluar dari kolah tu then ternampak lampu bilik sakit terbukak balik. Laaa… ada org lagi ke? Tadi dah tutup. Pergi jenguk2 takde org pulak. Aku tutup balik lampu bilik sakit tu. Elok je aku tutup tu, terdgr pulak paip air dibukak balik. Ishhh.. aku dah geram ni, ada budak tak keluar asrama lagi ke? Aku berjalan menuju ke kolah.

Aku jenguk sebalik dinding kolah tu, air paip yg sama terbukak lagi. Siapa lah yg tak keluar asrama ni lagi. Sempat masuk kejap basuh tgn agak nye. Takpe lah. Aku tutup balik paip tu. Tak pasal2 dengar mcm ada org membasuh kain kat sebalik dinding kolah setinggi paras pinggang aku tu. Aik? Sape pulak tak keluar asrama lagi ni? Berani betol~! Aku pusing nampak minah rambut kusut paras pingang tu berkemban lagi sambil basuh2 kain. Dia membelakangi aku. Senang hati betol tak keluar asrama lagi. Then aku tegur lah…

“Dik… kenapa tak keluar asrama lagi? Dah pukul 8 ni, banyak lagi ke nak basuh?” aku bersuara dgn penuh diplomatic. Dia tak jawab sebaliknye terus membasuh dgn rancaknya. Aku pelik. Pekak ke? Memang aku biarkan dulu. Aku tak terus pintas dia sebaliknya aku keluar dari area kolah tu dan jalan ikut sebalik dinding dgn niat nak terus berdepan dgn dia. Lagipun lantai bersabun. Licin pulak selipar aku pakai nih.

Dinding kolah tu berlubang bunga. Dalam aku berjalan nak pandang dia dari depan, tiba2 air yg mengalir kat longkang depan aku ni jadi warna merah. Aku terkejut. Tak sempat aku nak pergi menghadap dia, di sebalik lubang2 dinding kolah tu, aku ternampak minah tu tgh basuh tuala wanita yg merah berdarah sambil lidah dia panjang jilat tuala2 wanita yg masih fresh nampaknye. Muka dia sebalik rambut kusut panjang tu aku tak nampak. Terperanjat nya aku jangan cakap lah. Kalau dah terkejut sangat aku ni, memang suara dah tak keluar tapi kaki dah laju pecut 100 meter menuju ke dorm aku kat hujung sana. Dan masa aku berlari tu, memang aku perasan bilik2 keliling aku ni terpasang balik lampunya. Cerah balik. Memang aku takut gila! Aku lari dan terus berlari…

Sampai depan pintu dorm aku, Tuhan je lah tahu betapa kecutnya hati aku. Rasa nya darah aku dah tak mengalir dah. Aku tengok keliling, boleh pulak tu mmber2 aku yg lain takde~! Aku sorg2 je ke kat asrama tuh? Mana diorg pergi? Warden dah memang takde lah, gelap je bilik diorg kat sebelah tuh. Aku dah tak terkata apa. Aku terus panjat katil, tarik selimut aku dan terus gapai yasin aku bawah bantal. Terketar2 nya aku Tuhan je lah yg tahu. Tiba2 aku dengar bunyi bising kat luar. Suara 2-3 org bercakap2. Aku nak menjerit, still suara aku tak keluar. Asrama aku dulu wajib pakai kelambu sebab nyamuk mmg byk. Jadi, siap dgn kelambu sekali aku guna buat selubung badan aku. Berpeluh jgn cakap lah.

Tiba2 badan aku digoyang2. Masa tu lah baru suara aku keluar. Aku menjerit kuat. Takut. Pendek je tapi cukup buat mmber aku terkejut dgn muka pucat aku. Rupanya diorg keluar pergi dewan makan kejap kat sebelah nak amik makan malam. Diorg tanya kenapa semua lampu bilik tak tutup. Aku geleng mmg tak mampu nak ckp apa2. Aku tak mampu nak cerita perkara sebenar tapi aku ajak diorg keluar temankan aku tutup lampu. Sebaik saje kami semua nak melangkah keluar dorm, rupanye keadaan dah gelap gelita. Semua lampu2 dah dipadamkan. Kali ni, giliran muka diorg pulak yg pucat. Cepat2 kami tutup pintu, pasang lampu dorm, tutup semua tingkap dan selubung dgn telekung sambil baca surah Al-Mulk berulang2 sampai pelajar2 puteri yg lain balik dari prep malam…

Seram siri 2~*

Sekolah aku dulu dikelilingi kelapa sawit. Memang tgh2 ladang kelapa sawit tapi sebelah dengan Sungai Perak. Sekolah asrama cikai je. Depan sekolah aku tu memang jalan lurus. Memang style jalan tar kat kampong tu. Bengkang bengkok. Tapi jalan tu dah banyak makan korban. Banyak sejarah berdarah terpahat kat situ. Sampaikan ada sesetgh sejarah tu melekat kat asrama kitorg...

Antara kemalangan yg berlaku kat depan tu ialah kemalangan ibu mengandung. Dah sarat. Memang dia on the way nak pergi hospital Teluk Intan yg dok belakang 5 km dari sekolah kitorg tu. Nak beranak dah. Tapi Tuhan lebih sayang kan diorg. Kemalangan antara kereta dan lori tu berlaku betul2 kat jalan depan sekolah aku. Dengarnya baby tu terkeluar dari perut ibunya dan kedua2nye meninggal di tempat kejadian.

Nak dijadikan cerita, anak dia memang baby lelaki. Arwah ibunya dah memang tahu. Jadi akan ada satu masa pada setiap tahun [rasanya memang masa kejadian kemalangan itu berlaku], si arwah ibu ni kan melawat asrama lelaki pada malam2 tertentu. Dia akan pergi dari katil ke katil menyelak kain selimut budak2 lelaki sebab nak cari anak dia. Member aku, Karem [bukan nama sebenar] pernah ternampak seorang wanita berambut panjang dgn baju berdarah masuk dorm diorg dan menyelak2 kain selimut mmber2 yg lain dlm dorm tuh. Dia ketakutan sgt lantas selubung diri dia dalam selimut sambil baca apa2 yg patut. Member2 yg lain tidur tak sedar diri dah. Yang pasti, arwah ibu tu sampai je katil dia, si Karem ni hanya terbau menda busuk sgt. Loya tekak katanya. Terasa katil dia digoyang2. Selimut dia ditarik2. Karem pegang kuat pada selimut dia. Main tarik2 selimut lak dgn arwah ibu tu. Katil karem basah. Tapi tetap Karem pegang kuat pada selimut dia. Gigih hati dia membaca ayat tonggang langgang. Agak nya si ibu ni dah pasti Karem bukan anak dia, dia berlalu pergi. Hilang bau busuk. Yang ada, bau hancing. Tapi yang pasti, Karem tak tidur sampai pagi.


Esok pagi kecoh sampai ke pelajar puteri kes si Karem ni kencing atas katil. Kesian dia kena gelak sebab kes macam ni memang jarang berlaku. Tak lama kemudian, beberapa malam selepas itu, ada 2-3 orang budak laki dapat kes yg sama. Hancing katil. Tapi kali ni, tak ade siapa dah gelakkan diorg...

Seram siri 1~*

Dulu aku sekolah asrama. So, byk lah citer2 kesah2 seram nih. Aku pun tak terkecuali dlm mengalami nye. Seram beb~! Tapi ni kesah aku tak tipu…

Masa tu dah kol 6.30 hari ahad. Aku bertugas jaga asrama. Tak ramai org kat asrama sebab memang giliran puteri keluar pekan mggu tu dan ada yang belom balik lagi. Aku kat bilik prefect kat bawah. Sorg2. Bosan. Aku naik atas dorm E9 yg sebaris dgn dorm aku E1 kat bawah. Jenguk2 dlm dorm tu tgk ada tak member aku,Hani. Tapi takde org pun. Tgk towel dia takde, pergi mandi rupanya.

Aku masuk lah landing atas katil dia. Belek2 buku yg aku bawak tadi. Bising lah pulak burung2 kat luar tuh. Aku bangun nk pergi tutup tingkap tapi bukak balik sebab panas lah pulak. Kipas takde. Kedekut betol sekolah aku tak nak pasang kipas kat dorm. Lantak. Aku landing balik kat katil, sambung baca buku. Next week nak exam. Cuak beb~! Tgh2 aku belek mukasurat kedua tu, tetiba aku nampak ada seorg makcik dan budak kecik lalu kat luar tingkap tu. Slow je berjalan. Bertudung merah dan budak bertopi hitam. Laaa… ni mesti ada makcik nak jumpa anak dia. Aku malas2 bangun. Dah memang tugas aku minggu tu buat announcement kalau ada pelawat nak jumpa pelajar puteri.

Aku bangun tuju ke pintu. Bukak pintu. Tiba-tiba baru aku tersedar. Yaaaa… aku kat tingkat 3~!!! Macam mana makcik dan budak tu berjalan lalu kat luar tingkap tu walhal takde ruang nak berjalan pun kat luar tuh??? Aku terkedu sampai member aku yg baru habis mandi tu tegur aku. “Apasal muka kau pucat je nih?” aku terkejut lantas beristighfar. Aku tengok jam dah dekat pukul 7. Tobat aku tak nak naik dah dorm tu lebih dari jam 6.30~! huhuhu~ Cepat2 aku turun dorm aku kat bawah tanpa aku cerita kesah tu kat member aku tadi. Kang mampus lah dia tak nak tido kat katil tu nanti~! dan sampai sekarang dia tak tahu...

Wednesday, April 11, 2007

Eyes Open~*

You could be happy and I won't know
But you weren't happy the day I watched you go

And all the things that I wished I had not said
Are played on lips 'till it's madness in my head

Is it too late to remind you how we were
But not our last days of silence, screaming, blur

Most of what I remember makes me sure
I should have stopped you from walking out the door

You could be happy, I hope you are
You made me happier than I'd been by far

Somehow everything I own smells of you
And for the tiniest moment it's all not true

Do the things that you always wanted to
Without me there to hold you back, don't think, just do

More than anything I want to see you go
Take a glorious bite out of the whole world....


It could never be easier for me... *sigh*

Tuesday, April 10, 2007

My eating habit~*

Have been busy lately with lots of stuff.. but hey, I’m in mood to jot sumthing here. [kalau takde mood tuh, hampeh malas nak bukak blog nih~ huhu]

Takde apa nak citer sgt. But this one thing came up to my mind. My eating habit. It seems that my eating habit makes people’s eyebrow to be like ziana zain. Hehehe.. let me tell why..

1. Nasi sikit, lauk byk. Kdg2 nasi tenggelam dalam lauk. Tak nmpk langsung. Pastu kening diorg mcm ziana zain terangkat sambil bertnya, “kau makan lauk je ke? Bukan tadi aku nmpk kau amik nasi ke?” haha~

2. Lepas makan, memang tak minum. Takde air kat sebelah aku kalau makan. Then again, kening ziana zain terangkat sambil tanya, “eh? Kau tak minum air ke? Tak tercekik? Meh2 sini minum air aku..” hehehe.. thanks but no thanks actually.

3. [Sambil kening diorg terangkat gak]“Aik? Air suam je ke?” itu kalau aku byr sendiri la.. kalau ada org belanja aku mkn, aku order lah air epal suam, itu pun sebab nak jaga hati org yg belanja aku. hehe.


Itu lah antara menda yg org tnya kalau mkn dgn aku. Tak kesah la tu, dah biasa. But I also have other eating habits too….

~ Bangun pagi tak gosok gigi, terus minum air kosong 2 gelas. Wajib~ kadang2 tu siapkan air mineral kosong kat sebelah katil. Malas nak turun dapur.
~ Pagi2 mmg peel carik buah dulu. Tak pun minum susu. Either one. Tapi takkan mkn dua-dua sekali gus. Pagi tu minum susu, buah dah takkan mkn. Kalau mkn buah pagi tu takkan minum susu.
~ Tak minum ais or air minuman manis. Carbonated drinks? Way no… tapi kalau dihulurkan org, memang minum lah untuk menghormati org yg menghulur. Kalau minuman air batu tu, memang minum 2-3 teguk je. Jaga hati org yg offer.
~ Pagi aku tak control makan. Selagi belum kol 12 tghari, sukati aku lah nak balun makan byk mana pun. Dan aku tak kesah makanan tu bergoreng ke rebus ke, aku tak cerewet. Hahaha~
~ Sayur mesti ada. Kalau takde, terbantut selera makan aku.
~ Makan buah dulu sebelum balun makan heavy meal. Tapi kalau takde, tak kesah je. Feveret buah sblm makan nasi~betik dan tembikai.
~ Aku makan takkan campur makanan darat dan laut. Kalau makan daging, aku takkan mkn ikan. Daging aku boleh nak campur mkn dgn ayam. Kalau ikan, aku boleh nak campur makan dgn udang dan sotong. Tapi kalau aku tercampur makan makanan laut dan darat tu, sebab aku mkn dgn kengkawan dan jaga hati member2 kita share2 makanan. Thanks lah kat kengkawan aku.
~ Air kosong adalah feveret. Aku terlalu jarang minum air batu dan air manis. Aku minum air kosong dgn kadar tak terkawal setgh jam lepas aku amik heavy meal. Kat makmal and bilik mmg bersepah2 botol air mineral. Haha.
~ Air mineral feveret aku adalah di guardian. Murah beb~! 600ml baru harga 85sen~! 1500ml baru rm1.20~! air mineral lak tu, bukan air minuman. Kalau kat luar air mineral 500ml pun singgit~ cekik darah betol… sanggup dari UPM datang ke Mines semata nak pergi guardian beli air mineral. [hampeh kena gelak dek syada~].
~ Kalau mkn malam,mmg bdn cepat naik. Sejak mando gelakkan gmbr aku makin berisi tuh, aku tekad tak mau mkn byk waktu mlm. Risau sbb kalau bdn aku berisi, aku cepat sakit. Tapi dinner itu wajib sebab kajian ckp, kalau tak mkn mlm, pengumpulan kolesterol mudah berlaku. Nabi pun ckp, jgn tinggalkan makan malam. So malam2 hari aku meratah baki sayur dan buah. Kalau takde, aku bantai oatmeal campur biskut aku patah2kan kasi crunchy sket oatmeal aku.. yummmm… haha.

So, tu la serba sikit pasal habit makan aku. Aku sebenarnye menyampah gak bile org ckp aku diet nk kurus. Tapi aku tak salahkan diorg sebab diorg tak paham. Masalahnya, aku makan sebab kesihatan, bukan sebab diet. Kalau nak diet pun sebab kesihatan bukan sebab nak kurus. BMI aku berada pada tahap yg sehat sekarang ni [aku naik mesin, mesin tuh keluarkan result 'cemerlang - BMI-20'] dan takde sebab aku nak kurus2 segala nih. Tak payah~ sebab yg penting sekarang adalah kesihatan aku sebab aku tak suka jumpa doctor, tak suka masuk klinik dan hospital. Alhamdulillah, dah lama giler tak sakit. Tak ingat kali terakhir sakit teruk2 tak boleh bangun tuh. Kalau sakit demam selsema sikit2 tu sebab aku saje buat2 sakit nak bermanja. Hahaha~ So, sebaik mungkin aku tak nak sakit. Kang kena heret masuk hospital, aku tak nak~!!! Besar woooo jarum2 kat hospital tuuu…. huhu~

Dan akhir kata,org tua2 ckp, apa yg kita makan masa muda ni akan nmpk kesannya masa tua nnt. Jadi, kalau ternmpk org2 tua yg sehat awet2 muda tu, korek2 lah rahsia amalan pemakanan mereka masa muda...

Sunday, April 08, 2007

Ulu hati yang pedih~

As I walk thru the sandy beach… my feet sway thru the sand. White sand. Seeing a crawling cute crab, how I wish I can be just like them. Wondering beside the beach. Gazing the sunrise and sunset. So peaceful and calm. Despite the huge big wave, still there are calm and peace…

How I wish I can just turn back time and mend everything that went wrong. But I cant go back as I knew everything that happen, there are piece of ‘hikmah’ behind it. So as my religion taught me, always accept the qada’ & qadar that had been written.

Ditelan mati mak, diluah mati bapak. I’m stuck. Antara perasaan sendiri dan perasan insan yg disayangi. Tak pernah rasa tersepit macam nih. Nak mengadu kat sape? ALLAH je lah tempat yg aku ada sekarang nih. Mengharapkan keredhaannya serta mengharapkan hati2 insan yg ada disekeliling berubah ke arah yg lebih memudahkn urusan. Atau sekurang2 nya bimbing lah hati aku ni ke arah yg lebih baik utk semua org. Sememangnya bukan mudah nak memuaskan hati semua pihak terutama nye hati org yg kita sayang… tersepit macam kena kepit dgn penyepit ketam ni ha… sakit wooo~

Sekarang ni rasa terbeban. Nak kongsi pun, bukan semua org faham. Dan mmg aku tak harap diorg faham. Pedihnye ulu hati ni, Tuhan je tahu. Tapi aku kena senyum jugak. Hati derita pun tetap aku kena lemparkan senyuman, semata tak nak hati insan tersayang ni terluka dgn muka masam aku. Tapi hakikatnya, hati aku tgh pedih berdarah. Macam mana aku nak cakap? Kalau cakap jugak kang, hatinya terhiris. Berdosa besar aku. Tak cium bau syurga, mati aku.

Sekarang ni antara hati sendiri dan hati org yg byk berjasa pada aku. Tak sangka lak aku akan tersepit gak macam ni akhirnya. Semuanya berlaku diluar kawalan aku. Terkongkong. Tersepit. Hati aku pedih memberontak sekarang ni. Rasa nak meletup pun ada. Tapi tetap aku kena maintain cool. Main gelak2 lagi. Bak kata adik aku, “giler kak long ni relax je~! Kalau org lain sure dah cuak giler” Thanks.. Those words really lift up my spirit from within.

Buat masa ni, aku masih batu diam membisu. Tak memberi jawapan lg pada pilihan yg ada. Banyak aku kena ambil kira. Keluarga, masa dan sahabat. Masih dalam fasa mendiamkan diri. Cuba mengawal dulu berontak dan kepedihan di hati. Aku tak nak buat keputusan terburu2. Sebenarnya tak sukar nak buat pilihan tapi pilihan sukar dibuat bila org lain yg buatkn pilihan utk kita…

My dearest beloved Ahmad Izzat & Fareeza Othman, really thank you for understanding me all the way…. And I pray hard so that korang tak perlu lalui apa yg akak lalui sekarang ni…. Please stay away from them especially ASHRAFians...

Tuesday, April 03, 2007

Paradigma Shift~*

Imagine you're in Kuala Lumpur International Airport . While you're waiting for your flight, you notice a kiosk selling shortbread cookies. You buy a box, put them in your traveling bag and then you patiently search for an available seat so you can sit down and enjoy your cookies. Finally you find a seat next to a gentleman. You reach down into your traveling bag and pull out your box of shortbread cookies.
As you do so, you notice that the gentleman starts watching you intensely.
He stares as you open the box and his eyes follow your hand as you pick up the cookie and bring it to your mouth. Just then he reaches over and takes one of your cookies from the box, and eats it! You're more than a little surprised at this. Actually, you're at a loss for words. Not only does he take one cookie, but he alternates with you. For every one cookie you take, he takes one.
Now, what's your immediate impression of this guy? Crazy? Greedy? He's got some nerve?! Can you imagine the words you might use to describe this man to your associates back at the office? Meanwhile, you both continue eating the cookies until there's just one left. To your surprise, the man reaches over and takes it. But then he does something unexpected. He breaks it in half, and gives half to you. After he's finished with his half he gets up, and without a word, he leaves.
You think to yourself, "Did this really happen?" You're left sitting there dumbfounded and still hungry. So you go back to the kiosk and buy another box of cookies. You then return to your seat and begin opening your new box of cookies when you glance down into your traveling bag. Sitting there in your bag is your original box of cookies -- still unopened.
Only then do you realize that when you reached down earlier, you had reached into the other man's bag, and grabbed his box of cookies by mistake. Now what do you think of the man? Generous? Tolerant? You've just experienced a profound paradigm shift. You're seeing things from a new point of view.
Is it time to change your point of view? Now, think of this story as it relates to your life . Seeing things from a new point of view can be very enlightening. Think outside the box. Don't settle for the status quo. Be open to suggestions. Things may not be what they seem. Unless and until, one realize about the fact, no one will change his/her view of thinking in spite of lot of external factors.
*~~Every Point has 3-sides; Your Side, My Side & The Right Side.To understand either the Other's Side or the Right Side, one needs to leave His/Her Side~~*